Sunday, 25 February 2018

Brownies


inilah brownies yang aku sedekahkan kepada kawanku Suhaili sempena majlis perkahwinan adik lelaki dia. yang last ni. kawen dengan orang Kuala Kubu Baru, reja misi, dia reja bomba. tapi bukan yang menyelamat, yang main band tu. aku suka buat brownies ni sebab mudah dan cepat. 30 mnit ja dah siap. hiasan pun tak susah mana. lorekkan ja coklat, pastu tabuq la apa apa pun ataih dia. setel. ni ja la yang aku boleh sedekah kan pun. nak bagi lagi grand tak dak bajet lak. ni ja la yang ada.

Apa Nak Crita?

banyak nak crita. mula mula aku pi Karnical Sg Petani masa cuti raya cina hari tu. aku naik yang guna pelampung besaq tu. di situ ada dua slides,satu yang meniring, satu lagi yang kecik tu.pergh ..aku naik yang biru tu, masa turun menjunam tu, adoiii rasa macam nak tercabut punggung dari pelampung. takutnya, kot aku tercampak keluaq. yang kedua, aku naik yang berliku liku tu. haa yang ni macam ok, tapi yang ni lagi aku takut sebenarnya.anyway. ok la,pi mandi mandi dekat situ. aku dan asben, anak sedara 2 orang dan anak sendiri 2 orang. kos masuk semuanya rm 108. hari tu sempena raya cina depa pukui rata rm18 ja sorang. kalau tidak depa kira berbeza dewasa dan kanak kanak. setel di situ, makan kfc kat Puteri Jaya. kos dalam rm 50++ ja.cuti 3 hari dok rumah ja, mana tak pi kecuali pi situ ja.
hari Isnin, aku amik cuti, balik rumah mak sat, pastu balik rumah,ready barang nak buat sandwic, pastu masak spageti. bawa pi rumah kak ain. setel spageti di situ. alhamdulillah..kira sedekah gak tu kan?esoknya, kerja cam biasa. minggu ni dah start urin pelajar sek men dah. setakat ni 10 orang sangkut, dari 8 buah sekolah. sorang pompuan, dalam sejarah ni, ada pompuan sangkut. yang lawaknya, dia boleh seronok kawan dia sangkut. dia kata kat kawan dia, tu la hang, pandai makan tak pandai simpan. aku tak mau kantoi.piiii dia amik la tu maksudnya.kami kena pi dua kali kat sekolah tu sebab nak buat kat student sesi petang sama. luckily, sesi petang, no sangkut. semua clear.
ooo mak aku tukaq nak makan beras ecobrown plak. ok, aku belikan ja. sebab, beras perang lebih baik dari beras putih kan? so, belikan dulu sekampit.
anak aku mohsin tak pi kelas KAFA sebab dia kata, kawan dia cakaq tangan dia. berdarah. poyo betui. ingatkan teruk, calar ja. mengada ngada. malaih la tu. request plak nak pi pukui 2, kalau van hantaq confirm pukui 2 lebih baru sampai sekolah. ok, minggu depan aku hantaq dia pi sekolah. balik dengan van. bleh jimat duit kat situ dah.
hari Jumaat, aku buat mi hailam bawa balik kampung, 2 bungkus mi. setel. sedap plak kuah mi aku tu. anak anak suka, mak suka, anak sedara pun suka. macam ni masak baru best. habis semua. bawa balik bekas kosong ja.
ohh jualan sandwich aku kat Jalan Paya Besar tu tak berapa ok la. dah 3 hari tak habis. dan aku tak boleh buat sandwich teluq sebab bila dah petang tak boleh makan, kalau sardin ok lagi. yang dekat kak ti, alhamdulillah, habis 5 pek sehari. takpa la, mana ada orang meniaga laku semuakan? kedai makan pun ada lauk belen. 
hari Sabtu, aku keja kat Taman Desa Permai. jaga pameran.dapat la claim ot sikit. jadila sikit dari takdak kan? balik rumah, main dengan anak, bawa Mohsin pi klinik Sathiam sebab mata dia merah, anak aku yang kecik tu tampaq muka kena mata. merahhhh la sebelah macam sakit mata. kena la rm25. nasib baik cas klinik murah. 

Wednesday, 14 February 2018

Kembali Menulis

hai hai hai..kembali bersiaran. walaupun tak pasti sapa yang akan baca. tapi , ini boleh jadi catatan peribadi aku nih. weiiii nak share, aku juai sandwich. haaa gila punya kerja. alkisahnya, anak aku tu pi sekolah kadang menyinggah di kedai Makcik Nah tepi padang tu. dibelinya sandwich sampai 2,3 pek. aiseyy..banyak jugak kos nak bayar..tu belum kira kek cawan yang kecik kecik tu. Ain pun sama gak. kek kecik tu ja sampai dua. tak bagi amik dua, muncung muka cam boleh boh penyepit kain. lawak anak anak aku ni.
jadinya, nak menjimatkan, aku pun buat la. malam tu tanya siap siap nak sandwich ke tak. dari aku buat untuk dia bawa bekal, baik la aku buat lebih sikit. letak kat gerai Kak Ti Putih tu. tak banyak, sehari 4,5 pek ja. alhamdulillah, habis. dapat la 7,8 rm jadi la. dan sekarang, aku dah hantaq lagi sandwich ke Jalan Paya Besar. ni gerai abang ipaq kawan aku. pun tak banyak jugak. dalam 5 pek ja sehari. kat gerai ni, letak apa pun habis. gila, ramai orang kot. budak sek, cikgu sek, orang taman, orang keja Kastam. semua tumpu kat sini. gerai Kak Ti , kat market. walaupun market, tapi market kecik. sebab tu tak berani nak buat banyak. la ni, aku tengah aim nak letak kat gerai makan dekat Klinik Kesihatan Taman Selasih plak. sebab, situkan klinik, kedai banyak, rasanya boleh jalan sandwich aku tu. seronok jugak buat juai ni. tengah pikir, apa lagi aku nak letak kat kedai. hahahaha semangatkan?

Tuesday, 16 January 2018

Alhamdulillah

itik dan ayam tinggal sereban
     nasi dan dedak jadi makanan
sengketa lama kita lupakan
     semoga persahabatan berkekalan

indah sungguh suasana pagi
    cantik dan segar rasa di hati
kawan yang baik kita hormati
    barulah persahabatan akan harmoni

berakit ke hulu, berenang ke tepian
   ikhtiar kita untuk berjaya
janganlah kita makan kawan
   kerana itu kawan teraniaya

aku tak pandai bab pantun, tapi gagah jugak la nak taip. alhamdulillah, selesai sudah isu yang terpendam sekian lama.
sengketa yang ada telah diselesaikan. itulah kita, adat berkawan, ada yang ok, ada yang tidak. kalau tak ok, kita betulkan tapi bergantung juga pada keadaan, ada yang boleh terima, ada yang tidak. 
sebenarnya, kadang kadang berpunca daripada salah faham sebab kita mendengar cakap orang. bila dengaq cakap orang ni, maka, crita yang pendek akan jadi panjang. sudahnya, kita ni akan bercakaranlah jadinya. itu yang bahaya. biasalah manusia, ada salah dan silapnya.
alhamdulillah.. semoga kejadian yang berlaku ini akan jadi iktibar dan pedoman pada kita semua.


** ini adalah masalah kemelut yang berlaku di opis aku.



Aku dan Sandwich

hai kawan kawan.. aku sekarang dah juai sandwich. setiap hari aku akan letak sandwich dekat kedai kak ti putih. sebab apa pangge kak ti putih, sebab dia memang putih. albino gitu. idea juai sandwich ni wujud selepas aku buat sandwich kat anak aku hari hari. jadinya, dari aku buat kat dia aja, baik aku juai sekali. bukan banyak pun. 5 pek ja sehari. tambah yang kawan kawan order se pek dua, jadila 7 pek. se pek aku juai rm2..komisen kat kak ti, 2 kupang. jadila. nak kira modai, memang aku pun tak reti sebab , ye la, beli roti, aku makan jugak, beli salad, aku pun makan salad jugak. jadinya , aku kira yang asas saja la. roti, bekas sandwich dan inti sandwich saja. sardin ka teluq. seronok tau buat sandwich ni.

 kenapa sikit sangat? sebab market ni tak besaq. orang yang mai market ni tak seramai market di Kulim. yang tu memang ramaiiiii sangat sangat. ni kami pangge market cina sebab penjual dan pembeli banyak cina, yang melayu ni sikit ja. india pun sama, sikitttt ja. nak parking keta pun kena berebut dengan orang yang mai market. tu sebab selalu kena saman parking sebab dah takdak parking, kena la buat double line. dah kena saman sebab parking luaq kotak, nak parking dalam kotak camna dah parking penuh. selesai time market, baru la ada parking. itu la rutin kami ni ha. 

ni sawan nak masak aku dah mai nih. cadang nak buat almond london juai plak. sebab anak aku suka makan biskut tu. tengok, apa anak aku suka makan ja aku buat. pastu, juai la sikit sikit. bukan nak buat untung sangat pun. eh , lupa nak maklum, aku dah stop jadi agen insuran HLA. yang ni insuran konvensional tp ada islamic fund. bila aku pi kursus takaful, baru la aku tau beza konvensional dan takaful. sebelum ni, aku cuma tau asas yang amat simple. konvensional ibarat beli kat Tesco, ada juai barangan non halal. kita pembeli kena pilih yang halal ka haram. kalau takaful, semuaaaa yang di jual adalah halal. cam kita pi halal mart la kekdahnya. hmmm ada lagi la bezanya. tengoklah, kalau rajin, mungkin buat takaful plak. 

Sunday, 7 January 2018

The Carnival Sg Petani

Dah banyak hari anak aku ain dok mintak nak mandi kolam..amik balik dari tadika ja,tanya,boleh mandi kolam dak petang ni?dua tiga hari ni,asik tanya soalan sama ja. Stress aku. jadinya, aku pun plan ke The Carnival, water theme park hari sabtu lepas. dari kampung , teruihhh kami ke sg petani. amboiii nak mandi kolam sangat dia. haaa aku bawa mai sini. tapi a bit leceh sebab bawa si kecik tu, dia tak bleh mandi. bukan tak boleh sebab apa , sebab aku tak mandi sekali. abang dengan kakak dia ja yang mandi. walaupun ada pampers yang water proof tapi aku tak beli pun. berapa rega pun tak tau. 



jadinya jenuh la kami menunggu depa dua mandi. tiket masuk , rm 96 utk kami berempat. dua dewasa , dua kanak kanak. bawah 3 tahun tak kena bayaq. kalau tak bawa baju mandi, dun wori, ada dijual di sini dengan harga serendah rm5. key chain, pelampung semua berbaloi la aku rasa. tak mahai mana. bagi aku affordable, bagi hampa yang banyak duit, lagi laaaaaa mampu dak?
kami dok dalam ni 2 jam saja sebab aku pun dah berpeluk ketiak jaga anak aku yang kecik ni. sepatutnya , kena dok dalam tu 5 jam, baruuu berbaloi dengan duit yang dibayar tapi apakan daya, mukhlis dah cemuih dan aku pun dah letih jaga dia. so, kami cabut awai. 

lepas habis mandi situ, kami makan kfc kat tepi econsave ja. yang dekat dengan bandar puteri jaya tu ja. kos makan rm 34.90. plan nak mai lagi sini. tapi without mukhlis. sebab aku nak berendam sama. nak naik glider tu semua. walaupun kecik dan tak la semeriah lost world tapi ok la bagi aku sebab peraturan pakaian mandi yang tak ketat sangat. pakai seluar track pun boleh. 

Thursday, 4 January 2018

Hari Hujan

Di kulim,hujan turun mencurah curah dari awal pagi td. Memang lebat. Baju dah 2 hari tak berbasuh. Bayangkan 5 orang punya pakaian. Pagi td,aku mesin jugak baju.3 trip. Nak keluaq pi kedai dobi utk pekering baju,hujan masih lagi lebat. Kena tunggu dulu ,keluaq beli sayuq dengan mukhlis,dalam hujan jugak.nasib kau nak.suruh dok rumah dgn abang tak mau.nak ikut.ha meh kau. Berpayung,berdukung beli sayuq.
Menu tengah hari ni,bihun hailam. Aku beli bihun kat kedai dalam taman selasih ni..aiseyyyy hancuq bihun tu bila aku celuq.selalu aku guna cara yg sama tp guna bihun tesco ok ja..ni hancuq plak. Memang tak bleh blah.nasib ada sepeket lagi bihun tesco spare. Celuq ja la yg tu.sebab aku nak bw balik kg bihun hailam ni.la ni,blik kg,bw balik makanan siap siap sebab senang. Buka taperware dah boleh ngap. Tu dah jadi rutin aku sekarang ni. Mak aku sakit lutut.anak aku plak tak mau kat org.kat mak aku pun dia tak mau.jdnya mcm mn nak masak.abang dgn kakak dia bila blik kg ada ja la keja nak buat.bkn nak tengok adik. Solutionnya masak la siap siap.kalau tak masak siap siap pun,bahan yanga nak masak tu mesti dah ada dan siap potong. Bila sampai rumah,zap zap zap terus masak.jimatttt masa.bleh menyembang dgn mak lama sikit.
Pagi ni juga,aku dpt msg ayah, Zu,kwn opis aku telah meninggal dunia jam 2.15 pg td. Al fatihah utk arwah ayah zu.semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Aminnnn. Aku br balik pekering baju di kedai dobi dekat opis aku. Seronok sebenaqnya guna pengering ni.jimat masa tak pyh sidai kecuali yang agak tebal. Masa pi pekering baju tu,sementara nak tunggu kering aku gi lepak kat kedai 24 jam tu sat.pasti masuk dalam keta. Aku tak berani nak tunggu kat kedai,kot la ada penyamun ka mai samun,naya ja aku.ada duit ka takdak duit ka bukannya mat penyamun ni kira.baik aku tunggu dalam keta ja. Cukup masa,masuk dlm kedai amik baju,balik teruih.setel bab baju. Dunia dah moden,senang ja sekarang ni. Kalau dulu jenuh la nak tunggu baju kering. Syukur pada kemakmuran dan kemajuan yang ada.cuma kena guna dgn baik ja la.kalau guna cara tak baik,hancuq la hidup.

Baii..nak simpan dengan ready baju nak balik kg...