Monday, 23 November 2015

Minum Air Gula

aku rasa sapa yang mengandung dan mak ayah ada kencing manis, mesti akan lalui apa yang aku lalui. kena minum air gula. eyekkkk..aku paling benci time mengandung kena minum ni la. hari ni aku kena pi klinik minum. sebelum tu, kena posa start dari pukoi 10 malam sampai habis prosedur la. aku pi lewat sikit hari ni. biasa, kalau kena pi klinik, aku pi awai. hari ni sampai pukoi 8.26 minit. dah kena no 26,ok..tunggu ja. ada la dalam 20 min tunggu, depa pangge no aku. masuk dalam, depa amik darah dulu, nak tau bacaan gula sebelum minum air gula tu. pastu, ok, boleh amik mana2 gelas, minum sampai habis..alahai, part ni yang aku malaih tahap gaban nih.aku pun amik la 1 gelas. aku tengok ada yang dok berdiri bersandar dekat dinding, ada yang dok berdiri tepi meja misi. ish depa nih, kerusi pun tak bagi.kan orang tengah mengandung, mana larat berdiri lama2..aku yang baru 11 minggu pun malaih nak berdiri tambah yang 7, 8 bulan tuh..ikutkan rekod, aku tak pernah minum air gula ni sampai habis. soryyyy..memang muntah.gial, manis, pekat..rasa melekat kat lidah.pening lagi tambah kot atas. ada yang bagi petua, minum sambil tutup hidung. telah sekaligus ja..kalau sikit2 tu yang jadi nak muntah. aku memang dah satnd by bawa bekas air. aku tengok semua misi pakat sibuk, aku pun cepat2 tuang dalam bekas air..hahahahah belakon macam minum habis padahal ada la dalam 10 teguk ja aku minum.ngandung kat adik ain pun aku buat camni jugak..heehhee sukanya..
pastu, boleh balik rumah, dalam 3 jam mai balik untuk amik darah sekali lagi. nak tau bacaan gula tinggi ka dak.yang tu depa boleh trace kita ada kencing manis ka dak.. tapi bacaan gula aku kalau tak makan minum apa pagi2 dalam 4.3 ja..tu aku berani buat camtu..tapi jangan tiru k..
pukoi 11 aku mai klinik, pukoi 11.53 baru depa pangge untuk amik darah. punya la lapaq aku nih. kan tak bleh makan masa 3 jam tu. habis amik darah, aku pi makan kat kedai depan tu. rasanya cam nak amik semua lauk yang mana ada. gila lapaq oiii..nasib gastrik aku bersabar..tidak kena makan ubat lain plak.yehaaaa dah setel makan, perut kenyang, masuk la opis..banyak plak keja nak kena buat. ahad ni nak program.urgent program plak tu.. aku rasa ngandung kali ni, mulut aku rasa pedaq la..cam tak best ja..hmmm..yang lain tu, ok ja. aku tak muntah ka apa. cam tak ngandung ja, muntah, pening apa pun tara..alhamdulillah la..yang aku musykil, kenapa :
** orang yang kena minum air gula ni, tak sama..mksd aku, ada yang ngandung 3 bulan, ada yang 5 bulan, ada yang 8 bulan. bukan ka kena standard ka, 3 dan 7 bulan.
** ada jugak yang kata, sesetengah negeri ada yang kn minum 3 kali sehari..gila weiiii..sekali pun dah sawan
** takada kekdah lain ka nak trace orang ada kencing manis?swasta buat camni dak?

itu saja persoalan saya..sapa tau sila jawab...

Saturday, 21 November 2015

Puncak Mutiara Kristal - Aku Tak Pi Dah

hari rabu baru ni, lebih tepat lagi pada 18.11.2015, aku dengan asben, anak2 pi la nak makan kat PMC nih. lama dah asben aku kata tak makan kambing. alo lo..nak makan kambing plak..ok..jom pi..mama belanja. sian laki aku nak makan kambing. mana nak cari kat kulim nih? aku tau kat situ ja la. kami pun sampai kat PMC tengah hari..amik port no 19, hmmm lambat jugak depa nak mai tanya nak makan apa? nampak mcm kurang sikit pekerja.dulu dulu mai ramai ja.tapi orang asing la..nepal kot.. aku pun gawang la tangan, haaa nampak pun..aku rasa sebab aku masuk kot tepi, tak lalu kot depan, jadi depa tak tau kami masuk dok kat situ sebab tu depa tak mai amik order..rasanya la..bersangka baikkkkk.. aku order set, ada nasi putih, ayam goreng kampung, dalam gambar ada 2 ketul ayam, dalca kambing dengan air asam..asben aku nasi putih, paha kambaing masak briani, dalca kambing dengan air asam..anak2 aku order kid's set ja. so, tunggu la kami...mula2 hantaq air, ok la..tapi depa hantaq air dengan paha kambing..aik? nasi mana? tunggu dalam 5 minit, nasi aku sampai. nasi putih dengan ayam goreng..mana dalca dengan air asam..yang laki aku sampai nasi putih ja..sama la dengan aku..dok tertunggu2 mana dalca ni, makan nasi kering ja ka?aiseyyy potong stim nak makan..aku pun malaih tunggu, makan la nasi putih dengan ayam goreng..tunggu punya tunggu, ada la dalam 20 min, laki aku dah nak hangin, dia pi tanya..rupa2 rupanya, depa tak tulis set..depa tulis nasi putih dengan ayam goreng dan briani kambing ja.. dalca  dengan air asam tak termasuk.. adoiiiii buat kerja apa nih??hmm aku makan nasi dah nak habis pun, baru la sampai dalca dengan air asam..laki aku makan pun tak semangat..kesimpulannya: aku geram makan kat sini sebab :
1.servis lambat
2. amik order tak betoi
3.rega boleh tahan mahai tapi kualiti TAKADA..ayam yang aku makan tu, tawaq hebiaq.kecikkkkk ja ayam dia..aku tau la ayam kampung memang kecik, tapi yang ni memang kecik. gila..aku makan ayam kampung kat kedai makan tepi jalan, besaq dari yang makan kat PMC. ni yang aku hangin.serius hangin.