Monday 28 May 2012

Progam Bersama Pendamai

buat pertama kalinya, pada 27.5 hari tu, aku diarahkan untuk buat program bersama dengan Pendamai Negeri Kedah. Pendamai ni merupakan persatuan untuk orang yang kena pengawasan dengan AADK. Yang kerja dengan Pendamai ni pun bekas-bekas penagih jugak yang incas.depa ni macam ngo la.tugas depa bantu orang yang terlibat dengan dadah ni untuk pulih dari penagihan dadah. program yang aku buat hari tu ramai gak yang mai. ada 57 orang.lega rasa hati aku..aku bila buat program dengan depa ni yang paling risau kalau depa tak mai program ja.kadang2 kita beria buat program kat depa, hampeh tul depa tak mai.macam2 alasan depa bagi..motor rosak la, tayar pancit le, mak sakit le, bini sakit le..time ada program, ada je masalah..itu ler peel penagih dadah nih.. bila urin palk..positif memanjang..macam2 le alasan yang depa bagi..tension le, tak bleh tinggal le..padahal depa tau, amik dadah tu sikit punya sengsara ke..tau tapi buat jugak..kalu dalam 100 penagih, nak cari yang betul2 pulih, cuuuukup le susah...macam2 kerajaan buat untuk depa, nak bantu supaya depa ni pulih dari penagihan dadah..kalu berhenti dadah, hidup bahagia, keluarga gembira.
aktiviti dalam kumpulan

kes-kes aku tengah dok buat aktiviti dlaam kumpulan.paham ke tak, tak tahu ler

yang ni, depa kena conteng jer..tak payah pikir apa, amik crayon, conteng jer kertas tu...

masa sesi pembentangan..yang baju kuning tu la orang dari Pendamai

No comments: