Tuesday 29 December 2015

Kerja Hari Krismas

hmmm kerja kuli macam ni la kan? kena kerja la ikut arahan. orang kata pi pameran hari cuti, pi, hari cuti umum pun pi. nak buat gena..dah namanya kerja. aku kena kerja hari krismas hari tu, ikutkan, malaih dah nak kerja time cuti umum ni. tambah plak bila hujung tahun ni. dah berehat dah la dari pi pameran. tapi apakan daya, dah penganjur hantaq surat sampai ke HQ, amboiiii macam la sebelum ni kami tak pernah pi program depa. tiap2 tahun kami pi. tahun ni la cadang nak excuse, di hantaqnya surat sampai ke HQ. mintak jugak2 kami pi pameran. adoiiii berat hatinya kami pi jugak la. ada 3 jabatan ja pun yang pi. 1 jabatan tu pi punya la lewat. tapi aku perasan, jabatan ni selalu mai lewat pameran di mana2 pun. kira nasib baik la jugak kami ni, sebab pameran habis dalam pukoi 12 tengah hari. lega la jugak. buatnya sampai ke petang, pakat reyau(nangis) la kami kat situ. badan di tempat pameran, hati kat rumah..hahahaha

Zoo Taiping

ikutkan hati malaih sungguh nak pi zoo ni. tapi mengenangkan anak-anak yang nak pi sangat, selalu sangat tanya bila nak pi, aku dengan asben pun ikutkan je la. kita yang besaq ni mungkin cemuih tahap gaban dah nak tengok gajah, tapi budak2 ni suka la. mungkin bagi kita benda tu biasa, bagi depa luar biasa. 
24hb, hari maulud nabi, kami pi ke Taiping. tahun lepas dah mai dah. ada dalam blog pun crita kami ke zoo. tahun ni pi lagi. kami sampai pun dah tengah hari. pembaharuan yang aku nampak, dulu takdak orang amik gambaq kat pintu masuk zoo tu. sekarang dah ada. amik gambar bang, amik gambar kakak. tak beli takpa. kalau tak mau beli baik tak payah amik dari mula..jimat filem hampa. laki aku tak bagi amik..aku pun cakap la tak mau. dah tengah hari rembang ni, takkan nak berjalan dalam zoo, confirm la dak. kami amik train ja jalan2 dalam zoo..opsss..lupa nak bagitau, harga tiket bagi aku melambunggggg sangat.. dula rasanya rm12 ja..kanak2 rm6.. SEKARANG...dewasa rm 17 termasuk gst of course..kanak2 rm8.50..huiyoooo mahai weh..betoi ka depa kata kalau bagitau kita ni orang Perak, dapat diskaun? betoi ka?tolong confirmkan sapa yang tau.
nak naik train tu punnnnnn, punya lama kena tunggu. maklumla orang ramai, hari cuti umum.jenuhlaaaa tunggu. yang aku heran tu, awat la train tak bertambah..aku rasa ada la 3 train kot. 2 yang ada 2 gerabak. 1 ja yang 3 gerabak. huihhhh berakaq tunggu. dengan panasnya. sabaq sabaq...
akhirnya, dapat la jugak kami naik train, pusing zoo.. tengok zirafah, tengok tapir, tengok badak sumbu.lepasih naik train, depa nak main kat playground dalam zoo tu. ok la, layan la sat..huihh aku dah berpeluh dah, naik rimas dah dok kat situ..ada la dalam 30 minit kat playground, kami balik. beli aiskrim kat kawasan parking, beli buah potong, setel. bertolak balik Kulim. nak tidoq semalam di Taiping, aku chek hotel semua penuh. ooo ada muzium 3d/5d kat Taiping. dekat dengan hotel Flemingo kalau tak silap. tapi dah anak2 naik keta ja dah tidoq, tak yah pi la. lagipun kalau nak bermalam di sana boleh la jugak pi. dah hotel semua penuh, balik ja la.
Kesimpulan dari lawatan ni :
** tiket masuk dah mahal..kami 4 beranak rm51.00
** ada 2,3 jenis binatang yang kita tak boleh tengok sebab            sangkar dalam pembinaan
** train tak banyak. patutnya kena sedia banyak la kan sebab     orang ramai.mungkin hari tertentu kena lebihkan train,           hari biasa 3 biji pun ok la.
**mana2 tempat yang ada amik gambaq, confirm caj mahal.      sebab tu orang malaih nak bergambar. murah sikit tak bleh    ka?
**souvenier? mmg mahai.. tak yah la buat kenangan..cukup      dalam ingatan dah la kot..
**sangkar yang dekat tunggu train tu rasanya baru                    bina..kosong lagi rasanya.. tapi ada jugak sangkar yang     memang dah lama kosong. contohnya yang memerang kot. yang dekat dengan kawasan singa tu. dari tahun lepas lagi dah kosong tu.

itu saja catatan aku sempena ke Zoo Taiping..mungkin lambat sikit la nak pi. sebab dah selalu pi kan..lepaih ni nak pi Zoo Negara la plak..

Sunday 13 December 2015

Aku Lulus

kan hari tu, aku ada cita aku kena amik exam online kan? so, just nak update, kali pertama amik, aku lulus 33% ja. alamak..tak lulus..takutnyaaaaaa...sebab company bagitau, UM hari tu amik 8 kali baru pass..aisey, dia UM, aku agent suam suam kuku ja. camna..takut dah, takut dah.. aku cuba jugak la amik. aku dah set, kalau tak lulus, aku nak UM aku dok tepi. tak tau aku tanya dia..dia mesti tolong sebab kalau aku tak pass aku tak bleh jadi agent..kurang la sorang agent dia..haaaaa...mesti dia kena tolong..so, aku amik la kali kedua..aku buat di opis ja..dah habis waktu keja baru aku amik. alhamdulillah...dapat la 41%.lulus la aku..tapi tu la, aku ni baca kelam kabut, content accessed kena 60%, pass 40%.aku pi paham, 60% kena lulus..tu dia la, tak fokus, tak baca elok2..hmmm be careful..anyway, aku dah lulus...setel keja..

Kalut Sana Sini

aku memang tension gila kalau kalut kalut nih. ndak plak bila dah plan cantik punya, lastly kena buat bagi awai dari tarikh. cam hampeh..sakit jiwa raga. ni kes pengarah aku yang kalut sangat nak program siap awai..rilek la bro..kita dah set cantik punya. apa nak kalut. bukannya kita tak buat kerja. kita buat tapi bila kerja ni nak melibatkan orang kampung, komuniti, kena la paham sikit, depa ni free bila, bila orang kampung ramai. kalau dak, buat program syiok sendiri la..sapa pun takdak. takkan nak jadi camtu. negeri takpa la, buat program cam gempaq, tapi import orang sana sini. import pun takdak orang gak. apa cita. apa yang kalut sangat. sian kawan aku yang incas tu, dia dah la tengah umrah..tak senang kawan nak beribadat.takpa, buat ibadah elok2..fokus kat situ. yang ni biaq aku incas. lain kali, ada program, baru aku bagi kawan aku tu incas. aku pun malaih nak pikiaq dah ni. bagi setel semua, senang hati..tunggu tahun depa punya bajet plak..OMG...letih letih

Wednesday 9 December 2015

Last Minute

arghhhhhh aku geramnyaaaaa...awat la suka sangat buat last minit nih..sakitnya hatiiiii..dah la last minit, nak macam2 plak tu..ni nak, tu nak, buat tu, buat ni..sakit jiwa..bukan aku ja, anak buah pun dah start bunyi. masalah yang jadi kelam kabut ni ialah :
**mesyuarat nak dibuat last minit. hari rabu bgtau, hari isnin nak meting. tolak 2 hari cuti ada 2 hari nak setel apa yang nak dibawa ke mesyuarat.
**masalah paling utama, minit mesyuarat, dato d o yang dulu belum sain. nak bagi dia sain, kena pi cari dia di alor setaq..aku di kulim, nak pi aloq setaq pun 2 jam..keja gila. masa dia ada di sini tak mau bagi sain siap2..
**minit mesyuarat pun belum chek lagi. opssssss bukan salah aku, aku dah bagi minit tu masa bulan 4 lagi k..meting bulan 3. aku buat cepat sebab aku tau, meting sekali lagi bulan 6.. D O tu bertukar bulan berapa ntah. tapi sepatutnya, sepatutnya dah setel lama dah.
**nak masukkan dokumen yang lain..adoiiiii banyaknya nak masukkan dalam fail..fail pulak fail plastik mahai tu nak beli.napa la bos aku ni banyak songeh nih...ikut ja la..
**hari ahad ada progra, hari isnin nak meting, hari kamis hantaq minit pi kat dato, hari ahad nak amik dah..kalau la reja camni..stress oiiii
sepanjang aku reja ni la kan, pi meting di peja daerah, ni la fail mesyuarat yang paling tebai aku penah jumpa.ada la dalam 5o keping kertas dok dalam tu..huihhh dasat dasat. cam meting korporat nak beli saham syarikat.
anyway..meting dah setel...lega sangat. tahun depan kita buat lagi..bossss..please be alert ok..dun kalut2 k.

Tuesday 8 December 2015

Dah Habissss

dah nak hujung tahun kan? lagi berapa hari nak masuk tahun 2016, bulan jan, besday aku..so, kalau ada hajat nak bagin hadiah, bleh la kumpul duit siap2 dari la ni..tak yah mahal2 pun takpa..bagi tupperware pun aku ok dah..senyum gila dah tu.aku rasa amatlah legaaaa sangat sebab dah hujung tahun, program dah habis.actually, ada satu lagi program..tapi dah diberi pada orang lain incas, aku trima ja..senang ja hati aku. maklumlah, bila buat program dengan orang awam yang bergroup group ni, hmmmm paham paham ja la..group a sokong yang ni, group b sokong yang ni.camna nak bersatu. itulah bangsaku..berpecah belah saja. bersatunya tidak. tengok bangsa lain, bersatu padu..kita ka, berpecah dan pecah dan pecahhhhh lah lagi..lastly berderai..ok, lega dah pala..tunggu next year punya bajet. jangan bajet ciput, program nak gah..aku sekeh pala nanti.tahun ni, program banyak sikit tp tak berapa besaq, tp ok lah kan..dari tahun 2008 ka 2009 yang lagiiiii takdak bajet.kena tumpang-tumpang orang ja nak buat apa pun.malu aihhhhh..terim kasih pada kawan2 yang banyak membantu menjayakan setiap program yang aku rancang. terutamanya pada kawan aku, pangkat adik ni, mira yang amat senang bagi kerjasama dan idea how to make the program succeed.. kalau yang sorang lagi aku tanya atau aku crita, dia akan kata, ok lah kak tera tu,. yang sorang lagi plak, hmmm ikut kak la.tapi ketiga-tiga depa memang mudah disuruh dan pantas berkeja. terima kasih..tahun depan kita akan rancang dan plan program dengan lebih baik. yang mana silap, kak akan perbaiki tahun depan supaya kita dapat bekerja dengan lebih baik..huhhhh..legaaaaa dah habis program..yuhuuuuuu tunggu nak siapkan dokumentasi ja...

Monday 7 December 2015

Exam Beb

yehaaaaaa........aku kat pej penerangan sekarang ni. tengah mengadap komputer, nak buat exam yang aku tertinggal kursus hari tu. ada 11 chapter, ada 75 soalan. passing mark dalam 45..amik ko..sapa suruh silap tarikh kursus, dah ko kena ganti dengan exam dan tutorial online..cam belajaq kat u plak rasanya. jenuh ni nak menunggu 11 chapter selesai..mata pun dah layu sikit walaupun masih pagi..hmmm tabah lah hati...semoga aku berjaya..nanti aku update kat sini, brp aku pas...tak pas pun aku update gak la..sebagai kenangan hari tua..hahahhaha