Wednesday 29 May 2013

penantian satu penyiksaan

jenuh menunggu dari pukoi 10 pagi sampai ke la ni jam 12 lebih tak bleh jumpa majistret.kes aku sorg ja tergedik-gedik.reman ada la 5 6 orang,tapi nak habiskan kes sivil dulu terpaksa la den tunggu lagi.bila nak tunggu ni?repot tak siap lagi.brg nak guna untuk program tak siap lagi.ahad ni dah program dh.ohhhhh letihnya rasa.apakan daya,aku insan biasa.chewah,cam feeling plak..hampeh

Wednesday 22 May 2013

Mood Yang Tak Berapa Ada

napa minggu ni mood takdak?hmm payah nak jawab..nak menulis di blog pun segan. tapi ada sikit gumbira la sebab laki aku setuju nak amik saving plan everlife dengan aku..ok la tu, simpanan untuk hari tua.dah tua sok mesti nak pakai duit jugak kan. kalau tak kat anak2, kat diri sendiri sebab bila dah tua, kerja makin tak larat, duit nak pakai banyak. nak harap pencen, gaji kita berapa ja.so, saving from now is the best plan..sapa2 yang berminat nak tau pasai saving plan everlife, bleh le tanya saya k.

Tuesday 21 May 2013

Jom Beli Borong

aku saja amik cuti hari isnin lepas sebab nak ikut kawan aku pi memborong tudung dan kain pasang di Parit Buntar. hari Isnin dengan Jumaat, tepi jalan dekat nak masuk Sek Keb Permatang Tok Mihat tu meeeeemang ramai orang berniaga. semuanya rega borong. Tudung 3 layer, sehelai baru rm20.size s dan m. ikut kedai ler. yang kawan aku beli tu 3 layer jenama haziq scarf sehelai baru rm26. beli sekodi 20 helai baru ler rm 520.00. biasa-biasa orang akan juai sehelai rm45.sebab kawan aku beli kat pekan Ahad Baling selai rm45. so, rega bila juai cam gitu la. kawan aku sorang lagi plak, beli telekung, tudung polka dot. aku yang memang berazam tak nak beli pun dah terbeli 5 pasang kain.caaaantik coraknya. dan aku dah bagi kat tailor.so, tak dan la nak snap.over excited sangat.haaa amik kau, dok kata, tak dak baju sangat, beli sekali 5 pasang. aku dah janji dengan tailor, sebulan mau selai baju siap. 5 bulan la aku pakai baju baru saja saja. jenuh la plak nak membayar upahnya.hehehehe  actually, beli 10 bahagi dua dengan kawan aku fiza tu, amik la sorang 5. tudung yang dia beli aku beli la plak kat dia selai.cantik gak.kalau korang nak berniaga, pi la beli kat Parit Buntar. harga memang superb, kain elok. yang dok juai kat kedai pun mai amik kat situ la. bila dah masuk kedai, susun elok-elok, iron bagi hilang kedut, jadi la selai tudung rm40 ke rm50. sebenarnya depa up sekali harga lagi..ye la, beda pi pilih, sewa kedai lagi, normal la tuh..nak untung kan niaga, sapa nak rugi. aku sebab dah serik berniaga baju siap, jadi, beli pakai sendiri la saja. kena tipu satu hal, tak laku satu hal. kalau beli kain pasang, ke tudung ke, tak habis juai, kita bleh le pakai, kalau baju siap, size kecik, kita ni size besar, nak pakai camna? nak sedekah, jenuh le nak sedekah dah beli pun mahai kan?



ini Fiza, tengah membelek tudung yang dia blei. kot ada yang rosak ke. nak mai tukaq bukan senang. dari Baling nak ke Parit Buntar, baik check siap-siap.


seronok la tu, dapat tudung yang dia nak. helo geng Baling, kalu hampa tengok dia pakai tudung baru sedia, maknanya, dia mai beli dengan aku le tu.


dok tawar menawar dengan penjuai..singgit pun tak bagi kurang. konon dah murah giler 
dah dia bagi.


rambang mata ooo kalau dok bergantung camni. tu la orang tua-tua kata, bila balik rumah baru nampak cantik. kat kedai sebab banyak sangat, jadi tak ketahuan nak pilih. yuppp i agreee.


ish kalau habis semua nih, kaya orang tu.


tudung-tudung bergayutan. tunggu orang nak pilih amik bawa balik jer.


comey tak kak tun???comey ler cam patung tu.

note: aku mai sekali dengan ayu n family. tapi dah terpisah sebab masing-masing nak beli barang, tak dan nak snap gambar dia membeli sakan.

orang tempatan pangge pasar Kemboja sebab yang juai ni orang Kemboja. depa memang femes bab berniaga kain baju. Pakistan pun ada gak kat situ.

Saving Saving Saving

ok..ni topik serius. aku nak promot satu saving plan untuk orang yang bajet sikit. sikit atau banyak kita tetap kena menyimpan kan? bekalan untuk hari tua dan juga waktu kecemasan. plan ni, bayarannya paaaaaaling murah so far. min payment rm 65.00 je sebulan.rm 65 je, tak sampai seratus pun. dalam plan nih, HLA bagi gerenti double income. maksudnya, tengok perkiraan ni yer.

sebulan  : rm 65.00
setahun  : rm 780.00
10 tahun  : rm 7800.00 (tempoh pembayaran 10 thn jer)
tahun ke-25 : rm 15,600.00 - gerenti HLA akan bagi.

on top of that, tahun ke-7, company akan bagi dividen beberapa %..ikut tahun la dari tahun ke-7 sampai la tahun ke 25..bayangkan kalau tahun ke 7 dapat 4%, sampai tahun ke 25, berapa dah saving kita dapat? banyak tau..so tak rugi ler kalau nak amik saving plan nih..sapa berminat, bleh roger saya yer..sarah 0124945435

The Story


aku tak tau nak boh tajuk apa, tulis je la apa yang terlintas.kuheh kuheh kuheh..ni nak cita sikit g pasai dinner tu. ni menu yang depa bagi..aku ingat bleh le taram apa yang nak makan, upanya, sorang satu hidangan ja.


ada 6 pilihan untuk main course..air 2 pilihan. dua2 tea. appetizer, home made mushroom soup..desserts, 1 scoop ice cream. 1 scoop jer? kemut tul.


ni yang aku order..honey smoke chicken. dah namanya smoke, ayam keras.nyesal order yang ni.tapi still ok la.dah cara masknya camtu kan.


sempat posing dulu sebelum makan. makanan aku sampai dulu, aku ler makan dulu.


ni ler home made soupnyer..pekat dan sedap.


ni le kawan semeja aku.kami je malay.yang 2 orang tu banker maybank.sorang part time cam aku. sorang saja neman.bagi penuh meja.


ni mentor dan idol aku..raaaajin betul buat sales..aku tak ikut cara depa sebab aku tak begitu rajin cam depa. pastu jeles kawan dapat buat banyaj sales kan? ada ka lagu tu.


pencuci mulut yang sikit. tapi aku perati, berkira betul depa ni, asyik ulang mai tengok kat meja takut terlebih hantar soup ke ais krim ker..yang depa hantar salmon steak lambat ya amat tak dak hal plak..semua makanan dah sampai, dah habis makan, salmon steak kawan aku tu tak sampai sampai lagi..baru nak g tangkap ikan gamaknya.

Saturday 18 May 2013

The Cruises Steak House

haaa seronoknya rasa nak pergi dinner nih. bleh ler rasanya nak hilangkan stress. dah orang jemput pi makan, ok jer la. nak dapat sijil pencapaian lagi..ok la tuh.. bukan senang nak pi dinner nih..kat tempat cam best jer..ok lah, aku confirm ler nak pergi..kat mana tempat tu? kat Penang. nama tempat, The Cruises Steak House..dekat dengan Beach Street..aisey..area Penang ni aku memang fail.kawan aku tu cekap lah jugak tapi tempat ni macam tak berapa nak familiar kat dia.jadi, nak selamat dari sesat sebab majlis nak on pukul 7.30 malam, so, guna la gps.kan senang. sekarangkan semuanya di hujung jari jer..zaman dah berubah, dah canggih manggih sekarang nih.


heheheh kan aku cakap tak familiar tempat nih..kami masuk kot belakang, padahal, pintu masuk depan kat lain..aku snapp je la gambar nih..Logan Heritage Beach Street


ni pintu belakang..ada indoor dan outdoor..betui ke since 1880? konfius aku..dalam dia suram2 jer..nak amik gambar pun cam tak best..hiasan kat dalam memang ler antik..basikal antik, motor antik, semuanya cam old old la..


bergambar kat banting dulu..wajib nak tunjuk kata mai dinner HLA.aku bersama dengan Rin, dia ni cam mentor aku la sebab dia dapat capai cabaran untuk ke Bangkok dan Qindao China..dua tempat dia dapat pi. yang Bangkok tu bleh bawa asben lagi..


aku dan unit manager aku..kawan sekolah aku dari sek rendah..dulu senyap jer. dah join insuran, pandai plak cakap..


ni yang kat pintu masuk depan..


