Tuesday 24 June 2014

Crita Sama

aku rasa ramai yang setuju dengan aku, astro banyak tayang crita yang diulang berkali kali..ratus ratus atau ribu ribu kali kan? yang amat aku perasan, crita upin ipin, hagemaru, pada zaman dahulu. rancangan masakan pun sama.aku bleh kata memang semuanya ulangan. puas hati lagi kalau tengok upin ipin di tv9. crita fresh. crita baru. rugi rasanya bayaq bulan-bulan. kalau ikutkan aku, nak ja aku amik yang paling murah. tapi dah abang ipaq aku yang bayaq, lantak la. amik pakej apa pun. aku rasa astro patut la sangat2 beli crita baru. untung banyak kan?

Saturday 21 June 2014

Tengok Gambar Jeee

ni gambar program yang aku buat hari tu..tengok lah yer..join dengan orang kampung, join dengan jabatan lain..
 
pendaftaran kehadiran peserta. penting nih, nak tau berapa orang yang mai program

 
banner program. baru orang tau program nak buat

 
gotong-royong kawasan perkuburan

 
pemeriksaan kesihatan

 
pertandingan mewarna

 
game pesan atuk. kawan aku yang jadi atuk

 
slogan kami benci dadah

 
jalan kaki tempurung

 
orang ramai yang mai program hari tu

 
ni bos penerangan dok bagi hadiah pada pemenang

 
hamper tajaan pejabat aku

HaHaha..Padan Muka

biasakan kalau aku pi program kat mana-mana, depa ada sedia makan tau untuk geng aku. Jumaat hari tu, aku pi satu sekolah tu, depa jemput untuk buat aktiviti dengan budak asrama. kami pi 3 orang. awaaaaai kami sampai dah dalam surat tulih pukoi 8 pagi. sampai kat asrama, sorang budak pun tak dak lagi dalam dewan. kami tunggu sampai pukoi 8.30, baru la ada sorang dua masuk.ikutkan nak start awai, teruih drag dalam setengah jam lewat. bila dah dibahagi kumpulan, aku suruh buat nama kumpulan, sorakan kumpulan, logo pa semua, dari 15 minit pi sampai dekat sejam. lastly, lepas minum pagi la kita sambung, aiseyyy aku rasa budak-budak ni cam tak aktif ja, budak sekolah pandai kot, depa jadi skemaaaa ja.
haaa part yang best bila lepas minum pagi, baru la aktif sikit depa nih. buat aktiviti berkumpulan pun laju la sikit. habis semua program, bagi hamper hadiah pa suma kami pun nak chow la. yang aku dok tunggu, ish tak ajak makan sekali ka?besa mai sekolah, lepas program mesti ada makan-makan sikit. depa pi camtu ja..hahahhah depa tak jamu kita makan. balik rumah, mak pun tak masak sebab besa aku makan siap-siap kat tempat program.terkena aku hari tu. aku pun capai maggi sebungkus, buat maggi. pastu tengok ayam cam best, buat ayam percik. tapi tang kuah tak berapa nak jadi la aku rasa. kena cuba lagi nih. rasa cam kurang something. takpa, kita cuba buat lagi bila-bila.
hmmm tu dia la, selalu mak masak tak makan sebab dah kenyang, hari tu, lapaq la bila balik rumah. ala tak kisah, maggi kan adaaaa..anyway, buat program dengan budak-budak asrama tu best. walaupun agak slow mulanya.

Monday 16 June 2014

Kerja Keras

saya mesti berusaha lebih gigih sebab saya sedang mengejar deadline. bila plan insuran aku dok promote ni nak tamat hujung bulan nih.haaa baru hang kalut nak cari klien. kalut la hang nak terkam sana sini. dah la dengan program yang nak kena run pun dok serabut lagi.ha amik kau..takpa, aku akan cuba. yeahhhh

Saturday 14 June 2014

Canggihnya Sekarang Nih

sapa baca paper utusan khamis lepas?aku ada baca tapi dah lewat petang. pagi tu,sampai di pejabat, aku on pc, tgk blog aku dulu, ada orang tinggai komen ka dak.kalau ada, eiiii bestnya.kalau takdak, hmmm tak bestnya. seperti biasa, aku suka blogwalking, blog yang aku suka pi sini ler .sebab kat tepi tu ada banyak list blog-blog yang best. aku pun terjah ka blog nih. tajuk entri kak tu, peringatan untuk arbakyah. aku pun pelik la, apa cita,masuk la baca,ooo cita pasai abby abadi. yang aku nak crita nih, kan ada buku ustazah bahyah, depa pi tukaq gambar ustazah tu pi boh gambaq abby abadi. aku pun pelik, ish masa bila dia ada buku.bila view dekat, oo tukaq gambaq dengan tajuk ja.cakar harimau jadi cakar apa ntah.lupa dah.. ish cepat sungguh la orang yang kreatif ni tukaq sana sini. petang tu, aku baca paper, baru aku tau kisah abby abadi. huiii cepat depa buat kerja.aku ingat gosip semata-mata rupanya ada dalam paper. maksudnya, aku lambat update.. agaknya bila kuaq crita ja depa teruih ada idea apa nak buatkan?

Dodoi Anak

perasan dak, bila kita dodoikan anak masa dia nak tidoq, kita akan nyanyikan zikir kan? lailahaillah  muhammadur rasullah, kita akan ulang nyanyi kat anak kita.kadang-kadang kita tukaq lagu.ikut la zikir apa yang kita tau.secara tak langsung kita pun akan dapat pahalakan?sebab kita mengingatinya. kalau saja-saja rasa payah la kita nak zikir.dok saja saja nak zikir, payah nak buat. tak tau la hampa, kot rajin, kalau aku selain lepas semayang, masa dodoi anak la zikir pun. hmmm untung gak dodoikan anak nih kan?

Mee Bandung Sedap Sangat..

ha, napanya, tengok tajuk cam perasan ke? ala, bior la. aku masak aku puji ler..sapa nak puji lagi kalau tak diri sendiri. masuk bakul angkat sendiri ka, masuk lif angkat sendiri ka, biaq pi la. cam besa, hari cuti, aku mula plan nak masak apa, kalau rajin k. so, aku buat mee la. lama dah amik resepi kat kawan aku nih. aku pernah rasa mee dia buat..seeeedap..so, aku pun try la. lagi satu yang best ayam percik dia. belum try lagi k.tunggu next week.
 
bahan2nya :
3 biji bawang besar + 4 ulas bawang putih - blender
cabai kering - rendam dan blender jugak
sos cili
asam keping
garam
gula
ajinomoto
telur
ayam ka daging ka
sayur-sayuran cam baby corn, sawi, karot,
fish cake, fish ball
taukua, daun bawang, daun saderi untuk hiasan
 
cara masak plak :
 
tumis bawang sampai kekuning kuningan
pastu boh cabai kering yang diblender
bila dah masak cabai tu, masukkan sos cili
garam, gula, asam keping, pak aji sikit
biaq sat, boh la ayam, karot, tambah ayaq agak2 la nak banyak mana kuah
bila ayam dah empuk, karot dah ok, boh la sayur2an tu.
pecahkan telur sebiji pastu kacau kacau..so, kuah tu macam pekat la sikit
rasa la tengok apa yang kurang..tambah apa yang kurang..
dah siapppp..sat ja masak nih.
aku masak hari tu lambat stat sebab pi market dulu, siap dalam koi 11.30, dah bleh makan.
laki aku kata kurang masin sebab aku bab boh garam ni fail sikit tapi tengok makan berulang gak. aku jemput mak ain mai, ada belen kuah tu ingat nak ratah ja, dia mintak nak bawa balik.hmmm amik la.
selesai 3 peket mi hari tu.arghhhh nak buat lagi la.
 
tadaaaa..ni dia...
sila lah cuba kawan-kawan..sukatan ikut sendiri.nak bagitau tak berapa nak reti. agak2 ja la.

