Sunday 29 October 2017

Trip Tengok Penyu

kalau dulu-dulu, nak tengok penyu kena pi Terengganu sebab hujung tahun ja penyu akan landing kat Terengganu. tengok penyu bertelur. terganggu penyu tu nak bertelur pun sebab ramai orang dok perati. mesti malu gila penyu tuh. kalau dia boleh bercakap mesti dah kena sound dah manusia yang dok skodeng dia tu.
hari sabtu lepas, 28.10.2017 , aku dengan anak anak aku ada chance pi tengok penyu. tapi bukan di Terengganu, di Pantai Keracut , Penang.aku pi naik bot melalui Kuala Sg Pinang. sebab, naik dari Kuala Sg Pinang harga bot lebih murah. kalau naik dari Teluk Bahang, mahai sikit caj bot dia. kami bertolak dari Kulim pukui 1 ptg sebab aku kerja pagi tu. jaga pameran di SMK Keladi. asben dengan anak-anak plus anak sedara 3 orang mai amik aku lepas habis pameran tu.
kami sampai ke Kuala Sg Pinang dalam pukui 2 lebih. melalui Balik Pulau. barulah ternampak kehijauan di Penang. sebab selalunya ikut Georgetown nampak bangunan yang tinggi melayut macam nak tumbang ja. takut aiii.
sampai di Pos K Sg Pinang, kena tunggu sat sebab bot yang bawa pelancong tu tak sampai lagi. depa pangge Pak Tam. dia dok bawa orang masuk ke Taman Negara Pulau Pinang melalui laut. kami naik bot dalam pukui 2.45 petang. teruja la anak anak aku sebab first time naik bot. rupanya Arif takut nak naik bot. ok,setel semua masuk dalam bot, kami bergerak ke Pantai Keracut. lalu kot Teluk Kampi.



kami semua kecuali asben aku sebelum bot berjalan



lalu kat batu gajah, sebab batu ni rupa macam gajah. nampak dak macam rupa gajah dok berendam tu.


yang ni batu bentuk penyu. nampak? elok sangat la tu, kami pun nak pi tengok penyu nih. 


haaa...ni la penyu yang kami tengok kat Pusat Konservasi Penyu, Pantai Keracut.


penyu-penyu ni nak dilepaskan tapi tengah tunggu majlis rasmi untuk nak lepaskan penyu-penyu yang comel ni. 


bukti, we are here. masa kami pi tu, SMK Chio Min pun mai jugak. lawatan sekolah.


sekian, lawatan ke Pantai Keracut 






Tuesday 24 October 2017

Mulut Dan Hati Sama Jahat

haaa amek kau. sakit betul hati aku. walaupun bukan kena dekat aku tapi kena dekat kawan baik aku. jadinya, aku rasa sakit hati sangat bila kawan aku ni bercerita pasai hai semalam. semalam aku takdak di opis, sebab aku pi program kat sekolah. lepas tu aku bawa anak aku pi klinik. 
manusia ni memang kalau yang teruk, busuk hati toksah cakap la. memang busuk. memang tak pernah jadi kat aku, tapi aku beringat kalau dengan pompuan ni. kalau aku nak balik awai ja kan, dia akan offer, takpa, biaq dia tolong punch. eiii tak kuasa aku. seminit pun aku tunggu sebab aku tau dia tu jenis mulut lain hati lain tau. kawan aku pernah kena dah. bawa ja anak mai opis, sat ja pun. bos bukannya ada. bila bawa mai, kot belakang dia boleh kata, bawa mai opis buat apa, bising. hampa tengok perangai cam apa lagi. keamrin dia dengki sangat kawan aku tolong jaga ccsc apa hai ntah. pandai dia, masa kita cover orang lain bukan main lagi, betui ka yang tolong cover tu ikhlas, ntah dalam hati akai nak balik awai. tup tup, hari ni dia nak mintak tolong kawan aku yang sedap dia dok mengata semalam suruh cover dia. memang sejenis celaka betoi. so, berhati-hati dengan manusia mcam ni. banyak lagi perangai dia ni, tapi aku malaih nak taip. dia yang ajak buat buah melaka masa time berbuka dia pi crita kata orang lain yang ajak buat sebab nak save duit. dia pi crita kata a mengata kat b, padahai dia yang start dulu. kami di opis ni bukan jenis serang orang. kalau jenis macam tu, memang kena tenyeh dengan cabai la mulut dia. baru berakai.

Saturday 14 October 2017

Harga Murah Vs Kualiti

hmmm sapa tak nak beli barang dengan rega murah? aku pun tak terkecuali dalam bab ni. dan aku berkali kali kena ingatkan diri aku, kualiti yang kita cari bukan harga murah yang kita cari. sebab, aku ada beberapa contoh yang terjadi pada aku sendiri. walaupun barang tu tak mahai mana tapi tetap beli dengan duit kan? 
contoh pertama : 
aku beli kotak pensel. nak murah punya pasai, aku pi beli di kedai barang murah. nama rahsia. kedai tagline 2rm.nak bagi anak hepi tapi duit masa tu tak jenuh sangat. padahai berapa ja pun beza harga tu. aku beli hari ni, esok dah rosak. zip dah tercabut. tengok, beli dua biji, dua biji rosak. kalau aku up sikit rm, mungkin boleh beli yang mahai sikit dan tahan lama. alah bekas pencil yang aku beli kat cmart rm5 lebih ja pun, tahan sampai sekarang.
contoh kedua :
tudung. nak beli tudung mahai sikit rasa mahainyaaa. padahai beza tak sampai rm10. aku beli la selai tudung awning lembut tu. kaler tak berapa nak in tapi nak murah punya pasai aku beli jugak. lastly, bila pakai nampak cam makcik makcik la plak. bajet muka model, pakai buruk pun cantik. haaa amik kau. beli lagi selai tudung. kali ni kaler cantik tpi kain tak kualiti. hancus..
oleh itu, sedarlah kawan kawan, kualiti tidak boleh dibuat main. alah membeli menang memakai.. 
pengajaran untuk diri sendiri.. cari yang berkualiti, bukannya beli barang mahai sangat pun..

Happy Birthday Ain

balik makan angin di CH, kita sambut besday ain yang comey tu..comey ker? bagi aku comey sebab tu anak aku. hahhaha..suka hati la nak puji anak sendiri.
sambutan yang ala kadar ja. kami makan di Kelang Lama Mall. serius masakan kat situ murah dan sedap. aku amik set c. maca, tak cukup tapi sebenarnya lebih lagi. utk makan 2 family. keluarga aku termasuk mak mertua dan cu biah, kami ja dah 6 orang tak termasuk si kecik tu. keluarga abang din 5 orang. set c tu ada ikan siakap saiz besaq, sayur campur 2 hidangan, tomyam 2 hidangan, ayam goreng kunyit 2 hidangan, ulam timun tu dan air sejug rm78.. nasi putih 5. tu standard. tapi aku tambah nasi lagi 5, ikan siakap lagi sekoq. total rm 114. air yang order asing tu rm 8.90 jer..murah kan? kek pun aku tak tempah, cuma beli di Damiral Kek ja. nak amik yang ada kartun kartun cam tak cantik sgt kek tu. amik ja la yang ni. rm 30 ja.


dulu masa aku kecik, besday pun tak tau benda apa. nak smabut? lagi la jangan harap sebab mana ada duit. nak makan pun susah, ini kan nak sambut besday. anak anak sekarang, dekat nak besday ja dah tanya nak dapat hadiah apa, nak kek apa, cumanya ain ni tak mengada sangat,. apa pun dia ok ja. 


ain dan mama ain dia berpisah tiada. mama ain dia ada anak pompuan sorang ja, jadinya dia ni memang melampau manjanya. abah din dia memang memanjang ingat kat ain ni. kat abang dia, mohsin tak berapa sangat.dan aku la yang akan selalu bagitau, kalau nak bawa ain, bawa mohsin sekali k. satgi mohsin tertanya tanya kenapa depa tak bawa abang. part ni susah sikit sebab depa suka lebihkan ain. adoiii masalah.

Wednesday 11 October 2017

Catatan Ke Cameron Highland

untuk renungan di masa akan datang, aku catatkan serba sikit apa yang aku lalui di CH.
makanan 
rasanya biasa ja. takdak yang special. strawbery coklat tu yang femes. sebab manis coklat tu. strawbery makan di sana pun masam jugak. ada la yang manis. makanan siam mcm tomyam ada ja jual kat sana. kedai makan sebelah hotel aku dok tu, kecik ja, makanan pun tak banyak pilihan, makan ja la asal kenyang. harga? mahal.

foodcourt 
punya la kotoq foodcourt yang aku pi makan tu. adoiiii takdak ka orang sapu sampah lepas orang makan. makanan berterabur. hmmm majlis daerah tak perati ka tempat nih. tu foodcourt yang dekat dengan hotel aku, yang lain tak tau la camna rupa.

hotel 
jangan tertipu dengan gambaq dalam booking ka agoda ka. dalam tu memang cantik. realiti macam rumah hantu pun ada. nasib aku tak amik yang tu sebab aku tengok macam cantik ja. bila lalu. masya Allah. serius seram. kat brinchang tu, hotel semua dekat dekat. aku stay kat Jasmine, sebelah jasmine remix, sebelah remix, pop ash, sebelah pop ash, rainbow, sebelah dia check in, parkland sebelah kiri jasmine. depan jasmine seberang jalan hotel hongkong, ish dekat dekat je. hotel titiwangsa, jauh sikit tapi parking senang sebab bangunan dia ja kat situ. aku amik Hotel Jasmine, katil double beds, bilik kecik ja. ada tuala, sabun mandi.sejadah tarak. air mineral 4 botoi depa bagi, jug ayaq panas dengan kettle. rm 178.rasa mcam mahai pun ada. tapi, aku kena sedaq diri, aku dok hotel bajet. so, reda ja k.. nak hotel betul dok la equatorial ka copthorne . tapi untuk hotel bajet aku rs mahai. dah tempat peranginan, confirm semuanya mahai.so, diam.
tempat menarik
banyak tempat menarik tapi yang aku sempat pi cuma, kebun strawbery, ladang teh boh, mardi. tempat lain, hmmm tak sempat nak pi. kalau nak santai kena dok lama kat CH. baru feel berjalan jalan cari makan. 

beli belah
sebelum sampai kat Kea Farm ada satu lagi tempat yang orang selalu berenti untuk soping . dari Brinchang, sebelum Cactus Plant. aku singgah beli keledek kat situ sekilo rm7, 3 kilo rm20.aku baik hati terbagi lebih. aku bayaq rm30 untuk 3 kilo. cerdik betui aku matematik. starwbery , 3 peket kecik rm10. peket sederhana 3 rm25. aku rasa standard ja rega ni. jagung mutiara, 5 tongkoi rm10, aku beli kat minah indon ni, dia bagi lebih setongkoi. jadinya rm10, 6 tongkoi. bunga kubis ka carrot ka 3 barang rm10. dalam dok berhati hati tu pun aku terkena jugak. sebabnya satu kedai tu juai sekilo keledek rm6. cis aku pi beli kat tempat mahai. sayur dalam pack ada 10 pack 10rm ada 7 pack rm10. ikut nasib la kedai mana yang bagi murah. baju CH, aku beli kat anak anak ja. aku dengan asben tarak. jimat cost.

itu saja catatan yang aku ingat. aku bukan jenis orang yang travel a lot. kalau orang yang suka travel details ja data depa. aku tulis apa yang aku ingat. hajat di hati cuma nak bagi anak anak rasa sejuk CH dan petik strawbery. tu ja. alhamdulillah, tercapai.



Cameron Highland

sebetulnya, plan nak ke Cameron ni dah lama. kami ni memang kalau plan nak pi mana mana memang la amik masa. plan berbulan baru bleh pi. tu dalam Malaysia, aku rasa, kalau pi oversea mau bertahun plan.⌣😼 jadinya, kami plan punya plan, pi lah kami pada 6 October hari tu. bertolak awai pagi lepas Subuh. Mohsin dan Ain mandi siap siap, bawa bekai roti dengan air kotak. yang si kecik tu pun aku angkut masuk dalam keta ja. dia dok lena lagi, senang la sikit. sebab yg kecik tu buas ooo.. tak mau dok dalam keta. perjalanan kami berjalan lancar, singgah isi minyak di Bukit Gantang dan masa tu, Mukhlis dah jaga. tapi kami tak bagi dia mandi kat situ sebab awai lagi. hujan plak tu. sejuk gedi rasanya ayaq tu. kami berenti untuk mandikan Muklis di R&R Sg Perak. kat situ memang ada tempat mandi tapi kalau mandi guna shower, dengan aku sekali mandi. so, masuk dalam family room, bagi mandi ja dengan ayaq paip. sejuk ngat aih. bagi basah badan ja pun. setel, kami teruskan perjalanan nak pi CH. semuanya ok sehinggalah sampai ke Simpang Pulai, bergerak naik ke CH, jeng jeng jeng jeng..baru naik sikit saja, Mukhlis muntah. Ain masa tu ok lagi. naik sikit lagi, Ain muntah gak. tapi sikit ja. naik lagi ke atas, sebab dah letih muntah,Mukhlis lena. baju dengan tudung aku yang baru tu pun habis kena muntah. muntah keluaq susu, bayang tengok la bau dia. ekon tak buka, pakai angin luaq ja. sampai atas sikit dari Tringkap, Ain muntah punya lah banyak. adoiiii nasib seat belakang tu, plastik tak buang, kalau tidak, lagi la kesian kat kusyen keta tu. bertakung muntah dalam plastik tu. bertabahlah kami dengan bau muntah, dengan baju yang penuh muntah. rasanya lambatnya nak sampai CH. adoiiii napa la jalan macam ulaq kena palu nih...sampai di petronas Brinchang, terus tukaq baju Ain. awai kami sampai dalam pukui 10 lebih. check in pukui 2 ptg. mana nak pi nih? kami pun decide pi Mardi la. salah satu tempat yang ada dalam list lawatan aku. sampai kat Mardi, cuaca nampaknya gelap. hmmm nak hujan nih. harga tiket untuk dewasa rm5. kanak kanak sekolah baya anak aku rm 2.

