Monday 31 October 2011

CCSH Kuala Terengganu

lawatan ke-2..
selepas puas menjamu selera dan mata di CCH Gong Baru, kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada warga komuniti gong baru dan seterusnya ke CCSH Kuala Terengganu...ccsh ni dalam bahasa melayunya dipanggil pusat khidmat...
pusat khidmat ini terletak di tepi masjid, dlm kawasan elit dan pemilik rumah ini ialah tuan punya perusahaan songket yang femes di t'ganu...rumah ini disewa dgn kadar rm......sebulan..jumlah sewa rohsia....rumah ini rumah banglo..jadi besar la dan luas le kwsn luarnyer...
penghuni yang menetap di sini adalah dalam 15 org dan blh memutkan 20 org pd satu2 masa...aktiviti rawatan dan pemulihan dijlnkan di sini...ada penghuni yg bekerja dan ada yg tidak...ada juga ahli keluarga yg memberi sumbangan berupa mkn minum..kira cam wat kenduri ler kat sini...dulu rumah ini dijadikan tempat utk bagi metadon secr percuma ttp telah dihentikan ats sebb bantahan org awam...pusat khidmat ni pun dh 4 kali incharge dia dpt surat tapi berpegang kpd prinsip tuan rumah dan m b tak halau, kita duduk je la...bukan senang masyarakat nak tinggal sekali dgn penagih dadah..tapi walaupun begitu ada yg memahami dan memberi sokongan..itu sudah mencukupi bagi mereka yang bekerja di bidang ini...
eh lupa lak..kedtgn kami disambut dengan welcome drink..air jambu + asam boi..tapi sayangnyer hujan..sejuk nak minum ais...kami juga diberi cenderahati iaitu dodol yg dibalut dgn daun nipah..itu salah satu identiti t'ganu katanyer..betoi ka???jawab sat..manis giler dodol tu..
kami ahli rombongan amat berterima ksh dgn layanan baik yg telah diberikan...nanti kami byk rombongan mai t'ganu lagi...

**CCSH atau caring & care service center/pusat khidmat ialah tempat di mana ind2 yg terlibat dgn penagihan dadah boleh mendptkan bantuan untuk membantu mereka pulih dari penagihan dadah..di sini disediakan peluang pekerjaan dan juga aktiviti yang boleh mendatangkan keuntungan cthnya: car wash...

"BERSAMA KITA MEMBANTU MEREKA PULIH DARI PENAGIHAN DADAH"

CCH Gong Baru, Kuala Terengganu

arghhhh...dah sampai ke terengganu dengan jayanya, walaupun mulanyer cr hotel x jumpa..kuangkuangkuang...pusing kawasan istana nur nadirah je 2 kali...

ok..plan kita hari ni ialah untuk melawat Rumah Komuniti Gong Baru, Kuala Terengganu...dengar kabarnyer, rumah ini akan dinobatkan rumah komuniti terbaik tahun ini..jadi, kita pun nak le g tgk, apa yang hbt beno rumah ni...
kami pun bertolak ler pagi tersebut dgn jiwa yg riang rianyer...kami disambut dengan baiknyer oleh tuan rumah...ada ler mkn2 skit..biasa la terengganu, mn bleh tinggai nasi dagang..teman pun apa lagi..pulun je la..breakfast td pun ns dagang gak..hentam sj la labu...kopok lekor, wajib ler..ori beb, yg dok jumpa kat kedah ni, cerah skt kalernyer sebab krg ikan, banyak tepung...ok, depa pun crita la camna umah ni beroperasi...org kat kwsn tu yg incharge umh tu..aturkan program, buat kelas fardu ain untuk knk2 dan warga emas...and the best so far, depa anjurkan pertandingan memancing di tali air..depannn jer dgn umah tu...ada ler keli 8 kilo tersangkut kat pancing mamat tu..besar ooo...ada jugak yg pancing kat situ dpt ikan patin sesat...2 kg jer beratnyer...

rumah ini juga tlh sponsor penyokong t'ganu untuk menonton piala malaysia..banyk duit depa ni...tapi, hakikatnya rumah komuniti ni mmg hidup sbb mereka bergabung dengan KRT kawasan gong baru, confirm le aktif..aku naik kat umh komuniti ni, banyak beno keratan akhbar mengenai KRT kwsn tu...perghhhh gile nyer banyak cita dema nih..ptt ler glamer...kat sini kami diberi seorg satu coin bag, kecik jer...dibuat dr songket...buat tanda kenang2an...tak pe la...aku pun rembat jer la..dh org bagi kan???
hadiah yang KRT Gong Baru dapat

ni pun sama



***rumah komuniti ialah satu tempat dimana aktiviti melibatkan penagih dadah yang bermotivasi tinggi dan komuniti akan menjalankan program bersama2..tujuannya adalah untuk memberi peluang kpd mereka bergaul dan membuang rs rendah diri hidup bermasyarakat...

helluuuu my frenzzz...i'm back...