Wednesday 11 June 2014

Sabar Sabar Sabar

masa aku pantang bersalin anak pertama dulu, aku rasa mudah ja. rasa tak la stress sangat. rileks ja. tapi masa berpantang anak kedua ni, ya Allah. stressnya aku rasa. tak tau la setan mana yang mai ganggu aku, rasa sangat sangat stress. dua kali aku berpantang dengan mak mertua aku, tiap-tiap hari makan lauk ikan masak asam. lauk tu la aku hadap hari-hari. masa pantang kali kedua ni, aku jadi gatal-gatal badan. tak tau pasaipa. salah makan?tak mungkin, salah makan ubat dalam pantang, aku dalam pantang, jamu apa pun tak makan. lepas pantang baru aku makan.salah cara pakai ubat untuk berbarut?mungkin gak kot sebab lepas aku pakai ubat tu, kat bahagian perut naik biji-biji. dalam biji tu ada macam air bisa. bila mandi nampak biji-biji tu macam berair ja.gatai plak tu. aku pakai sekali ja teruih jadi camtu. 8 hari berpantang, kena pi jumpa doktor, dia bagi ubat makan, ubat sapu, cucuk sejarum, ha, amik kau, bayar la rm160. lepas tu hilang 2, 3 hari naik plak gatai tompok-tompok merah kat tepi perut turun sampai ke kaki. bila jumpa doktor, dia pun tak tau sebab apa. tapi dia pesan, kalau tak ok pi la spital sebab dalam pantang lagi. aisehhh awat haru sangat pantang kali nih.mak aku kata salah satu angin meroyan. dia tak naik ke kepala tapi jadi gatai. orang tua-tua kata. tapi mungkin jugak sebab, aku stress masa dalam pantang. mak mertua aku ni beletiaq apa tak tau. pot pet pot pet. cakap benda yang sama berulang-ulang kali. aku sampai naik tension. anak tak bagi boh dalam ndoi. tak habis pantang jangan bagi naik ndoi. pantang jenis apa pun aku tak tau. dah la aku kena dok dengan dia, dok pi cakap plak kat jiran-jiran,kalau dia sorang, senang nak makan pa, ni kena jaga orang dalam pantang, payah la sikit. aku ni bukan tak dak mak, tapi laki aku tu tak bagi balik pantang di kampung aku. yang laki aku pun haru gak, bab nak balik kampung aku memang penyegan. macam la rumah mak dia best sangat. tension aku. sampai la ni, aku rasa nyampah balik rumah. dok opis lagi syiok. tapi dah ada anak-anak, takkan nak tinggai depa dengan pengasuh saja kan. sian plak kat depa. cam anak yatim plak tak dak mak. aku, kalau laki aku takdak, aku dok dengan anak-anak aku dalam bilik, main ka baca buku ka semua dalam bilik. mak mertua aku dok la dia sorang-sorang kat luaq. daripada aku dengaq sora dia yang dok bunyi apa tak tau, baik aku dengaq sora anak-anak aku. bukan aku saja yang kata camtu, biras aku pun kata benda sama. anak dia ramai, bila mai rumah dia, mesti la guna tandas, bila anak dia guna, dengaq la bunyi, eiiii awat basah lantai tandas ni... mak tok tak suka la basah-basah. anak dia campuq anak aku jadi 5 orang budak. ada ka guna tandas tak basah?tu belum kira lagi bab susun barang-barang dia. anak dia sendiri pun tak brani nak susun barang-barang dia. satgi tak kena tempat la, tak kena cara susun la. yang aku sakit hati, depa mai sekali sekala, bleh la buat pekak telinga, yang aku dok dengaq hari-hari ni, jenuh la sabaq. sampai bila nak sabaq? anak-anak aku kecik lagi, beli pensil kaler pun kena. satgi conteng rumah sana sini. aiseyyy budak-budak mana ada yang tak conteng sana sini. leceh la dengaq bunyi pot pet pot pet.sakit jiwa ooo...la ni aku dah jadi nyampah, aku buat bodo, aku buat mudah, kalau hari cuti aku rasa nak masak, aku masak. apa aku nak masak, aku pi beli, balik aku masak, siap aku makan,sapa nak makan,makan,sapa tak mau lantak la. bila beli makanan luaq, semua dia komplen. apa mi keras, apa mi ni cabai potong takdak, apa bihun ni kosong.kalau makan kat luaq plak, apa mangkuk ni tak elok aih, apa cawan ni retak bagi kat orang, actually bukan retak, corak,apa depa ni hidang makanan kat budak-budak lambat. adaaaa ja komplennya. pedih telinga dengaq. hmmm aku dah lama nak tulis pasai benda nih. aku rasa hidup aku tak best.rasa macam menumpang rumah orang, padahai ada rumah sendiri, aku rasa takdak privasi, aku rasa nyampah nak balik rumah, aku rasa awat aku bodoh sangat tak duduk rumah sendiri (ada crita pasai bab nih), aku rasa sempit dok di rumah tu. hmmmm apa nak buat..silap sendiri...