Aku Dapat...Yeahhh

aisey..hari ni nak cita pasai malam dinner yang aku pi 16.5.2013 hari tu..ala aku kan jarang pi dinner..sapa la nak jemput aku nih..rupa ada skit, harta tiada.chewah..buat ayat sedih plak..ok..let me tell u the scenario..malam tu, kat dalam Logan Steak House tu, ada la lebih kurang dalam 60 orang. dalam 60 tu, ada 5 jer orang melayu..aku dan kawan2 ku..dalam kami 5 orang tu, 2 orang melayu telah dijemput ke depan untuk mengambil sijil kerana hit the target..chewah..aku rasa cam bangga betul sebab ada gak la muka melayu yang dapat anugerah..kawan aku Rin, dapat 2 sekali.aku dapat satu jer..


kawan aku ni, nama Rina Hayati, dia dapat untuk kategori Sprinter Award..maksudnya, dapat capai target dalam masa 30 hari..anugerah ni untuk agen baru cam aku..Lagi satu anugerah Pace Setter tu untuk yang capai targer dalam masa 60 hari. 


ha, ni la aku. aku dapat pace setter..capai target dalam 60 hari. ada lagi satu award yang akan dibagi di Bangkok..sebab aku dan kawan aku tu dapat pi Bangkok free tiket dan penginapan. makan aku tak pasti. nak soping pakai duit sendiri..auwww terujanya nak pergi.

so, kawan2, sapa yang berminat nak amik perlindungan diri untuk diri sendiri dan keluarga, jangan segan segan lah yer, bagitau aku..Ingat, perlindungan diri adalah penting bukan shj untuk diri kita tetapi untuk ahli keluarga kita juga..sediakan payung sebelum hujan..cheeeeewah nak promot diri ler ni..aku kan agen insuran Hong Leong Assurance..

so, jangan malu2 yer...bleh contact kalau berminat..0124945435


Wednesday 15 May 2013

Yuhuuuu Company Belanja

ok..tonite, aku dgn kawan2 ku akan makan steak dekat somewhere yang aku lupa nama tempatnya..company insuran belanja becoz i hit the targer for the new agent..yeahhhhh
story and gambar akan diupload kemudian...

Tuesday 14 May 2013

Makan Apa Tadi?

ni le makanan tengah hari aku..nasi goreng kampung. marah punya pasai rega kat kedai sebelah mahai ya amat, aku pun rela menapak ke kedai mamak roti canai order nasi nih. nasib le dekat jugak. lokasi pejabat aku nih memang la tak strategik, kedai makan ada satu tu jer.tak larat nak sabaq dah, tiap2 hari kena caj mahai, amik tak banyak mana pun. bukan aku sorang yang kata, suma kat opis aku kata camtu.so, jom pi makan kat kedai mamak plak..


jauh sikit pun tak pa la, kira exercise la tuh..kan kita kena berjalan 10000 langkah sehari, ni baru berapa ja kan..rilek rilek rilek..takpa kami boikot kedai dia pun, orang tetap ramai dan kami tetap jugak pi situ, lekeh-lekeh pun untuk beli air kan..

Part Time

korang ada kerja part time? kat opis aku ramai gak yang buat kerja part time. ada yang jahit baju, ada yang juai kerepek pisang ada yang jadi agen dropship barang kawan2 barang dari obersea, ada yang bisnes mesin air filter yang biasa kiat tengok dekat depan kedai yang nak amik air kena isi 20 sen dapat 5 liter tu, ada yang join bisnes ikan arowana..


yang jadi model tertunduk malu nih, kawan aku. jahit baju. ramai betoi orang hantaq kain kat dia suruh jahit. memang masyuk la kat dia bulan2..rajin dengan dak ja.sebab kadang-kadang dia sungut tak larat nak jahit, tambah plak kalau yang hantar lambat nak cepat. tapi mengenangkan dah ni lah duit lebih yang boleh dapat, tabahkanlah hati menghadapinya kan? aku? kuhih kuhih kuhih..aku  plak wat part time juai insuran. aku suka promot yang plan perlindungan wanita..bila bersalin, bleh claim. cam aku dulu, bersalin anak pertama dok spital 3 hari, claim 3 hari, yang kedua, dok kat spital 2 hari, dapat la claim rm2000. banyak kan, min bayaran sehari seribu..tapi untuk 3 hari je la..dok kat spital 5 hari pun, insuran akan bayar 3 hari jer..tu yang minima, ada yang insuran bayar sehari rm5k pun ada..ha, untung tak, anak dapat, duit pun dapat..apa lagi insuran ni cover? nanti aku buat entri lain k...


Aku Suka Lagu Nih




"Stay The Same"

[Chorus]
Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly.
Don't you ever say you don't like the way you are.
When you learn to love yourself, you're better off by far.
And I hope you always stay the same,
cuz there's nothin' 'bout you I would change.

[Verse]
I think that you could be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside.
Don't be afraid if you've got something to say,
Just open up your heart and let it show you the way.

[Chorus]

[Bridge]
Believe in yourself.
Reach down inside.
The love you find will set you free.
Believe in yourself, you will come alive.
Have faith in what you do.
You'll make it through.

[Chorus]


pernah dengar tak lagu nih..rasanya lagu nih femes masa tahun 1998-1999-2000. aku tau lagu ni pun melalui kawan aku yang study kat UM.masatu kami berdua ganti mak pak kami yang tak bleh pi hari penyampaian hadiah. dalam dok tunggu ucapan pa semua, dia pun tulis ler lirik lagu ni kat aku..masa tu, aku dengan dia kamcing g..dok kat UiTM pun bleh dok hantar surat g. masa tu email tak berapa femes..aku pun tak dak g email masa tuh..hset? pun tak dak.aku pakai hset masa umur 22 tahun brand alcatel yang ada antena tu..itu ler hset aku yang mula2 ada..tu pun second hand punyer. beli dari memba opis nama kak Dah..

Pernah Jumpa ?


hohohohho.. cam santa claus jer aku rasa.ini entry petang. cam bosan jer cam malas jer nak ngadap fail, baik aku up kan gambar ni so, korang suma bleh tengok. aku memang la jakun sikit. tak pernah tengok minuman ni. opss hampa jangan salah faham k, jakun memang orang utara guna untuk menggambarkan sesuatu benda yang tak pernah tengok atau jarang-jarang tengok..atau orang kata jugak "perak".bukan negeri tapi satu ayat..ada slang dia sikit nak sebut.


aku tengok ada atas meja kawan aku, aku pun snap je la..bleh tunjuk kat hampa, walaupun hampa pernah minum tapi buat-buat pi la terkejut.hehehehe sian kat aku yg tak pernah jumpa minuman nih..aku sejak berblogging nih, kamera dok dalam handbag sedia..pi makan snap, tengok apa pun yg menarik aku snap..cumanya rajin up dlm blog dengan dak ja la..

okesss..aku nak balik dah..sekian untuk hari nih, esok jumpa lagi...


Korang Dah Ke?

bulan lepas, aku pi buat pap smear. tahun lepas tak buat sebab pregnant..so, tak yah buat, dah bersalin, tahun ni kena buat ler. actually, sebelum ni memang tiap tahun aku buat..kalau nak buat kat kerajaan, pergi kat klinik kesihatan atau klinik LPPKN..bayar le rm20. tak mahal pun kan?untuk kesihatan kita, apa salahnya. tapi dengar cita, bulan 5 ni, LPPKN bagi free jer kat sapa yang nak buat pap smear. mamogram depa akan bagi voucher, free le jugak tapi depa akn tolak pi kat panel yang dilantik. kena pi amik voucher dulu, baru bleh dapat free.


ada cita sebenarnya kenapa aku buat pap smear ni. ikutkan nak hold dulu nak buat kat LLPKN jer tapi sebab aku selalu sakit perut pastu aku risau la takut ada apa-apa yang tak kena. nak plak, kawan aku crita, the true story nih, sepupu dia, dok sakit perut ja, lama dah, mula tu dia biar, ingat biasa ja.senggugut time nak period ka apa kan, lastly tak tahan baru pi check, tengok2 ,haaa servik kanser tahap 4 dah.buat operation, lepas seminggu, meninggal dunia. dah ajal dia camtu tapi kita kena la beringat, tahap kesihatan kena la jaga. macam aku, dah la kena gastrik, pastu pi scan sebab dah bidan kata rahim tak kecut, nampakla plak ada cycst..betul ke dak ejaan dia tak tau la aku, tapi ketumbuhan la. doktor kata kita monitor lagi dua bulan, size dia bertambah ka dak, kalau tak bahaya, ignore je la..kalau bahaya baru kita akan operate buang. doktor kerajaan pun kata camtu, yang swasta pun kata camtu gak.

ok, back to the result pap smear, it take 2 weeks to know the result. and i'm hepi that the result is NEGATIF..alhamdulillah...




Sunday 12 May 2013

Alhamdulilah..Orang Belanja

makan tengah hari kemarin kira setel la, sebab kawan aku belanja makan..dulu memang dia pernah kata nak belanja kalau dapat duit claim insuran, so, kemarin dia telah menepati janjinya. kami berempat telah sehati sejiwa memilih untuk makan di Food Court Tesco Kulim..nak makan kat kedai sebelah, ya ampun mahai nak mampuih..cam nak boikot kedai tu pun ada.tapi apakan daya, kadang-kadang terlajak la jugak perginya walaupun harganya aduhai..redha je la..ok..ni makanan yang kami makan kat situ..harga?ok lah..tak la mahai sangat sampai kita lepas beli balik bercerita kat kawan sebab tak percaya.


ni yang aku order nasi goreng paprik daging merah..harga? rm 6.50


 
ni nasi Mira..banyak betui lauk dia amik..RM 7.90


sizzling mi RM 5.20



Dadih Plus Nata De Coco

aku rasa teriiiingin sangat nak makan dadih..aik cam orang ngidam plak..alang-alang dah pi beli barang anak, aku amik le can beli dadih tu..ala dadih segera bukan yang kena campur bahan tu banyak ni bahan ni banyak nih. beli dadih segera perisa strawberi, setin susu cair, sebekas kecik nata de coco..chewah, nak boh gak nata de coco tuh..yang menyebabkan aku nak buat dadih boh nata ni sebab aku ada beli jeli yang ada nata dalam dia tau..beli kat giant..bekas dia kecik jer..sebab plak rasa jeli yang bernata nih..jadi, aku tukarkan la dadih dengan nata plak..kebetulan tak ada apa nak buat, buat je la, boh dlaam peti, bila-bila senang bleh la makan..huihhhh sedap oooo..aku seperti biasa rajin memberi, chewahhh perasan, aku buat dalam 2 3 bekas, satu kat umah, bawa pi pejabat satu, bagi kat mak ain depa satu..setel..banyak-banyak bekas pun buat penuh peti jer kan?


brand Happy Grass ni banyak dijual..kawan aku pun suka pakai brand nih..kat supermarket aku pi tu, susu cair dia punya la kurang ada 2 3 tin jer..ramai orang beli gamaknya..


nata de coco yang telah dimasukkan ke dalam dadih.

hasilnya? aku tak amik gambar pun sebab terlupa..hahahah

SELAMAT HARI IBU TO ALL MOMMIES IN THE WORLD

nanti aku buat entri cita pasai mak aku..nanti-nanti ler..

Hari Yang Bizi

seronoknyer saya bila program raaaaamai orang datang tapi masalahnyer pulak bila tempat seeeeempit sangat. tapi takpa, program dapat dijalankan dengan jayanya. makanan plak tak cukup.untuk klien cukup ler untuk staff tengok saja la bihun goreng yang sungguh sedap itu..gulp gulp telan air liur ler.pagi tadi nasib baik sempat sarapan dengan susu + nesvita + kismis. menyorok gitu ja pagi tadi. orang tua kata sarapan tu menyorok.dah ler aku ni gastrik, nasib baik dah ok..risau aku satg kalut ker program, perut lapaq mendidih, sakit plak..huiiii laki tak dak ni jangan dok wat pasai la.jenuh nak mintak tolong orang la nanti..nak berangkut pi spital, nak tengok anak yang kecik 2 orang tu..mintak dijauhkan la sakit makit time-time camni.apa-apa pun aku hepi sebab program tadi ramai klien mai..so, next week, dijangka ramai gak.makanan kena order lebih ler..kang kebulur lagi staff.

Wednesday 8 May 2013

Cu Timah Cu Saya

aku petang ni nak pergi berurut dekat mak menakan aku..aku pangge dia cu..nama betui dia fatimah, aku pangge cu Timah ja..ada kisah sedih sebenarnya..kami pernah terputus hubungan selama beberapa tahun akibat salah faham..semuanya pasai harta..aku pun tak tau sapa betoi sapa salah..ada yang kata ayah aku meninggal sebab mak menakan aku yang buat..mandrem la maksudnya. ikutkan cita abang aku yg tua, depa ada amik bomoh suruh menengok masa ayah aku sakit, bomoh tu la kata adik dia yang buat bagi sakit.adik ayah? cu aku tu je la adik dia sebab depa dua beradik jer..sebabnya berebut harta.harta tok aku sikit pun tak dapat kat ayah aku, semua dapat kat cu..betul ker? ntah..aku tak pernah tanya..bior ler, benda dah lama..yang penting dia baaaaaaik dengan aku..aku pun ada sorang tu jer mak sedara..hehehehe

Jangan Ingat Nak Untung Saja K...

haaaa ni memang aku nak komen, nak mengata, nak hasut..kedai runcit sorang pakcik kat kg aku nih, memang la dah lama dia meniaga tapi tak dak langsung la kesedaran dia nih..maksud aku tu, ada ka barang kat kedai dia, ada yang dah expired, satu hal, mahai, satu hai, yang aku geram barang tak kualiti..contoh aku bagi, ada ka dia juai barang basah yang aku rasa nak beli pun tak gamak..kalu tak berbau tak pa lagi, tapi ni kita pun bleh bau barang basah tu dah tak elok..lagi kesian, adik aku pi beli sotong kat situ..lembik-lembik jer sotong dia..macam dah banyak hari dah..bila dah cuci, masa goreng berbau busuk..aku ingat bau sampah, tapi mak aku kata bau sotong tu..terus aku tutup api , buang ja sotong tuh..hampeh tuiii..yang aku geram, gamak depa pi juai barang yang dah tak elok..bukan sekali ni ja, baaaaanyak kali aku tengok depa juai brg tak elok..bila orang melayu pi beli kat kedai cina sebelah dia kata tak tolong depa berniaga, nak tolong menda kalu barang tak kualiti..kalau orang beli banyak2 pun, contohnya, beli tepung sampai 2 3 kotak, sekupang pun tak kurang..takut benor nak bagi diskaun..macam la tak untung sangat..yang adik aku bleh pi beli kat kedai tu sebab hari tu, kedai cina dengan kedai melayu satu lagi tutup..kalau tidak, adik aku pun tak hadap nak pi beli kat kedai camtu..aku buat repot kat kpdnkk baru padan muka..blehkan kalau aku nak repot???

aku merepek dah...

bersyukur aku sebab dah ada fb..kalau tak mesti aku tak kan jumpa dengan kawan-kawan sekolah dulu.maklum ler, masa dulu bukan ada hset pun, lain ler budak zaman sekarang, sekolah rendah dah ada hset..kadang2 canggih dari kita yang dah kerja nih..tengok anak sedara ku tu, baru umur 10 tahun dah pakai samsung s3..aku pun pakai nokis pekak jer..bila dah contact, jumpa balik, kenai balik, aku dapat rasakan la, masing-masing dah ada feel sendiri, dah ada sikap yang dulu tak ada masa kita berkawan. mungkin disebabkan faktor usia yang meningkat, faktor persekitaran, maksudnya dia stay kat bandar, aku kat kampung, dia belajar sampai U, aku takat itm jer, dia kerja besar,aku kerja kecik,gaya cakap pun dah berubah..sebelum jumpa aku beranggapan dia sama macam dulu, tapi totally different ma..yang buat aku sentap, bila aku tanya, dah daftar ngundi ker?dia jawap tak pun..napa tak daftar, nanti tak bleh ngundi..dia jawab, kalau semua nak balik kg ngundi, sapa nak kerja?aikk..tak penting ker ngundi pada dia?undi  walaupun satu akan pastikan seseorang tu kalah atau menangkan?takperla..dia dok bandar, kerja besar..diam je laa....

Gred Gred Gred

hampa pernah amik kisah tak kedai makan atau restoran yang hampa pi makan? aku actually tak le kisah sangat sangat..setakat nampak bersih, makanan ok, ok ler...tapi setelah digredkan oleh pejabat kesihatan ni, kena amik kisah jugak lah kan..kadang-kadang aku tengok kedai makan tu punyer le ramai orang pergi tapi gred C..yang macam style sikit nampak cam mahai je tempat tu, gred A..ala cam tempat org kaya, banyak duit lepak tu..stylo  gitu..(betui ke ayat aku nih..lantak ler)..gred B biasa -biasa je la..sama cam gred C gak..baru2 nih, aku g makan kat satu tempat makan..quite femes la kat Kulim nih..tercari-cari aku gred kedai tu tak jumpa pun, mana letaknyer ntah..sebab gred tu kena pamerkan, so, customer bleh nampak dan bleh decide nak makan kat situ ke tak..yang aku rasa cam marah sikit, cam kecewa sikit, kualiti makanan dia tu, tak best langsung..kailan goreng ikan masin dia, rasa macam dia masak main-main, dengan potongnyer besar2, kering kontang sayur tu, sayur pun nampak cukupleeee tak segarnyer..ikan siakap stim? apa pun tak rasa...aku rasa la kan, kita kena ada satu lagi skuad pemantau rasa makanan plak le..kalau tak sedap, kita bagi rate kedai makan tak sedap..ni takat ada sangat bersih, bersih, sederhana dan kotor..watper...ok..ni aku bagitau markah untuk kategori kebersihanyer..nanti nak pi makan kat luar, tengok lah sama grednyer..jangan pakai makan ja, balik umah nanti sakit perut, kena masuk spital lak..tak ke haru...

Gred A   : 80-100
Gred B   : 65-79
Gred C :   50-64
Kotor dan tiada gred : 50 % ke bawah...ish gamak ka nak makan kat kedai ni kan??

Monday 6 May 2013

PRU Fever..it's Over Already maaa

just nak recap pasai PRU 13 yang keputusannya cam gempak sikitkan..Tsunami Chinese Voter..haaa terkejut suma..aku tak nak komen sapa menang sapa kalah, sapa ok sapa k o..sapa kecewa tahap gaban sapa yang suka sampai meloncat-loncat..


ha, tengok nih, gambar ni lepas PRU..tengok, masa pacak bendera kemain lagi tapi bila dah habis, sapa pun tak  cabut balik bendera nih..masa pasang dapat upah, masa cabut tak dak upah..tambah plak pada yang kalah..tobat le malaih dah nak cabut kan?


tak sapa kisah pun bendera yang jatuh..sepanjang jalan punya la banyak bendera, nak tengok sign board pun payah. nampak bendera jer..tambah kalau yang tepi sangat dan berkibaq..lagi le masalah.

hari nak ngundi, jam pun pakai yang ada logo SPR..tak bleh pakai jam biasa ooo...
jangan main-main...


ni pakaian, topi dengan badge yang aku dapat..baju ni takdak juai dekat big 10 ker, the store ke, jaya jusco k..SPR bagi jer...kena pakai masa hari mengundi..pakaian seragam petugas SPR...

Yuhuuu Ultraman

ha...inilah cerita kegemaran anak aku yang sulung tu..si mohsin ni suka benor dengan ultraman..balik rumah je kena buka chanel 611 nak tengok ultraman walaupun bukan time cita tuh..tak ke haru nak kena explain, time cita feveret dia belum sampai g..tapi sekarang aku tgk ultraman dah banyak kurang..dulu ada ultraman dyna, tiga, kosmos, max, mebius, zero..sekarang ada zero yang siaran dia 2 jam, max, mebius dan tiga..


selalunya tayangan crita ni marathon, lepas satu, satu lagi, habis satu cita, sambung lak dengan satu lagi ultraman.kiranya 1 jam 30 mint tu cita ni saja la..tu yang mak mertua aku slalu beletiaq kat anak aku, tak bleh langsung nak tgk cita lain..ala orang tua2 mesti nak tgk cita drama, cita pasai binatang, chanel 550 ke, 556 ker..cam aku, aku suka tgk chanel 703..bab masak2 tapi aku haram pun tak masak.kuikuikuikui...


ha, ni kalu dapat kat mohsin @abang man, hbs la satu buku..dia plak bukan tahu sangat mengaler nih..pakai ikut dan dia ja..tibai ja kaler apa pun..keluar garisan ka dak ka , hentam saja la labu..pastu pi tunjuk kat org, cantik kan abang kaler..hmmm ngangguk ja la..hahahahaha


sticker ni kegemaran dia..yang bestnya anak aku ni, dia lambat nak koyak buku dia, tambah kalu ada sticker cam ni..dia akan tengok berulang kali..pastu dia akan tny, ni ultraman apa?bila aku jawab, ultraman max, eh salah la mama, mebius nih..sebenarnya aku pun tak kenai gak..hentam ja..tapi budak2 cukup cam punya gambar ultraman...

Kisah Benar

waktu aku jadi kerani tempat mengundi, kawan yang setugas dengan aku tu bercerita..katanya, hidup dia pada tahun lepas, amat menyedihkan, sebab kena tipu berniaga, jatuh terduduk, sampaikan baju raya anak pun masa tu tak ada duit nak beli.isteri tak bekerja.dia baru lepas xciden..4 bulan mc..memang katanya, hidup dia memang teruk..nasib le bini dan anak tak lari. tiba-tiba terpikir la dia, suruh bini dia belajar dengan makcik sebelah rumah, cara nak buat tat nenas..tapi diolah sikit untuk intinya, dia tukar inti jem nenas dengan jem lain..kaler plak biasa tat kaler kuning, dia tukar buat warna warni..alhamdulillah, dari modal rm300 dapat le dalam rm2k lebih..cukup ler untuk buat belanja raya.beli baju anak, ye la, kita kalu dah kawin, anak le yang lebih utama, yang kita punya, belakang sikit ler..itula crita dia yang aku rasa sedih sikit..ish aku rs insaf, susah susah aku..ada lagi yang susah..betul kata Dr Azizan Osman, orang yang kerap bersungut adalah orang yang kurang bersyukur...

kenapa tak cuti

kemarin ngundi kenapa hari ni kerajaan tak umum cuti untuk negeri Kedah?masa aku pi negeri hari tu, depa kata kalau BN menang, Kedah cuti..tak cuti pun ..mohong betui..aku memang dalam mood nak cuti..malaih nak mai kerja. nak dok umah, tengok tv, main dengan anak..rilek rilek..tido tido..ishhhh bestnya kalau bleh wat gitu..hari ni plak, opis memang kosong..ada la 2 3 kerat yang mai kerja..yang lain amik El, cuti ganti, time off sekerat hari  la. aku pun dah tahap gaban punya malas..ok kemas meja, buat filing sikit bagi comey2..haaa dah setel sikit semak atas meja..kalut betul la kami dgn program seminggu 2 nih..tapi sekarang dah coolllll sikit, sebab?pru dah tamat maa...aku rs jabatan lain pun sama cam penerangan, pdrm,rela, suma dah bleh bernafas dengan baik semula..kalau tidak, ya ampun..kalut bebenor..aku nak ucapkan selamat bekerja kuat pada yang menang, yang kalah, try lagi 5 tahun kalau panjang umur ler...

Sunday 5 May 2013

Ha Ha Ha..Blogku Tulisan Baru

okes...den nak ucapkan trima kasih pada sorang blogger yg tolong den ubah tulisan kat blog den nih..actually, den ni jenis penakut nak try godek sana godek sini..maklumler tak terror aku bab komputer nih..tapi, dah blogger tu bagitau, aku pun try..tadaaaa ni hasilnya...suke suke sukerrrrrrrrr....

Makan makan At Kapitan Kopitiam

mengenangkan 2 orang kawan aku ni telah membantu aku buat claim yang aku buat asyik salah jer..maka, aku berbesar hati nak belanja depa berdua makan..dah banyak hari tertangguh, maka pada satu hari yang tenang, aku pi la dengan depa ni kat Kulim Landmark Central..cadangnya nak makan kat Medan Suri tepi KLC tu tapi tak jadi ler plak..


tempat makan ni, Mira le yang cadangkan. dia makan dengan laki dia hari tu, sedap katanya. murah plak tu..betul ke murah ni? cam mahai ja..tak pa, kita try..kak belanja..heeee dapat claim sikit, bleh ler...


ni antara menunya..chinese style ler..dah nama pun Kapitan Kopitiam.


laici dan white cofee..ni air mira dgn uli..aku? tak order sebab semua air yang juai kat kedai tu aku pantang kejap sebab gastrik nih..


ni nasi aku, black pepper fish fillet..banyak menu yang aku suka tapi sebab macam pedas jer..tak jadi le nak order..makan kena jaga sekarang nih..


ni nasi Uli, nasi Hainan ke apa ntah...



ni Mira, si mulut laser kat opis..kecik jer orangnyer..anak br sorg..dia order kueh teow dan datang bersama dengan ayam tu..1 set la kiranya..


chicken roll ni aku yg order..cam best jer..bila makan chicken roll ni kan, rasa lapisan luar dia tu cam herba-herba sikit..mungkin cina punya resepi kot.



total cost makan lunch hari tu...ada gomen tax lagi..aku pelik gak cam ner sesetengah kedai bleh ada tax..sapa bleh tolong jelaskan...