hehehe lama tak menulis rindu den pada blog den nih..anw, fyi, i hari tu pegi terengganu dan kelate..g makang budu..heheh gurau jer..aku pegi lawatan kerja..jabatan yang anjurkan...
kami bertolak pada hari deepavali..pukoi 6.30 pagi i dah kuar umah u...tinggai anak i dok tidoq lagi..
kami berkumpul di pusat latihan aadk sg petani..kata pukoi 8.00 tepat mau ada di sana, kami pun pegi ler awai..last2 lambat jugak bertolaknyer sebb ada yang tak punctual...apa nak kato..trima je la...
toktektotek..pukoi 9 jugak ler bertolak ke a/star..nak amik geng sana plak..kat sana kami tak tunggu lama ler sebb semua dah ready..tunggu nak masuk dalam bas jer...kami sewa bus tmj..penah tgk bas tu???pejabat dia kat sg petani, kedah..
yang jadi buang masa sikit tu sebab, dari sg petani, pergi ke a/star, patah balik ke gurun, baru ler nak ke kelantan..jauhkan???leceh betoi le den rasa...
singgah kat gurun, ada orang pengsan plak kat r n r tu...ntah anak sapa ler...puas ler peronda tu cuba nak kejutkan dia...bila dia dah sedar, keadaan dia mcm mayau (tak berapa sedar). aku tengok m a datang dgn ambulans, nak bw p spital kot..kami tak tunggu pun apa jadi lepas tu sbb dah sibuk nak naik bas continue journey ke t'ganu..
ok..pengembaraan bermula..jauhnya nak ke terengganu sampai dah tidor, jaga, tidor, sampai blm gak lagi..ohhhh jauhhhhnyerrr destinasiku....aku tanya memba sebelah, kenapa kita tak ke kelantan jer..x der tempat best ker???jawabnya...ntah...heheheh

Sunday 23 October 2011

arghhhhhhhhhhh bosannnnnnn.........

arghhhh bosannyer hari ni..tidur tak cukup semalam...malaihnyer rasa nak kerja..kena pegi mahkamah plak...kes plak ada yang mental..aku bagi je la dia dok di luar, masuk pusat pemulihan pun nanti masalah plak..yang nak kena sapa??aku jugak...tension2...
kalau la bleh cuti lama2..kan best...

SEKILAS FAKTA

berdasarkan kajian bahagian populasi PBB, jangka hayat penduduk paling singkat di dunia dicatatkan oleh Afghanistan iaitu 44 tahun.

jangka hayat penduduk paling tinggi dicatatkan oleh Jepun iaitu pada usia 83 tahun.

jangka hayat purata seluruh ialah pada 70 tahun, iaitu bersamaan dengan jangka hayat penduduk Asia.

Wednesday 19 October 2011

GeLaK GeLaK GeLaK

SAD ENDING

Seorang suami sedang lepak2 minum kopi di ruang tamu pada hujung minggu. Suami terpandang isterinya yang seronok menelaah sebuah buku. Tiba2, air mata isterinya mengalir. lantas suaminya yang prihatin itu terus bertanya, mengapa isteri kesayangannya itu menangis.
suami : sayang, kenapa sayang menangis?
isteri : saya baru habis baca buku, sad ending..sedihlah bang..
suami : buku apa tu sayang?
isteri : buku bank abanglah!!!

Tuesday 18 October 2011

BeToL Ke????

betul ke crita ni??? aku rasa sedih sebab masa aku belajar di UiTM Shah Alam dulu, tempat i ler aku slalu lepak dgn kengkawan..tempat aku selalu pi beli barang makan, tempat aku selalu p makan...
bila time nak raya lagi best..banyak sangat gerai2 juai kain baju..best giler ronda2 cuci mata time tu...
depan tu plak ada tasik..tempat aku slalu joging time hari cuti..dari kolej delima, aku joging sampai kompleks PKNS..sebelum balik, singgah beli mcD, makan kat tepi tasek..best ooo...
masa aku praktikal pun dekat area situ..dekat bangunan MBSA, aku praktikal dengan Global System Integration...tak tau la ada ke tak lagi company tu di situ...
banyak kenangan aku dengan kompleks PKNS tu..kalu kena jual sayang gak kan...ramai melayu berniaga di situ...
ntah ler apa nak kata...

IsTiMeWa BuAtMu WaNiTa


Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik2 perhiasan ialah wanita yang solehah
Wanita apabila ia sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatan serta taat kepada suami, maka masuklah mana2 pintu syurga yang dikehendaki
Wanita yang taat pada suami, semua burung2 di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat kepada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
Mana2 wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari api neraka
Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad  pada jalan Allah
Apabila wanita melahirkan anak, keluarlah dosa2 daripadanya seperti keadaan ibunya melahirkannya
Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untunya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan


glitter-graphics.com

VOKAL...BUKAN SEKADAR RUPA...

aku ada tengok rancangan ni ms dia buat pemilihan hari tu, yang pertama rasanya..masa iklan hari tu, aku tak berapa perasan sangat apa bezanya program ni dengan program yang lain..ingat ke just promo biasa jer..tapi masa aku tengok pemilihan tu, mmg berbeza la dari rancangan realiti sebelum nih...
biasanya diorang cari yang lawa, kurus, cantik je kan?? tapi yang ini memang lain betoi..masa mula2 tu depa bagi dengar suara jer..rupa tak tahu lagi camna..bila dah terpilih barulah tahu camna rupa peserta tu...
aku memang salute ler dengan depa nih...badan besar tapi, suara meletop beb..tapi, orang memang ckp kalu badan besar, suara sedap...yesss..betoi betoi..
tapi hakikatnya di M'sia ini orang pentingkan rupa, vokal, dok belakang skit ler...tu yang hampeh tu...harap muka je lawa, vokal, ntah ler...tu yang tak pi ke mana tu..keluar satu lagu, habisss...
kalu suara sedap pun perangai hampeh...ish ish apa nak jadi...hmmm bior ler...tapi aku bagi sokongan penuh pada program nih..semoga mereka akan berjaya dengan bakat yang ada..keep it up...
jom tengok ramai2..
konsert mereka pada setiap Ahad jam 9.00 mlm...
jeng jeng jeng.........

30 MINIT USTAZ DON DANIAL DON BIYAJID

Ok..topik pagi ni ialah berkaitan rancangan yang aku rasa best, berilmu dan bermanfaat di tv alhijrah..saluran 114 astro...
rancangan ni namanyer 30 minit ustaz don..mula2 aku pelik, napa nama program ni ustaz don, upa2nyer tu nama betoi dia..ingat nm samaran...
rancangan ni berbentuk interaktif..mengupas isu2 berkaitan fardu ain dan juga tajwid..pendek kata bab agama la..cara penyampaiannya cukup santai..kira kita tengok pun cam rileks ja..mcm dia tengah bersembang dgn kita..
rancangan ni time dia pukoi 10.30 mlm..isnin hingga rabu, ulangan hari jumaat jam 2.00 petang..jadi, mlm2 tu kalu tak dak hal apa2 bleh le tgk channel nih...
ustaz don ni umurnya 27 thn, muda lg...asal dari bukit mertajam p.pinang..sekarang jadi pensyarah di KUIS..kalu tak silap la..
so, marilah kita bersama2 menambah ilmu pengetahuan kita dalam bab2 akhirat ni..sebab apa?? sebab itu le bekal kita di akhirat nanti..apa yang salah kita perbetulkan, yang kurang kita tambahkan..

selamat beramal...

ohhh rindunyer pada blog ku....

hahahha dah banyak hari aku tak menulis kat blog aku..bz betoi la...hari cuti dah memang aku tak menulis apa2 pun sebab bz dengan anak la, keja rumah la...pastu plak, hari bekerja, kena handle progam la palk..tak pun kena p bengkel ke, kursus pendek plak..anw..today i will start writing back..hehehe

Wednesday 12 October 2011

41 MUFLIS SETIAP HARI

huiiiii gemapq dan menakutkan...begitu ramai muflis di negara kita..kebanyakannya umur bawah 35 tahun...sejak 3 tahun lalu sudah 45000 org yang diisytiharkan muflis..waduh waduh ngapa begitu..
sebab utama ialah kerana hutang kad kredit disebabkan hendak bergaya,
bayaran yuran perubatan, kan nak masuk spital swasta kn bayar deposit, tak der cash, gores je la kad plastik tu..sewa bali dan juga hutang ah long..ni satu lagi haru, dah diwar2kan jangan hutang ah long, hutang jugak..degil betul..nasib le tak kena kerat tangan ke, kena kurung ke dengan ah long..dah ko pinjam dia bagi ler, masa meminjam tak pikiaq interest tinggi menggunung...time byr baru ler sedar..aparaaa...
kajian fomca mengatakan jika seseorang itu, membayar hutang lebih dari 30% dari pendapatannya..maka dia berpeluang untuk jadi muflis...
meh kita kira..
gaji rm 3000 sebulan, boleh guna untuk bayar hutang hanyalah sekitar rm 900 jer..apa yang dia hutang dengan rm 900 tu?? keta?? rumah?? personal loan??
bayangkan keta sebulan jer rm 600..myvi aku pun rm 581 sebulan..rumah?  sebulan rm 400 paling koman..ada ker rumah kat kl yang bulanannya rm 400??flat kot...
2 tu jer dah rm 1000 camner nak byr loan rm 900??? adoiii pening pala...

alamatnyer...tak payah beli rumah..tak payah beli keta ler..

kesimpulannya: aku pun tak tau aku sokong ke tak kenyataan fomca tu..heheheh
korang camna???

Tuesday 11 October 2011

LAKSA TERBAEK...

hehehe ni aku nak perkenalkan makanan fav aku..
my favourite...nyum nyum nyum

laksa ni aku selalu makan time balik kerja...seminggu ada la 2 3 kali aku berenti makan kat situ..so, sapa2 yang lalu ke baling, bleh ler singgah..murah jer rm 2.00 sepinggan..kedai dia berhadapan dengan hoe hup wood processing..marveles, gojes beb..mai la singgah makan  k kalu lalu sini...chewahh promote la plak..

apa apa pun try la yer...