Claim

nyampah betoi aku bila dah kerja claim tak dapat. alasan,duit dah habis. tiap-tiap tahun dah bleh jangka, memang alasan ni la semedang. kalau dah tau banyak program, mintak la duit dr HQ cepat-cepat.ni bila dah tinggai sekupang dua baru nak mintak. sementara nak dapat, makan bulan la. nyampah.

Tuesday 10 June 2014

Bila Rasa Tak Keruan

pernah dak hampa rasa cam ada ja kerja yang tak siap lagi.?macam ada yang tak kena hari ni?macam lupa ja sesuatu? haaa aku rasa cam tu la hari ni. ni semua sebab program nak jalan 14.6.2014 ni, pastu pasai perancangan kawasan fokus yang banyak nak kena buat lain, pasai roda impian aku yang macam tak berapa nak jalan lagi, nak pakai sabtu nih. awat la yang pengarah aku pi tukaq sasat genting camni, mai yang baru ni macam-macam tak kena. aku tau dah perangai pengarah baru nih..veeeeery the teliti person. tak bleh tak kena sikit pun. walaupun dia ni orang tua yang dekat nak pencen tapi semangat kerja dia tinggi. kalah orang muda.tapi tu dia la, nak present apa-apa pun takut la.satgi tak kena saja saja. dulu aku ingat senang la buat kawasan berfokus nih, jadi camni , haaa haru dah rasa. aku tak tau la orang lain rasa apa, tapi aku rasa sakiiiit sangat nak perabih nih.hmmm hidup perlu diteruskan..

Sedapnya Bagi Arahan

orang atasan memang senangkan?bagi ja arahan. orang bawah yang terkial-kial nak buat. macam mana nak buat, pandai-pandai la hampa. kalau tak kena, senang-senang depa marah kita. hari tu masa aku pi meting, bagi arahan macam lain. sekarang bagi arahan lain. kalau nak bagi arahan, bagi la jelas. sat cakap camtu sat cakap camni. masalah dia sekarang ni, kita nak deal dengan orang awam,dengan ketua kampung. ingat depa takdak kerja lain ka, nak layan soalan kita setiap masa. depa pun ada kerja lain jugak. ingat data yang kita nak boleh dalam cepat macam petik jari ka?ingat kalau mintak data dekat PDRM, pukoi 10 pagi faks surat, pukoi 12 tghr bleh dapat? 3 hari lagi pun belum tentu bleh dapat. cuba la pikiaq tengok. hari ni mintak, esok nak dah. gila. aku geram betul la dengan orang atasan. tambah sekarang ni, bila tukaq ketua, semua bertukaq. nyampah.

Sunday 8 June 2014

Pameran Di Sekolah Cina

aku dengan kawan-kawan unit aku, boleh kata tiap2 hari Sabtu kena pi kerja. jaga pameran la. hari tu, aku pi la bertugas jaga pameran di SJKC Shang Cheng. ada ramai bekas pelajar sekolah tu yang mai. cuti umum plak kan.


demonstrasi solekan


gerai jualan kamus Besta. aku tengok ramai gak yang beli. 


kawan aku mira yang sedang cuti belajaq pun mai gak 
tolong jaga pameran


gerai jualan persatuan cina nih sebab dia tulis for non muslim only. yang aku nampak ada la juai noodles tapi vegetarian ka apa pun tak tau la.


gerai Klinik Pergigian Merbau Pulas..lengang cam gerai pameran aku gak. 


syarikat vico, nestle dan nutrigen. aku jemput nutrigen mai program aku minggu depan.


persembahan oleh persatuan cina. aku tak la paham apa yang depa nyanyi tapi aku rasa bab kasih sayang nih. gerak gaya depa cam menunjukkan lagu ni berkaitan kasih sayang.


haaa..ni la yang beli. depa juai aksesori 3 rm10.aku rembat rantai tangan 2, rantai 1.ish murah sungguh la. untung mai tang mana tak tau la.
kat program ni yang kami bleh makan, selain minuman cuma satay ja. tu pun aku terkena. ingatkan secucuk 50 kupang. aku tengok depa dok kipas satay cantik ja, aku pun order la 6 cucuk. rupanya secucuk singgit. 50 kupang masuk tabung sekolah,50 kupang dapat kat peniaga. alaaa satay keciknya..isi sikit la cek oiii. adoiii rasa terkena plak aku.


Kenduri Kawen Azreen

oitt..hampa mesti ingat Azreen tu pompuan?Azreen tu lelaki la. sepupu laki aku. mak mertua aku jaga Azreen ni dari lepas pantang sampai umur dia 6 tahun. mak dia kerja dengan utusan kat Prai. Ayah dia kerja kat sekolah. mak dia balik tak menentu, nak plak masa tu tak dak pengasuh banyak cam la ni. jadinya, mak mertua aku la yang jaga. mak pak dia mai tengok seminggu sekali ja. kadang-kadang amik bawa balik, kadang-kadang dak. memang dia raaapat sangat dengan keluarga asben aku. mak mertua aku dia pangge mak. masa dia darjah 1, kat buku sekolah, cikgu tulis Azreen bin Arshad, dia pi padam tulis Azreen bin Abu Bakar. 
pak mertua aku la tu.
kemarin 8.6.2014 (Ahad) kenduri sebelah lelaki. sebelah dia la. aku amik time off pi la kenduri tu.nak amik cuti cam sayang ja cuti. amik time off la. sebelah pompuan minggu lepas. mak aku pi la. aku tak pi pun. malaih nak cuti lagipun anak kecik2 malas nak berenyah orang kata.
sekarangkan panas..fenomena el nino gamaknya..adoiiii berpeluh ketiak la pi makan kenduri pun. anak aku pi dengan mak ain depa. depa pi awai, aku pukoi 2 lebih baru la sampai.aku tengok pengantin lelaki dok berkawad di tempat parking keta dengan pakai kotnya, nasib kot dia kaler putih, kalau hitam, terbakaq la kau Azreen oi. hahahaha
biasa la time kenduri nak jumpa adik bradik pun kan?ada juma Njang, Ndak, Long, Ngah, Tam tak dan jumpa sebab dia balik awai. Jumpa sepupu sepapat, kak shima, adik apit, adik apa lagi tak tau la, Faizah dan raaaamai lagi. ada yang aku tak pernah jumpa pun ada.
selalu aku pi kenduri deejay akan mainkan lagu ja. tapi kemarin deejay ada buat intebiu dengan pengantin. tanya kat mana jumpa, bercinta berapa lama, bila first dating..hishhh aku malu nak jawap kalau orang tanya depan orang ramai camtu. teka teki pun ada. Pak Tih sponsor hadiah, ada yang daapt rm2 , ada yang dapat rm5 ada yang rm10.. oittt Pak Tih seronok dapat menantu kot tu yang sponsor duit untuk teka teki tuh..kan Pak Tih kan?


pengantin sedang diintebiu oleh deejay. selamba ja ko jawab yer..kalau aku malu dah aihhh.


Pak Tih dan Mak Tih dok kalut sambut tetamu. kenduri first nih. ada lagi 2 dok tunggu turn.


pengantin yang sedang menahan diri dari kehangatan mentari sebab cuaca terik sangat kemarin. sian plak pengantin pompuan, beg baju dia terlepas masuk dalam keta keluarga dia. depa pakat balik pi homestay dah.masa ni orang tak ramai dah.


orang dah jamu nasik minyak dari Pantas katering yang sedap depa mintak nak rambutan plak. terpaksalah Angah kaitkan. yang lecehnya, banyak semut plak tu. aku dan rasa 3,4 bijik. tak manis pun. besaq dan kaler merah elok sangat.


Wednesday 4 June 2014

Aikkkk Macam Rileks Jer

apa hal 2, 3 hari ni aku rasa cam rileks ja. takdak kerja ka aku?apa kerja yang aku tak siap lagi nih?aiseyy cam konfius dah ni.kang kata siap dah kerja rupa2nya ada lagi kerja yang tak siap.haaa mampuihh...

Tuesday 3 June 2014

Sarah Yang Rajin....

aku, kalau mai angin rajin jangan dok buat pasai. sapu sampah 3 4 kali sehari, mop lantai lagi, sapu sampah kat tempat letak keta lagi.kalau rajin sangat bleh mop lagi parking keta tu..kauu jangan buat main..kalau rajin la..
Jumaat lepas, angin rajin aku menyerang. lepas aku hantaq anak aku g rumah mak ain dia, aku terus balik rumah.sarapan apa pun tak beli. pukoi 6 pagi tu, masa bangun mandi dengan semayang, aku dah bawa kuaq ayam yang dalam peti sejuk.bagi dia lembut.so, balik dari ngantar anak tu, ayam dah lembut, boh dalam periuk, rebuih.haaa aku nak buat nasi ayam. resepi aku dah amik dari satu blogger yang memang rajin masak nasi ayam.tumbuk halia, tumbuk tu tumbuk ni.makcik sebelah rumah dah heran, awainya memasak, dia ingat mak mertua aku.tapi aku yang dok akt dapuq. masa tu anak yang kecik pun tak bangun lagi.canteeeekk la sangat. senang kerja aku.
ayam dah elok rebuih, amik ayaq ayam, letak nasi pulak. ayam dah perap cantik punya.potong tomato, timun semua.tengok-tengok jam, aku setel buat semua dlaam pukoi 9.30 pagi..fuiyoooo cepatnya.aku kata kat mak mertua aku, ni la sarapan sekali dengan makan tengah hari kita.ok dak mak?ok ka dak ka nak kata pa kan..bantai ja la..cehhh rasa bangganya..nasi ayam siap awai..first time aku masak nasi ayam nih..kira ok la..
mai tengah hari, aku dah tak tau nak buat apa.nasi kan dah masak awai..ok, dok pikiaq apa nak buat plak petang satgi.jeng jeng jeng...idea ada dah..petang tu aku buat kuih cara plak. aku boh coklat rice dalam dia.ada yang aku boh gula, ada yang coklat rice..waaaaa kreatif plak aku rasa.hahahaha sarah yang rajin.mesti mak mertua aku teruja..

Kawan-Kawan

kita ni hidup mesti berkawan kan?mana ada orang yang tak dak kawan..camna nak hidup. tapi kawan ni ada banyak jenis, ada yang baik sangat ,ada yang suka amik kesempatan, ada yang suka meminjam, ada yang suka menipu, ada yang pentingkan diri sendiri.. pandai - pandai la kita mencari kawan.
ada jugak kawan yang ajak kita buat jahat.contohnya, ponteng kerja, mencuri, amik dadah. dah besaq kan, pikir la apa yang baik apa yang tidak. yang ajak amik rasuah pun ada jugakkan? dulu masa aku kat U, ada sorang kawan aku ni baaaaaik sangat.sampai cam kena buli plak. ada sorang lagi kawan aku tu prihatin betul. akukan orang susah. ada plak projek nak kena buat. kena banyak pakai duit. nasib la aku ada menabung sikit-sikit. dapat la cover nak buat projek tu. kawan aku ni nama azlin, dia selalu tanya aku, ko ada duit ke Long? aku takkan nak jawab takdak. jawab la ada. masa kami kutip duit nak buat projek tu aku bagi semua duit syiling 50 sen,duit tabung aku la.
kat tempat kerja aku ni ada gak kawan yang suka berutang. utang sana, utang sini. ntahla hidup dalam utang gamaknya. aku pun tak berapa tau sangat kisah dia. dengaq ja la kawan2 crita. ada kawan yang aku kenai, bergaya kemain, asik beli baju baru ja tapikan minjam orang sedia sedia. haihhhh tengok la sekeliling kita. yang patut kita amik teladan, amikla, yang patut jadi sempadan, jadikan sempadan.
dah beso, pandai2 la pikiaq sendiri..kan kan kan



Dari Wanita Untuk Wanita

hujung bulan ni, tawaran untuk perlindungan wanita akan tamat. bukan tamat terus, plan masih ada cuma bayaran bulanan akan dinaikkan. kalau dulu sebulan min rm 100 tapi nanti akan jadi rm150.00. coverage kebanyakannya sama cuma tambah bilangan hari warded ja.
ok..mai aku crita plan nih.sapa nak amik dialu-alukan TAPI ingat yer sebelum mengandung. kalau dah ngandung bleh amik jugak tapi cover untuk yang next punya pregnancy sebab tempoh matang polisi tu setahun k.

jika bayar rm100 sebulan, yang akan dicover ialah :
** elaun bersalin- rm 600 semalam.utk 3 malam dapat la rm 1800.00. kalau warded 2 malam dapat la rm 1200.00
** pampasan untuk kanser wanita - rm 60k.kalau orang tu kena kanser payudara, dapat la rm60k. kalau kanser otak?tak dapat k. sebab tu bukan kanser berkaitan dengan wanita.
** carsinoma in situ - rm 20k. apa itu carsinoma in situ? tanda awal kanser.cth:lump dekat breast..ha bleh dapat tu.
** komplikasi sebelum bersalin  - rm30k
apa komplikasi yang dicover? 
-mengandung luar rahim
-anak mati dalam kandungan
-tumpah darah yang teruk
(anak mati dalam kandungan ada 2 orang yang aku kenai jadi camni)
**komplikasi selepas bersalin - rm30k
yang dicover ialah :
-sindrom down
-spina bifida
-jantung berlubang
**elaun masuk wad sebab sakit atau kemalangan - rm100 semalam.kalau masuk wad sebab mengandung, tak leh claim yer..
**plastik surgery untuk muka dan leher -rm25k. sebab kemalangan je k.sebab saja-saja buat nak cantik tak bleh.
**pampasan untuk kematian atau hilang upaya kekal - rm60k
** kematian akibat bersalin - rm120k.

ni untuk rm100 yer. kalau sebulan rm150/rm200 lain le plak pampasannya.elaun spital ja sama tak kira berapa bayaran bulanan.

hurry up..sebelum habis bulan ni sapa nak sign up kontrak dialu-alukan..call atau sms aku..0124945435

Monday 2 June 2014

Kedai Sebelah Juai Mi Udang

aku dengaq mi udang memang la terliuq. udang tu beb. my fav tu.gila ko kalu tak makan. alkisah, ada satu kedai mi udang bukak kat tepi pejabat aku. bleh try bleh try. satu hari kami pun pakat-pakat la pi beli. kedai ni juai mi udang, nasi goreng udang ja. benda lain takdak. western food ada la satu dua jenis ja.


ni mi udang nya. 4 ekor udang yang besaq. rega rm8.50 semangkuk. mula rasa, kuah dia macam banyak sos. tak kick macam kat sungai dua atau sg petani. frust.


yang kawan aku tengah pegang tu popia udang. ha satu lagi menu. popia udang. 6 keping rm 6. disuggestkan oleh kawan 
aku dia kata sedap. orait. bleh try la nanti.
yang aku punya nasi goreng udang. nasi goreng cam biasa. boh udang 4 ekor atas nasi tu. biasa kalau order nasi goreng udang, mesti udang tu digoreng sekali tapi yang ni depa goreng nasi asing, tak udang 4 ekoq atas tu. rm 7.50 satu pinggan. nasi dia banyak la. nasi boleh la tahan. 
tapi hari tu kami pi makan sekali lagi, mi udang dia sedap plak kuah dia.tak macam mula-mula beli haritu. ada perubahan.masa aku balik kampung Khamis lepas pun aku beli kat dia gak dah takdak tempat nak pi beli, beli ja la yang dekat dengan opis nih. rasa ok gak.mungkin yang mula-mula dulu baru nak dapat feel kot.
hmmm boleh la kalau nak makan sekali sekala. sebab rega mahai kan, kalu nak makan tiap-tiap hari mau lubang la poket. nak gaji lambat lagi weiiii. tapi hati ini tetap kata yang di Sg Dua jugak sedap. yang D'King Sg Petani pun sedap gak.pi la try kawan-kawan.

Jiran oh Jiran

hampa ada jiran yang kerek dak?kat taman aku ada gak yang perangai kerek. suka sangat amik tau hal orang lain. orang sibuk beli barang baru dia pun sibuk gak. sampai sanggup berutang dengan orang. apa yang jadi kat lorong tu mesti dia tau punya la. yang aku nak tergelak tu, dia ni sembang huiii anak dia orang kaya. actually kawin dengan orang yang berniaga. senang la kan. anak dia kerja kerajaan ja tak la tinggi sangat gred tapi pakai keta besaq. import tu. jiran aku yang sorang lagi kata, dia tu harap laki dia ja. ok..aku diam ja. yang lawaknya, rumah ada ekon, tapi tak pasang sebab takut bil tinggi. dia sendiri kata kak mak aku. cek tak pasang ekon, satgi bil mahai. kak takpa la, pasang sedia. dah cuaca panas, pasang la kan, ada buat apa kalau tak guna. hari tu anak dara dia kawin, abang-abang yang dok jauh pakat balik la. dari akad nikah sampai ke kenduri gap la dalam seminggu. kat rumah depa sendiri ada ekon kot, balik sini pasang la, lepas kenduri bil mahai ,aku dengaq dia kata bil naik sampai seratus lebih. anak dia yang kawin orang berniaga tu marah, apa bil banyak sangat. besa dok bayaq dalam puluh-puluh ja. aiseyyy baru seratus lebih pun marah,kata orang kaya. heeee
kalau anak orang, kawan lelaki mai rumah pi marah tuh. tak elok katanya. yang anak dia kawan lelaki dok mai tu ada dia teguq..haram dak..kata kat orang pandai la sangat. nak menantu semua yang berduit. hantaran tak mahai-mahai. nak lawan dengan anak jiran. ada ka camtu. sian anak dia yang sorang tu, kena putuih la sebab dia tak mampu nak bayaq hantaran mahai. dah anak jiran tu lelaki nak bagi banyak, dia amik ja la,awat la kalut sangat.
tu belum kira lagi mak aku beli dapuq baru dia pun kalut nak beli, mak aku nak boh batu yang besa orang boh kat depan rumah tu, bagi nampak kemas sikit bahagian luaq tu, dia pun kalut nak boh. dia bleh kata kat mak aku, laaa cek ingat cek yang mula-mula nak boh, rupanya kak buat dulu. hahahahaha mak aku buat dulu dari dia. hahahah kelakar la makcik ni tapi dia baik. anak-anak aku suka dia.mak mak menakan aku semua dia kenai jadi kalau depa mai kami tak dak dia boleh bagitau sapa yang mai..baik makcik ni sebenarnya cuma kena berhati-hati bila bercakap kang satu taman tau crita kita.hahahhaha

Jiran Oh Jiran

kita semua ada jiran kan? ada jiran yang ok ada yang takkan?aku rasa ok jugak sebab aku dok di kejiranan lama.maksudnya orang dok di taman tu semua yang dah otai. kalau taman yang baru nih, orang muda-muda yang dok. jadi tahap perkenalan kita dengan orang sebelah agak kurang. betoi dak?
macam kawan aku, dia dok di kawasan perumahan yang baru bukak, jadi orang yang dok di situ semua baru-baru, muda-muda.tak berapa nak kenai orang sebelah menyebelah.tembok rumah plak pakat penaik bagi tinggi. kiranya bila jiran jalan, nampak takat hujung kepala ja. pakat nak privasi. alkisahnya, rumah kawan aku kena masuk dengan perompak yang memang handai. sebab apa aku kata handai, depa boleh angkat tv kawan aku yang 52 inci tu.boleh plak pi kemas sound sistem boh dalam beg, boleh plak pi test urin depa dalam bilik air kawan aku tu pastu pi susun bekas yang depa kencing tu elok-elok ja.kawan aku ni lepas habis program dia bawa balik test strip dengan botol urin sekali. jadi reja plak depa pi test urin sendiri. boleh plak pi curi motor kawan aku dengan 
geran sekali.
yang keta kawan aku tu, depa nak stat keta tanpa kunci tak reti tak tau depa perokoh macam mana, rosak plak tang kunci tu.sian kawan aku, 2 kali dah dia kena dalam 
masa setahun.
jiran dia dengaq alarm bunyi tapi tak buat apa la ingat kawan aku tu ada di rumah lagipun dia dengaq alarm bunyi tak sampai 5 minit pun. yang kawan aku pun satu, pi bejalan tak bagitau orang. ingat dah ada alarm selamat, kena jugak la.depa pandai masuk dalam rumah pi tutup suis alarm tu. cekap cekap.
hmmm tu la kan bila kita tak berapa kenai jiran dan jiran pun tak berapa kenai kita.

Kenduri

sapa suka pi makan kenduri? angkat tangan walaupun aku tak nampak sapa yang angkat tangan..heeee..aku suka makan kenduri.suka sangat. tapi laki aku tak suka. sabtu lepas, aku pi makan kenduri rumah mak menakan mak ain, kat Seberang Jaya. aiseyyyy..sedap gila menu makanan depa. yang pasti kambing masak kurma mesti ada..sedap oiii..mamak masak kurma kambing. acar depa pun lain dari acar yang aku selalu dok makan. acar mamak style
mak ain kata.
lepas pi Seberang Jaya, aku tala pi Alma plak. ni rumah tokey katering.depa pangge dia Gannapathy.mamak jugak. menu hampir sama. kurma kambing tetap ada. aku sapu sungguh kurma kambing. sedap betoi, aku tak main-main.actually, tokey ni buat kenduri besday cucu dia.meriah sangat. dengan makanan dengan kuih muih dengan cupcake comey-comey..semua ada.
malam tu plak, abang ipaq aku bawa balik kurma kambing lagi..aku pulun lagi..panas gak badan sebab berketoi-ketoi aku makan..puas hati makan kurma kambing.yeahhhh