Tuesday, 29 December 2015

Zoo Taiping

ikutkan hati malaih sungguh nak pi zoo ni. tapi mengenangkan anak-anak yang nak pi sangat, selalu sangat tanya bila nak pi, aku dengan asben pun ikutkan je la. kita yang besaq ni mungkin cemuih tahap gaban dah nak tengok gajah, tapi budak2 ni suka la. mungkin bagi kita benda tu biasa, bagi depa luar biasa. 
24hb, hari maulud nabi, kami pi ke Taiping. tahun lepas dah mai dah. ada dalam blog pun crita kami ke zoo. tahun ni pi lagi. kami sampai pun dah tengah hari. pembaharuan yang aku nampak, dulu takdak orang amik gambaq kat pintu masuk zoo tu. sekarang dah ada. amik gambar bang, amik gambar kakak. tak beli takpa. kalau tak mau beli baik tak payah amik dari mula..jimat filem hampa. laki aku tak bagi amik..aku pun cakap la tak mau. dah tengah hari rembang ni, takkan nak berjalan dalam zoo, confirm la dak. kami amik train ja jalan2 dalam zoo..opsss..lupa nak bagitau, harga tiket bagi aku melambunggggg sangat.. dula rasanya rm12 ja..kanak2 rm6.. SEKARANG...dewasa rm 17 termasuk gst of course..kanak2 rm8.50..huiyoooo mahai weh..betoi ka depa kata kalau bagitau kita ni orang Perak, dapat diskaun? betoi ka?tolong confirmkan sapa yang tau.
nak naik train tu punnnnnn, punya lama kena tunggu. maklumla orang ramai, hari cuti umum.jenuhlaaaa tunggu. yang aku heran tu, awat la train tak bertambah..aku rasa ada la 3 train kot. 2 yang ada 2 gerabak. 1 ja yang 3 gerabak. huihhhh berakaq tunggu. dengan panasnya. sabaq sabaq...
akhirnya, dapat la jugak kami naik train, pusing zoo.. tengok zirafah, tengok tapir, tengok badak sumbu.lepasih naik train, depa nak main kat playground dalam zoo tu. ok la, layan la sat..huihh aku dah berpeluh dah, naik rimas dah dok kat situ..ada la dalam 30 minit kat playground, kami balik. beli aiskrim kat kawasan parking, beli buah potong, setel. bertolak balik Kulim. nak tidoq semalam di Taiping, aku chek hotel semua penuh. ooo ada muzium 3d/5d kat Taiping. dekat dengan hotel Flemingo kalau tak silap. tapi dah anak2 naik keta ja dah tidoq, tak yah pi la. lagipun kalau nak bermalam di sana boleh la jugak pi. dah hotel semua penuh, balik ja la.
Kesimpulan dari lawatan ni :
** tiket masuk dah mahal..kami 4 beranak rm51.00
** ada 2,3 jenis binatang yang kita tak boleh tengok sebab            sangkar dalam pembinaan
** train tak banyak. patutnya kena sedia banyak la kan sebab     orang ramai.mungkin hari tertentu kena lebihkan train,           hari biasa 3 biji pun ok la.
**mana2 tempat yang ada amik gambaq, confirm caj mahal.      sebab tu orang malaih nak bergambar. murah sikit tak bleh    ka?
**souvenier? mmg mahai.. tak yah la buat kenangan..cukup      dalam ingatan dah la kot..
**sangkar yang dekat tunggu train tu rasanya baru                    bina..kosong lagi rasanya.. tapi ada jugak sangkar yang     memang dah lama kosong. contohnya yang memerang kot. yang dekat dengan kawasan singa tu. dari tahun lepas lagi dah kosong tu.

itu saja catatan aku sempena ke Zoo Taiping..mungkin lambat sikit la nak pi. sebab dah selalu pi kan..lepaih ni nak pi Zoo Negara la plak..

No comments: