Tuesday 27 November 2018

Restoran Terapung JM Muara Kuala Gula

sebelum ke taiping
kami singgah makan kat sini dulu
makanan istimewa kat sini?
ketam kulit lembut

sekoq rm8
kami order 3 ekoq rm24
order udang celup tepung
untuk dua orang makan

ketam untuk aku dan asben
udang utk anak anak
sup ayam sorang makan
kailan goreng belacan sorg makan

nasi putih 4 pinggan
air 3 gelas teh ais
itu ja yang kami order
total rm64 ok ka?

ntah la, nak try boleh la
aku pun tak tau laki aku 
tau mana restoran tu
ikut je la

restoran tu dekat dengan pejabat perhilitan
keta kawan dia ada masa kami pi tu
tpi yang pompuan la
yang lelaki balik kg

tak singgah la jadinya
ala buat apa nak singgah
kita nak pi tempat lainkan?
so, lepas makan, gerak la 

apa yang best tempat ni?
kedai ni terapung atas air
ada chalet tepi tu
tapi tak tau la brp rm sewa

yang satu lagi tu nampak lagi cantik
sebab konkrit
yang ni dari papan ja
ada kolam ikan sebelahnya

itu la nama restoran terapung
boleh la kalau nak jalan jalan cari makan
kat kuala gula ni 
tempat migrasi burung

ada time boleh la nampak burung 
mai dari luaqkan
lari dari tempat asai
merantau la ke sini

sama mcam manusia
merantau mencari rezki
sekian, terima kasih
hingga jumpa lagi.

Monday 26 November 2018

Mandi Kolam

anak anak aku suka mandi kolam
ye la, di rumah ada kolah ja bukan kolam
jadinya, sebelum cuti sekolah
anak anak aku dah ponteng

kami ke taiping
bukan nak pi zoo
tapi nak mandi kolam ja
lawak kan?

pi sampai ke taiping nak mandi kolam
kat kulim takdak kolam gamaknya
nak berubah la tempat sama
takkan asyik kat rnz ja kolamnyakan?

aku stay dekat kamalodge cafe n chalet
betui betui dekat dengan zoo
rupanya tempat tu dekat dengan taiping mall
rasa mcm dlm taman pastu sampai ke soping kompleks

kalau nak yang berdepan dengan taman tasik
baik duduk di flemington ja
tapi aku mcm silap sikit la
sebab amik kamalodge

sebab depan tu ada hotel grand baron
mcam lagi best dan memang hotel
ni taraf mcm hotel
tp dah booking kan?

kolam kat situ cetek ja
mukhlis boleh jalan dalam kolam
dua kali jatuh dan tenggelam
nasib baik tak selesema

steady la dia..
punya suka mandi kolam
abg dengan kakak dia lagi la
time hujan pun nak mandi

taiping adalah tempat yang paling tinggi terima hujan
so, memang betul la sebab masa sampai tu dah hujan
sian anak anak aku kena tunggu hujan stop baru la bleh malastly, boleh jugak la mandi

kami stay, mandi, makan kfc
esoknya check out
makan roti utk sarapan
tak makn kat cafe depa pun

percutian yang singkat
janji mandi kolam
itu yang penting
ok la kamalodge tu..
mcm nak jimat tapi rega sama cam hotel gak
hmmm baik dok hotel

anyway.. mana mana pun ok, janji masa bersama anak anak tu ada.

next entry : kuala gula, makan makan

Friday 26 October 2018

Makan Makan

Makan makan makan..tu standard la kalau mai kusus..tambah plak bila kusus di hotel. Perghhhh makanan not bad. Banyak sangat dak,sikit sangat pun dak. Nak makan banyak mn sangat..tamak ja kalau nampak makanan banyak tu. Nafsu semata.

Ni breakfast pagi 27.10.2018..serius, nasi lemak sedap,mi goreng sedap,bihun sedap. Sambal dia sedappppp sangat. Ada bubur,roti,buah,jus,cereal. Kiranya kalau nak sarapan tu cukup sangat aihhh..opss popia,samosa pun ada..


Ni makan malam semalam. Tak banyak lauk sangat.masak lemak ayam,telur dadar,sayur kailan dan tomyam.buah depa bagi tembikai..itu saja.

Malam ni,katanya makan steam boat..kita tunggu la tengok.

Before class td,depa buat senamrobik. Bayangkan buat kat tpt sejuk,mana nak berpeluh. Tp untuk jantung,sangat la bagus sebab kita buat senaman..peluh ke tidak,belakang kira..

Itu saja catatan setakat hari ni...nanti ada lagi..selagi tak balik,kita update la. Tumpang rajin kan?

Rossa Passadena Cameron Highlands

Rossa Passadena nama hotel kami
Sebilik km bertiga
Boleh tahan cantiknya
Selesa utk nak bw keluarga

Kalaulah anak anak ada
Mesti depa suka
Takpa,nnti kita mai
Mama belanja

Cumanya kat sini parking
Agak payah sikit la
Sentiasa penuh
Tp jgn bimbang,basement ada

Rate aku tak tau brp
Maklumla,free ja stay
Nnti aku tanya
Senang nak mai bw keluarga

Kami start dengan minum petang
Pukui 4.30 br start
Waaaaa kita tgk nanti apa menunya
Mungkin menambat selera



Yang atas katil tu
Namanya mira
Boh ja dlm blog ni
Model bilik hotel katanya

Sekian...sambung lagi nnti

Cameron Highlands Day 1

Hiiii...I kat cameron hr ni
Ikut rombongan en shidi
Bawa geng skuad dgn ngo lain
Sj ikut nak rest

Anak anak asben jaga
Aku jaga 7 days a week
So this time
Dia la jaga

Ahad ni anak peksa
Lupa plak
Kalau aku alert
Aku tak mai sini

Tapi sebab dah bg nama
Payah la nak kansel
Kesian yang uruskan ni
Kalau last minit kansel

Bertolak pukui 8.15 min
Aku naik xtrail
Yang lain naik bus
Cepat sikit la km sampai

First stop, avant choc mfg
Hmm ok la
First time stop sini
Ada makanan,coklat dan souvenier

Aku turun sebab nak pi toilet ja
Bkn nak membeli
Sebab tak nak terburu buru
Banyak masa lagi

Masa menaip ni tgh tunggu makanan
Makan kat foodcourt area jasmine hotel
Dua kali dah makan kat sini
Rega bagi aku cekik gak ni

Nasi putih rm2
Nasi goreng daging merah rm8
Kailan ikan masin rm6
Perghhh harga r n r lagi murah kot

End up,aku order nasi putih dgn sup campuq
Uli nasi putih dengan kailan ikan masib
Mira nasi putih dengan daging masak merah
Rasa belum tau lagi

Ikutkan kakak kakak yg mai sekali ni
Rasa?so so ja
Masa km nak order,depa dah bg isyarat
Jangan order mcm depa..nyesai kang

Alhamdulillah...kenyang 
Makan share share mcm ni
Boleh la pakat pakat rasa
Lebih meriah lebih terasa nikmat makanan tu

Sambung satgi la plak
Baiii

Tuesday 16 October 2018

Aku Ke Langkawi


Hari ni den kena pi Langkawi
Sebabnya ,arahan hq
Den keja gomen
Kena la ikut arahan hq

Tapi,den sampai lambat
Sebabnya,den uruskan anak anak dl
Hntaq ke sek,ke tadika,pengasuh
Then,br blh mai sini

Tu pun,nak jadi crita
Van tak bleh start
Aiseyyy ingat dah kansel
Boleh plak startnya

Dreba asai murti tp tukaq dgn en mi
Den tak kisoh sapa
Janji den boleh sampai sini
Kang kena plak tulis srt tunjuk sebab

Keja kuli gini la
Ko tak datang,buat srt tunjuk sebab
Ngugut ja kejanya
Cam hampeh kan?

Naik feri jam 10 pg
Sampai langkawi jam 11.30
Laut gelapppp ja
Hujan di tengah lautan

Nasib den la hari ni
Sampai sini dreba langkawi amik
Selamat duit den
Tidak mau terbang gak nak byr tambang teksi

Ni,time petang,aku nak cabut awai
Tengah tengok peluang ni
Jam 4 dah bleh cau
Bleh naik feri pukui 5

Confirm la sampai kulim
Jam 9 malam ni
Sian anak aku
Esok aku keja

Kalau la dpt cuti ganti sehari
Ouhhh indahnya
Mimpi ja tu
Takdaknya dapat cuti

Tengah bulan ni,
Kalu ada duit
Jenuh soping sakan
Coklat,baju langkawi

Tp,den tengok ja la
Duit dah nipissss
Cukup ja utk hujung bulan
Jenuh berjimat dah ni

Itulah aktiviti aku hr ni
Nyampah ke mai sini?
Jwpn dia ..yessss
Buang masa,buang duit

(Gambaq tu memang kelabu,sebab hset aku model lama..nak cr cover pun susah.imagine..how old my hset)


Saturday 13 October 2018

Happy Birthday Nur Qurratun Ain Ismail

8.10.2018..jam pukui berapa tak ingat
aku kena tengok surat beranak part tu. lupa
tapi yang aku ingat , pagi lepas subuh
aku suruh asben aku hantaq pi spital
sebab , darah dah keluaq
aku beranak suma turun darah

orang kata, turun darah sakit
ntah la, sama ja kot
beranak memang sakit
sebelum pi serah diri kat kecemasan
aku dan lagi pi kantin spital
makan mi goreng, karipap dan milo panas

untuk tenaga nak meneran
konon la, kan kena guna tenaga
jadi makan dulu konsepnya
baru la ada tenaga nak meneran
ingat senang ka nak teran
keluaq anak, susah oiii

alhamdulillah, lepas subuh pi
masuk labour room
sebelum pukui 8 dah besalin
sebab yang aku ingt sebelum pukui 8 tu
asben aku pi hntaq yang sulung lepas tu
dia bgtau pengasuh ,sarah dah besalin

pejam celik, pekam celik
dah 6 tahun umuq ain
lupa la masa bila dia jadi debab
rasanya masa baby dulu, kecik ja
dia lahir berat, 3.10 kg
tapi lewat seminggu

mengelupas kulit dia
lama la jugak
luruh pusat pun lambat
kuning tak tinggi
dalam seminggu dua  ja setel
yang ni aku lambat minum susu kambing

sekarang tengok la rupa ain
amboiii melawan cakap aku bukan main
dia lambat sikit nak cakap teruih
tp masa 4 tahun aku masukkan jugak ke tadika
gemilang ria namanya
pampers pun lambat jugak nak tinggai

5 tahun, pampers pakai waktu malam
sampai la dia tak mau pakai dah
susu, masih minum dalam botol
biaqla, janji dia mau minum
sebotol pagi sebelum bangun
nak tidoq sebotol

tu yang wajib mintak
in between pun ada jugak 2,3 botol
dulu susu dutch lady
la minum susu sawanah
beli kat ustaz soolehudin
sekilo baru rm 18..jimatttt












rapatnya dengan mama ain dan abah din dia
depa dua ni mak dan pak sedara
anak anak aku depa la yang jaga
jaga macam anak sendiri
alhamdulillah la, lega aku
jangan ingat semua sedara camtu
ada gak yang berkira

abah din dia, kalau call kata ain rindu nak jumpa
mai jugak tu malam malam pun
aku amik dai petang
kalau mai malam tu
amboiii terkam kat gate tengok abah din dia
macam la lama tak jumpa, padahai petang td dah jumpa

angin gak ni
amboiii bebai dia boleh tahan la
menyirap gak aku kadang kdang
turun aku dah tu mak aku kata
aku dulu pun bebai kuat
aduhh turun perangai buruk aku la plak

tapi aku dulu berdikari
yang tu tolong ikut k
berjimat, ingat mak sentiasa
selalu bg duit kat mak
beli makan kat  mak
yang tu TOLONG ikut aku
eh satu lagi, rajinnnnn


Monday 13 August 2018

Diet - 13.8.2018

aku nak crita pasai diet
day to die or apa apa lah
aku baru nak start
entah bertahan sampai bila

aku amik satu supplement
memang la yang makan akan kurus
tapi aku silap paham
bukan makin kurus tp makin berisi

aku tak minum manis- manis
masa mula amik tu
tapi aku makan makanan yang manis
pantang kat minuman, makanannya tak

aku timbang sebelum makan ubat tu
berat 80 kg
lepas sebulan naik 84.5 kg
terkejut aku bukan makin turun

sebabnya aku tau, salah sendiri
makan ubat tu, makanan kena kontrol
tapi aku tak kontrol
sebab aku paham, apa yang di makan akan keluaq balik

tapi takpa, aku diet sendiri
jaga makan
baru dua hari
moga berjaya la kali ni
aminnnn


Crita Hari Isnin - 13.8.2018

hari ni rasa lega
sebab? aku dah bagitau kawan aku
apa yang aku pikiaq pasai dia dan faiz
lega rasa sebab aku dah tak tertanya-tanya

kat opis ni, frankly speaking
ada orang yang suka meminjam
pinjam tapi payah nak bayaq
liatnyaaa kalah getah sekerap

bukan tak nak tolong
tapi dah selalu sangat meminjam
pastu macam lupa
dapat duit claim ka gaji
bukan reti nak bayaq

bayangkan, dari anak nak masuk dua
sampai la ni tak bayaq hutang
ada ja alasannya 
bila orang mintak

lagi best, bila mintak duit kita
kita plak kena marah
belum pernah jadi kat aku
tapi aku tau sapa yang kena

eh lagi satu jenis menyampai
huiii bahaya gak ni
cakap a jadi b
belum tentu lagi
silap haribulan jadi z

hmm apa nak kata
itulah resam bekerja
di mana mana pun sama
pandai pandailah kita bawa diri

jangan diikut cara depa
biarkan saja kalau tak kena
nak diteguq sapalah kita
nanti dikatanya baik sangat pula

sekian..celoteh kali ni

Wednesday 8 August 2018

8.8.2018 - Azam

azam aku nak rajin buat solat dhuha
sebab banyak khasiatnya
mcm orang tua tua sebut khasiat
kalau sebut kebaikan pun boleh

dulu aku rajin buat
masa kat uitm
break ja buat sementara nak tunggu kelas lain
lepas tu dah malaih

sama jugak baca al waqiah
masa tu memang nak dapatkan kerja
bangun pagi lepas subuh 
baca surah tu

sekarang dah malaih
sebab apa?sebab dah dapat
ada banyak jugak surah surah yang dulu hafal
sekarang dah lupa

tak sabaq nak tunggu anak besaq sikit
sebab? aku nak ke masjid ke surau
nak dengaq tazkirah
lama dah tak dengaq

dengaq di radio atau utube
lain rasanya
pi masjid atau surau
kita yang melangkah pergi
kita yang mencari ilmu

tapi kalau tak sempat
utube pun ok
sama ja cuba feel tu ja lain
ilmunya tetap sama

eh belum lagi bab baca quran
la ni, aku cadangkan pada diri sendiri
anak baca iqra, mak baca quran
tapi sapa plak nak tgk iqra anak

aiseyyy...tak pa, pelan pelan kayuh
semoga berjaya

Mi Kari - 4.8.2018


Pada pd sabtu yg indah ini..aku buat mi kari. Awai pagi,aku pi kedai kat tmn angsana.beli la ayam,udang,fishball,fish cake,sayuq dan apa yg patut...lamaaa dah nak buat ni.

Aku buat dgn sambal udang kering..sayangnya...sambai tu tak merah menyala plak sebab cabai kurang. Kurang cantik sikit tapi boleh la. Nampak tokua tu,tu tokua bumi punya.sedapppp ooo.masin sikit sikit.aku jarang beli tokua cap lain sebab tawaq..yg ni ada rs masin.aku suka.

Minggu ni tak balik kg sebab dua dua anak aku demam.masuk ni hari ketiga dah..
risau aku.la ni ramai budak demam
doktor kata musim..
jarang anak aku demam terutama sekali mohsin
ain ok,dia tak demam
yg besaq kalau demam ok lagi,yg kecik tu la aku risau
sebab budak kecikkan?


la ni, setel dah dua org tu, yang kakak pulak demam
cobaan
tapi bersyukurlah hanya demam saja
kalau tengok pada anak anak kecik yang kena sakit serius
kesiankan?
aku selalu pi klinik 1 malaysia kalau demam
tapi kali ni aku pi klinik sathiam dekat jalan paya besar
klinik tu caj memang murah
ubat anak aku kalau demam, tak pernah kena sampai rm40
kali ni rm20
yang abang rm28
kakak, sebab aku tak dak duit nak bagi kat klinik
aku pi klinik gomen
singgit bayaq
kebetulan hari aku pi tu depa tengah promo pap smear
cadang nak buat, sekali baru habis period daa
tak boleh, takut result tak betui
tunda ke minggu depan la plak
opsss minggu depan ada operasi
bos i jadi ketua operasi u know
zu rehat sebab dia tengah sarat
ok.. i follow jer

sekian, smabung next time


Saturday 4 August 2018

Seminar dasar dadah negara

Hr ini...5.8.2018
Aku  mai ke dewan sri mentalon
Dasar dadah negara
Bukan utk aadk sj
Tapi utk semua

Tujuannya...nak bg pendedahan bab dadah
Kena ingt,dadah bukan mslh sendiri sendiri
Tp masalah semua
Kalau kita pakat tgk sj
Anak bangsa kita akan musnah

Betui..pdrm ada aadk pun ada
Tapi yg penting usaha semua,
Mn mampu kita nak jg semua
Kalau ibu bapa masyarakat hany dok sj

Dadah di dunia ada beratuih jenis
Yang mai malaysia hanya beberapa sj
Tu pun kita dah kalut
Sebab apa?sebab dadah ni bahaya
Takat dia amik dadah,dia mati ok ja
Tapi dia kacau semua..
Anak bini kena pukui,
Bini kena pijak,anak kena sepak
Mcm mn...musnah keluarga bangsa kita

Bangsa lain sibuk belajaq,berniaga
Nak berjaya,nak kaya
Baru hidup senang lenang
Bangsa kita,musnahkan diri sendiri
Bahagia tiada,hidup merana

Bayangkan 30%...Org gila la ni
Punca dr dadah..
Anak anak perlu ada faktor pelindung
Melindungi diri dari dadah
Pandai pilih kawan,kawan yg bermasalah
Tinggai ja..yg tu kita kena tekan kan pada anak anak
Tolonglah...jagalah keluarga kita
Supaya bangsa kita tidak jadi
Pelopor utama penagih dadah
Masalah sosial semua bangsa kita sapu
Apa nak jd...sama sama lah kita bantu usaha kerajaan
Utk hapuskan dadah


Wednesday 25 July 2018

Cerita Hari Ini - 26 Julai 2018

hari ini...aku ke Kem PLKN Bukit Besar
tempat yang biasa aku buat program
sebab? aku ada anak nak kena urus
nak hantaq pengasuh, sekolah, tadika
kalau aku pi buat program kat tempat jauh
sapa nak urus anak anak
asben aku keja penang
mana sempat nak incas anak anak
jadinya, aku la yang incas
macam super mak ja aku
multitasking
lumrah ibu ibu sekarang ni

tapikan...lama lama boring jugak
kalau kat tempat yang sama
kem tu pun, walaupun kita ni 
selalu buat program dengan depa
ada juga la hiccupsnya
ala....adat orang berniaga
tambah pulak kalau bayaq guna l o
kalau cash lain la

apakan daya
redha ja la
program ni untuk belia
aku maalaih dah nak pikiaq banyak
amik ja consultant utk run
dulu dah pernah hire
dah depa yang tawarkan diri
amik ja la
bayaq takat mana yang ada
bajet macam banyak
tapi yang dah guna duit sendiri belum lagi dikira
haihhhh apakan daya
cam ni la kejanya

hmmm  rencah bekerja opis
ada gossip ada yang betui
tapi nak menentukan betul atau palsu
itu yang payah
kalau direct tanya mana nak jawab
kena la jadi penyiasat
bukan nak menyibuk
nak tau kebenaran ja punnn

nanti nanti la aku cita
ok..nak sambung keja

Tuesday 24 July 2018

Today - 25.7.2018

mood buat entry makin ke laut. banyak benda nak share
kenapa malas? ntah la.
mungkin sibuk..tapi masih ada membawang
eh iye ke membawang..topik apa?
ntah la ..tak tau nak share apa sebenarnya

padahai, blog ni umpama diari
kalau orang yang ada diari
setiap hari akan tulis
so, kita tak lupa apa yang telah berlaku
senang nak ingat balik kalau ada diari

aku budak kampung
diari mana la penah ada
sampai sekarang, belum ada diari
bab merekod menulis ni memang tak penah konsisten
memang malas tahap gaban
gaban pun rajin kot

hari ni, aku sibuk nak buat dokumentasi program
program dah setel
nak masuk penggal kedua
jadinya yang pertama kena setel dulu
nanti bila orang minta
hulur ja yang dah siap
tidak bersilat kau sorang sorang

opis aku dah ada perubahan
pertama -  skandal laki orang dengan bini orang
dah setel
dah sedaq diri sorang tu, jadinya dia pun back off
setelah ditarbiah oleh kawan aku
alhamdulillah

bos cuti bersalin pun dah masuk
takpa la, dia da ka dak keja sama ja
part aku, aku buat, part dia, dia buat la
janji keja jalan
apa nak kisah

laki aku naik gred
kena tukaq ke perlis
aku stay sini dengan anak anak dan mak mertua ku 
semakin teruk lupa dia ni
kadang stress, kadang kesian
sama banyak feeling tu

laki aku beli motor baru
mengabihkan duit ja
tapi nak berulang hari hari katanya
takpun selang sehari
ok la sebab takkan aku nak jaga anak sorg sorg
banyak cantik

sad news
blogger idola ku kak red
ada masalah rumah tangga
sapa sangka orangnya sentiasa ceria
tapi dalam hati ada duka
simpati aku pada dia
apakan daya
sudah itu takdirnya

sekian, aku merepek untuk hari ni

Tuesday 19 June 2018

Kembali Bersiaran

as salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog aku yang kadang update kadang dak ni. selalunya dak la..ai is busy. ecehceh mcm org berniaga gayanya. ok..hr ni raya ke 6. aku dah masuk keja. sebenaqnya cuti raya pun tak senang sebab asyik teringatkan program yang nak run ahad ni dengan meting selasa ni. memang spoil betul. ada ka patut, bangun tidoq pagi tadi teringat program hari ahad ni. mana nak cari peserta ni. aiseyyy leceh sangat. meting pun last minit d o nak buat. minit mesyuarat hari tu pun belum sain lagi. acaner? tadi baruuuu aku pi mengadap d o untuk nak sain minit. kan ke kelam kabut. aku bagi minit tu bulan feb kot. sekarang baru nak sain. tp dah d o kan? brani hang nak marah dia. tak la kan? ngadap ja la bawa minit baru. 
raya pi mana? aku tak pi mana pun. balik kg belah asben aku. pi sana pi sini. beraya rumah adik bradik depa. untungnya sebab dekat dekat jer. ok la tu. kenai adik bradik. adik bradik belah aku takdak. kenai la belah orang punya. aiseyyy sambung lain kali la.. ada keja dok ligan ni. tak bleh la nak bebel lama lama. caucincau

Saturday 19 May 2018

Aktiviti Hari Ini

20.5.2018.. pergh, hari ni sehari aku keja transfer gambaq dengan delete ganbaq yang tak perlu ja. punya la banyak. bayangkanlah berapa tahun dah beli tab ni. ni baru nak bg clear apa yang tak perlu.gambaq program pun banyak. belum setal bab gambaq tu, ada plak aduan mai. budak bawah umur. elokkkk ja mai keja hari ni, ada plak memo br sampai. kemasukan klien secara sukarela dihentikan. haru. esok baru la boleh confirm dengan negeri apa maksud memo tu sebab ramai nak masuk secara sukarela ni, bukan nak masuk, dipaksa masuk. ok..letih gak becakap banyak ni. ni baru selesai bercakap di phone pasai kes sukarela jugak...adoiii lenguh mulut bercakap.

Selamat Berpuasa

selamat berpuasa semua.....
hari ni hari keempat berpuasa. bagi yang keja di kedah, first ramadan is an off day. sebab kita tak amik cuti tahun baru. so, cuti deret 3 hari. perghhh cemuih dok rumah tak buat apa. posa plak tu. menu berbuka? aku simple ja. masak ja sendiri. hari pertama, spageti, har kedua ,bihun tomyam, hari ketiga , bihun hailam, hari keempat, nampak gayanya nasi goreng bodo campur daging masak merah. 
hari pertama puasa:
mohsin puasa penuh. senang nak kejut bangun sahur, ain pun sama. sebelum tidoq, niat posa sama sama. baguih.
ain sekerat hari. pukul 10 lebih dah mintak susu. dia ni dengan susu memang teruk, suka sangat minum susu.
hari kedua :
mohsin ok. ain memang tak posa, aku tak kejut sahur pun.hari kedua kami balik pdg ubi. aku buat bihun tomyam. bawa balik, makan kat sana. mohsin tak mau balik. ikut suka. aku balik dengan ain dan muklis. mukhlis soooo good, dok kat depan diam diam. lega aku , senang nak bawa keta.
hari ketiga :
bawa mukhlis pi klinik sebab bila dia batuk, dia muntah. kahak la tu. jahat kahak ni.kena rm28. aku pi klinik sathiam sebab memang rega murah, ubat pun ok. ain tak puasa dan sebelum balik taman selasih, singgah rumah abah din depa. bila dah singgah, ain tak mau balik la.memang macam tu pun selalu. kebetulan depa ada jemputan berbuka di rumah cinapati. ain mesti depa nak bawa. ok, aku balik dengan mukhlis ja. sebelum balik lagi, mohsin dah tepon nak buka posa. makan sikit sangat katanya pagi tu.otw nak bali, si kecik tu tidoq. aku pun teruih call cu, jom pi beli bekas plastik nak isi kuih raya yang org order. masa ni mohsin belum buka posa. balik dr kedai, hmmm jalan, buka pukui 2 petang. menu berbuka, aku buat hailam sebab nak habiskan bihun yang kemarin tak habis tu. mak mertua buat cucuq udang. ok cantik la tu.
hari keempat: 
bersahur aku goreng udang sebab mohsin suka udang. so,aku suruh dia makan banyak nasi sebab hari ni ada kafa lagi. sat lagi tak larat. aku sahur dengan bihun hailam yang tak habis tu la. tu pun, ada lagi. kena perabihkan la hr ni. hari ni start keja bulan posa. apa crita di tempat keja? menu berbuka la. 

baiiiii

Tuesday 8 May 2018

Mari Mengundi

esok dah nak mengundi. 9.5.2018 hari rabu adalah hari mengundi. hampa pangkah sapa? tu hampa punya suka. aku ada calon pilihan aku. tapi, besa la, kerja gomen ni, bila nak mengundi ni tak boleh lari la dari terlibat dengan orang politik. aku buat program hari tu, orang politik mai, nak mai, mai la, sapa kisah, nak cakap pasai undilah saya, aku keja gomen, yang bercakap tu calon kerajaan, silakanlah. no hal. yang aku sukanya, calon ni sedia sedia ada di kawasan kulim,padang serai. macam tu la calon yang kita mau. ada sedia sedia di sini. bukan dok di kl ka oversea ka. kat sekolah aku jumpa dia, kat tempat awam aku jumpa dia. haaa macam ni la yang kita mau. bukan kita nak jumpa PA. nak jumpa yb. semoga dia berjaya jadi yb. yang bertanding adun pun aku kenai. breakfast semeja. orang sini jugak. calon orang sini, berkhidmat untuk orang sini, baru betui. ni calon orang mana hala mai, camna nak paham susah senang orang tempatan. calon parti lain, ada yang aku kenai, ada yang dak. lantak la. yang pasti, aku baca satu mesej, cari pemimpin yang memimpin kita ke jalan Allah. haa pegang yang tu.
calon dun lunas tu, memang aku kenai, dia memang dah kaya dan memang sedia sedia tolong orang dah. jadinya, kalau dia jadi yb memang sifat tolong tu dah sebati. jangan bimbang. dia dah kaya, bukan jadi yb baru kaya. haa ni yang kita nak. jadinya, kawan kawan, selamat mengundi dan selamat memangkah esok hari. pilih pilih, tenung tenungkan. undi adalah hak anda. 

Puding Jagung Tak Jadi & Almond London

cerita dimulakan dengan crita aku buat puding jagung tak jadi. aku dah google resepi. aku amik dr blogger femes. masalahnya bukan resepi tu salah, tapi aku yang memandai mandai. aku dah masak cantik punya, pekat dan berkilat tapi aku pi tambah dengan agar agar. konon kononnya nak bagi keras sikit la puding tu. mcm agar agar, senang nak potong, licin elok ja. tapi yang jadi, lembik. first jadi lembik sangat, aku masak lagi sekali, tambah lagi agar-agar, rupanya lagi la tak jadi. aku simpan 2 hari dalam peti ais, lastly, aku buang ja sebelum laki aku tanya apa benda ni? baik aku buang. rasa rugi jugak sebab setin jagung dengan setin susu cair. kos mahai tu. gula takpa la, sekerat cawan ja. adoiii apa kan daya. dulu dulu, aku pandai buat puding jagung ni, tapi dah lama tinggai, lupa dah. sama macam jeli kelapa. dulu aku buat juai tau. sekarang? lupa dah sukatan dia. kena praktis lain kalau nak juai balik.
opsss aku dah berangan nak juai almond london untuk raya ni. tahun lepas memang aku buat sendiri, tp tahun ni nak buat juai. kat kawan kawan ja. kan senang sangat nak buat biskut tu. aku nak juai 50 biji rm20 kalau guna balang sendiri. kalau guna balang aku rm22. dua hengget tu beda beli balang ja sebab balang plastik mahai. resepi dah ada, cuma nak buat ja. oo modai belum ada. tunggu jap. dekat nak posa ni, aku nak beli barang pastu buat. perghhh angan angan tu.
apasal orang pangge almond london? sebab guna badam ka? aku guna badam sebiji tau. bukan sebelah. sekilo badam rm40 lebih atau rm50 lebih rasanya. yang tu ja yang mahai. lain lain bahan, murah ja. ok, doakan aku berjaya. pembeli pertama dah ada. ok, caucincau

Saturday 21 April 2018

Aktiviti Hari Cuti

Minggu ni tak balik kampung sebab,satu,ain pi lawatan ke MAPS.jadinya agak kelam kabut nanti nak balik semula ke Kulim. Jdnya kita tak payah balik walaupun mohsin dok ajak balik sebab dia nak main pistol air beli kat eco..ala kedzi dua ringgit yag segaka ada tu.dah la ada semua mak nenek,murah plak tu.
Hari jumaat tu,aku buat spageti ja..simple dimple.malaih nak pikiaq nak masak apa.sebab si kecik tu ada,payah la chek nak memasak. Petang tu jam 9 br ain sampai.jadual asai pukui 7 malam.lewat dua jam.
Hari sabtu,aku buat nasi lemak lauk sambai sotong dengan kentang. Huiii boleh tahan sedap aku buat..puji pi la diri sendiri. Pastu,roti dah expired,aku buat la puding roti. Dari nak buang saja baik, la aku buat puding.opsss aiskrim takdak.tidak lagi best. Buah oren banyak,aku buat kek oren.banyak senang maaa...tp guna tepung superfine,kek jadi tak begitu masak..pandai pandai guna tepung lain.padan la muka.
Hari khamis buat cucoq bawang..tapi kan,first time goreng mesti hancuq sebab aku kurang tepung.pastu tambah lagi tepung,baru la ok sikit.laku gak wei cucoq aku tu.habissss.sukernyaaaa..aku suka masak dan kalau habis lagi la seronok.
Minggu ni seronok sebab laki aku gi kusus..aku dengan anak anak memang la suka sebab si bebel tak ada.perghhh best tinggai kami kami ja. Besttttt. Petang kemarin nak makan kepak ayam,tak juai plak.jdnya ganti la dengan piza hut..mudahnya sekarang ni,order ja la pastu pi la amik..very the simple...aku order personal ja..3 biji br rm15..sekali sekala layan selera anak anak...ok..aku bersiaran dari kg guar lobak.pameran karnival kemas 4u...ni semua agenda pilihan raya sebab yang mai rasmu org politik..raya kan dah dekatttt..chowwww

Suker

Hati mana la tak suka bila dipuji.hr ni,22.4 aku pi satu sek rendah untuk perasmian dan bagi la talk sikit pasai dadah.sukernya bila budak budak senyap bg perhatian.mula tu aku ingt biasa ja...tapi bila selesai,cikgu puji,baguih la puan.budak budak diam bg perhatian. Polis mai bg talk pun depa bising.tp kat puan depa bg perhatian..adoiii sukernyaaaa...baik,sy akan perbaiki lagi talk sy..chewahhh

Wednesday 11 April 2018

Bekai

mood rajin melanda. dua tiga hari ni aku bawa bekai mai opis. salah satu sebab, aku beli bunga kobis gabak punya besaq, nak habiskan pun satu masalah. gilaaa besaq kot. jadinya dari nak biaq rosak, aku buat la hailam, tomyam, bawa mai opis. sebiji kubis bunga rm2. gila murah kot. aku bagi kat cu sikit, bagi kat kak ain sikit. tu pun ada lagi. so, today, last buat hailam bawa mai opis. 
lagi satu alasan ialaj, anak aku la ni suka beli kuih kat sorang pakcik kat simpang jalan tu. banyakkkkk pilihan kuih dari kedai makcik nah tu. awai pun dah banyak. jadi, bayangkan anak aku sorang tu 6 biji, sorang tu 3,4 biji. berapa rm dah habis? jadinya, mak kena la bawa bekal. jimat dan selamat. selamat duit aku dari habis cepat.
opsss ada gosip bab opis ni. tapi aku malaih nak amik port sebab buang masa. kata kat orang tu skandal, dia pun sama. ni kes nak tutup salah sendiri la ni. biaqla, kalau orang dapat tangkap, biaq meletup. auwwww meriah.

Cerita Minggu Ini

okehhh sekarang aku bersiaran untuk seminggu. minggu ni agak kalut sebab banyak kertas kerja nak kena hantaq. jadi lambat plak sebab aku dok cari pembekal yang ada dalam talian di Kulim ni. sebabnya, cari siap siap esok senang nak buat program, ada kawan aku , hantaq ja dulu dengan nama pembekal lama, nanti dah lulus program tu baru cari yang betul punya. bagi aku, cari ja yang dah biasa dengan sistem ni, senang keja sebab depa dah tau pasai sistem dalam talian ni. mudah kerja kita. dan supplier yang aku dapat ni memang dah terror bab sistem ni. ok, setellll bab kertas kerja. hari ni 4.4  dah hantaq semua kecuali satu sebab aku terlepas pandang. ok, esok aku setel. hari sabtu, 31.3.2018 ada kenduri arwah dan akikah anak aku. amik amik sekoq kambing. upah masak dan harag kambing rm 1200. seriusly..memang kambing tu besaq kot sebab aku tengok banyaknya dalam periuk. katering cam biasa, fatimah catering la. semua yang mai puji masakan dia sedapppp. menu hanyalah ayam masak merah, daging masak hitam, hati masak apa ntah, tu pun sedap depa kata. jelata. itu ja. nasi beriani. tu caj sekepala rm10. murah kan? air oren, teh tarik dan kopi. perghhhh tang makanan sampingan tu yang tak boleh tahan tu. cucuq badak, agar agar merah, onde onde, cara, bubur kacang dan pulut, puding jagung, puding apa ntah satu lagi tu, kacang kuda, roti jala dan tepung talam..opsss jeli kelapa. memang banyakkk sangat dan semuanya hampir habis. kiranya ngam ngam la dengan orang mai tu. tak la lebih banyak sangat.alhamdulillah..kenduri ni kalau lebih banyak yang susah hati.membazir ja nanti.memang la bokeh bagi kat jiran jiran tapi kadang kadang depa trima sebab nak amik hati ja.lastly,ke tong sampah jugak makanan tu. Aku cukup pantang kalau makanan membazir sebab mengenangkan ada orang yang tak dapat makan,kita sampai berlebih.
Minggu ni jugak ada banyak pi sekolah.tapi bukan aku sorang,bahagi bahagi la. Tu punnnn ada jugak yang culas nak pi. Macam mcam alasan dibaginya.sebab kekasih dia takpi sama kot.haaa kat opis aku ni ada crita sikit.nak kata skandal macam ya. Tapi sayangnya laki orang dan bini orang tapi rapatnya ya rabbi...satu opis meluat tengok. Dah diteguq tapi masih macam tu jugak. Yang meneguq dianggap musuh.habislah...staf jabatan lain pun perasan ko mesranya depa ni.bayangkan,mcm mn tak kata ada skandal. Moga mereka sedaqlah sebab apa nampak kelaku tu teruk sungguh. Ish aku tak gamak kata depa bff kalau sampai berabang ber yang camtu.
ok..sekian

Wednesday 4 April 2018

Hutang

Hutang ni adalah nirmal dalam hidup sekarang.cthnya,hutang keta,rumah,personal loan dan kredit kad.tambah tambah kalau gomen staf,personal loan memang tak boleh lari lah.termasuk aku.tp aku cuma buat personal loan dua kali ja..dan yang last nI,memang aku tak overlap sebab aku malaih nak menambah hutang dan tahun berhutang.bank bank ni kalau nak bg loan memang laaaaa mudahnya sebab depa tau kita akan bayar melalui potongan gaji.
Nak buat loan pun kena tengok jugak sapa pemberi pinjamnya. Kalau koperasi baik jgnlah sebab interest tinggi. Kalau bank rakyat ka,bank persatuan ka mungkin lebih baik tapi bergantung kepada masing masing punya hak sebab kadang kadang bank lebih rigid dan koperasi kurang sikit songehnya.
Yang tu takpa sebab hutang yang dicover insurans.ni yang hutang sikit sikit dengan kawan kawan ni..haaaa ni bahaya sebab yang ni ada yang buat lupa. Aku pernah kena dah.hutang tp buat lupa aku kalau jumpa manusia jenis ni memang lain kali aku tak bagi dah la pinjam.dah la nak bayar liat nak mampus,nak minjam plak.kirim salam.kau bagila alasan nak beli susu anak ka,nak isi minyak ka,lantak kau..ni gaji bulan ni aku nak tuntut hutang aku. Walaupun sikit,tetap hutang kan?dan tu duit aku.
Kat opis aku ada gak spesies camni.hutang kawan tu sikit,hutang kawan ni sikit.dalam banyak banyak yang dia hutang tu,aku la yang paling sikit.yang lain ada cecah ribu dan ratus.kesian,bila minta dia byaq hutang,kita plak kena marah. Tengok?terbalikkan?patut kita marah dia sebab tak bayaq hutang,ni kita plak kena marah. Bukan takat hutang kita ja,nursery anak dia dulu pun setahn dia tak byar.tu sebab,owner tu macam pandang semacam ja kat km yang keja satu opis dengan dia mcm km pun spesies malas nak byar duit tadika.padahal kami byq on time duit tadika tu.
Macam macam bab hutang ni.bayaqla.dah kawan tolong bg mudah,tolong la kawan balik..esok esok kalau nak meminjam,orang senang nak bagi.ni,lain kali macam payah dah la..aku rasa ni la last aku bagi pinjam sebab dr claim tunda ke gaji tunda ke claim nak bayar ciput tu pun.nak tunggu claim mendanya sebab claim memang lambat nak dapat sebab jabatan dah habis duit..so,tunggu gaji ni,aku minta la hutang aku...jeng jeng jeng