Sunday 23 November 2014

Bukan Tak Nak Tolong

kitakan memang nak tolong sesama kita berniaga, betoi dak? tapi yang aku geram nih, camna nak tolong kalau barang yang dijual, kualiti tak ada. sedangkan kita nak benda atau barang yang berkualiti, sesuai dengan duit yang kita bagi.contohnya, minggu lepas, aku pi kedai runcit kat kampung aku, ada 3 buah kedai runcit yang berdekatan, satu cina punya, yang kami pangge ah long, 2 buah melayu punya, actually, mamak sebenarnya. tapi kita kira melayu la (sebab kawin dengan melayu gak). mula2 sampai, aku masuk kedai melayu yang pertama, aku tengok bawang besar, tak eloknya, tengok plak ubi kentang, sama ja, banyak yang tak elok. jenuh nak memilih,tapi mak aku amik gak ubi kentang kat situ, ok, amik la tapi bawang jangan amik, terlalu tak elok. ikan, udang, alahaiii keciknya, tak semangat nak membeli. aku pi kedai no 2, melayu jugak, sama ja bawang dengan kentangnya, kentang kecikkk ja, ikan udang sama ja. kedai ni aku pernah beli sotong sekali, balik rumah, mak aku kata, busuk la sotong ni, buang ja la.hang nak makan ka? aku beli tak tengok, pakai cekak boh dalam plastik ja. dah rugi.
aku masuk kedai cina, haaaa kau tengok, bawang besaq, elok2 ja, ubi kentang, besaq dan elok, ikan udang,ikan temenung yang besaq, nampak fresh ja, udang besaq, sotong pun elokkkkk ja. baru la rasa semangat nak membeli. sebab tu kedai cina tu ramai orang, barang yang dia juai elok2, sedap mata memandang. yang 2 kedai tu hampa tak bleh ka amaik barang yang elok nak juai kat orang. kat kedai melayu yang kedua tu, kawan aku dok buat karipap juai, sekali beli 3,4 kotak tepung gandum, sikit pun tak bagi diskaun. bukan tepung saja, minyak pun dia beli berpeket2, berkira sungguh nak bagi diskaun, apa punya berniaga. tengok cina, bukan aku nak puji, kalau nampak aku, yang jarang2 pi pun, cikgu, apa khabar, lama tak nampak, cikgu sudah siap ka, cikgu, tak payah angkat, bagi pekerja saya angkat masuk kereta, padahai satu beg besaq ja pun. punya ramah. dia punya akad beli, punya panjang, saya juai barang ye cikgu, saya juai barang ye makcik. yang melayu plak, saya juai, muka tala tang lain.

Little Caliphs Taman Kemuning

lepas pikiaq pi pikiaq mai. pakai timbang kati semua, kilao pun dah,gram pun dah, aku decide hantaq anak aku pi little caliphs yang baru buka kat taman kemuning. aku pi daftar hari tu, bayar rm500 dulu. depa nak guna untuk tempah baju sekolah, baju sukan, kopiah dsb. lagi baki bulan 1 tahun depan. ada baki lagi rm 779. bulanan rm 380 sebulan untuk tinggai dari pagi sampai petang. sebelum ni dia dok sampai pukoi 2 ja kat tadika lama. tahun depan, aku nak bagi dia dok sehari sebab dia dah 5 tahun. bleh la buat ulangkaji sikit. depa akaq sembahyang solat dhuha, zohor dan asar.
hmmm ok la.
kenapa aku tukaq sekolah ? sebabnya, cikgu melayu kat situ amatlah kurang. ada sorang ja melayu, sorang cina, yang melayu tu plak, dah hilang pi mana ntah. cikgu melayu tu yang ajaq iqra, bila dia takdak sapa nak ajaq iqra. duit bayaq tiap bulan. yang lainnya, anak aku dah boleh baca doa makan, sebut alhamdulillah, cara solat, walaupun aku tak pernah ajaq. mungkin dia tengok sepupu sepupu dia buat kot. aku terkedu, anak aku tau , kalau dia pi tadika yang islamic punya mesti dah pandai kan?so, aku decided, tukaq tadika. alasan lain, takdak kot. anak aku suka sebut perkataan tamil, cam poodah, sebab tadika tu memang ramai indians dari melayu dan cina. takpa la, nanti dah besaq sikit, belajaq la bahasa mandarin, sekarang fokus ke islamic la dulu.nanti2 bleh belajaq bahasa asing tu kan?