KLINIK CURE & CARE 1MALAYSIA


KAMI PRIHATIN, KAMI SEDIA MEMBANTU

apa benda la klinik cure & care ni, biasa dengar klinik 1Malaysia jer...
ok, ni adalah klinik rawatan dan pemulihan untuk penagih dadah atau untuk pengguna bahan terlarang..cthnya, hidu gam..

Klinik ini adalah di bawah AADK atau agensi antidadah kebangsaan..aku rasa korang mesti pernah dengar nama jabatan ni..jabatan yang sinonim dengan penagih, pusat serenti pun di bawah jbtn ni ler..

kaedah open access services diperkenalkan bagi mendekati masyarakat yang mempunyai permasalahan dadah :

*tidak kira siapa anda..tua atau muda
*pergi ke klinik ini secara sukarela
*tidak melibatkan tindakan undang2..bukan ditgkp polis ler maksudnyer..
*boleh memilih pakej perkhidmatan yg disediakan..
*perkhidmatan 24 jam setiap hari walaupun cuti hujung minggu..

jika anak anda, sedara anda, rakan anda atau jiran anda ada yang terlibat dgn dadah. silalah bantu mereka dengan membawa mereka ke klinik Cure & Care ini..bantu mereka sebelum terlambat...

Klinik ini ada di sg besi k.l, bukit mertajam, tampoi, papar, pengkalan chepa, dan kuching..

perkhidmatan adalah FOC..

DADAH MUSUH UTAMA NEGARA

AWAS...DEMAM DENGGI...

petang kelmarin ada van jabtn kesihatan daerah dengan speakernya bagi amaran kat penduduk taman aku..perhatian semua...sila jaga kebersihan di kawasan sekitar rumah anda kerana kawasan anda adalah kawasan denggi...sila jaga kebersihan dan pantau kesihatan anda..jika ada simptom2 demam denggi sila segera ke hospital..
simptom2 demam denggi :
Simptom-simptom demam denggi ialah:
-         demam kuat secara mengejut.
-         demam berterusan
-         sakit teruk pada tulang tulang, otot, sendi, mata
-         ruam atau bintik merah di kulit
-         pendarahan di bawah kulit, hidung serta gusi
-         pesakit juga akan mengalami sakit kepala
-         hilang selera makan
-         muntah-muntah dan sakit perut.

Ia kemudian diikuti dengan denyutan nadi yang lemah, tekanan darah rendah (hipotensi), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan. Dalam sesetengan keadaan tertentu, jika rawatan tidak diberikan dengan segera pesakit mungkin akan meninggal dunia dalam tempoh 12 – 24 jam

jadi jangan ambil mudah jika anda atau ahli keluarga anda ada simptom kat ats ni...beware...

**info ni aku amik dari satu laman web kesihatan...

Jual...... Jual........Cheese Powder

helo kawan2...ha ni aku nak promote barang baik punyer...


cheese powder aka serbuk keju...
pernah makan cheezy wedges kfc..
ha benda ni la...
harganyer  : RM 14.00 sepeket..
berat   : 200 gm
boleh guna untuk 6 kilo kentang..


camna nak guna??? ni aku bagitau k...
  Langkah 1  : rebus kentang ikut ler brp biji pun..
  Langkah 2   : bila kentang dah empuk, buang kulit, dan di belah memanjang     ikut ler brp bahagian yang abda suka..
  Langkah 3  : kentang yang telah dipotong, digaulkan/digolekkan di dalam tepung beras yang dicampurkan dengan serbuk kari daging/ayam, masukkan lada sulah dan lada hitam kalu suka..kalu x nak, tepung beras saja pun dh cukup..
  Langkah 4  : goreng hingga kekuningan, toskan sebentar..
  Langkah last : sapukan dengan cheese powder dan mayonis jika nak..kalu tak nak, cheese powder saja dah cukup...


opsssss korang jgn ingat sapu mcm tu jer cheese powder tu, kena bancuh dengan air panas dulu..kepekatan ikut suka hati ler...kalu air banyak, cair ler kalu air sikit, pekat ler...


kalu ada belen bancuhan bleh ler simpan dlm peti ais, lebihan cheese powder yang blm dibancuh, blh ler simpan dalam bekas kedap udara..


bayangkan ler potato wedges kfc tu, gitu ler rupanyer bila korang buat nanti..


cheese powder yang telah dibancuh ni bleh digunakan dengan kentang goreng, sosej, burger, nuget dsd...


potato wedges ni ada yang ready made kat supermarket, jadinya korang beli je la cheese powder ni...tak payah susah2 nak rebus kentang, kalu nak jimat korang rebus ler sendiri...

meh ler order dgn aku..murah jer nih...boleh pakai banyak kali...

sms saya: 012-4945435

Monday 10 October 2011

Teka-teki Hari Ini

teka teki hari ini,sapa pandai sila ler jawab...betoi tak dapat hadiah, salah tak kena marah..hehehhe

apakah binatang yang ada di hutan, ada di istana dan ada di laut..

selamat menjawab...

Tazkirah Di Pagi Hari Ketika Memandu

hari ni ketika memandu nak mai keja seperti biasa aku on ikim.fm..aku pun mendengar ler tazkirah pagi..
tazkirah pada pagi ni ialah, perlunya kita bertafakur sebentar memikirkan :
** ketaatan
kita sebagai makhlukNya perlu memikirkan apakah tahap ketaatan kita kepd Allah..taatkah kita kepada suruhanNya..iaitu sembahyg 5 kali sehari, puasa penuh di bulan Ramadan, byr zakat dan sebagainya..tidak perlu kita tgk skop yg luas, tumpukan pd sembahyang shj..cukuplah sembahyg kita sehari2..
** maksiat..maksud maksiat di sini bkn hanya zina tetapi maksiat mata, apabila melihat perepuan mendedahkan aurat, melihat gbr2 lucah..maksiat telinga, mendengar org mengumpat,caci maki, amksiat mulut, mengata, mencaci org, berckp benda2 yg tidak berfaedah..banyak lagi maksiat yg kita lakukan samada sedar atau tidak...
** memikirkan apa yg kita lakukan semalam dan apa akn kita lakukan hr ini..cubalah renungkan aktiviti kita semalam dan manfaat drnya..jika tiada manfaat cuba kita tanamkan azam untuk tidak melakukannya di hr ini.. ingatkan diri kita spy tidak melakukan benda yg tidak berfaedah di hari ini...

jadi, marilah kita berfikir perkara kebaikan yg boleh kita lakukan supaya dpt menjadi bekal kita di akhirat kelak..

renung2kn selamat beramal...

Sunday 9 October 2011

Fakta Menarik Yang perlu Diketahui

** semut menggeliat setiap kali banguan daripada tidur.. (cam kita gak la kan, bangun tidur ngeliat)
**dianggarkan terdapat berbilion basikal seluruh dunia iaitu 2 kali ganda dari jumlah kereta di atas muka bumi ini.BMX adalah nama pendek bagi Bicycle Motocross , manakala dianggarkan 50 juta basikal  dikeluarkan seluruh dunia pd setiap tahun..
** ketika berdiri tegak, 50% dari berat anda berada pd tumit,25% pd tapak kaki dan 25% menyebar sekitar kaki anda..
** rekod plg lama tidak tidur dlm Guinness world records dipegang oleh randy gardner dr amerika syarikat ketika berusia 17 thn pd thn 1964. randy berjaga selama 264 jam..
(hbt betoi dia ni x tidur, kalu aku pantang letak kepala jer trs tidur)
** 1/4 dr tulang tubuh manusia terdpt pd kaki manakala kaki melakukan perjalanan secara purata 115000 km sepanjang hidup..

Tazkirah Di Waktu Pagi

pagi ni dalam perjalanan ke tempat kerja, aku on ler ikim.fm, maka aku pun mendengar tazkirah dari seorg mursyid imam muda 2..
tazkirah pagi pada hari ini ialah :
1. janganlah kita mendaulatkan nafsu
apabila kita mendaulatkan nafsu, maksudnyer ikutkan nafsu, maka hilanglah sifat malu kita, kita akan melakukan zina dan maksiat..sebab itulah terjadinya sumbang mahram, rogol dan lahirnya banyak anak luar nikah..
2. janganlah kita bersikap bakhil dan sombong
orang yang sombong dan bakhil akan kehilangan kawan.sapa nak berkawan dgn org yang sombong, ada keta besar, sombong dgn org, mentang2 ler awak ada keta bsr, ada juga org yg ada duit banyak tapi kedekut..bakhil ni lebih tinggi pangkatnyer dari kedekut..org yang bakhil ni jgn mimpi ler nak belanja kwn, singgit pun berkira, takut duit dia hbs agaknyer..
3. janganlah anda riak dan takbur
riak ni bangga diri..cheee org puji skt jer dah perasan, mcm bguih sgt..takbur ni berckp besar, padahal apa yg dia buat tu kecik je nilainyer..ingat Allah tidak suka pada org yang riak dan takbur.
4. bersiaplah diri kita untuk nak dipersembahkan kepada Pencipta
maksudnya, lengkapkanlah diri kita dengan amal ibadat yang secukupnya supaya bila kita bertemu Allah nanti kita tidak akan malu..rajin2 ler buat kebaikan dan tinggalkan kejahatan kerana dunia ini ibarat jambatan untuk ke syurga..apa yg kita buat di dunia ini akan dihisab di akhirat nanti..

sekian saja untuk hari ini, esok2 i tulis lg kalu i dengar tazkirah di pagi hr k..

Saturday 8 October 2011

BEBASKAN DADAH DARI MALAYSIA

helluuu kawan2..
kali ni aku nak tulis berkaitan dengan dadah..yang tlh diistyharkan sebagai musuh no 1 negara..sekali pikir, dadah ke rasuah yg no 1???rasa2 mcm rasuah..tapi x per, kita amik dadah yg no.1..

ok, sekarang dadah jenis apa yg paling ramai penggunanya??
aku rs, ikutkan senario, dadah jns peransang, mcm ecstacy, pil kuda, syabu, eramin5..

dadah2 ni sumenyer meransang mental dan fizikal kita dgn begitu cepat dan sudah tentu kesannya kpd kesihatan mental dan fizikal juga cepat..sng ckp,cepat jd GILA..ha cuba korang selidik balik kes2 yg bunuh mak bapak, kes bakar rumah sndr, kebanyakan terlibat dgn kes dadah ni la..
depa ni, bl dah amik dadah tu, dah tak betoi, sbb saraf mereka telah rosak dgn dasat sekali..
bila saraf dh rosak, mereka tidak dapat berfikir dgn baik dan buat tindakan yg di luar batasan kemanusiaan..
yang paling merana ialah keluarga mereka...mereka terpaksa memikirkan keselamatan mereka dan juga harta benda..sian betoi bila mendengar keluarga mereka mengadu masalah...
jadi, bantulah pihak berkuasa untuk menangani masalah ini..perhatikanlah adik2, anak2 dan sedara2 kita supaya mereka tidak terlibat dengan masalah penagihan dadah kerana kita juga akan menanggung akibatnya secara tidak langsung...

untuk lebih lanjut bleh ler dptkan more info kat dadah bahaya more info bleh dpt kat sini...

DADAH MUSUH UTAMA NEGARA

Percaya Ke Iklan Kat TV??

aku paling tak suka iklan kosmetik kat tv..pakai produk ni muka akan cantik, kulit akan gebu, bdn akan kurus..padahal, dah model tu mmg cantik..dia tak pakai produk tu pun dia dah putih dah..cthnyer..produk mencerahkan wajah..chewah..sblm pakai produk tu, hitam, bila dah pakai cerah la plak..kita pun kenal model tu mmg dah kulit cerah..lagi satu iklan yang aku kelakar, lokasi di stesen komuter kot, lelaki tu wat tak prsn kat pekerja kaunter tu sbb kulit dia gelap skt, bila dia pakai satu krim tu, kulit dia dh cerah baru lelaki tu prsn dgn kewujudan pompuan tu..
ada persaan tak satu iklan cat..apa ntah namanyer...nak iklankan pasai cat, tp pompuan yang posing seksi..apa la kaitan cat dgn pompuan seksi kan??setuju x dgn ayat aku ih??
aku peratikan mmg byk iklan yg gunakan kaum wanita, padahai produk tu rsnyer tak der la kaitan sgt dgn pompuan.yg aku mksd kan pompuan seksi la...

ish malaih dh nak taip, nti2 la aku taip plak k...

Bajet 2012

aku rasa ramai yang dok tunggu hari jumaat hr tu sebab dok tunggu pm bc bajet..feed back yg aku dpt, ramai yang kecewa..terutamanya pekerja swasta..satu jer yang depa dapat, caruman majikan dinaikkan 13 %..
pekerja sektor awam, dpt kenaikan gaji rm 80 - rm 320 ikut gred dan juga kenaikan gaji 7% - 13%..cam frust jer sebab gaji naik x banyak, tapi apa2 pun bersyukur je la..dapat jugak kan dr x dapat..
ada korang perasan x , sumbangan untuk yang berpendapatan bawah rm 3k yang perlu mendaftar di LHDN, depa ni akan dpt rm 500 setahun, tetapi aku difahamkan terhad kepada 200 ribu yang terawal ja..kalu yang x dpt maklumat tu sian plak aku rs..maklumlah bukan semua beli paper, bkn suma tgk tv kan kan..
arghhhh.....aku paling x best pasai minyk jer..sbb aku berulang dr umah ke tpt kerja jauh..120km setiap hari, kalu minyk kurang lagi bestnyerrrr rase.
huhuhuhu  x kan jd realiti punya rega minyak akan turun...tp x pa la bersabar je la...
aku g komen ni ikut pendpt aku ler,...org lain aku tak tahu..apa2 pun aku doakan M'sia sejahtera selama2nyer...

Wednesday 5 October 2011

kalau jadi bossss.......

hari ni i nak tulis pasai "KALAU ANDA JADI BOSSS"


kalaulah anda jadi seorang bosss....
** jagalah kebajikan satff anda
** jagalah percakapan anda, jgnlah guna bahasa kesat, maki hamun, mencarut dsd..
** jagalah hati anak buah anda..
** jgn dok nasihat ank buah jaga integriti, jgn claim melampau TAPI bossss claimmmmmmmmmmm...huiyo..terkezut anak buah..
** jaga berburuk sangka pada anak buah..ikhlas dan jujur terlalu subjektif untuk nak dipertikaikan
** jgn pilih kasih..kalu nak gak, pi la masuk rancangan PILIH KASIH yang rosyam noor buat hari tu..br kena..
** jgn dok condemn anak buah jika gagal...ala hang yang jadi boss pun blm tentu bleh buatkan??
** jgn tutup periuk nasi atau rezki orang...ada bos yang jenis dengki, anak buah nak wat part time, ader je ayat dengki dia..bkn ganggu kerja asasi pun..
** bagilah markah kpi dgn jujur..kalu tak jujur, ko tanggung ler nanti..
** jgn segan /malu minta maaf..ingat ko besar sgt ke jadi boss??


kalau anda seorang bos, pencapaian anda tak akan meningkat kalu anak buah tak buat keja...jadi jgn ingat nak makan sorang k...


hehehe ku tujukan khas pada sapa2 yang jadi bosss...jgn mareeee.....

KARTUN & CITA DOLU -DOLU

Opssss aku teringat plak pada katun dulu-dulu nih..terbayang sebelum tido semalam...korang tentu pernah tgk cita Ultraman...zaman dulu, ada 1 jer katun Ultraman..sekarang ada banyak plak ultraman nih...ultraman dina, ultraman tiga, ultraman nebius..ada lagi x ultraman??rasa mcm ada, tp dah lupa dah..anak sedara aku cukup suka dgn cita ultraman nih...fanatik beb..

adik bradik ultramannnnn....

ingat cita thundercat??? ha femes nih...thunder thunder thundercat...yang jahat tu nama dia mambra...watak lain aku dah lupa, kalu ingat tolong bagitau yer...

                                              

 cita kesatria baja hitam..ha muka dia cam belalang...tak der power pun cuma guna tenaga jer..dia ni pakai motor...

cita gabannnn....aku cari gambar gaban x der plak dalm internet..

tosho diamos...ni cita kartun...menentang makhluk asing...bila ada makhluk asing menyerang, dia akan bertukar...

teenage mutant ninja turtles..watak2nya donatelo, michaelangelao, leornado lagi satu aku lupa, pastu watak tok guru depa kot yang tua tu..apa ntah namanyer...

MAERO ATTACK......best citer nih..citer pasai bola tampar..watak dia nm chun, yojia..kemain terer depa main bola tampar..somasooooo...mcm2 teknik ader...kelakar la plak bila ingat blk citer tu...

ni cita feveret family...oshin..rin hane koma..best citer ni sebab menceritakan kegigihan seorg wanita dlm mengharungi kehidupan..patut dijadikan satu semangat dalam kita menghadapi kesusahan...
kehkehkeh.....itu ler kenangan dolu2...

Tuesday 4 October 2011

APA YANG AKU TAHU…

Ok..apa yang aku tau..
Kalu kita sujud atas kain telekung kita, bukan atas sejadah, maka sembahyang kita tidak sah..KECUALI telekung tu tidak bergerak ketika kita solat…ha, maksudnya telekung kita tu teeeeerlalu labuh..tapi kebanyakan telekung kita tu singkat je..ngam2 je labuhnyer kan…
Posa sunat Syawal vs Posa Ganti
Ok…yang ni aku pun keliru dulu2..tetapi aku sudah ada jawapannya..kita tak bleh buat sunat syawal sebelum ganti yang wajib iaitu ganti posa Ramadan la…cthnya: kita kena sembahyang Isyak dulu baru bleh sembahyang sunat tahajud..dulu2 ada  yang kt, kita bleh niat sekali, posa ganti dgn syawal, tak boleh yer kwn2…
Ha..ni Dr Masitah yang jawab ni…

HALAL DARI JAKIM

Heluuuuuuuuuuu kawan2..
Ok, hari I nak cita sikit pasai halal..FYI, mulai 1hb tahun depan, suma kena pakai logo hala dari JAKIM..ingat dari JAKIM only..yang dok cop halal negeri ka mai dari negara mana pun tak tau tu, tak diterima..jadi, bila beli barang tu kelebet lah sama logo halal tu sapa yang kuaq kan..JAKIM ka sapa..kalu rasa was2 dan perlu pengesahan..rajin2 ler kome g ke laman web JAKIM n chek..
Jangan pakai beli ja..sedap kalu, makan, canti kalu, beli,halal tak halal dok no. 2..patut halal tu dok no.1..
Ok..berhati2 ye kengkawan..

Monday 3 October 2011

SABUN SUSU BERAS CITRA

hellluuuuuuuuuu kawan2..

ni aku nak promote sabun yang dah lama aku guna untuk mencuci wajahku..
namanya  : sabun susu beras citra keluaran Citra Lestari Marketing.
beratnya  : 55 gm
bahan utama  : beras ler..sebab tu namanya sabun susu beras..
rega          : rm20.00 seketul
kegunaannya  :
  • menaikkan aura seri wajahmenjadikan kulit lebih bersih, cerah, halus dan tegang tanpa pengelupasan
  • berkesan menanggalkan kotoran, minyak. sel kulit mati, parut jerawat dan jeragat
  • menghilangkan kesan hitam di ketiak, celah paha dan siku
  • sesuai untuk yang ada resdung dan penyakit kulit
  • boleh mengatasi masalah bau badan
  • memberikan kesegaran dan badan tidak melekit walaupun berpeluh
ni ler rupanya sabun Susu Beras Citra
aku dah guna dekat setahun dah..sabun ni byk buih dan blh digunakan untuk seluruh badan..
mak aku kata, muka aku dah kurang parut jerawat dan kesan lobang2 di muka pun dah kurang.kawan aku pun ckp camtu..jd, kepada sesiapa yang nak beli bleh sms aku..012-4945435...
sabun ni aku juai kat kedai kawan aku, sambutan alhamdulillah..ramai dah kenai dan akan repeat pakai sabun ni..
Anda Bila Lagi...Cubalah.....

FELDA RESIDENCE TROLAK, PERAK

kat sini ler aku kene berkursus selama 3 hari...kursus ni namanya Kursus Pemantapan & Keutuhan Integriti. Dengan kerjasama SPRM dan juga IIM..penceramah pun hebat2 belaka..
rupanya, jika diikutkan dari segi integriti, banyak rakyat malaysia termasuk aku yang kurang integriti..berdasarkan kajian reader digest, aku pun lupa tahun bila depa wat survey, malaysia berada di negara ke 30 daripada 33 negara yang dilakukan kajian paling kurang ajar...
penilaian mereka amat mudah berdasarkan senario ini...
pertama : mereka akan buang sampah di tempat yang ramai orang dan akan memerhatikan siapa yang akan mengutip samapah tersebut dan masukkan ke dalam tong sampah..
kedua : mereka akan perhatikan, apabila seseorng tu masuk ke dalam bangunan yang mcm bank tu, kan ada cerminkan, ada x org tu pegang daun pintu dan biarkan org dibelakang dia masuk atau dia masuk lepas tu dia lepas ja pintu tu x tgk dah ada org ke x dibelakang dia..
ketiga  : dia umpan dengan handset..letakkan handset di mana2 tempat, pastu tgk ada x org amik haset tu, nti dia akan wat call dan bagitau surh hantar kat mana2..kononnya dia tertinggl dan minta dipulangkan la hset tu, dia guna 80 biji hset, 1 pun tak dpt balik..

itu ler cara dema wat kajian..ringkas dan mudah..

apa pendapat anda???adakah benar kita semakin kurang nilai2 murni dlm diri??
renung2kan dan pikior2kan ler....
apa2 pun, kita perlu berubah menjadi lebih baik dari semalam..tak per la depa kata kita mcm tu, yang ptg kita tahu siapa diri kita dan kita buat benda baik...kan kan kan...

Sunday 2 October 2011

Iktibar Dari Pokok Semalu

pokok semalu ialah sejenis pokok yang berduri dan akan menguncup apabila disentuh..tap percaya cuba pi sentuh pokok tu tengok, menguncup ke dak?? pokok kita besa kita jumpa di tepi jalan, kat padang pendek kata kat mana2 sj la...pokok ni dia rendah saja, dia seakan2 melekap pada tanah..ha camtu la pokoknya...nak tengok rupanya??? ha ini dia..jeng jeng jeng....
apa iktibar yang boleh kita amik daripd pokok ciptaan Tuhan ini..ha ini yang aku nak tulis.

Iktibar pertama : 
sifat pokok semalu yang pemalu, menguncup apabila disentuh..orang perempuan kn jadi macam ni la, malu bila disentuh...ni dak, bila org lelaki sentuh kemain lagi syioknya..(bg yang dah kawin lain cita) ayat ni ditujukan kpd yang belum kawin..jg adab bila bercinta...bila tak dak malu, jd mcm yang dok kuaq dlm paper tu la, buang anak sn sni..

iktibar kedua :
mempunyai duri untuk mempertahankan diri..org pompuan kn la tau jaga diri dan ada kekuatan untuk jd maruah dan diri dari ternoda..diri bila sudah ternoda sudah tiada maknanya...belajaq la taekwondo ka karate ka paling tidak pun bawa la spray lada tu..ada org nak wat jht..spray kat mata baru padan muka depa...

iktibar ketiga :
akar tunjang pokok semalu kukuh mencengkam bumi..orang pompuan pun kena la ada jati diri yang kuat untuk menghadapi cabaran dalam hidup nih..

iktibar keempat :
semalu menguncup sendiri apabila petang...senang crita, org pompuan bila senja dok la di rumah.. melainkan yang kena bekerja lain la plak citanya..kalu saja nak merewang, nak meronda di pasaraya, pakai tak senonoh tu, tak payah...cer renti kan perangai gitu..

aku cedok artikel ni dari satu majalah..aku dah lupa bila keluarannya..semoga apa yang ditaip ini akan menjadi iktibar dan panduan kepada kita dalam menjalani kehidupan...

jaga diri hiasi pribadi semoga menjadi muslimah sejati...caucincauuuuuuuu..........

Adakah Alam Sedang Murka ???

Aku pergi kursus integrity baru2 ni..kata penceramah tu amat menusuk kalbu…adakah alam sudah tidak mahu berkawan dengan kita???adakah alam sedang murka kepada kita??? Kerana kita sedang melakukan kemusnahan di atasnya..manusia tidak menjaga adabnya..manusia tidak menjaga apa yang diamanahkannya…
Adakah kita sedar, selepas TSUNAMI yang amat dasat melanda asia, dunia tidak pernah aman dari mala petaka…bencana ada di mana2…adakah kita sedar itu amaran dari alam sebagai peringatan untuk kita berfikir…cukupkah amalan kita, sudahkah kita bersedia menghadapi petaka dari yang Esa..di mana salahnya???
SALAHNYA ADALAH DARIPADA KITA..MANUSIA..