Tuesday, 7 November 2017

Kenangan Waktu Kecil - 1

aku anak orang miskin. ya , amat miskin. rumah aku rumah papan, lantai batang pinang dan papan. tiang ada yang dari kayu pokok. atap rumah, rembia. dapau masak hanya dapur kayu, guna kayu api. stok kayu api kena ada sedia. bila hujan, nak nyalakan api atau mak aku kata nak pelekat api memang payah. nasib ada elektrik tapi pakai lampu bulat yang watt dia 60 kot. malapppp ja. lampu kalimantang rasanya amat la mahai masa tu. walaupun lampu bulat tu tak elok untuk mata kalau nak baca buku tapi itu ada yang ada. air? cedok dari telaga. dah ada duit sikit, tak cedok tapi pakai enjin pam ayaq dari telaga. masa tu air kerajaan belum ada. aku pecahkan kepada beberapa bahagian, senang nak crita.
kenangan aku masa kecil dulu. hidup susahhhhh hanya Allah yang mengetahui.

Rumah :
macam aku tulis rumah papan atap rembia. lantai dapur dari batang pinang yang ditebang dan dibelah dua. susun jadi lantai dapuq. pelantaq kat luaq  tempat letak timba/baldi sebab telaga jauh jadinya bila nak pakai ayaq amik ja kat situ. rumah aku pernah bumbung atap rembia habis dah bocoq sampai boleh nampak langit dari dalam rumah, apa kami buat, boh atap zin kat bawah atap tu. nak ganti bumbung sapa nak naik, reput habis kat belah atas tu.
aku tak ingat tahun bila rasanya masa tu aku darjah 2,3. kami dapat bantuan rumah pprt. tu pun jenuh la jkkk kg padang patong fight untuk dapatkan rumah kami tu. aku tak tau apa masalah penghulu kawasan aku tu sebab dia tak masukkan isu rumah tu dalam mesyuarat. arwah tok saad dengan bini dia sampai suruh tuan D O mai tengok rumah kami sebab depa kesian kat kami duduk rumah yang buruk dan teruk tu. ada plak orang tua kat situ kata rumah kami macam reban ayam. memang celaka mulut dia. 


makan :
part ni sedih. makanan yang aku selalu hadap tiap tiap hari , ikan masin.ikan tamban kiat, ikan gelama masam. ikan gelama tu kita pelbagaikan menu. hari ni goreng dengan cabai kering, esok buat sambal tumis. udang besaq yang dok juai sepinggan rm10 ka rm5 la ni tu, aku payah la nak makan. ayam pun sama. makanan mewah tu. ikan temenung ada la jugak. aku pernah beli beras sekati. tokey kedai pun tak tau nak timbang sebab sikit sangat. roti? aku dulu makan roti yang seplastik 80 kupang. masa tu ada dah gardenia tapi bagi aku mahai la sangat. masa tu rasanya baru sepeket rm 1.60. mahai dah bagi aku. daging pun jarang jarang jumpa jugak. makan apa yang ada. getah sekerap masa tu sekilo 60 kupang. bayangkanlah. mak kau kerja sorang. ayah aku meninggal masa aku dalam setahun. sedihnya hidup masa tu.

pakaian :
pakai baju baru setahun sekali. beli kat pekan hari. samada pekan khamis kat pekan labu besaq tu atau kat pekan jumaat kat pekan malau. pekan khamis on waktu petang. tak berapa ramai orang menjuai. pekan jumaat masa tu memang meriah. ramaiiii peniaga. on waktu pagi. tapi nak pi jauh sikit sebab kena kayuh basikal lintas kg padang patong, bendang bakai, sek ren malau baruuu sampai. pekan khamis tu dekat sikit dan ada jugak aku pi jalan kaki ja. punya la nak pi pekan hari. itu ja la tempat yang aku seronok nak pi. pi saja, beli tarak melainkan yang penting ja. aku ada anak menakan sama umuq, baju dia la aku pakai kalau dia dah tak mau.

aku sambung lain kali..malas plak nak menaip

No comments: