Saturday, 19 October 2019

Happy Birthday Ain


kek besday dari kak jihan kulim utama
nama yg buat ni jihan,dok di kulim utama,jadi di hset,save la nm ni
 senang nak cari. dah kali keempat aku tempah kek dgn kak ni..tak mengecewakan. nak kek apa,mcm mn nak deco ka nak boh coklat ka dlm tu bgtau ja..harga murah yakmat.  kek sedap asben aku kata
 sebb dia jrg makan kek,jrg puji. bila dia puji tu,sedap la maknanya.


coklat bouquet dari jiran depan rumah.syifa yang buat. rega rm15. jadila..bkn nak bunga tu sangat,nak coklat.jadinya,hiasan paling sikit,coklat bg banyak. besday ain tapi mohsin dapat jugak sebab,mohsin dapat no 8 ujian kafa.bagi la sekali.satg kecik hati plak. masa besday dia lupa nak bg bouquet. 


 dah 7 thn budak ni..kuat melawan cakap aku nih. jangan la pi crita apa apa satg dia ingat tu la. ramai suka dia..maksu dia pun suka,mama ain,abah din.sampai mamu katering pun ingat kat dia.


ni lagi sorang.kalau crita satu benda..memang dia akan ingat. tp yang ni boleh simpan rahsia..banyak tolong aku,jaga adik,buat kerja rumah.

lokasi mestilah rumah bang din aka abah din depa..semua besday buat kat sini. depa suka mai sini. km beli kek,beli siakap 3 rs,beli tomyam campuq,teluq dadar,nasi mama ain masak. setel. mama ain dan abah din ni pangkat pak lang dan mak lang.depa jaga anak anak aku tiga tiga org ni dari kecik. memang depa syang dan anak anak aku manja dengan depa. lebih manja dengan depa dari km.


Mi Kuah Tepi Opis

untung oiii tepi opis ada org juai makanan. tepi opis aku market ikan. pukui 12 cmtu,org niaga kat market dah balik,brlah group meniaga makan ni mai. nasi ayam ada,mi kuah,char koey teow,bihun sup mcm mcm lagi la.ayaq pub macam macam jenih dok ada.sedia duit ja la.rs cemuih makan nasi,mi kuah ni la jd habuan.
mi kuah ni memang rekemen la. sebab daging banyak.kiranya ,hang ceduk ja,dpt daging.memang tak kedekut. sepinggan rm6 ja. mn nak dpt. besa, ceduk daging payah nak dapat sebb sikitttt ja depa boh.ni dengan tulang lg depa bagi. nasi ayam depa pun ayam besaq.aku kalau nasi ayam bahagian ayam yg penting.nak tgk besaq ka dak.ada yg rega rm5,ayam alahaiiii secoet.kedekut betui. dulu,gerai ni ramai orang mai sebb betui betui tepi jalan. lepas tu mpkk tak bg. depa suruh mai menega dalam kawasan market. depa buat la laluan pa semua tp dok nmpk kurang sikit. kalau tanya depa pun ,sama,kurang sebb orang nak kena lalu kot opis aku atau kena bejalan sikit. org malaysia bukan rajin bejalan pu. dulu tepi jalan,10 langkah dahhhh blh order. katanya,depa akan pindah pi tapak baru tp tak tau la bila dan di mn..kalau jauh,perasan tak dak orang pa. la ni,tumpang dok dekat,pi la mkn,esok kalau jauh jangan di kenang.

Sunday, 6 October 2019

PJJ Online

weiiii...lamanya tak menaip. aku baru ja belajaq online. buat hokkaido cupcake. part lain semua senang. yang susahnya bila nak mix telur putih tu. sebabnya bilah mixer aku hilang sebelah. lawakkan? mana hilang pun tak tau. lama dah aku tak membaking..sebab tu la.
kawan aku, belajaq online jugak. dia belajaq sandwich. bukan sandwich biasa tapi beef bolognese sandwich. ada la dia bagi kat aku resepi. nanti la nak try. tapi sekarang ni nak buat sandwich teluq dulu. haaa nak start balik la juai sandwich. tak banyak pun takpa..sehari 6 pek sudah la. resepi diperbaharui. 
tengok kawan aku tu, sehari bleh juai 11 pek. aiseyyy semangat balik nih. aku kena buat, kena buat..usaha usaha usaha. kawan aku, dia dok juai kayu pellet tau. kat sunshine bertam tu, ada kedai sandwich. juai sandwich saja. memang ramai orang pi beli. dulu, dia juai dari rumah, pastu ada ramai orang mai beli sampai bleh lantik agen. jadinya, dia buka kedai , lagi senang orang. selain agen, ada pembeli yang baru. see? juai sandwich ja kot. tapi kena pelbagai kan la. so, esok bleh juai sandwich k. hahaha kena tanya la tuan kedai duluuuuuu...




Saturday, 7 September 2019

Utamakan Produk Muslim..Buy Muslim First

sana sinun orang buat kempen. yesss aku pun join bagi sokongan. utamakan produk muslim. bukan tak beli produk orang lain, tapi utamakan. beza maknanya tu bagi yang paham bm la. yang tak paham, depa tak tau la nak bezakan? itu hak masing masing nak beli barang sapa.but remember, kuasa beli di tangan sapa? kita. jadinya, gunakanlah sebaik baiknya. beli barang muslim ni, untungnya di bayar zakat, dari situ, akan membantu asnaf, dan asnaf boleh membantu diri sendiri. bukan boikot k. utamakan, ada setengah hal kita masih perlu ke tempat lain disebabkan orang kita tak dak buat. contohnya bengkel keta ka? takkan nak terkam pi yang melayu kalau kedainya jauh ya amat. pandai pandailah pikiaq kan? banyak dah produk muslim di pasaran. cari ja. mesti jumpa.

Gulai

aku sebenarnya tak reti masak gulai. rasanya sepanjang aku hidup ni, minggu lepas la aku masak gulai paling banyak. aku sebenarnya takut masak gulai bab nak boh santan. rasanya, sebelum ni ada la kot dua kali aku masak gulai. lain masakan ok.gulai ni memang gerun sikit.
alkisahnya, aku beli kepala ikan dan isi seketui dari Ihantaq fresh. aku memang selalu beli kat depa ni sebab mudah. depa dah besiang, basuh siap dah. aku amik masak ja. dok taman, memang la masalah sikit bab nak buang taik ikan, kulit ayam dan sebagainya. takkan nak buang dalam longkang kan? busuk la. tu punnn ada yang tak pakai otak, buang ikut dan. dok kawasan perumahan kos rendah ni macam tu la. ikut dan ja nak buang apa.
first, aku masak gulai tu. owhhhh not bad. aku kurangkan santan. kadang kadang, aku masak tu, rempah semua cantik dah. bila boh santan, jd cair sikit gulai tu. tapi kat kedai makan, gulai cair gak kan? tu aku takut nak boh santan. kali kedua, aku masak gulai sotong. kali ni aku boh halba campuq. ishh sedap gak rasa. aku lama dah plan nak masak gulai sotong ni. terbayang bayang rupa sotong tu jadi gulai. 
balik kampung, as usual, memang aku masak lauk siap siap. aku masak gulai ayam. tapiiii..kentang takdak. aku ganti karot. kureng sikit adik aku kata. kurang rempah. tapi, ok dah tu aku rasa. kemarin, aku masak kurma, walaupun buka gulai tapi ada santan kan? aku sekarang nak mahirkan diri guna santan. ehhhh sedap you kurma i.. lepas ni kena rajin rajin lah lagi masak masakan yang pakai santan. practice makes perfect kan?????

Tuesday, 20 August 2019

Aku dan Mahkamah

masa dulukan, tengok mahkamah pun takut. rasa ,eeee nak pi mahkamah. teringat lokap,polis dan penjara. tapiiii bila dah keja ni, mahkamah tu memang la tempat yang wajib kena pi. sebab? nak mohon reman - mahkamah. nak jatuh hukum masuk pusat atau pengawasan -  mahkamah, nak jamin - mahkamah, nak batalkan reman - mahkamah. pendek kata, sana la tempat yang kena pi.
luckily..aku dok unit yang tak terlibat sangat dengan mahkamah. jarang aku pi kecuali ganti kawan kawan yang tak sempat nak pi. contohnya.. hari ni aku kena pi untuk dapatkan reman. kena pi mahkamah untuk mohon perintah masuk pusat pemulihan. aku..palinggg tak suka kalau pi mahkamah, pastu nak minta perintah masuk pusat atau reman. dia jadi takut, pikaiq macam macam. kalau surh ceramah ok, suruh pi mahkamah, blh jadi tak lena tidoq ooo. punyala teringat.
apa pun ni tugas, redah ja la. sedangkan ramai yang tak dak kerja, aku masih ada kerja. alhamdulillah

Lama Cuti

bukan cuti dari kerja..tapi cuti menulis kat sini. apa nak crita ye? kita crita bab raya korban. tahun ni aku tak buat korban sebab rasa macam duit kurengggg sangat. padahai bukan banyak mana pun. tapi tu la, satu mesej kat ig tu menyebabkan aku rasa, ehhhh lalainyaaaaa, berkiranyaaaa. sebab korban yang aku nak amik tu bukan beribu pun. ratuih ja. tapi rasa beratkan? sedangkan keta yang dok guna, beli hari tu banyak lagi banyak dari harga korban. papppp..kena setepek. takpa, tahun depan la aku amik. kali ni bayaq awai. bila bayaq lambat, macam tu la jadinya.
alkisah, aku amik korban ni dari sorang ustaz. dia selalu buat kat India. bukan takat korban dan akikah, tapi juga telaga, yang ada pam tu. untuk bekalkan air bersih pada orang di sana. la kan, orang dok pi buat korban di Kemboja la, Palestin dan sbagainya. ikutlah nak buat di mana pun. asaikan yang buat tu memang sah dia buat dan betui caranya. jangan pakai hentam saja. naya kita yang berharap korban dah buat tapi tak diterima Allah. 
sama la macam kes Badal Haji. bila kita tak pilih company yang betui, yang amik duit kita tu, upah ja sapa sapa yang depa nak. kadang tu depa pun tak pi haji dan syarat syarat pun tak tau. naya ja duit kita, badal haji pas ke mana. sangat rugi. so, nak buat korban ka, akikah ka, badal haji ka, carilah company atau orang yang boleh percaya.
berbalik pada korban baru ni, aku dapat la daging dalam 4 kilo gak. dannnnn aku memang suka makan daging. aduiiii memang suka gila. kalau ada lauk daging memang yang tu aku amik walaupunnnnn daging ni bahaya sebab lambat proses penghadamannya. kalau tak silap la. 
kenduri korban pun ada la satu dua. yang dekat aku pi la. yang jauh aku tak pi dah. payah dengan si aktif ni. kalau mama ain depa, memang suka makan kenduri. rasanya, tahun ni aku paling banyak amik cuti sebab pengasuh nak pi makan kenduri. imagine..aku pun suka sebenarnya, tapi apa kan daya, anak pun tak berapa nak cerdik lagi.
anyway..selamat membaca..malaih dah nak tulis. 
baiiii

Monday, 5 August 2019

Saya & Angan-angan

wauuuu.. tajuk....macam buku cerita budak budak je kau jah. banyak angan - angan aku nih. tu la, wawa kata, penuh dah kat ataih pala kak awan awan tu. perli kau...memang la orang kata kejayaan start dari angan-angan. tapi, kalau angan - angan ja usahanya tarak, apa cita. aku le tu. aku angan-angan nak buat biskut juai. orang nak tolong juai dah ada, tapi barangnya takdak. adoiiii tengok orang berniaga sana sini, seronokkkk ja tengok. kita yang tengok memang best tapi kita belum tau lagi usaha depa tera mana. tengok ja la aliff syukri tu. dia memang kaya, tapi nak jadi kaya melana macam dia tu, tengok la lama mn nak capai dan betapa strugglenya untuk berjaya.
haaa aku ni, asyik berangan ja. nak bela ayam kg la, nak juai biskut la, nak buat puding la. nak masak makan untuk family pun berangan. angan ja banyak, usaha tarak. semalam, baru aku buat roti chicken floss. tu cara mudah pun amik masa berminggu-minggu. dah terbayang dah ni camna nak juai biskut tu, tapi tu la..usahanya takdak..bahan pun blum beli lagi.doakan ayu berjaya beb..kalau dah buat, aku update sini.

Waktu Flexi Untuk Kakitangan Kerajaan

dulu dulukan, orang keja gomen ni ada gak waktu anjal. tapi dihadkan. contohnya masuk pukui 8 pg , balik pukui 5. masuk pukui 8.30 pg, balik pukui 5.30 petang. ada jugak yang masuk lagi awai. tapi pej aku amik dua masa tu ja. sekarangggggggg...ada waktu lagi flexi dan lagiiiii best. sebab, staf boleh masuk mana mana waktu antara 7.30 pagi hingga 8.30 pagi dan balik start 4.30 petang. kalau masuk keja jam 8.31, dikira lewat. haaaa lebih menyenangkan staf la. macam aku, aku masuk pukui 7.30 pagi, aku blik 4.30 petang. kalau la hari tu aku lewat, aku masuk jam 8.20 pagi, aku balik la 5.20 petang. asalkannnnn..masuk keja jangan lebih dari 8.30 pagi dan balik jangan awai dari 4.30 petang. 
tujuannya, nak kurangkan sesak di jalanraya dan di lif dan sebagainya. sebabnya, ikutkan kajian yang dilakukan, jalan kurang sesak sebab pengguna keluaq awai dari rumah, kat lif pun tak la semua orang tertumpu kat situ ja satu satu masa. 
bagi aku yang pi keja jalan tak jem, tempat kerja takdak lif, tak rasa la. tapi yang kerja mengalami situasi macam tu, ini satu kelebihan kat depa. yang penting kerja mesti cukup 9 jam. itu point dia. tapi tak semua jabatan buat, ada yang tak bleh nak buat sebab kekangan perkhidmatan. contohnya , hospital. depa ikut masa 8-5.bomba pun sama rasanya. yang kritikal ni tak la ikut flexi macam ni. apa apa pun yang penting kerja jalan. berkhidmat untuk negara gitu.

Wednesday, 31 July 2019

Cucu Saudara

tua dah rupanya aku ni..dah bercucu dah pun. kalau sebelah aku, jangan cakap la. cucu aku dah ramai. ada la dalam 20 orang dah pun. belah asben aku, ni la cucu sulung dia, cicit sulung mak dia. so, biasa ja aku rasa. cucu abang dia yang no. 4. anak dia yang no 2. lagi 3 orang belum kawin.
kemarin, aku pi la tengok cucu. belum sebulan pun mak dia berpantang. aku memang plan nak pi tengok pun. asyik tertangguh ja. sebabnya tak tau rumah. satu perangai abang ipaq aku ni, dia suka pindah rumah. jenis tak bayaq sewa. macam tu la. tapi jangan risau. dia tak pi jauh. dalam area taman angsana dan sri pinang ja dia pindah. senang ja nak cari. tapi aku kan adik ipaq ja, yang adik dia pun tak pi cari. lantak la katanya. 
anak dia ni baik jugak la. jadinya takdak sebab aku nak bermusuh ka apa dengan dia. abang dia ja yang problem. menyombong ntah hapa hapa.macam kerja baguih sangat. kerja kilang ja pun. yang bawah dia tu, ok lah sikit la ni. dulu pun kategori hampeh gak tu. dah besaq ni, ada akai la sikit. yang kecik sekali pun dah keja. lepas spm apa lagi, keja la kan? nak harap mak ayah, mak ayah pun tak tentu hala hidupnya..sat keja sat dak. takpa lah, dah dia pilih hidup camtu.
moga anak anak amik la iktibar hidup yang pernah mereka lalui. jangan la jadi macam tu. susah hidup asyik nak bergantung kat adik bradik ni. berapa lama orang nak sara kan? adik bradik pun ada komitmen lain jugak. kalau dah sediaaaa meminta, tak ke hangin depa. bukan kata depa, bini depa pun hangin sekali. 
anak anak amik la sebagai panduan. biaq keja kecik, gaji sikit, asaikan anak anak tak terabai. susah hidup cara susah. senang , jangan lupa pada yang susah. cakap dan sikap kena la jaga. ni dah la susah, mulut tak mau jaga. cakapppp ikut dan ja. mana adik bradik tak meluat.
selamat lahir ke dunia afiq rizki..moga bertambah rezeki keluarga kamu.

Tuesday, 23 July 2019

Aktiviti Waktu Petang..

lepas punch card, aku memang rush balik rumah. petang sibuk sikit. sikit ke? banyak kot. aku sampai rumah, mandi, makan kalau nak, boh baju dalam mesin. boh ja dulu sebab tunggu semua balik baru nak basuh semua baju. aku sebenaqnya suka kumpui baju banyak banyak baru basuh. bestttt. penuh penyidai. siap nak pi amik mohsin balik KAFA. kelas habis pukui 5.45 ptg. pi awai pun dalam 10 minit ja. tu punnn line keta dah penuh. kadang2 aku geram sebab anak aku tu keluaq lambat. pukui 6 baru sampai kat keta. stress aku tunggu. besa la. panaih panaih ni kan..
kadang, aku drop mohsin kat rumah, kadang dia ikut aku amik adik dia kat Taman Lobak tu.kadang aku suka dia ikut , kadang nyampah sebab satg mesti dia gaduh dengan adik dia. jenuh aku menjerit dalam keta. s
setel amik adik, balik rumah. teman dia main ndoi orang sebelah rumah sat. haishhhh asik nak main ndoi ja. malaih nak tunggu. dekat maghrib, baru masuk rumah.semayang maghrib, hantaq ain pi qiraati. dia habis kelas pukui 9.30 malam. amik dia, setel untuk hari tu. tengok tv, tunggu depa semua tidoqqqq..kalau adik tidoq awai, lega la aku.. kalau tidoq pukui 12, hmmm sian la kat aku.aku dah la jaga awai, pukui 5 lebih sikit. siang tak tidoq. mana la tak ngantuk awai.

Perancangan Tu Penting Buk

23.7.2019 - happy aku sebab pagi ni semuanya smooth. 
aktiviti pagi ni..
5.00 pagi 
bangun tidoq
iron baju KAFA anak
ready susu anak yang kecik
defrost nugget
ready nasi semalam nak goreng
potong sayuq , bawang , cabai untuk nak buat nasi goreng

5.45 pagi
hantaq anak pi kat rumah pengasuh di Taman Lobak. Jarak pi balik 16 km
yang sulung dah mandi
goreng nugget
kejutkan yang no dua. pompuan. payah nak bangun tidoq...huihhhh bukan calang calang punya payah bangun
bagi minum susu sebotol, kejut dia
bagi mandi..kalau dia mandi sendiri (memang lambat)
siap anak pompuan
dia kemas beg sekolah
depa makan nugget
mandi, solat subuh

6.55 pagi
hantaq depa pi sekolah
pi buka pejabat.kunci aku pegang (terpaksa)
goreng nasi (ada nasi lebih, tiap tiap hari goreng bawa pi opis - tak mau membazir)
buat kuah tomyam sikit - aku punya. no share
iron baju - bersiap

7.50 pagi
pi keja. dekat ja. 10 minit dari rumah

nasi goreng aku mudah ja.
cabai blender, bawang, sayur, sayur campur - tumis sekali sebb nak cepat. boh kicap, perasa, nasi -  done.
alhamdulillah..hari hari habis. dan aku memang suruh depa habiskan. sayang membazir.

setel pagi..esok aku tulis aktiviti aku waktu petang plak. i'm really saluted whoever can do household chores dan working at the same time. still managed to check children homework everynight. perghhh hebat. i cannot. terlepas pandang gak banyak benda. but that is the best i can do..

Refund Duit Insurans

lately, caj insurans increase macam nak gila. imagine, my medical card yang monthly baru rm 50+.. tak sampai pun rm60, bulan 7 naik sampai rm 127.00.. gila. asben aku pun sama dari rm50 lbh sikit ke rm 130. gila ka apa? ingat duit nak bayaq insurans saja ka? banyak lagi benda nak buat. kalau gaji tu banyak ribu ok la. ni pun cukup mkn ja. 
so, aku kansel ja la plan tu.
lebih tragis, aku hantaq borang cancellation 1.7.2019, tak complete becoz no polisi no. eventhough aku dah bagi no ic dengan harapan they can fill up for me. but they  sent me back the form,asked me to complete. then, aku email balik form tu, hari 2.7. aku dapat respond..it is done 3.7.2019. 3.7.2019 autodebit masih berlaku. aku minta la balik duit tu. call customer care.. still waiting the refund. goods news is..aku dapat claim balik ncd refund sebb tak pernah claim langsung kad tu. 
hohoho....tunggu ja la...

Wednesday, 17 July 2019

Bila Jual Kereta, Apa perlu Buat?

secara rasminya, aku dah jual kancil aku yang aku beli tahun 2017. yaaa dah juai..rasa seronok sangat. sebab dah setel semua urusan. aku juai kat orang kampung aku ja. rm 4k. aku beli pun rm4k jugak. pasaipa juai rega sama? sebab banyak dah yang aku buat kat keta tu. aku tukaq gear box 4 speed, asai 3. absorber baru, tayar pun baru sebulan tukaq dah juai. temperature pun dah cantik. dulu jadik jugak cepat hot. aku dah pi wiring, dah pi kedai feveret aku tu. setel rm380. dia buka semuaaaa kat depan tu nak cari punca. ehhh timing belt pun dah tukaq baru. so, aku boleh katakan keta tu elok sebab aku dah buat banyak. tu la yang aku juai rm4k...
aku dapat duit dah seminggu. ehhh senangnya kak cik ni bayaq. dia bayaq hari jumaat 12.7.2019, aku masih guna keta tu. lepas tu, hari ahad aku hantaq kat adik aku. mksdnya kat kg la untuk adik aku cuci bagi bersih. hari ahad selasa baru dia amik. hari rabu pi puspakom. lulus..alhamdulillah. la ni ada kelonggaran dah sebab tinted tak payah koyak kalau % gelap tu ok. tu pun yang depan ja diambik kira. yang belakang, ok ja. 
bila kak cik call dia dah pass puspakom, aku pun teruih pi JPJ, isi borang pepelasan hak. kejapppp ja urusan. pastu, kak cik dah blh thumb print dah jadi keta dia sepenuhnya. road tax insuran semua baru. legaaa.

journey to sell a car :
keta kena bawa pi puspakom untuk di test.
sapa kena buat? owner atau buyer.
boleh buat sendiri atau pakai runner.
runner - bayaq rm 130..sendiri buat -  rm35
(lebih kurang la caj dia +-)

setel puspakom..owner akan pi JPJ isi borang lepas hak milik (lbh kurang cmtu la nama borang)
isi borang - thumb print - setel - no charge

owner baru - pi JPJ - isi borang - thumb print - bayaq rm100.
setel (jgn lebih dari seminggu bila owner lama dah pi thumb print). pi kedai insuran, beli la insuran dan road tax baru. 
setel...

insuran dari kereta lama..apa nak buat?
pi kedai insuran - withdrawal atau batalkan.
batalkan -  insuran dan road tax yang ada kat kereta akan batal. mksdnya kereta tu kalau owner baru bawa, tiada perlindungan..
nak batalkan - kena ada dokumen yang mengesahkan kereta tu dah ada owner. maknanya kena pi puspakom, dapat surat kelulusan, pi jpj baru bleh buat batal.
untungnya - bleh dapat duit bila dah batai

withdraw - keluarkan ncb. kena bagi cover note insuran
kedai insuran akan proses dan amik masa dua hari untuk dapat surat withdrawal insuran.
pastu bleh dah amik insuran baru.
lecehnya..kena bayaq duit untuk kos insuran yang balance tu..

masa beli kancil aku tak buat semua ni. aku pi JPJ ja untuk thumb print. ni baru first time buat walaupun keta dah 3 biji beli.ok..setel. esok nak pi amik keta baru tp second hand la. yuhuuuuuuu......

Monday, 15 July 2019

Mulut dan Tangan

isu pada kali ini berkaitan dengan mulut.ya..kita semua ada mulut. yang bisu pun ada mulut. sebabnya mulut tu penting. nak makan, nak bercakap, nak minum, lebih mudah pakai mulut. apa yang teman nak tulis ni berkaitan dengan mulut yang tidak dijaga. bukannya tak gosok gigi, tapi tak jaga pertuturannya. maka , akan terhasillah, gaduh gaduh, masam muka, sindir sindir. sebabnya, mulut. sebab tu la, mulut kena jaga. bercakap benda yang perlu. kalau tak tau jangan la bercakap lebih lebih. satg jadi fitnah. manusia spesies tak jaga mulut ni ada ja di mana mana. kat opis, kat taman perumahan, dalam sekolah, kolej atau sebagainya. sebb, dirinya tidak diajaq atau tak makan ajaq supaya jaga mulut. disampainya benda yang tak betui. konon dia ja la yang betui. lagi parah bila pi tipu asben ka bini kata dia difitnah. piiiii... kena tipu la pasangan tu.
tangan pun bahaya gak la ni. sebab menaip mesej atau ig atau fb. haaaa sebab tu la mata pena lebih tajam dari mata pedang. dia karang ja cerita, kasi real, habis semua orang percaya. tulisan pun bahaya sebab bertulis. jadinya dapat diforwardkan ke sapa sapa saja. haaa punggahhhhhh..dari sorang yang tau, sampai 100 orang tau. tak ke naya. kalau ia fitnah, makaaaaaa berjalan la fitnah ituuuuu. bahayakan? apa yang nak ditulis, nak dicrita biaqlah betui dan memberi pengajaran. kalau tidak, buat naya si penulis dan pencerita dan orang yang ditulis. benda ni semua akan dikira akhir hayat kita nanti. cuba chek kat opis kita, kalau ada macam ni, berhati hati la. kadang buruknya nama kita pun sekali harung. 

Wednesday, 10 July 2019

Semangat Baru

rasa bersemangat plak dua tiga hari ni. why? donno. yang pastinya, baju iron awai, bagi tugasan kat anak. yang sulung tu je la. tolong sidai baju. haaa jimat sikit masa aku pagi pagi. sebabnya, si abang tu siap awai nak pi sek. jadinya, dari dok saja, baik la tolong mama. aku sangkutkan kat hanger dah. dia cuma pi sangkut kat penyidai ja. basuh basuh malam. 
iron baju bg extra. so, pagi pagi tak kalut dah sebab baju dah beriron. satu cara nak jimat masa. kalau nak masak, malam tu kena potong siap siap. esok tinggai nak masak ja. satu lagiiiii jimat masa.
aku memang ngantuk malam malam. dalam dok tengok mukhlis tu, aku dan lagi terlelap. memang ngantuk. nak buat cmna, anak aku tu kerap jaga. jdnya, aku tak cukup tidoq. bila terlelap sat tu, bila sedaq, memang cergas la. dulu aku minum nescafe kalau nak berjaga. lama dah tak buat. 
tu pun lipat baju sambil sambil tengok mukhlis. lipat rajin, simpan lambat sikit. la ni pun, anak sulung dok tolong. aku letak siap siap baju sapa, dia pi boh ja dalam drawer. alhamdulillah..dah boleh tolong. yang no 2 tu ja payah sikit sebab manja lebih. bukan dengan aku, dengan mama ain dan abah din depa.
semoga hari hari aku akan bersemangat. baru kerja lancarrrrr...

Tuesday, 9 July 2019

Puasa Ganti

aku posa ganti lagi hari ni
hari ketiga
masa syawal tak posa
nak posa nak posa
tapi nak pi open house la
camna nak posa
see? dengan makanan ja tertewas

so, ganti la bulan lain
target memang nak setel awai
sebab? tak mau kalut 
dekat nak posa baruuuu nak posa
leceh kan? 11 bulan ada baki
awat tak posa awai awai

menu buka semalam
very simple
roti dan aiskrim
chewahhh cam jimatkan?
malam, anak dah tidoq
aku belasah doyan 5 ulas
perghhhh sedap gilaaaaa

ada satu ulas tu, biji kecikkkkk
besaq syiling 5 sen
bayangkannnnn isi dia tebai mana
adoiiiii sedapnyaaaa tak terkata

aku ni masalah mkn lewat malam
why? sebab anak dah tidoq br selesa nak makan
kalau tidakkkkkk...huihhhh kacau sj
so, tunggu tidoq la br blh makan

well..minggu ni bab iron baju 
rasa lapang sangat sebab?
aku dah iron awai awai lagi
bayangkan hari ni iron baju untuk esok
hebatkan?

idola aku bab buat reja rumah ni
mestila mama ain depa
cekap betui la
baju yang dah angkat, sup sap lipat
yang nak iron, iron teruih

walaupun waktu cuti sek
baju semua dah iron siap
aku kaaaaaa? tunggu esok nak sekolah
malam ni baru iron
hahahaha malaih kan?

Hellooooo.....

haiiiii....kembali bersiaran..
adoii malaihnya nak kerja
bukan hari ja, selalu ja malas
hmmm kalau keja sendiri mcm mn
tapi nak kerja apa?

nak meniaga, modai tiada
nak jadi dropship, nak iklan plak malaih
see..malaih saja
apa nak jadi dengan kau ni?

hari ni, rasa seronok jugak
sebab?
eh anak teruna i tolong sidai kain
bukan free..upah singgit
dia nak kumpul beli mainan

kemarin pegi eco
kedai berhantu tu
gila la masuk situ
nak beli 1 ja barang
tipu la, mesti lebih

murah gila dan kualiti pun ok
dulu masa mula buka
aku tak berapa confident nak beli kat situ
sebab nama barang pun cam hampeh

tapi la ni, barang semua yang ada brand
staedler, kreati yang ada juai di tesco
ada di sini, jadinya boleh percaya
gila kalau masuk sini

eh sekarang ni the store 
pun juai rm2.10
besaq oo store dia tengah pekan
nanti nak try pi
boleh celen eco ke dak

hmmmm semoga hari ni 
aku tak marah marah anak
anak anak dengaq kata
seronokkkk rasa

buka posa hari ni
aku nak makan ais krim dengan roti ja
jadi la, tadi pi tesco
teringin plak nak berbuka camtu

kalau tahan, tak payah makan nasi
konon la, kalau tahan
kalau tak tahan
makan la nasi jugak

acaner nak kuruihhhhh

Monday, 1 July 2019

Medikal Kad

sekarang ni apa apa jadi, orang akan tanya, ada insuran dak? insuran ni memang satu keperluan, bukan kehendak dah. sebabnya dengan banyaknya penyakit yang dok ada, dengan ramai yang sakit, pakat nak berebut masuk spital gomen, mana nak cukup. yang mampu, pi swasta. kalau pi swasta, rega kasi ingat la. bukan mata ratuih la, mata ribu. jadinyaaaa.. medikal kad la pemyelesaiannya. 
tak kira la dari company mana sekalipun. kad tu amatlah penting. sakit ja, pi spital, sua kad tu, depa pun bagi la masuk, nak kuaq spital esok, amik kad ja, pi naik keta balik. tak payah pikiaq dah brp nak kena bayaq sebb semua kad tu tanggung...mudahkannnnnnn?
mudah ka sebenarnya? tidak la mudah sangat. sebab apa, sebab kos nak dapatkan kad tu mahai weiiiii. tambah tambah la ni, dengan rega ubat mahai, bayaq doktor mahai, semuanya mahai, jadinya rega sekeping kad tu pun mahaiiiii. standard la tu kan. nak semua elok, rega kena elok la kan? contohnya, kalau amik kad medikal yang murah, kos rawatan pun murah la jugak. kalau bayaq sebulan untuk kad saja sampai seratuih dua ratuih, confirm la depa punya coverage pun ratuih ratuih ribu kan? jadinya, ikut la bajet sendiri. ada yang cover sampai sejuta. dan la claim sampai sejuta? dak kot, takdan sampai sejuta, kita mati dulu. sebab apa, yang sampai tera tu, mesti la sakit yang amatttttttt kritikal. dan claim dua tiga ratuih ribu, mesti dah pi. jadinya tak payah la ligan juta juta tu. amik takat 300k pun cukup dah. jangan pulak ada kad tu, kira nak pi sua kat spital ja. ada jugak yang jenih macam tu. sakit sikit spital. ya la, kau yang bayaq tapi tengok la sakit sama. kena pisau pun nak masuk wad ka? lain la kalau kena tetak. spital tu pun nak ready place utk orang yang lebih memerlukan. ingat senang doktor nak admit patient ka? kalau tak munasabah, doktor tu kena query balik dengan company. haaa ingat senang. 
dengan kad ni, ada yang amik kesempatan. admitted, pastu balik dok rumah. esok mai balik, dok kat wad. sebab apa buat mcm tu sebab dalam insuran biasanya ada elaun spital. so, senang senang la dapat elaun dua tiga ratuih. mudah kan? guna kad ajeeeee. tapi jangan ingat company bodo, la ni depa akan siasat, perlu ka dia ni warded. kadang kadang company cuma bayaq bil yang memang perlu. contohnya, ubat saja. haaa so, jangan ingat senang ja ada medikal kad. ni untuk nak mengekang pembohongan yang digunakan dengan menggunakan kad. yang guna untuk kecemasan sepenuhnya memang la baik yang menipu ni.
so, kepada sesiapa yang berhajat untuk nak apply medikal kad, silakan lah. aku pun agen jugak. hong leong ,sig takaful. yang muslim, cari yang takaful yer. banyak kelebihannya.

Sunday, 30 June 2019

Laporan Pencapaian Anak

dulu dulu, yer la orang pangge hari sain repot kad, sekarang ni, sejak tahun ni, mana ada peksa dah utk tahap 1, jadinya, no repot kad. cuma pi nak sain untuk pemarkahan anak ja. tahap keupayaan murid. kalau dapat 3 tu, maknanya selamat la. atau sipi sipi la. kalau 2/1 tu, sakit la. maksudnya anak tu lebih kurang fail. kalau dapat 6. fuiyooo cerdik gila budak tu. 
hari ni, aku pi la sekolah anak aku tu. dalam surat kata pukui 10, tapiiii mak pak yang pi awai dapat la amik no awai. cisss awat aku ketinggalan ni? yang abang, aku dapat no. 11, yang adik pun no. 11. sama plak tu. kelas hujung atas satu, hujung bawah satu. nama ja pi dengan laki, dia bukan mau masuk pun. jenuh jugak la nak menunggu giliran tu. aku pi yang abang dulu. hmmm komen cikgu, dia ni ralit, suka kacau orang, tak siap kerja sekolah, tak siap projek BI. actually, project BI ni dia kena buat berkumpulan. lepas tu, satu budak pi bawa balik rumah, pastu aku lost crita dia. yang aku tau depa semua tak dapat markah, cuma budak yang bawa balik projek tu ja dapat markah. aku dah crita tp sebb cikgu tu bukan cikgu subjek tu, jadi, dia pun tak paham. so, dapat kosong.
aku memang tau, mohsin ni memang ralit. kat rumah pun sama, apa yang aku suruh buat, dia akan lambat. tpiii cuba pak dia suruh, cepatttttt. ain pun sama. tulsi lambat. tulisan tak cantik...adoiiiii dua dua tulisan tak cantik naik tahap 2, kalau tulis buruk camni, esok esok cikgu akan pangkah ja. naya naya. dulu ain tu tulisan cantik gak. sekarang ni, koi teruk. kena train depa ni. kn suruh tulis bagi lawa. senang cikgu nak baca. bukan kata cikgu menyampah, aku pun semak dengan tulisan depa. hmmm apa nak dikata, usaha lagi ja la.

Wednesday, 26 June 2019

Jamuan Raya, Berjumpa Sahabat Lama

jemputan jamuan raya, haruslah pi kan? orang menjemput, kita merasa. 23.6 hari tu, ada la jemputan dari AADK Baling. tempat kerja lama aku tuuuuu. memang laaaa nak pi sangat sangat. masa ni la bleh jumpa kawan lama, kawan sama sama tidoq di surau, kawan sama sama makan di Ketapang Nasi Kandaq, nasi separuh, ayam seketui, bendi 3 batang, confirm rega rm4/5. ayaq? barli suam. kawan sama sama ngutuk bos. kat mana pun ada senario nih. cuma jangan tikam kawan dah la. opsss kawan sama sama makan kat kedai abang Apit. dia tu pun dah pindah pi Sarawak nuuuu..beniaga di sana. itulah kan, rezeki ada di mana mana, kita la kena mencari. jauh mana pun dah tertulis rezeki kita, ada la. kami suka makan kat kedai ni sebab sedap dan murah. ayaq dia pun macam mcam menu..selalunya, ada ayaq baru dia promot la.contohnya, lemon selasih cincau. dulu dulu lemon tak femes k. la ni baru femes. ada kedai dekat opis gak, kedai Kak Zah, mahai. jarang pi. rega potong tengkuk.
berbalik pada jamuan raya, aku pi sek dulu. setel urin pa semua, baru la pi sana. elokkk sampai, depa dah start dah. sampai sampai ja, salam lepbih kurang, sebab pakat sibukkan? aku amik bihun sup. tu diaaaaa, sedapnyaaaa la. setel bihun, amik laksa, pastu rojak, bubur kacang, lemang + rendang. rendang ni depa masak sendiri. puding pun ada, tembikai pun ada jugakkkk. set nasi, nasi tomato, hmmm sori la jamuan raya nak makan nasi. memang aku tak makan. banyak menu kan? buat apa pilih nasi. chewahhh eksyennnn. rasa nak repeat makan bihun sup, apakan daya, perut dah tak mampu nak tampung. tu pun kan, makanan lebih belambak. nak bungkuih, memang tak patut, sebab i kan guest. tapi depa pelawa, sebab banyak lebih. bayangkan laksa sebekas lagi, bihun sup pun sama. takpa, hampa bedak la sama sama hampa. trima kasih sebab jemput kami. boleh la jumpa Hanim, Ayu, Milah, Faridah, Fiza, En mi, En Saad, En Man, Pak Long, Mail dan ramai lagi. ada ramai gak staf baru yang aku tak kenai. besa la, bukan kita kenai semua pun kan?

Sunday, 23 June 2019

Status Whatsap

semua orang ada whatsap kan? akukan, sebenarnya baru tau, cmna nak menulis di status ws. adoii punya la lama ws ni wujud, barulah ku tahu. tengok, tak up to date kan? so, since dah tau, kadang-kadang tu, aku up jugak la apa apa. kadang kadang tu marah kat orang pun boh jugak. kadang kadang tu up gambaq aku masak, macam macam la. perli orang pun boh jugak. dah ws aku, aku punya suka la kan?
perasan tak? kadang2 status ws tu menunjukkan keadaan diri kita. kalau tengah hot dengan somebody, kita boh la petikan ka , kata kata hikmah ka, dannnnn kadang kadang yang membaca akan terfikir, dia kata kat aku ka? nak senang, boh caption sikit, sapa makan cili, dia rasa pedas. haaa amik kau. kau tuju kat sorang je, ramai yang rasa pedas. terror tak kau? means apa yang nak disampaikan tu, sampai la.
tapi beringat la sama , takut takut status kita tu mengusik hati orang. menyebabkan orang bersedih ke kan?payah jugak. 
kesimpulannya, ws kau, status kau, tapi berhati hati menulis.

Jamuan Hari Raya

amboiiiiii jenuh atuq rumah bulan Syawal ni noooo.. aduiii sengkak perut pi jamuan kat CCH tadi. unit RPP yang buat. buat jamuan raya ni, menu tak payah la banyak sangat. ada 3,4 menu pun ok, janji banyak. kalau banyak sangat kot membazir plak satg.
pagi tadi, aku pi program pameran diSK Labu Besar. habis pameran, singgah beli Lemang Don Sg Ular. lemang dia sedapppp. aku beli yang kecik ja, harga standard rm 13, tapi yang batang kecik depa bagi rm10. aku minta la dua batang rm10. tokey baguih. takdak yang rm10, sy bagi yang mana mana pun.cantikkkk. macam ni la beniaga. tak kedekut.
setel beli lemang, ingatkan nak balik opis teruih. beli nasi ayam kat anak dengan asben, baru la nak pi jamuan. aiseyyy my friend tak sabaq plak nak pi jamuan. singgah teruih. alang alang dah jumpa CCH dulukan? ok, setel. kita makan dulu.
menu hari ni, mi kuah, ns impit, ketupat lemang dan rendang, kek, biskut raya, buat tembikai (sponsor by me) satay..yeyyy satay. tapi satay ni ada sikit kureng. sedap tu memang sedap tapi isi sikit. dah la sikit, boh lemak plak kot ataih. tapi aku sapu ja. tarak kira. makan free kot. banyak komplen, pi beli sendiri. 
aduii kenyang beb. aku tibai dua mangkuk mi, satay ada kot dalam 15 cucuk. alhamdulillah. trima kasih Allah atas rezki yang telah diberikan. ketupat lemang, nasi impit , tak amik sebab tak rasa nak makan

note : lebihan jamuan depa bawa balik, aku makan sikit mi, balance bagi kat kawan.sebab rasa bersalah sebab dah makan dua mangkuk mi.




Wednesday, 12 June 2019

Renungan

Dia cantik tapi tak kekal..
Itulah dunia

Dia berat di akhirat,4
Tapi ringan untuk kita tinggalkannya..
Itulah solat

Dia ada dekat dengan kita tapi kita selalu tak ingatnya
Itulah Allah

Dia sayang kita, tapi kita selalu lupa kat dia 
Itulah Rasul

Semoga Allah sentiasa bagi petunjuk kepada kita..Aminn

Tuesday, 11 June 2019

Spare Tyre

aku cakap bab tayar keta k..bukan nya lemak di badan atau kekasih gelap. sebab ada gak org bagi gelaran cmtu pada lemak yang bertampuk di badan atau pada orang yang curenggggg. penting ka tayar spare ni? penting oiii. aku kena dah sekali. tayar keta pancit pukui 5.45 pagi. waktu tepat aku tak tau la tapi aku sedaq masa tu. aku nak pi hantaq anak aku yang kecik tu pi pengasuh. baru ja gerak dua tiga kali tayar golek, awat lain macam ni, gostan balik. laa tayar pancit. mesti dari semalam ni. tercucuk apa tak tau la.
aku dengan pantasnya, teruih call syifa. jiran depan rumah, minta pinjam keta, nak pi hantaq adik. dia pun ok, bagi kunci, aku start ja, jalan. mama ain dia pun tak perasan pagi tu aku naik kelisa syifa. setel hantaq adik, aku bagi balik kunci keta. nasib la syifa tu banyak keta, kalau nak hantaq depa dua, kak amik ja keta tu. saya ada keta lagi. aduiii trima kasih laaaa.
aku pun cepat cepat srh anak anak besiap, pi hntaq naik keta syifa. setelll. yang tak setelnya tayar keta aku tak tukaq lagi. sebabnya, tayar spare takdak ma..tayar ada, tapi rosak..tayar spare tu dah pecah. aku tau lama dah tapi tak pi tukaq. haaaa amik kau. kalau tayar tu ada, laki syifa pun boleh tolong tukaq. masalahnya nan ado.
aku masuk lambat opis hari tu, call dreba jabatan, minta dia mai tolong bawa tayar pancit pi kedai. nasib laaaaa..kena tampung ja.rm5.kena skru panjang. angin kuaq sikit sikit. patut la semalam tak perasan. aku dengan kawan aku tu, bawa tayar pi tukaq, pastu dia pasang balik. setel, masuk keja.
haaaa tengok, penting dak tayar spare? kalau jd kat highway ka mana ka, mampuih laaaaaaa.. jenuh la nak tunggu orang mai tolong plak. ni nasib la dekat rumah ja. kawan-kawan sila pastikan tayar spare anda elok keadaannya. jangan jadi mcam aku. nayaaa ja. orang nak tolong ada, tapi tayarnya ngak ada. habis cmno.. so, be alert k.

Troli

apa ke hey nya bercakap bab troli ni? saja ja nak menulis. mana mana supermarket pun ada troli kan? just nak share ja la, kalau pasaraya besaq mcm tesco tu, aku peratikan troli depa ada masalah la.. senget la, tayar lekat la,  tolak straight, pi kiri. aku pi pasaraya kecik, tak pulak troli depa jd macam tu. sedangkan troli depa tu lagi lama, dah ada karat dah pun. heran aku. nak kata tak ramai guna, ishh bukan kot sebab pasaraya tu lagi lama wujud sebelum tesco. aku musykil..sedap lagi tolak troli minat ka, shaan ka. 
saja nak membebel bab troli. hahahaha

Boring Oii

aduhaiiii..boringnya la mai prog kat sekolah ni. ndak plak ni prog tertutup,sekolah sikit murid,pastu kaaaa cemuih la tak tau nak habaq. jabatan lain pun tak banyak yg mai.semuanya senduuu ja. ada la gerai jualan sikit sikit.budak sikit,gerai jualan pun sikit la.huiii harga blh tahan. nak beli pun takut.mahai. heran la.nak juai kat budak budak tapi rega mcm tak padan.
nak tunggu cukup jam ni jenuh. aku mai dengan dreba jabatan.satg,aku cunggit balik baru tau kot. ohhh sungguh cemuih..

#bersiaran dari mmkl

Kenangan Masa Sekolah

apa kenangan masa sekolah hampa? aku ada banyak kenangan. yang sebenarnya menyedihkan bagi sorang budak. mai aku nak crita. sure kwn kwn yang satu sekolah aku pun tak tau crita ni. besala, budak susah, mak motong getah. tapi, aku bersyukur aku ada akai untuk paham kesusahan hidup aku masa tu. ni crita sek rendah. sek men lain kali.

baju sekolah - percaya dak, baju sekolah aku, darjah satu sampai darjah tiga baju yang sama. rumah aku takdak seterika, jadinya baju tak pernah beriron. kedut dia tu, yang belah belakang baju sampai berkeremut, berlipat lipat. takdak hal la masa tu baju iron ka dak. darjah empat, baju yang sama sampai darjah enam. masa darjah 6 ni la, kalau nak tau, kain singkat. jadinya aku jadi kreatif, aku gunting kain sekolah satu lagi, aku cantumkan dengan kain sekolah yang aku dok pakai. alaaa jahit budak budak. bukannya kemaih pun. tu la kain sek yang aku pakai. masa nak salin baju time pj, aku salin dalam tandas sebb malu kalau kawan nampak.

kasut sekolah - setahun sepasang. tiap tiap hujung tahun, kasut aku akan koyak ternganga  macam mulut boya tu. haaa dengan kasut ternganga tu la aku naik pentas amik hadiah tiap tiap tahun. 

beg sekolah -  tahap satu beg kaler merah. pakai 3 tahun. putih tali, aku peluk beg tu. tahap dua, aku beli beg elok sikit guna duit raya. mai beli di pekan Kulim dengan mak aku. harga dia kalau tak silap rm 39.90 kot. mahai gila dah masa tu. seronoknyaaaa dapat beg baru. pakai la sampai darjah 6.

baju sukan - dulu bukan macam la ada baju sukan sekolah. dulu pakai ja baju apa pun waktu pj. t shirt aku pakai tu, aku ingat lagi, aku beli di pekan Malau. ada gambaq pantai, aku pakai sampai tengkuk kembang. pakai laaa sampai lunyai. kawan kawan aku, pakai t shirt semua cantik cantik, depa mak pak senang. aku kaaaaa, tengok saja la. 

makan - aku dapat rmt. masa dulu, makanan rmt bukan macam la. la sedap gila. masa dulu depa masak ikut dan ja. tapi aku bersyukur, aku bawa bekas, aku tapau. boleh makan time rehat. jimattt duit. eh ada ka aku bawa duit? ada dua kupang. paling banyak 5 kupang. banyak ka? ada bawa ringgit dah masa tu cek oiii.

yuran -  paling aku ingat, darjah dua aku bayaq dengan duit sendiri. rm 14.10. dulu yuran murah, la ni, yuran pibg pun berpuluh. upah mak bagi sebab tolong motong dengan kutip sekerap lagi satu arwah makcik cah suka upah pi kedai beli barang.  hari cuti adalah hari tolong mak motong, kutip sekerap dan cari kayu api. kebun getah yang aku dok pi cari kayu api tu pun dah jadi kebun kelapa sawit. bila cari kayu api, nampak kawan lalu dengan ayah depa naik motor, aku nyorok belakang pokok getah. masa tu mana ada dapuq gas. dapuq kayu la. rumah orang lain ada. rumah aku ja takdak.

duit belanja - 2 kupang. paling banyak 5 kupang. tp masa tahap dua dah bw singgit. sebab blh beli laksa. piring laksa masa tu pun kecikkk ja. ada kot besaq piring lapik ais kacang. padan la dengan rega juai masa tu kan?

ok..bersambung

Monday, 10 June 2019

Cari Makan

ahaaaa.. crita bab cari makan ni, time kritikal ialah time lepas raya dan sebelum raya. lagi sari dua hari nak raya. dan seminggu lepas raya besanya. sebabnya, banyak kedai makan masih lagi tutup. kalau di utara ni, depa besanya buka lepas raya 6. atau mksdnya lepas raya posa 6. masa ni laaaa, nak cari kedai makan susah. kalau yang siam tu depa besanya tutup lama. sebab depa balik raya kat siam nu. 
alkisahnya, hari pertama kerja, kedai makan banyak tutup. aku pi cari sampai ke pekan nun. lastly, aku malaih dah nak patah balik ke tempat lain. beli ja mc d. senang crita. 
so, hari tu semua belagak kaya, makan mc d. yang mai reja pun dua tiga kerat ja. yang bawa biskut raya pun sorang ja. biskut raya aku? ada la dua tiga ketui lagi. tu punnn nasib la ada beda anak nak bawa pi jamuan sekolah. jadila kan dari takdak. yang tak syioknya tu, awat sek pagi dengan kafa buat jamuan hari yang sama? anak aku pakai baju melayu tu dari pagi sampai ke petang. nak buat gena, dia bukan ada baju melayu banyak. tu pun yang tahun lepas punya. jimatkan aku? haaa tu dia la cara kami beraya. boleh pakai, pakai la. kata nak ganti sedia tu dak la. kadang temenung gak aku, ishhh susah sangat ka aku ni? tapi bila pikiaq balik, nak ajaq anak berjimat dan beringat. orang lain ada yang lagi susah dari kita. mcm lari ja tajuk dengan crita. lantak la...☺

Saturday, 8 June 2019

Kereta Pertama

apa kereta hampa yang first? keta pertama aku kancil. gemilang blue kaler dia. kancil 850. manual. masatu aku pakai keta manual. masa amik lesen pun guna keta manual. blum ada keta auto lagi masa tu. 
aku amik lesen ni, yang L tu punya laaaaa lama. sampai dah nak expired baru la aku pi test. tu pun sebab sekolah memandu saga call sebab tu la, nak expired. yang amik lesen L sama dengan aku dah ke mana hala dah bawa keta. aku baruuu nak pi test. dah la try bawa keta dua tiga kali, naik bukit pa semua. tempat belatih dekat rumah anak yatim bedaya tu. pakcik yang ajaq aku tu, bekas wartawan utusan. haaa ingat lagi. setel belajaq, aku pi test. sekolah tu dah bgtau dah. dalam kawasan test tu hang buat elok elok. naik bukit, reverse, parking. kat jalan, no problem, boleh setel. memang boleh setel sebab aku bawa mcam apa ntah. tapi lulusssss. alhamdulillah. pada masa yang sama jugak la, aku dapat call, abang aku yang no dua meninggal. tengah dok drive tu. perghhh kentalnya aku. habis test, aku pi ziarah jenazah. and aku lulusssssssss.. yeyyyyyyy
setahun lepas aku ada lesen, baru aku beli keta. kancil pgm 7564. deposit rm 4k. bulanan rm 360. mana dapat duit deposit? aku juai saham cimb aku. dapat la duit buat deposit.
salesman tu nama rudi. bini dia aku kenai lepas beli kancil ni la. sampai la ni aku kenai. keta depa hantaq depan bank. chewah. aku bawa keta tu lepas setahun dpt lesen. aku ingat ja step bawa keta. mula mula masuk gear satu.. dah jalan sikit, tukaq gear 2, laju sikit 3, lepas tu 4. tekan clutch sama sambil tukaq gear. betui dak? lupa dah aku. bawa laaa aku balik kg. masa mula dapat tu, kak siti haida, tlg aku isi minyak. sebb minyak ada sikit ja. dia ikut aku sampai kat hi tech, lepas tu aku balik sendiri la. tu diaaa..kenangan betui.
aku pakai keta tu dalam 4 tahun. beli tahun 2005, tolak kat orang tahun 2009. yang lucunya, aku tak penah bawa keta malam. so, sekali tu, aku pi rumah abang aku kat Bukit Teh. aku bawa sekali arwah makcik cah. dia nak pi rumah besan dia. aku stop keta, mati enjin, aku kuaq dari keta. eh eh, awat lampu tak terpadam ni? rupanya bila mati enjin, bukan bermakna, lampau akan auto mati. lawak la. sepanjang aku guna keta tu, takdak masalah. ok ja. sekali ja bateri nak kong kat stesen petronas. nasib ada orang tolak. aku tolak kat orang bertam. dia sambung bayaq.apa yang aku ralat, dia bayaq rm500 ja kat aku. ni bukan aku deal, asben aku dengan abang ipaq aku yang deal. patutnya bleh dapat ribu ribu kan? dapat rm500 ja. lecehnya. aku bukan nak sangat tukaq reta tu, tapi tu la, laki aku yang kalut. sakit hati la bila ingat balik. memang sakit hati. 

Selamat Hari Raya

selamat hari raya kawan kawan...selesai sudah berpuasa, dah raya.. hari i raya ke -5 dah masuk keja. biasa la , bagi can la kwn kwn yang keja sebelum raya, amik cuti plak. gilir gilir kekdahnya. suka ke raya? aku biasa ja. sebabnya dah besaq kot. feel raya tu biasa ja. baju raya pun selai ja. 
kuih raya? satu jenis ja buat. yang lain mil order dari adik dia. 4 balang ja.cukuplah. ketupat, rendang punnn order dari mana ntah. aku lupa. abang ipaq yang uruskan. asben aku amik ja bawa balik rumah, aku tukang perangat.
Raya pertama -  aku tak pakai baju raya. sebb aku jadi chef. chef mana dan pakai baju raya. aku masak mi hailam. bila dok dengan mak mertua ni, nak tak nak kena la masak. sebb, kalau tak masak, anak laki kau nak makan apa? jadinya, aku try resepi mi hailam dari fb ni. perghhhhhh sedap gila. thank u la sapa punya resepi ni. gerenti, lepas ni aku akan guna resepi ni. sedap wehhh. apa bezanya dengan resepi yang dok besa buat nih? bezanya guna lada hitam. Cara-caranya :
*tumbuk bawang putih
*tumbuk lada hitam
*tumiskan sekali..haaa bau lada hitam tu naikkkk..
*pastu masukkan sos tiram, kicap manis dan masin
* seterusnya, boh la aayaq, ayam ka udang ka sayuq dan sebagainya. tunggu mendidih..setel.
ikutkan resepi tu, depa tak masukkan teluq, tapi aku boh. aku tak boh tepung jagung sebab aku tak suka bila nak perangat sy macam tak sedap. kalau bih tepung tu, teruih makan tak payah perangat ok.
tapi, ni aku nak bagitau la kan...pesen dah di rumah mil ni, time raya dia akan masak..tapi dah mil ni tua dah,pelupa plak tu, aku masak la kan..tak jadi masalah, yang jadi masalah bila anak menantu yang lain mai, pakat dok saja. hampa mai rumah mil. dah tau dah dia tu tua, bawa la makanan, jamu org tua tu makan..ni dak, mai melengganggg. apa la punya orang. geram ja aku tengok. tu ka, bila aku dah siap masak, takkan nak bagi depa tengok saja, mestila aku pelawa jugak kan? menyampah ja aku tengok kelaku depa ni. dari aku mula kawin sampaiiii ke la ni, perangai lagu tu la. 
tiap tiap kali raya mcam tu. aku ni sebab ingat anak laki aku nak makan ja, tidak aku pun tak kelapaq la nak masak. lantak la depa. makan biskut raya dah. pi balik. 

Wednesday, 29 May 2019

Hari Malas

hari malas? bukan hari ni sj, setiap hari rasa malas di bulan puasa ni. alahaiii selalunya keluaq pi sekolah sana sini, bila bulan posa, sekolah pun stop aktiviti, jdnya melemau la di opis. setel kan kerja sikit sikit. ada opis kan, siap boleh buat biskut raya lagi. dasat la depa ni. biasanya yang boleh buat camtu, jbtan yang tak melibatkan orang ramai. cthnya kerani sekolah ka, sebb time cuti sek sapa nak pi opis kan? kalau jabatan macam aku ni, jangan harap la. orang selalu datang membawa seribu masalah. 
nak bagi mood ada, apa nak buat? aku pun tak tau. tengok internet, baca blog, tengok resepi. haaa di bulan posa ni, nak masak apa waktu berbuka yang cabarannya. sebenarnya sama ja, tapi kita yang rasa macam nak kena masak special. padahai biasa ja. maklum la siang dah posa, time berbuka tu rasa nak makan yang hebat hebat la kan.
anyway, bazar ramadan memang banyak pilihan. tapi harga tu menakutkan. kadang tu sejemput ja dapat. rasa sangat tak berbaloi. rasa belum kira lagi tu. untung masak sendiri. banyak dan boleh makan berulang.
apa yang hampa masak bulan posa ni/ aku masak spageti dah berapa kali. sebb anak suka. petang ni cadangnya nak buat kuey teow la. dok google resepi. sama ja caranya. dah ponteng puasa? aku dah. lepas ni kena cepat cepat ganti, tak mau dah ganti last minit. kalut.
seperti tahun sebelumnya, persiapan raya memang simple. luckily anak pun sama jugak pesennya. simple. nasib la anak tak banyak songeh. kalau yang nak itu ini, haru gak. kita bukannya orang yang berduit. harap makan gaji ja ni. tu pun bukannya gaji banyak. kerja pun gomen pangkat rendah ja. alhamdulillah masih ada kerja.
duit claim ot ka tnt ka, simpanlah . jangan habiskan nak raya ni. raya 4 hari ja, hr lain nak kerja nak makan apa?nak isi minyak mcm mana. jangan jadikan berhutang sebagai habit. memang kawan kwn boleh bagi pinjam tapi kalau kerap sangat, kawan bukannya bank..ada jenis yang suka meminjam, lepas tu senyappp ja. ada yang bila pinjam, cepat ja bayaq, ada yang suka bayaq separuh atau sikit dulu. janji bayaq , itu yang penting. yang buat bodo tu la orang sakit hati. kadang2 kita jadi malu nak minta hutang. padahai tu duit kita. 
aku ada dua crita bab berhutang  ni. crita pertama, kawan seopis merangkap penyewa rumah. aku sewakan dari harga rm 330, pastu aku up rm 350. dia pindah pi johor, dia tinggai rumah camtu ja sebab kalut nak pindah sana. aku pi, rumah aku bukan la tahap teruk sangat tapi tak seronok tengok. dengan tahi cicak di tingkap yang banyak. dengan bilik air yang ada pokok menjalar, dengan pintu dapuq yang kotoq. aku heran, bila depa kemas rumah. takkan la tahi cicak tu punya banyak dalam masa dua minggu rumah tu kosong. takkanlah pokok yang menjalar tu dia tak blh tarik cabut buang. takkanlah pintu dapuq sampai berselepat kotoq dia tak basuh. pintu tu pintu besi. senang ja nak cuci. tu keadaan rumah, duit bil api , air tertunggak tak bayaq. dalam rm 600 lebih. aku mintak la sikit , dia bayaq la rm350..ada  baki lagi rm 348.50 .. bila nak bayaq ntah la.bila dia pakai, aku bayaq. apa punya kawan..
crita kedua..aku tolong bayaqkan duit insuran anak kakak ni. dari anak dia bujang, kawin , ada anak, hutang still tak bayaq. bila nak bayaq? pertengahan bulan posa. la nak habis posa dah tak mai bayaq lagi. tunggu ja la..

Sunday, 26 May 2019

Biz Biskut Raya

tahun ni kan? aku juai almond london. saja ja la nak try. dapat la order 12 balang. sambil tu aku amik order kuih kapit. sekarang kan zaman inovasi. kuih kapit perisa coklat, peanut dan ori. bukan senang oo nak buat kuih kapit ni. panas panas kena lipat, sapu perisa lagi. lambat, keras. aku dapat untung sebalang rm2. takpa, panjang umuq, tahun depan aku amik order awai. aku blh up lagi sikit rega. ni sebab kwn aku dah up dah sikit. 
suka semperit susu?aku suka. cair di mulut. nak buat pun senang. cuma guna 3 bahan. susu pekat, tepung jagung dan butter. pastu tekan. bab ni leceh sebab sakit jari jari tekan.aku order untuk diri sendiri dua balang, dah setel sebalang. kalau rajin nak buat sendiri la.pastu amik order. tau kwn aku juai berpa? rm13 ,50 biji. gila murah.aku up kan la 3 hengget. stilll murah lagi. ada yang juai rm22. perghhh untung. kena cari acuan yang bunga cantik sikit. yang bertingkat tingkat tu cantik.
anak sedara aku juai kulit popia yang boh cheese tu. aku beli la dua balang. nak support projek biz dia. amik kusus marketing, ntah apa kena buat, tu yang dia punya projek juai popia cheese @ cruncheeze. sedekah sebalang ke mak ain dia. nak order lagi, modai tu. jadinya, aku buat la sendiri. bukan susah pun. senang ja. gunting kulit popia, goreng, taburkan cheese. tu kalau malaih, kalau rajin, cheese+ serbuk cili+ gula sikit, blend, taburkan. ada rasa masin, manis dan pedassss..so sedap.
ada lagi biskut yang nak buat, tp tengoklah pada kerajinan dan keupayaan nak buat sebab kenit aku tu suka melekat kat akuuuuu ja. nak p jamban pun payah.

Raya Raya Raya

berapa hari lagi nak raya ni? aku macam tahun lepas la. biasa biasa ja. tak laaaa beria sangat beli barang nak raya. kuih raya cuma almond london yang aku buat sendiri, pastu aku juai kat kawan kawan. ada la dalam 12 balang orang order. tu punnnn kena amik cuti nak buat padahai 12 balang ja beb. aku juai pun murah ja. 50 biji rm25. ada yang juai rm30, 28, 22 pun ada. ikut rezki la. yang mahai tu mungkin dia guna butter mahai, atau paling cikai buttercup. yang tu ja la yang orang selalu guna pun. badam sama ja aku rasa. tapi tahun ni badam murah la. sekilo rm 35.90. tahun lepas rm 38.00 sekilo.
cu aku buat 4 jns biskut. yang tu memang akan ke rumah aku 4 balang. standard setiap tahun camtu. cu pun tak amik tempahan sebab kesihatan asben dia yang tak berapa nak elok. chik aku ntah la. sebab besanya dia akan buat tat nenas. opsss aku lupa, aku order tat nenas rm30, 50 biji. adik aku kata sedap sangat. nak try la. betui ka sedap.
baju raya? aku beli selai ja. anak anak ja la lebih sikit. biasa la budak budak. tu pun baju melayu anak aku, yang tahun lepas sebb dia yang nak. ikutkan nak beli baru. kena confirm lain. kadang otak seminit ni. masalah aku, baju ain tu. payah cari la. nak cari seluaq bagi dia. kena pi cari lagi gamaknya.
sahur? adoiiii malaih la pikiaq bab sahur ni sebab tak tau nak masak apa. berbuka ok sikit sebb ada bazar. sahur ni pagi pagi. adoiii malaih. anak aku ain tu bangun sahur tapi puasanya dak. 
terawih..sekali tak penah buat. aku memang nak buat, tapi apakan daya, adik tu payah nak berenggang. boleh solat 5 waktu pun cantik dah ni. koi aktif dia ni. tak reti rehat. asyik aktiffff ja. hyperaktif kan.
balik kampung? oleh sebb jarak cuma sejengkal ja, tak terasa la balik kampungnya. nasib la kan, kawin orang dekat. dekat sungguh. seperti biasa, memang raya di Taman Selasih la jawabnya. esoknya tu baru la balik kampung ku.
rumah sendiri..kalaulah penyewa aku tu dah keluaq, aku nak buat homestay. hari ada orang stay, aku tak balik situ, hari orang tak stay, aku balik. dapat stay kat rumah sendiri dua hari pun cukup lah.merasa la jugak dok rumah sendiri.haiii bila laaaa nak dok rumah sendiri ni. dah berapa tahun aku sewakan..duit sewa, habis jugak tak simpan pun..
aduhaiiii stop dulu membebel. 

Monday, 15 April 2019

Makannnn


kedua dua gambaq di atas diambil ketika aku makan mi udang pak tam teluk bayu, penang. sebelum sampai lexis penang, ada sek men nama lupa, masuk kot jalan bertentang dengan sek men tu, teruihhhh tu, sampai jumpa kawasan ni. peniaga tak ramai tp orang ramai. pantai pun kecik ja. peniaga mi ada dua ja kot. yang lain peniaga kecil kecilan, macam asikrim, jagung bakaq dan sebagainyalah. 
mi udang, sepinggan rm 10. udang 5 ekoq. asben aku makan, mi udang campuq sotong. makan sepinggan, tak kenyang, aku order lagi bihun goreng udang. jugakkk 5 ekoq udang. alhamdulillah, kenyang sangat. keluaq dari situ, semayang di masjid yang dekat situ la, 
seronoknya masjid ni, dari tempat amik air semayang, teruih boleh naik ke ruang solat. dekat ruang solat tu plak, ada plak tempat untuk kita nak salin kain ka apa. sukaaa aku.
setel makan, semayang, baliklah ke Kulim. masa yang diambil hanyalah dua jam ja lbh kurang sebab jalan cantik. tak jem. kalau suruh bawa keta pi, insya Allah sampai sebab senang gak nak cari.

Makannnn Lagiiii

gambaq pertama , spageti carbonara. adoiiii aku memang suka spageti nih. tapi anak aku tak suka. depa suka kuah merah. aku masak ikut resepi. no cincai cincai. perghhhh memang sedap. aku bagi jiran rasa sebab nak juai sebenaqnya. tu yang bagi dia rasa tu. aku la kan? kalau ada kawan reja kilang, memang nak suruh juai ni. juai kat kilang memang laku keras. kalau kena cara la.terliuq ni. tambah plak tengah posa ganti ni.


gambar kedua : kuih cara. tapi aku boh coklat chip dalam dia. bukan gula. why coklat chip? sebab nak habiskan coklat chip tu la. lama dah beli. so, boh dalam kuih cara nih. sedap gak. lagi sedap dari boh gula.



gambaq ketiga : kuey teow kerang cinonie. memang sedap. tapi kali ni rasanya yang kurang ialah kerangnya kecik atau sikit. dulu, kerang besaq dan banyak. harga rm4.