Saturday 22 November 2014

Beli Kerana Emosi

pejabat aku dekat dengan market. pagi2 ada orang mai juai macam2 kat market tu. ada yang tetap  ada yang mai ikut hari. contohnya, hari rabu ada uncle tu mai juai alatulis, beg, barang perhiasan dan macam2 lagi la. nak sebut pun tak tau. aku suka beli kat uncle ni sebab buku mewarna, alatulis murah2. pemadam faber castel yang kita beli di supermarket rega singit, kat dia kupang2 ja. buku mewarna ka buku untuk kanak2 baru satu singgit. dia ada juai jugak benda2 kreatif ni. contohnya, lukisan tu kita kena tonyoh atau tenyeh dengan lidi, baru ada kaler. hampa paham dak aku cita nih? tak paham pun buat2 la paham.
yang aku nak crita nih,hari tu aku pi makan kat gerai mamak nih. ada sorang peniaga melayu, muda lagi,bawa anak 2 orang. anak dia umur 3,4,5 thun camtu la.mungkin sorang 4, sorang 3. dia beniaga bedak, minyak wangi, pakaian dalam yang orang dok juai kat intenet tu la,pekasam daging, ada lagi la satu 2 barang. yang aku kesian tu, anak dia tak mau duduk. dok buat perangai. masa tu matahari dah naik, dah stat panas. payung tak dak. yang sorang dok bunyi, yang sorang nak berdukung.kesiannnnn la aku tengok. kesian kat dia, nak cari rezeki. dia hampaq tikaq kat belakang meja yang dia dok menjuai tu, anak dia dok la baring kat situ. sat nak susu plak. berenti sat bancuh susu. ishhh sedihnya tengok. dia ni ibu tunggal ka? awat tak tinggai anak kat laki ka pengasuh ka? bila aku tengok dia aku teringat sorang peniaga kat up town perda. dia bawa anak2 mai meniaga. anak2 dok dalam van. dia beniaga la. van tu kan van beniaga tengok dalam tu selerak la, mainla depa dalam tu.tu la, susahnya nak cari duit bagi anak makan. kalau yang senang tu, mudah ja nak beli apa pun kan? naik keta besaq, nak apa amik ja. kalau la aku kena buat camtu untuk nak cari duit??? apa aku nak buat. alhamdulillah la, ada rezeki untuk anak2..tak payah berusung depa pi sana sini nak cari duit.
aku pun rasa kesian kat orang tu, beli la sebotoi bedak. rega rm8.90. wangi bedak tu. ada bacaan kursi dengan apa ntah. macam yang la ni dok femes la. kismis dengan bacaan surah tertentu. bedak tu pun sama la. takpa la, beli la satu, dapat gak duit kat dia hari tu. bukan nak sangat bedak tu, tapi untuk membantu.  

