Monday, 2 June 2014

Jiran Oh Jiran

kita semua ada jiran kan? ada jiran yang ok ada yang takkan?aku rasa ok jugak sebab aku dok di kejiranan lama.maksudnya orang dok di taman tu semua yang dah otai. kalau taman yang baru nih, orang muda-muda yang dok. jadi tahap perkenalan kita dengan orang sebelah agak kurang. betoi dak?
macam kawan aku, dia dok di kawasan perumahan yang baru bukak, jadi orang yang dok di situ semua baru-baru, muda-muda.tak berapa nak kenai orang sebelah menyebelah.tembok rumah plak pakat penaik bagi tinggi. kiranya bila jiran jalan, nampak takat hujung kepala ja. pakat nak privasi. alkisahnya, rumah kawan aku kena masuk dengan perompak yang memang handai. sebab apa aku kata handai, depa boleh angkat tv kawan aku yang 52 inci tu.boleh plak pi kemas sound sistem boh dalam beg, boleh plak pi test urin depa dalam bilik air kawan aku tu pastu pi susun bekas yang depa kencing tu elok-elok ja.kawan aku ni lepas habis program dia bawa balik test strip dengan botol urin sekali. jadi reja plak depa pi test urin sendiri. boleh plak pi curi motor kawan aku dengan 
geran sekali.
yang keta kawan aku tu, depa nak stat keta tanpa kunci tak reti tak tau depa perokoh macam mana, rosak plak tang kunci tu.sian kawan aku, 2 kali dah dia kena dalam 
masa setahun.
jiran dia dengaq alarm bunyi tapi tak buat apa la ingat kawan aku tu ada di rumah lagipun dia dengaq alarm bunyi tak sampai 5 minit pun. yang kawan aku pun satu, pi bejalan tak bagitau orang. ingat dah ada alarm selamat, kena jugak la.depa pandai masuk dalam rumah pi tutup suis alarm tu. cekap cekap.
hmmm tu la kan bila kita tak berapa kenai jiran dan jiran pun tak berapa kenai kita.

1 comment:

Rai Ourkizuna said...

aduhh.. kesiannya.. 52inci tu.. siap ngan geran bagai.. mmg naya gila.. betul tu.. pasang alarm pun kalau tak bgtau jiran kata kita takda kat rumah takda sapa nak tau kan..