Saturday 31 January 2015

Jeli Kelapa

aku nak share resepi jeli kelapa ikut aku punya stail...makan panas-panas ni sedap ooo..sejuk plak tu..hmm best.

bahan-bahannya :
50 gm jeli..aku gun jeli konnyaku
3500 ml air biasa + air kelapa muda
(kalau air kelapa 1 liter, tbh lagi air biasa 2.5 liter)
gula dalam 400gm (ikut manis yang korang suka)
masak sampai mendidih...
dalam bekas, hiris kecik2 isi kelapa tu..
masukkan jeli yang telah dimasak tadi..
siap le sudahhh
simpan dalam peti sejuk..

ni la kerja part time aku selain daripada ejen insuran..
selamat mencuba..so far, memang laku la juai jeli kelapa nih

Monday 26 January 2015

my update

wau wau wau....dah lama sangat tak menulis..busy sangat ke aku nih?oooo tidak..malaih sebenaqnya..la ni, kau sibuk dok buat jeli kelapa dengan dadih..selang2 la..ada hari buat dadih ada hari buat jeli kelapa. tapi aku rasa aku banyak buat jeli kelapa muda sebab yang tu paling laku..ala buat tak banyak pun..sekali hantaq kedai 20 bekas ja..jadi la kan..aku letak kat 3 tempat. kmk aku letak harian, kedai makan medan suri, bila dah hbs stok, kedai makan kat paya besaq pun sama. dalam 2 hari sekali hantaq. sikit2 lama-lama jadi bukit..kumpul la untung tu sikit2 dulu..aku buat jugak apom polkadot. letak kat kmk..tak tahu la jalan ke dak sebab dah 2 hari tak pi amik hasil jualan. aku buat jugak biskut famous amos..yang tu aku letak dekat kedai kek. crunchy jar pun sama letak kat kedai kek dengan butik kakak ipaq kawan aku. so far, ada sales la benda tu. alhamdulillah..moga semuanya berjalan lancar. nak bisnes besaq2 maodai takada. buat le kecik2 dulu..

Tuesday 13 January 2015

Letihhhh

masalah betul aku dengan anak no 2 ni. dia payah nak tidoq la.setiap malam tidoq pukoi 1 lebhih. semalam dia tidoq pukoi 2 pagi. jem jem..aku nak kena bangun pukoi 5.45 pagi..berapa jam ja aku dan tidoq..pening kepala bila bangun pagi2..ada cara dak nak bagi dia tidoq awai? FYI, dia tak tidoq petang tau..tapi boleh berjaga sampai macam tu sekali..heran heran

Monday 12 January 2015

Anak-Anak Aku

so, far, walaupun asben jauh, tapi aku still ok lagi..anak-anak pun ok. yang lawaknya, bila mohsin kata, abah takdak, abang bleh tidoq dengan mama. sebab bila abah ada, dia kena tidoq dengan maktok.malam-malam kamimtidoq kat depan tv, sebab ain nak tidoq situ. tak mau tidoq dalam bilik. kami angkat la tilam bantai mai depan. yang jadi tukang angkat bantai, mohsin la. mai abang tolong mama. abang besaq dah.chewahh dah besaq. bila time aku nak buat dadih, mai abang tolong mama susun cup. baguihhhh mohsin..(puji anak sendiri) ..adik dia ain ni, garang. mohsin pun kata, adik garang la mama, suka buat abang. memang pun. dia walau 2 tahn, kalau tampaq kita, bleh tahan pedih oo..tak pandai bercakap lagi..sebutan tak jelas tapi yang aku paling suka bila dia pangge, maamaa maamaa..sweet sangat. moody pun kuat. ikut sapa tak tau. aku kot.
mohsin dah tadika. pagi sampai petang..aktiviti dia penuh..malam rehat ja. kalau nak tengok siaran lain tu, sorry la. 611 ja la. kalau bukan yang tu 617..hmmm tengok la kartun hagemaru hageda yang dok ulang tayang tu..tengok la ultraman kids yang boleh tau dah crita dia camna. mainan dah kena beli 2, kalau beli satu, berebut sakan la..anak oo anak.
adik ain dia,yang paling aku tak suka, tidoq lambat..pukoi 1.30 br nak tidoq..aiseyyy jenuh tunggu. ada kawan2 aku yang depa tidoq dulu, anak tidoq kemudian, aku takut anak aku panjat ka apa ka, jatuh plak. tu yang tak berani tu.. 

Saturday 10 January 2015

Aku Dan Anak-Anak..Sedih Sangat

hari ni merupakan hari terakhir asben aku di Kedah. dia ditukarkan ke negeri Pahang..lebih tepat di Taman Negara Kuala Tahan. aku rasa sedih sangat bila dia kena pindah, sebabnya aku akan terasa kosong time balik kerja, time pagi2 nak pi keja, time maghrib..hmm apakan daya, dah arahan jabatan, kena la ikut. kawan2 dia, 4 orang lagi kena tukarkan ke Johor, Terengganu dan Selangor. time balik kerja, bila aku sampai dengan anak-anak dari rumah pengasuh, dia akan sambut.time nak semayang, dia akan peringat aku , pi semayang, pi semayang..walaupun aku bantah gak sebab nak tengok crita sampai habis. anak-anak tak paham apa maksud pindah. tapi yang sulung tu aku dah banyak kali cakap, abah kena keja kat tempat jauh.. sebulan sekali abah balik..masalahnya tempat kerja baru tu belum tentu sebulan sekali boleh balik. silap hari bulan, 2 bulan sekali baru balik.sian anak-anak..aku la handle semua..sebenarnya, dia dah selalu dah masuk hutan, kalau masuk, amik masa sebulan, tapi yang tu aku tak heran sebab aku tau, dia masuk hutan, dia akan balik sini, duduk lama, baru masuk balik. yang ni plak, balik kat kami sat saja, pastu pi sana lama. adoiii sedihnya...selalu sebelum tidoq, adik ain yang akan main-main dengan dia. lompat atas dia, la ni adik ain tak leh la nak buat camtu. sian dia..esok-esok, asben aku balik, ain dah bleh cakap. ain dah bleh buat tu buat ni..dia terlepas peluang tu..sian..ain dengan mohsin terlepas peluang nak bermesra dengan abah depa. aku tak kisah sebab aku dah besaq..aku doakan, orang yang aniaya geng depa berlima akan terima balasan. takpa, di dunia depa terlepas, di akhirat belum lagi. aku tau, asben aku dengan kwn2 dia tak salah. takpa la, ujian Allah. moga2 dia dapat tukaq mai dekat sikit nanti. doa ja la semoga semuanya selamat..

Saturday 3 January 2015

Aku Mesti Mencuba

aku dah set dalam fikiran aku, tahun 2015, aku akan cuba dan terus cuba berniaga. ada banyak idea yang aku nak buat..dan aku akan cuba perlahan-lahan untuk mencapainya.
halangan dan rintangan adalah perkara biasa. yang penting, berusaha dan terus berusaha.. teruskan berusaha dan sentiasa kreatif untuk mencari idea baru, itu yang penting. doakan aku berjaya ya kawan2..
sekarang, bisnes aku ialah : juai dadih, jeli kelapa. dan aku akan mempelbagaikan lagi produk. plan terkini, juai congo bars..femes biskut tu di internet. ada permintaan dari vendor butik. cuba dan cuba dan perbaiki kelemahan..insyaAllah.rezki yang diberi akan dikongsi bersama keluarga..moga murah rezki aku tahun ini..aminnnn