Wednesday 19 November 2014

Compare Compare Compare

apa yang nak dicomparekan? macam aku, rega susu anak, rega pampers memang menjadi satu kemestian untuk aku nak bandingkan. sebab? ada kedai yang murah 50 sen utk sepeket susu, ada yang murah singgit dua untuk sebeg pampers. haaa memang la ada yang kata sikit ja beza tapi kalau beli 12 peket, haaaa berapa dah beza rega kan? cam aku, time gaji ja aku harung beli susu untuk stok sebulan. sorang anak 6 beg, 2 anak dah 12 beg. pampers aku akan beli 4 beg sekaligus.
tapi yang tu ja la yang aku concern lebih, barang makan yang lain aku tak berapa amik kisah sebab bukan aku yang membeli. kerja aku tiap hujung bulan tulis ja apa yang nak beli. susu tin, milo, kordial, beras, sos, nugget, hotdog apa ja la yang nak beli. sabun basuh kain, downy, febreeze tulis ja. sebab yang beli abang ipar aku. laki aku tukang tolak troli. yang membayar, abang ipar. jadi aku tak berapa amik tau rega barang lain, aku kisah barang anak aku ja. ishh pikiaq2 balik untung gak dok dengan mak mertua nih. api, air, abang no 1 yang setel. makan abang no 2. aku tumpang ja la mak mertua.heeee reda ja la..

Monday 17 November 2014

Zoo Taiping..Here We Are

 
hmmm hujung minggu tak tau apa nak buat. jom, aku ajak asben aku g zoo. bleh gak bawa anak2 tengok binatang hidup. selalu tengok dalam tv ja kan?tengok gambar. now, kita boleh tengok live.orait, jom pi hari Sabtu.
 
 
bersama patung - patung haiwan di luar pintu masuk. aku perasan ada ubah suai sikit sebab dulu kedai souvenier kat luar, sekarang kat dalam. lama dah tak mai zoo. mai dulu masa tu mohsin umur berapa tahun ntah. adik pun belum ada kot. tiket masuk rm16 utk dewasa, rm8 untuk kanak2, umur 3 tahun ke atas. aku kena caj rm 40. ain tak kena sebab bwh 3 tahun.

 
amik gambar dulu sebelum masuk.

 
bersama orang utan batu.chewah sengih ja mohsin nih. dulu tak pandai bergambar, sekarang dah pandai. ok lah tu kan?

 
luckily, masa bagi makan. uncle ni pangge buaya jejulung tu , rinaaa, rinaaa, mari makan. ,masa tu dia tak keluaq lagi dari sarang dia. malu kot, ramai orang tengok. dia plak tak
pakai baju.
 
 
haaaa, dah keluaq, lapaq katanya, kalau malu perut kosong, kuaq gak la dia pun. sedap katanya, 2 ekor ayam
masuk perut.

 
ni apanya, ungka putih kot. lupa dah nama. lama sangat dah pergi baru nak update


 
orang utan..senyap ja. malaih nak bergerak kot. takdak kawan. kawan dia dok kat bawah.

 
masa ni depa bagi makan landak. anak aku sedang tengok dengan khusyuknya. aku plak dah pas ke depan dah. tu yang gambar jauh tu.

 
nampak tak malayan sun bear.dia mai dekat dengan kami. actually, asben aku pernah tangkap beruang jenis ni di Sedim. ada beruang rupanya kat Sedim tu. jangan main2 kat kawasan air terjun tu. sekarang beruang tu sedang berehat di Zoo Melaka. under jabatan perhilitan punya.


 
ni bergambar di luar sebelum balik. jengoi la pala kuaq. hahaha suka bergambar dah depa ni. tapi aku ja malaih nak amik gambar. rasa malu plak sebab kamera kecik. orang lain kamera muncung ja sehasta. malu weh
 
 
mohsin muncungkan mulutnya. tamatlah lawatan kami. hari tu elok keluaq zoo ja, hujan sudah turun. apa souvenier pun tak beli. no kenangan la. kalut punya pasai. parking plak kat seberang jalan sana. kena la bayar rm3.
 
bai bai

Makanan Sihat - Roti Pita

haaaa dah lama tak update blog nih..tak sempat banyak kerja. aku memang tabik spring pada blogger yang kerja cam aku tapi blog maintain ja berupdate. tabik la.
 
ok, ni aku nak crita, aku ada baca kat blog resepi gojes pasai roti pita. aku tak ingat apa tajuk masakan tu, tapi aku copy amik tang resepi ja. aku try la buat. waduh waduh..sedap bangat. menjadi dong. nak try? meh aku bagi resepi.
 
bahan2 :
isi ayam - ikut la banyak mana suka
rempah kari
garam
lada hitam
minyak zaitun atau minyak jagung
yogurt tanpa perisa
tomato
bawang holland
timun
salad
roti pita
daun sader/daun bawang
mayonis dan sos cili
 
cara2nya :
gaulkan isi ayam + rempah kari + yogurt +lada hitam +garam + minyak  sehingga sebati. perapkan dalam 1/2 jam. lagi lama lagi cantik
 
 
gorengkan bawang holland yang dipotong dadu dengan tomato yang juga dipotong dadu bersama sedikit minyak.
 
 
 
kalau nak masukkan daun bawang/saderi, masukkanlah, kalau tak nak, ok ja. goreng sebentar saja k.
isi ayam yang diperap, boleh digoreng menggunakan
frying pan. 
roti pita tu letakkan atas frying pan sekejap. bila dah masak atau dah kekuning kuningan
 
cara hidang :
 
roti pita tu disapu dengan mayonis dan sos
letakkan ayam yang digoreng tadi di atas roti pita
letak salad, timun, bawang dan timun yang digoreng
gulung roti, ngap terus
tapi versi aku tak bleh ngap terus sebab tebal sangat dengan bahan. tak caya tengok gambar..
 

 
 
tadaaaa sudah siap.. roti pita ni seplastik ada 8 keping. memang puas makan. bagi aku la. aku sorang 2 keping la.
selamat mencuba...
 
bai bai
 
 
 
 

Monday 3 November 2014

Mencari Kasih Yang Hilang

kawan aku, lelaki, kemarin kena mai alor setaq sebab dia bahagian teknikal utk program. sambil mai untuk tugas yang diamanahkan, dia juga datang untuk mencari ayah kandungnya yang tak pernah dia jumpa sejak mak dia mengandungkan adik dia. ayah dia menghilangkan diri tanpa sebab yang diketahui. masa tu mak dia tengah mengandung berapa bulan ntah. aku dah lupa crita tu. katanya, ayah dia berniaga di pantai johor. aku tau cita ni masa mula-mula dapat keja nih. dia crita kat aku yang dia tengah cari ayah dia. dari dia tak kawin sampai la anak dah 3, baru kemarin dia dapat pi cari. tapi tak pasti jumpa atau tak. dia tau pun dari adik dia berlainan mak yang kerja polis di Sabah. cari cari dan cari jumpa juga dengan adik beradik yang lain. dulu, dia nak bawa wife, anak -anak dia mai jumpa, tapi masalah kesihatan anak dia plak yang tak mengizinkan. semoga kali ni, dia berjaya. selamat berusaha..

Hari Yang Memenatkan

dah 2 hari aku kena berulang dari kulim ke alor setar. sebabnya, ada program besaqqqqq sangat nak dijalankan pada 5.11.2014 nih. aku dgn 3,4 orang dari daerah aku ditugaskan untuk jadi penyambut tetamu. kategori vip, vvip la.sbb vvip adalah keturunan raja.
hari pertama, kami sampai pukoi 9.30 pagi lebih kurang berkumpul di tempat program. hmmm tak ada apa pun ank dibuat. orang yang bagi briefing pun cakap macam dalam kelambu. aku cakap dekat sorang staf tu, awat tak pakai healer ka, mike ka, dengar kuat sikit. alaa...buat tak dengaq ja. sebab yang dok bercakap tu ramai yang anti dengan dia sebab dia ni jenis belagak sikit. oraittt..buat tak dengaq ja. yang kedua, taklimat perjalanan program, haaa baru la dengaq clear..habis taklimat, dok saja lagi.nak buat rehersal sambutan macam mana kalau tempat tak siap. lastly, bos suruh pi negeri, tolong buat confirmation kehadiran jemputan..hmmm..orait, kami pi. aku amik list yang maahd tahfiz, tepon sana tepon sini, jawapan? kami tak dapat surat, bila hantar, nanti kami confirm lain sebab tak pasti dapat ka dak?heyyyy hampa buat apa nih?surat hantaq ka dak? mana nak cari audiens kalau camni?ooo orang negeri pandai buat program..lupa plak.so, hari pertama, di bawah panas mentari, berkuap , peluh meleleh, badan dah bau peluh, takdak kerja apa. mai jauh2 takat tengok tempat program ja, tolong buat call..orait..setel satu hari. pi pukoi 7.30 pagi sampai rumah pukoi 8.30 malam.
hari kedua, bertolak pukoi 8 pagi, kena smapai pukoi 9.30 pagi. kami sampai lewat sikit. still tempat tak siap. tunggu dan tengok lagi. panas dah membahang..ok. pagi tak dak rehersal walaupun asainya nak buat pagi. kita tunda ke petang.ooo pulak. org HQ mana, hmm baru bertolak pagi ni. oraittt takpa. kita tunggu petang. kasut aku dah tahap nak kena masuk dalam tong sampah dah. dari dok tunggu apa pun tak buat, jom pi city plaza, cari kasut offer. yesss dapat 2 pasang. beli satu, yang kedua dapat rega rm9.ok lah tu,cam jimat ja. selsai beli kasut bos suruh pi pejabat negeri. aku pun pi la.sambung call tapi sebab kawan aku dah ada di sana, dia dah buat. aku pi sembang ja dengan dia. kawan aku, kena call bahagian ketua jabatan, dato'2..sekali tu dia kena marah dengan sorang dato tu.masa bila hantaq surat, tak dapat pun,yang sorang lagi plak kata kat dia, ni dah 3 kali tepon. tepon pa kerap sangat?aiseyyy kawan aku baru kali tu tepon dah kena sembuq..sian dia..
petang tu ada rehersal sampai ke malam. malam, pihak protokol dari pejaabt agama mai untuk nak tengok betoi ka tak betoi cara nak sambut orang istana. setel semua pukoi 10 lebh. sampai di rumah ada la kot pukoi 1 pagi.rest satu hari, esok pi plak. ni yang betoi punya kejadian, bukan main2 dah..huihhhh penat ooo.

Nak Berbisnes Online

seriusly, ni dream aku. nak berniaga online. aku ada jumpa 2 ,3 orang yang memang berjaya dengan cara macam ni. ada petua dan tips yang aku boleh aplikasikan? tolong bantu yer..apa produk yang sesuai?marketing strategy dsb..

Makan Makan Family

 
 
acara makan-makan bersama keluarga sebelah asben sempena besday Ain.
menu makanan :
ikan siakap 3 rasa 2 ekor
siakap stim 1 ekor
sup tulang semangkuk
som tam 3 piring
telur dadar 3 biji
udang salut tepung 2 pinggan
tomyam campur 3 mangkuk
jus oren sejaug
jus tembikai sejug
barli suam 1 gelas
nescafe tarik 2 gelas kecik
 
total ?
 
"
"
"
"
"
"
"
"
 
rm 195..diskaun rm5 jadi rm 190...murah dak?


Makan , Makan dan Makan Lagiiii


 
nasi goreng apa ntah, dah lupa


 
oblong kambing special

 
mi hailam.. my feveret

 
kuey teow tomyam selalu hidang dalam mangkuk..kali ni dalam pinggan

 
muka boring tunggu hujan berenti
 
masa ni,kami ada rehersal untuk majlis tilawah al-quran peringkat kebangsan di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah. petang tu, elok lepas makan, hujan turun dengan lebatttttttnya. terangkat khemah yang kami dah pasang. actually, bukan aku, orang lain la. aku dan kawan2 pi untuk nak belajaq sambut tetamu vip dan vvip. paling vvip dalam majlis ni ialah Tengku Temenggong Kedah. semua makanan tu dijual dalam kawasan masjid. oblong kambing tu memang best. ingat malam tu nak beli lagi untuk asben aku, dah tutup la plak..aduhaiiii kempunan..rega not bad, special oblong kambing rm6.50..arghhhh teringat oblong kambing nih..