Monday, 15 April 2019

Makannnn


kedua dua gambaq di atas diambil ketika aku makan mi udang pak tam teluk bayu, penang. sebelum sampai lexis penang, ada sek men nama lupa, masuk kot jalan bertentang dengan sek men tu, teruihhhh tu, sampai jumpa kawasan ni. peniaga tak ramai tp orang ramai. pantai pun kecik ja. peniaga mi ada dua ja kot. yang lain peniaga kecil kecilan, macam asikrim, jagung bakaq dan sebagainyalah. 
mi udang, sepinggan rm 10. udang 5 ekoq. asben aku makan, mi udang campuq sotong. makan sepinggan, tak kenyang, aku order lagi bihun goreng udang. jugakkk 5 ekoq udang. alhamdulillah, kenyang sangat. keluaq dari situ, semayang di masjid yang dekat situ la, 
seronoknya masjid ni, dari tempat amik air semayang, teruih boleh naik ke ruang solat. dekat ruang solat tu plak, ada plak tempat untuk kita nak salin kain ka apa. sukaaa aku.
setel makan, semayang, baliklah ke Kulim. masa yang diambil hanyalah dua jam ja lbh kurang sebab jalan cantik. tak jem. kalau suruh bawa keta pi, insya Allah sampai sebab senang gak nak cari.

Makannnn Lagiiii

gambaq pertama , spageti carbonara. adoiiii aku memang suka spageti nih. tapi anak aku tak suka. depa suka kuah merah. aku masak ikut resepi. no cincai cincai. perghhhh memang sedap. aku bagi jiran rasa sebab nak juai sebenaqnya. tu yang bagi dia rasa tu. aku la kan? kalau ada kawan reja kilang, memang nak suruh juai ni. juai kat kilang memang laku keras. kalau kena cara la.terliuq ni. tambah plak tengah posa ganti ni.


gambar kedua : kuih cara. tapi aku boh coklat chip dalam dia. bukan gula. why coklat chip? sebab nak habiskan coklat chip tu la. lama dah beli. so, boh dalam kuih cara nih. sedap gak. lagi sedap dari boh gula.



gambaq ketiga : kuey teow kerang cinonie. memang sedap. tapi kali ni rasanya yang kurang ialah kerangnya kecik atau sikit. dulu, kerang besaq dan banyak. harga rm4. 

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang


alhamdulillah, buat kali kedua aku dapat anugerah ni. kali pertama pada tahun 2012, masa tu aku bertugas di Baling. Kali kedua, di Kulim. Sebenaqnya, ramai yang baguih reja, tp dah kena bagi sorang ja, mungkin rezeki aku la kali ni. Tahun depan giliran orang lain plak. Tahun depan giliran kawan - kawan aku yang lain plak. cuma sapa dapat, belum tau lagi.


kena bayaq duit gambaq rm20. ya la, depa dah hire camera man kan? mesti la kena bayaq. gambaq cantik la kot sebab hasilnya belum dapat lagi. tak cantik, aku sekeh pala depa yang amik gambaq nih.😁 hq aku dekat Kajang, jadinya km semua satu bas stay area situ. aku dapat Hotel Succes. sebilik dengan aku Azian dr Pendang, Cawi (siamese) dari sempadan dan Naz dari Bdr Baru. sebilik 4 orang. hotel bajet. ok lah kan? semalam ja pun. kat bawah hotel ada cafe. yesss untung sebab memang aku tengah lapaq ya amat.
kami sampai kat hq dalam pukui 3 lbh. masa tu rehearsal dah jalan. dan la tengok depa ulang buat 2,3 kali dengan Dato KP pun turun sekali tengok. datang lambat satu bas ok, tak malu sangat. lagipun perjalanan jauh, jem ja dua kali, mana nak jangka kan? sampai hq, tengok orang rehearsal, pastu hai hai kat kawan dari daerah lain dan negeri lain. yang aku sempat hai, Zi dari Sabah, Ina dari Batu Kurau dan semeja dengan aku dari Tawau, Hulu Terengganu dan Sentul. eh lupa, Tampin dan sorang lagi mana ntah. sorang absent sebab dah sarat nak bersalin. kang terbesalin masa APC plak kan? naya.
setel rehearsal, balik hotel. ooo ada yang dapat horel depan. cantik la. kami dapat hotel belakang, jenuh bejalan. masuk bilik, tingkat dua, naik tangga. lift takdak. ishhh bajet betui la. aku kalau mai dengan family, tak dok la hotel ni sebab payah dengan anak anak. nak memanjat tangga bagai. dah la tingkat dua, bayangkan, laluan tu sempit, mula sampai, nampak satu lorong, rupanya bilik aku lorong belakang. 
bilik air? ya ampun, keciknya. aku rasa saiz dia cuma meja banquet lipat tu, amik dua meja. shower, betui betui atas kepala. lantai?licinnya. memang tak sesuai untuk yang ada anak lasak macam anak aku tu. masa check in, masuk bilik, dalam tong sampah nampak lampin budak. cadar pun keremot mcm lepas guna, tuala pun macam lipat tak kemas. pi la komplen kat bawah, rupanya belum housekeeping. eeee geramnya. takpa, kami pi makan dulu. satg kami masuk bilik lain.
nasib laaaaaa cafe ni punya la cepat servis dia. km 4 orang order makan, sat jaaaa dapat. lega aih. aku makan nasi putih, kailan ikan masin, paprik daging. sedapnyaaaa. sepinggan nasi penuh tu habis. tak pelik sebenarnya sebb aku memang makan banyak pun.😄
setel makan, aku kena bayar rm13.50 jer. murah tu sekali minum, nasi memang banyak tau. bukan sikit.lebih dari semangkuk.
perut sudah kenyang, bilik belum boleh masuk lagi sebab belum clear, pi la cari kedai 24 jam. KK. beli air mineral dan roti untuk breakfast esok sebab esok no breakfast provided. makan tengahri pun tak sedia hari tu. cuma da food truck ja kat bawah tu. ingat banyak. adala 3,4 buah ja. tak singgah pun sebab nak pi hotel cepat.
dekat area aku duduk tu, mcm kawsan tak maju. ada econsave, rumah kedai pun banyak kosong. ada hotel bajet dua tiga bijik. macam sunyiiii ja. uptown jauh sikit dari situ. sebenaqnya, kawan kawan dari negeri lain pun dok area situ jugak. cuma, malaih nak keluaq jumpa ja. aku tengok kenderaan penjara pun ada. hq depa area tu jugak kot.
setel dapat anugerah, naik bas, balik. aku turun kat Masjid Seberang Jaya. asben aku kn cuti dua hari uruskan anak anak. sijil dah dapat, duit kena tunggu 45 hari sebab reward dalam bentuk ssp BSN. sabo je la. dah ada plan dah. ni nak raya ni, boleh la guna duit tu untuk beli baju raya. horeyyyy..rezekiiiii..syukur ya Allah. bagi orang lain mungkin amaun tu sikit, bagi aku banyakkk dah tu.

Sunday, 24 March 2019

nampak dak sticker tu? aku la ni selalu beli kat ihantaq fresh ni sebab amat memudahkan aku. bab besiang ikan ni yang renyahnya nak buang sisa buangan. jdnya depa ni la penyelesai masalah aku. harga boleh kira murah gak la. sebb depa ada buat offer. less 10%,less 30 %. aku besa amik yg offer offer ni. bukan tak berkualiti tau..elokkkk ja ikan ,ayam depa cuma gred tu beza tang hr proses. hr yg sama less kurang sikit. sehari sebelum less banyak sikit.
alhamdulillah la depa ni wujudkan servis yang memudahkan kerja org mcm aku nih..bukan malaih tp tak dan..mana nak keja,nak besiang ikan,nak tgk keja sek anak,nak masak. depa caj pun bukan mahai..cod rm3 ja...
kalau tak silap lah..ni idea dr group graduan yg keluaq u,takdak keja,depa try buat biz ni..asainya area sg petani ja lepaih tu depa cover kulim,bertam ,jerai dgn mn lagi ntah. semoga berjaya u olsss

Saturday, 23 March 2019

Kerabu Belimbing Buluh


haiiii...apa khabar semua?pernah mkn kerabu belimbing buluh?aku pun baru first time makan dan first time buat kerabu. selalu belimbing ni boh dalam masak lemak udang..ni kita buat kerabu.
cara nak buat very simple.
rebus ikan sardin..ikan selar pun boleh,temenung pun boleh. tp the best ikan sardin la aku rs.
hiris belimbing nipis nipis
cabai melaka,byk mn ikut suka.kalau nak pedas,boh banyak cabai
belacan..ikut suka
garam secukupnya
perisi ikan sardin,gaul dgn bahan bahan td..setel
perghhhhh sedap gila..hampa try buat.
belimbing ni aku dpt masa aku pi rumah klien. aku ikut ja kwn aku pi rumah klien.ms dia dok intebiu klien,aku pi la kutip belimbing ni kat belakang rumah dia. ishhhh banyak sungguh belimbing. bukan takat belimbing,buah nona ada,asing asing ada.alahaiii seronoknya tengok...
ni bunga dia..cantikkkkkkk kan?


ni buah belimbing buluh. blh la kita pangge anggur malaysia. so,blh la kita pelbagaikan menu kan?

Sunday, 10 March 2019

Jeli Kelapa...


jeli kelapa..sapa suka makan?aku suka ni.sedapppp ja bila sejuk. mmg makan sejuk br umppp. aku penah buat dan penah juai jeli kelapa. aku buat,hntq pi kolej mara kulim.pukui 6.30 aku hntq dah pi sana. dalam 20 ke 25 bekas. aku boh dlm polistren tu,pi la hantq.pi kot belakang.letak atas tong ais. nnti tokey kantin amik la..aku tolak em1.30..depa juai rm1.50. time rehat aku pi la amik duit.kadang hbs,kadang dak. ikut rezeki la.

lama gak aku pi letak kat situ.lepas tu aku berenti sebab rs malas dah.letih pun ya. tiap tiap petang aku beli sebiji nyoq. ayaq dgn isi sekali.kos dlm rm4. ada sorg pakcik tu yg juai.aku selalu beli kat dia. balik rumah sebelum amik anak kat rmh pengasuh,aku buat la..boh ayaq dlm periuk,boh serbuk agar agar.lupa dah brp gm. pastu boh gula...boh ayaq nyoq..masak elok pa semua boh dlm bekas. boh la isi nyoq tu sama..setel.sejukkan...

la ni nak buat balik pun malaih..nak mkn sendiri pun tak buat.tgk la nnti nnti..kalau rajin.

Dapur Gerabak


haiiii..lama menyepi..hr ni kembali bersiaran. hr tu,km pi makan kat dapur gerabak. tpt mkn baru di kulim ni. so far,memang ramai org.mungkin sebb baru atau sebb promosi kaw kaw. ntah la mn satu.
anak aku yang teringin sebenarnya nak pi.jom la kita pun. tengok ramai sangat org.sedap sangat la kottttt...aku makan chicken chop. bkn aku sorg,semua makan yg sama kecuali asben aku mkn ns ayam black pepper.
how it taste?frankly speaking...biasa ja..tak dak la gempaq sangat.maksud aku,lepas makan tu teringat ingt makann tu,air liuq meleleh,tidoq mlm tak lena dan sebagainya..biasa ja. maybe tpt baru kot.
tempat mkn ni kat jln sibuk,ada mcm kona sikit. rs mcm bahaya gak la tp lay out dia mmg nmpak menarik.konsepny semua makanan bwh satu bumbun...sr menu nasi ke western ke roti arab,semua ada..sedia duit ja la.
sapa blum pi,try la..mungkin aku mkn satu menu ja,blum try yg lain...ikut tekak masing masing la kan?