Tuesday 17 February 2015

Be Careful Ladiessssss

kat area opis aku ni dah tak selamat rasanya. kes yang berlaku dekat sangat dengan opis aku dalam masa kurang lebih 2 bulan nih:
**bos aku kena ragut kat belakang opis
**nyonya tua kena ragut kat market
**pekerja cyber cafe kena tetak..masuk paper
**bini kontraktor kena ragut depan rumah..rumah dia belakang opis aku
**cina muda kena ragut masa lepas beli barang kat market..dah buka pintu keta dah pun..nak masuk ja..zappp kena
**minggu ni 16.2. ada lagi pompuan kena ragut tapi tak dapat beg sebab dia pegang kuat..

tempoh masa kejadian, dekat2 jer..polis pun ronda macam tak kerap ja. lepas bos aku kena ragut ada gak la mai, pastu senyappp ja...hmmm jenayah makin meningkat ka atau trend dekat nak raya cina?ada yang kata dekat nak raya jadi la jenayah ni..hmmm tak tau lahhhhh

Duit Kena Curi..Huwaaaa

sedihnya duit jual dadih kena curiiiiii...bukan banyak pun..dalam belas-belas ja. aku suruh kakak cafe tu letak dalam tong polistren cam yang selalu buat. haprak betoi ada orang curi. hari tu ok ja. ni student ka pekerja kantin punya kerja. sian aku. dah la untung tak seberapa, hilang plak. nasib baik kakak cafe tu ganti balik. walaupun berganti aku rasa bersalah plak sebab dia plak nak kena ganti. kalau dia tak ganti habis la untung dgn modai aku, camna?hmmm takpa lah dah kakak tu nak ganti. aku trima ja la bukan aku mintak pun. terima kasih kak. penyamun betul sapa yang curi duit aku..aku tak halalkan..biaq mampuih pi kat dia..heeeee bleh ke kata camtu?

Tuesday 10 February 2015

al kisah

well well well...zaman orang pakat dok berniaga. termasuk la aku. dah tulis dah dalam ni. my new plan, nak buat sandwich dan nak letak rempeyek sebab rempeyek ni memang la sedap bangat. sandwich aku nak letak kat kedai makan kuey teow th'ng..kedai ni walaupun baru tapi ramai orang sebab kuey teow dia memang sedap. alkisahnya, dia ni berniaga tumpang kedai orang, tapi tuan punya kedai ada dengki dalam hati. depa suruh dia pi cari tempat lain..yang kawan ni pun berganjak la ke kedai yang nombor 6 di tempat yang sama. bila dia dah berubah ke kedai lain, customer pun beralih ke kedai tu. dah ramai customer, yang tak pahamnya, tokey tu nak buat sendiri plak kuey teow, char koey teow dan sebagainya. sian depa, tak dak tempat nak berniaga...mai la berniaga di tempat aku sat..dalam 3 hari ja, pastu stop sebab tempat kecik, nak bergoreng jadi payah. aku sebenarnya tak pernah makan pun kuey teow th'ng tu. dengaq nama ja. tapi abang ipaq aku selalu pi makan.regular customer la kiranya. dia la yang dok crita ada kedai baru bukak, nak cari orang untuk letak makanan, sebab kedai dia kosong ja. so, aku pun apa lagi pi la makan pastu buat2 tanya nak letak jeli kelapa.ceh ceh ceh...ada can ada can..aku letak la jeli kat situ. 2 hari sekali aku top up la.sebab tak la habis semua dalam masa 1 hari. tapi takpa la kan..ada juga duit sampingan. dan aku pun tak la ralat sangat sebab on the way nak pi hantaq anak , hantaq sekali dengan jeli..satu jalan ja..alhamdulillah..rezeki ada di situ. yang penting adalah usaha dan tawakal. kalau tak usaha mana nak dapat hasilnya kan???? semoag yang berusaha akan berjaya

Aku Suka Vendor Butik

sekarang  ni memang fenomena vendor butik.. macam-macam ada di jual di vendor butik. kat kulim ni yang aku tau ada 5 buah, kat padang serai ada 2 buah. kalau pi vendor tu kalau tak membeli macam tak sah ja sebab semua ada. tudung, shawl, baju, blaus, kosmetik jangan cakap la, memangggg banyak. kasut dan yang paling best, makanan..aiseyyy bila ada makanan ni, sure orang akan beli. kalau depa tak beli yang mahai cam pakaian ka beg tangan ka depa mesti akan beli yang murah. makanan la jawabnya. cam aku, bila aku masuk ja dalam butik aku mesti nak tengok2..bila rega cam tak mampu aku nak beli walaupun 30 40 hengget, tengah kering saja masuk nak cuci mata, aku amik la makanan..sebab makanan juai dalam 2 hengget, 6 hengget..mampu la belikan..tidak takkan nak kuaq kosong kan..hahahha pandai la depa ni, nak tak nak orang akan beli..kalau tak beli rasa cam malu ja sebab pusing keliling butik satu pun tak amik..kah kah kah..lawak ja rasa kan..padahai kalau kita tak beli pun orang bukan kata apa pun. kita yang perasan kan?kalau di kl, vendor ni dah tumbuh macam cendawan, kat sini baru nak start. aku dulu pun tak berapa tau sangat pasai vendor ni tapi bila dah start pi, cam ketagih plak..hmmmm aku dah kena slow ni..banyak plak membelinya...

Bersyukur...

bila direnung-renungkan, terasa beruntungnya hidup ini. alhamdulillah dengan rezeki, kesihatan dan segala yang baik2..aku ada baca coretan kat dalam surat khabar, rezeki bukan bermakna duit yang bertimbun-timbun tapi boleh juga datang dalam bentuk hati yang tenang, hidup yang gembira, anak yang sihat dan baik..rasa sungguh indah hidup ni..balik kerja, buat apa yang patut, amik anak, tengok tv, tidoq..basuh baju, iron baju, lipat kain..ya allah, rasa lapang ja. takdak nak kelam kabut, nak serabut..terima kasih ya allah kerana memberi ketenangan pada aku..aku dapat menjalani hidup ni dengan amat baik. tak dak tekanan. setiap kerja aku rasa enjoy..alhamdulillah dan terima kasih ya allah..

Sunday 8 February 2015

Roti Kopi Yang Tak Jadi

suka makan roti kopi? huiii aku memang suka gilerrrrr...sedap bangat roti tu. tapi cara nak buat macam susahkan? memang aku rasa susah. semalam aku try buat. dengan kelam kabutnya selepas buat dadih aku buat. hmmm hasilnya amat mendukacitakan..cam tak jadi ja.. berangan ja la lebih aku nih..jadinya tidak..tapiiiii aku tak putuih asa. nanti aku akan cuba lagi. kelmarin kelam kabut. aku kena buat dalam keadaan tenang. kot-kot la menjadi..cuba lagi yer..jangan putus asa..

Wednesday 4 February 2015

Activities For The Off Days

hari ni kamis, esok cuti le maknanya. sekarang tadika anak dah cuti cam maknya.jadi amatlah senang nak plan apa2 pun. thn lepas, jumaat mohsin school. tahun ni, lega sikit. so, asben aku tak balik minggu ni, minggu depan pun. so, petang ni, aku cabut la balik kampung. sib baik dekat, bleh balik selalu, tu pun minggu lepas tak balik sebab asben aku balik.sian kat dia, penat drive, nak la dia rehat kat rumah mak dia sendiri. ok jer, sebab minggu ni dengan minggu depan aku bleh la balik kg sendiri. apa susah yo..
petang ni, lepas balik kerja, balik rumah dulu, siap2 barang, tunggu pukoi 5, amik mohsin di LC. bawa balik rumah, nak mandi ka apa ka, amik beg masuk keta. pi amik adik ain di rumah mak ain, bawa balik padang ubi. yeyyyyy 
esok petang dah kena balik kulim sebab lusanya ada ceramah di sekolahhhhh...sekolah pun buat hari cuti, buat la hari ngaji..senang sikit. tapi demi agama, bangsa dan negara, aku tak kisah, pergi ja. naik keta sendiri sebab hari cuti.lagipun minyak dah murah.hehehhe

Harga Minyak Sudah Turun

harga  minyak sudah turun..banyak turunnya..tapi harga barang makan sama saja. masa rega minyak naik, pakat penaik harga sebab katanya kos meningkat. ni dah turun rega minyak, tak turun pun rega barang. kan ke kos minyak dah turun. rega segelas milo ais rm2..kalau kat kedai mamak nasi kandar lagi la mahai..kalah rega seliter petrol 95..waaaaa peniaga senyum lebaq la kan..dapat untung kaw kaw punya..sian kami yang pembeli ni..eh, kerajaan kena buat apa ek?takkan tunggu rakyat bersuara kot..patut dah ada cara nak atasi nih.hmmm tunggu dan lihat la apa yang kerajaan akan buat. pagi tadi dekat tv dah ramai berbunyi sebab isu nih..kena la cepat bertindak.. takkan nak bagi rakyat terus tersepit.. tapi, takpa, kerajaan mesti ada cara nak atasi..semoga semua pihak memberi  kerjasama untuk membantu menghadapi masalah ini. 

Tuesday 3 February 2015

Part Time

aku rasa sekarang ni banyak orang bua kerja part time..sebabnya, nak harap duit gaji hakiki mana nak cukup kan? tengok la kos hidup sekarang nih..naik jer..mana ada rega barang turun walaupun minyak dunia turun harga merudum..hmmm jangan kau mimpi di siang hari la rega barang akan turun ikut rega minyak..kalau naik tu cepattttt ja, turun, jangan harap. so, kat opis aku ada ramai yang buat part time..gaji kami kerja gomen sikit ja tuan tuan dan puan puan..mana la banyak cam kerja swasta. yang buat part time:
*uli - tukang jahit baju..huiiii baju dia jahit sedap pakai tau
*rozaidi - buat sandwic letak dekat kedai.dia ni rajin gak join apa2 new biz yang hot..cam elken la apa ntah lagi
*mira - dah nak start butik vendor..huiii butik tu..masyuk lebat nanti nih
*aku - agen insuran HLA dan penjual jeli kelapa muda + dadih, biskut famous amos dan crunchy jar (nak order bleh la yer)
*apit - menjual produk kesihatan
*G - part time wiring
*en mi - dreba bas expres
*wawa - sagu manis, coklat homemade, muffin dan cupcake , eh lupa congo bars
*en din - tokey kerepek pisang..laku gila..
 
hmmm sapa lagi?rasanya yang ni ja la..yang lain mungkin aku tak tahu..
 
apa2 pun yang penting, halal dan untuk kebahagian keluarga kita..