Monday 28 May 2012

Aku Belajar Buat Mi Kuning..senang jer

aku dah lupa tarikh aku buat program belajar buat me kuning nih. tujuan aku buat program tuh sebab nak meriahkan rumah komuniti AADK yang macam suram sikit sebulan 2 nih. yang 3 orang tu adalah dari kolej komuniti. aku jemput untuk ajar peserta buat mi kuning. asalnya nak belajar buat fishball tapi tak jadi..buat le mi kuning je..tak kisah la, janji dapat ilmu..yang perempuan tu pensyarah, yang 2 lelaki tu, anak buah dia..depa mai ramai tapi yang terlibat ngajar, 3 ni jer..
ni, peserta yang aku import dari Perkep dan juga orang kampung dekat situ yang aku roger2 suruh mai..ramai plak yang mai.lega alhamdulillah..orang ramai, rumah kecik, jadi panas sikit ler..takde aircon, ada aircon, lain le sikit..berpeluh le cikgu nak ngajar, anak murid pun berpeluh sama ler..apa nak buat..

ha...ni peserta yang tengah try gelek adunan mi..sebenarnya, mesin tu kalu kat kolej besar le tapi dah yang portable punya..kecik ni ja la..pakat le pegang sorang sikit sebab mesin ni senang bergerak.payah le nak gelek adunan tu.
ni le hasilnya setelah habis sekilo tepung digelek oleh pensyarah dan peserta. pakat tolong sorang sikit..
ni plak, bila dah siap gelek, mi tu kena le direbus sekejap.bila mi tu timbul, masak le maksudnya.ala macam kita buat buah melaka tu, kan kita gentel2kan bulat, pastu kita masukkan dalam air panas, bila timbul, kita angkat, sama le konsepnya..bila dah angkat, gaulkan dengan minyak supaya tak melekat.
bila mi dah siap, pensyarah tu dengan baik hatinya, gorengkan sekali untuk peserta kita makan..hmm..boleh tahan jugak, walaupun dala keadaan tempat yang tidak begitu selesa...peserta pun nampak hepi, aku lagi ler hepi sebab orang ramai..

nak resepi mi?? gini cara nak buatnya: sekilo tepung gandum diayak, garam dan sodium bikarbonat dicampur dengan air hingga larut,gaulkan tepung gandum dengan larutan tadi hingga adunan jadi sebati.adunan dinipiskan dan digelek dengan penggelek hingga nipis dan masukkan ke mesin pemotong mi..rebus air hingga mendidih dan masukkan mi, bila mi dah terapung, angkat dan tos dan gaulkan dengan minyak masak, supaya ,mi tak melekat. 

Progam Bersama Pendamai

buat pertama kalinya, pada 27.5 hari tu, aku diarahkan untuk buat program bersama dengan Pendamai Negeri Kedah. Pendamai ni merupakan persatuan untuk orang yang kena pengawasan dengan AADK. Yang kerja dengan Pendamai ni pun bekas-bekas penagih jugak yang incas.depa ni macam ngo la.tugas depa bantu orang yang terlibat dengan dadah ni untuk pulih dari penagihan dadah. program yang aku buat hari tu ramai gak yang mai. ada 57 orang.lega rasa hati aku..aku bila buat program dengan depa ni yang paling risau kalau depa tak mai program ja.kadang2 kita beria buat program kat depa, hampeh tul depa tak mai.macam2 alasan depa bagi..motor rosak la, tayar pancit le, mak sakit le, bini sakit le..time ada program, ada je masalah..itu ler peel penagih dadah nih.. bila urin palk..positif memanjang..macam2 le alasan yang depa bagi..tension le, tak bleh tinggal le..padahal depa tau, amik dadah tu sikit punya sengsara ke..tau tapi buat jugak..kalu dalam 100 penagih, nak cari yang betul2 pulih, cuuuukup le susah...macam2 kerajaan buat untuk depa, nak bantu supaya depa ni pulih dari penagihan dadah..kalu berhenti dadah, hidup bahagia, keluarga gembira.
aktiviti dalam kumpulan

kes-kes aku tengah dok buat aktiviti dlaam kumpulan.paham ke tak, tak tahu ler

yang ni, depa kena conteng jer..tak payah pikir apa, amik crayon, conteng jer kertas tu...

masa sesi pembentangan..yang baju kuning tu la orang dari Pendamai

Wednesday 9 May 2012

Cita Kartun: You Are Umasou

korang suka tengok kartun tak?? aku jarang le nak tengok kartun, tapi kalu ada can aku ngadap gak la..hari cuti hari tu, aku tengok astro ceria, ada satu cita jepun tajuknye you are umasou..cita tentang raksasa..satu ni raksasa makan daging, satu lagi raksasa makan buah2an je..raksasa karnival ni tinggal dengan raksasa herbivor sebab dia sesat kot masa kecik dulu..jadinya cam cita tarzan tu la..mak angkat dia ni bela la dia, tapi naluri seorang karnival dia akan makan daging jugak, jadi tak serasi le hidup bersama..apa yang menyentuh hati aku bila anak raksasa herbivor ni pangge karnivor ni ayah.dia ikut je mana raksasa ni pergi..raksasa ni ajar le sikit2 skill hidup kat yang kecik nih..pasa suatu hari, yang karnivor ni nal tinggalkan anak kecik nih, dia buat le perlumbaan lari..dengan syarat, sapa yang kalah kena tinggal.yang si kecik ni berlarile sekuat hati sebab dia tak nak berpisah dengan ayahnya. dai lari kuat2..dan yang bapaknyer saje lari slow..bila yang kecik tu dah jauh, dia lari ke arah lain dan berharap si kecik itu akan selamat..yang si kecik plak, lari lari lari dia tak sedar dia dah masuk ke kawasan geng karnivor..apa lagi jumpa yang sama dengan paknya, dia pangge la ayah..aik saa ayah??ni makanan aku nih..depa pun buli le si kecik tu..bila je bapaknyer dengar jeritan si kecik, dia pun cepat2 nak selamatkan anaknya walaupun niat asal dia nal tinggalkan budak tu..dia lawan habis2an dengan 4 karnivor semata2 nak selamatkan si kecik..bila dah selamat dia bawa si kecik ke tempat selamat..dan yang aku sedih bila si kecik tu tanya, saya dah menangkan ayah??saya akan bersama dengan ayahkan???ish terharu aku..pendek cita, ayah dia tak tinggalkan dia..depa dok le sama2...aku tingat le pada anak2 yang ditinggalkan ibu bapa mereka..tinggalkan tepi longkang, dalam tong sampah..rasanyer kalau budak tu bleh cakap, mesti dia akan kata, jangan tinggalkan saya..saya takut, saya sejuk..apa perasaan mak pak depa??

Tuesday 8 May 2012

Hidup Ini

Hmmm kita ni sentiasa sibukkan?? Sapa yang tak sibuk??jarang le orang tak sibuk..yang tak sibuk pun buat2 sibuk..yang jadi penyibuk urusan orang pun ramai..tapi, cuba korang ingat balik, bila kita sibuk dengan urusan dunia, kita akan selalu terlupa kepada Pencipta..kalau kita sibuk dengan urusan dunia, kita akan cuba selesaikan walau dengan apa cara.kalu kita tak bleh buat, kita akan rasa aaaaamat bersalah, tapi bila kita lupa semayang atau sibuk sampai tak semayang, berapa ramai yang rasa menyeeeeesal sangat. Jarang rasanyer kan??bukan aku kata kat orang tapi aku kata kat diri aku…bila ngantuk, kita terus tidur.bantal dan tilam lebih menjadi keutamaan walaupun sebenarnya kita tak semayang isyak lagi..kadang2 kita kata, takpe nanti terjaga aku bangun le semayang, tapi kadang2 terjaga, tapi tak bangun pun.sedangkan kita tahu kelebihan semayang malam..malaikat dan rahmat Allah akan sentiasa bersama kita.. kita tahu hukumnya jika kita tinggalkan semayang fardu, tapi kita anggap takpe, nanti kita qada le balik..tapi jangan lupa, bila kita nak qada..atau larat ke nak qada??? Hmmmm itu adalah peringatan untuk aku dan kawan2 sekalian..melihat nikmat yang Allah telah berikan, berapa banyak yang dapat kita bagi balik sebagai tanda terima kasih…

Monday 7 May 2012

Puncak Mutiara Cafe Kg Pelet

okehhh..cuti lepas aku pergi makan dekat puncak mutiara cafe..femes la jugak..hari cuti umum, parking agak penuh le.actually aku dah pernah pergi dah tahun lepas.dan aku pernah suggestkan kat opis buat makan2 kat sana tapi apakan daya depa tak setuju.jauh katanya..elehhh bukan jauh mana pun, turun highway dekat maktab tuanku bainun tu jer..saje depa nih..anw, takpe, aku pi dengan famili jer..tu pun sebab laki aku ngidam makan daging kambing.ngalahkan aku yang ngandung nih..aku pernah la google dalam internet pasai cafe ni lepas aku pergi tahun lepas.malangnya, ada yang komen kata tak sedap maakan dia..takpe, aku pergi sendiri..tekak orang lain2 kan. ada yang tu kata sedap, yang ni kata tak sedap..aku pergi dengan laki aku, anak and mak mertua..laki aku order nasi beriani paha kambing..rm 19.90, aku dengan mak mertua aku, nasi goreng with choices of satay ..rm 8.50 sepinggan..anak aku french fries, minuman, sirap laici, fresh orange dan ais kacang mini..so, the taste??? nasi briani aku tak pasti rasa apa sebab tak tanya pun laki aku, tapi nasi goreng yang aku makan tu memang kering je nasi dia, very simple..bahan2 pun tak berapa banyak..rasa cam beli nasi goreng singgit tepi jalan..satay ada dalam 5 cucuk ke 6 cucuk..satay tu besar cam rega 50 sen yang besa dibeli di Satay House dekat kulim nih, tapi kuah dia agak masam le..aku tak suka kuah dia tapi mak mertua aku suka plak..see??? kan lain tekak lain pendapat, tapi apa pun tempat tu memang le best environmentnyer...hijau, ada bunyi kambing, tempat makan memang menarik..so, bleh le sekali sekala kalu nak pergi.mungkin yang aku makan tu tak berapa ok, tapi yang lain ok..who's know kan??so, better go and try...then u will know..

Durian Dan Timun

Pernah dengar tak orang tua2 kata, kalau durian golek ke hempap ke, timun yang akan hancur. durian tak jadi apa sebab dia besar, berduri.kira cam berkuasa besar ler..sama la cam bos, dia kata apa pun betoi sebab dia bos, kita ni kuli..apa dia buat semua betul walaupun mata hati kuli ni rasa apa yang bos buat salah..tapi hakikatnya, bos pun manusia, mesti ada buat silap..ala dah nama pn manusia..bos pun jangan le sesetengah perkara pandang sebelah mata..orang yang dia suka, buat salah, pejam sikit mata, kalu yang dia tak suka buat salah, jenge mata luas2..be fair la beb..hmmm sudah lumrah alam, yang kuat akan rasa dia hebat, ada kuasa, yang kuli, boleh le dikata apa..tapi durian kalau dah busuk pun takde guna gak kan??kalau nak buat tempoyak pun bukan semua orang suka..masa tu, ada guna lagi ke kuasa??no more ler...

Sunday 6 May 2012

Team Building KDN

baru2 nih, kami agensi di bawah KDN telah diarahkan untuk mengikuti satu program yang dianjurkan oleh KDN..depa ada satu team fasilitator yang aku pun tak tau mai dari mana..rasanya dari penjara sebab aku nampak depa mai naik van penjara.group aku kena hari last, punya la ramai fasi..ada le dekat 20 orang..peserta pun ramai.mostly geng RELA.JPN ada 2 kerat je, geng aku 5 je. dalam sesi team building tu, kami diberikan kepada 5 kumpulan.. mula2 tu kami kena buat senaman, tari poco2..aku senaman ni memang aku suka tapi, yang aku tau pun setakat step 1 ja..setau aku banyak lagi step senaman nih..lepas poco2, kami buat tepon karat..hampeh,bila yang last, tak der satu pun yang aku mula2 bisikkan..ayat yang betul, Pak saad pergi ke kedai pak mehat, beli sembilan biji telur, sekilo gula, sekati garam, setahil tembakau..yang orang last tulis, pergi kedai beli sekilo tepung beras..hahahah..lari terus ayat asal..kira fun gak la program tu..takde cakap2..sumanya aktiviti dalam kumpulan..buat bentang, buat bentang..tu le yang kami kena buat sampai le ke petang..time petang le yang paling best..aku dah tak sabar nak balik..penat tol..dengan bau hangit peluh..tak selesa bangat..ingatkan habis macam tu jer, ada plak ucapan penutup..siap dengan YB lagi mai..ala cita la sikit2 bab politik nih, pastu pas ke OCPD, cita la pasai keselamatan daerah ni plak..brok brek brok brek...sampai le ke pukoi 6.00 petang..sebab dah penat, nak cepat balik, tak sempat le nak menikmati laksa yang sedap tu..nak tambah pun tak sempat..anw, quite fun la program tu..oppsss aku bleh ke dapat kenalan baru sebab kan program ni campur jabatan..jadi bleh le kenal ramai orang.. salam 1 malaysia salam 1 kdn salam 1 ksu we love kdn

Selamat Tinggal Pak Tih

hari ini kami kat opis agak sedih sebab salah seorang dari kawan kami telah bertukar ke Kubang Pasu. Sebenarnya, Kubang Pasu tu tempat lama pak tih kerja. dia naik pangkat, pastu kena la tukar tempat kerja.kena la mai Baling nih.setahun lebih gak la dia di sini.pak tih nih, orangnya lembut, cakap pun slow, kira lembut la di nih, tapi bukan lembut cam sootng tu..mungkin sebab usia kot, cara dia bercakap, berhemah la.cakap sebiji-sebiji. nak tengok dia marah, payah ler..kira rezki dia la dia dapat balik ke tempat asal..mungkin atas alasan kesihatan anak dia yang sulung dan yang kecik skali tu..ye la, anak dia tak bleh demam, kalu demam akan jadi tarik..yang kecik plak kena slalu jumpa pakar..actually, dia ni anak buah aku..rajin, senang nak suruh buat kerja..hmmm anak buah aku selalu tak kekal..dapat yang ni, yang nu plak kena tukar..takpa, patah tumbuh hilang berganti...timaksih pak tih atas nasihat, pandangan dan kebaikan pak tih..saya ucapkan, pak tih akan lebih maju di masa hadapan..