Wednesday, 13 September 2017

Set Goal

ni bukan pasai nak score bola tapi pasai nak set goal untuk diri sendiri. aku nak perbaiki apa yang kurang dan sememangnya banyak kekurangan aku sebagai hambaNya. lalai dalam solat, kurang bersedekah, solat sunat tak buat, surah amalan pun tak buat tapi selepas abang ipaq aku meninggal secara mengejut aku rasa ya Allah, apa amalan aku nak bawa kalau aku mati. jadinya selagi ada masa, aku cuba untuk memperbaiki diri supaya aku boleh melakukan sesuatu bagi menambahkan amalan aku. sebenarnya, Allah dah bagi banyak cara untuk kita nak jadikan bekal. cuma kita ja yang tak buat. dalam satu ceramah yang aku dengaq, ada satu selawat yang elok diamalkan sebab jika diamalkan, dosa kita akan diampunkan selama 80 tahun. jadinya bayangkan lah hidup kita pun tak panjang tapi dah diampunkan dosa selama 80 tahun. apa kata kita amalkan supaya menjadi amalan harian. ada juga uztaz kata, surah al mulk akan membantu kita sewaktu di alam kubur, jadinya marilah kita amalkan supaya dapat mambantu kita ketika di alam sana. 


No comments: