Sunday, 26 November 2017

Markah SKT

hujung tahun seperti biasa, orang yang keja gomen sibuk la dengan skt atau sasaran kerja tahunan. hmmm masa ni lah nak tengok sapa bos suka, sapa kuat kipas bos, sapa kipas pakai tangan atau sapa pakai econ. haaaa nampaklah kau markah setahun kau keja. kalau kau kaki bodek atau memang kuat kerja, banyak lah markah kau. kalau kau bos tak suka sebab mulut kau lancang cam hapa, atau kau memang kaki ponteng, maka bersedialah dengan markah nanti. kalau dapat bawah 65 , maka siaplah, gaji hang tak naik la. kalau 65 ke atas, ok lagi la. tapi markah tu lah yang akan dilihat kalau nak naik pangkat. kalau dapat bawah 95 amatlah tipisss setipis kulit bawang nak naik gred. kalau 85 tu dikira prestasi bagus tapi belum cukup bagus la. tapi harus diingat, pemberi markah adalah manusia, yang diberi markah adalah manusia. 
ada yang bagi markah base on kerja, kalau pernah gaduh ka masam muka ka letak tepi, ada yang bagi markah base on dendam..cilaka, kau kata kat aku, siap la skt kau. jadinya agak agaklah time nak bagi markah. kalau kerja bagus, setakat ada hal sekali dua tu, tutup mata ja la. prinsip aku, kalau aku bagi dia markah 70, aku rasa aku pun kena dpat mcm tu. sebab kerja aku dan dia takdak beza sangat. layak ke aku dapat 90 kalau anak buah aku dapat 80..kerja aku tak jalan kalau depa tak buat jugak. so, win win la. kalau kau bagi markah base on dendam, takpa, masa kau akan sampai jugak. yang pemberi markah, kalau tak tau nak bagi markah tanya lah pada yang tau. jangan la jadi bodoh sombong. dah la bodoh, sombong plak tu, simpan sikit bodoh tu jangan tunjuk semua. dan jangan lah nak tunjuk kau punya kuasa. itu hanyalah sementara.

1 comment:

al-lavendari said...

salam kenal .. memang benar, kuasa adalah sementara.