dulu dah mai dah sini. masa tu anak belum ada.so, sekarang mai dengan anak 3. kat Mardi ni banyak la bunga bungaan yang amat besaqqq sekali. sebab tempat sejuk kan. ada kebun strawbery tapi tak bleh petik. depa petik siap siap, kita beli ja. tapi bunga bunga kat sini cantikkkk dan besaq. suka aku tengok.



bunga ros yang amat wangi. adoiiii macam nak tanam bunga ros plak kat rumah. tapi tempat nan ado. so, tengok saja k.


budak yang muntah tadi dah tukaq baju. mandi sikit ja tadi sebab sejuk sangat airnya.


aku? dengan tak pakai bedaknya sebab bedak pecah tak sempat beli masa pi CH. selekehnya aku , aku rasa.

ni gambaq Ladang Teh Boh, Sg Palas. kena masuk ke dalam tu. jauhhhh dan jalannya kecik. jenuh berenti la sebab selisih dengan keta dan bas sekolah. adoiii letih.


ni pokok menjalar yang ada kat Mardi. cantik la,bergayutan ja nampak. sangat cantik. nama pokok ni lady shoes apa ntah.lupa. tapi memang cntik.


sedang menikmati aiskrim yang dibelanja oleh sepupu asben aku yang kerja di Mardi. aku kenai sorang ja, nama abng meon, dok call dia tak dpt dapat. tidak boleh la pi rumah dia. dia kerja dengan MDCH.

masa ni hujan dah renyai renyai. cuaca memang hujan sedia di sana. sehari sebelum aku pi, hujan punya la lebat.


ni namanya African Clockwise. tak pernah jumpa ni. first time jumpa di CH. kosong ja yang hijau tu. ada duri duri halus. 


strawbery petik sendiri di EQ Strawbery Farm. 500gm rm30. cara nak petik strawbery senang ja. jangan pegang buah, pegang tangkai then gunting. mungkin sebab hari aku pi tu hari Jumaat, depa bagi masuk 4 lorong saja. punya besaq ladang tu, 4 lorong saja kami boleh masuk. nak dok lama mana pun takpa,janji kutip bagi penuh tu ja. kalau masuk satu keluarga 5 orang mcm aku, kn bayaq rm60 tapi asben dengan yang kecik tak masuk, jdnya bayaq rm30 ja.
aku rasa dapat la dalam 40 biji. kalau kutip yang besaq dapat sikit la. lebih 500 gm, bayaq la lebih. aku masuk ni sebab nak bagi experience kutip buah kat anak aku ja pun. banyak ladang strawbery kat sini. caj pun sama kot. sebelum aku pi EQ ni, aku pi Kasimanis. lagi ketat peraturan dia. boleh masuk 2 orang ja. kalau masuk ramai2 , anak anak dok diam. anak anak dok diam? tau ka budak dok diam dalam ladang tu. Kasimanis dekat dengan Smurf Inn Homestay. gila cantik homestay tu. aku tengok dari luaq ja la.


aku sorang ja makan buah ni. feeling orang kaya k.𝨿


ubi keledek madu ka nama dia. serius manis. aku beli 3 kilo. sampai ja rumah teruih rebus. pergh best. rugi tak beli banyak.
hmmm tercapai hajat nak pi CH walaupun banyak tempat aku tak pi. yang basic saja aku pi. takpa, next time tunggu anak besaq sikit pi lain. 

Tuesday 10 October 2017

Majlis Perkahwinan Faizah

selamat pengantin baru pada faizah, anak ndak minah yang ke-3. dah selamat jadi bini orang pada 26.8.2017. hari sabtu. dan aku pi makan kenduri semata-mata lepas tu aku pi dok kat rumah tam dah. sebab aku ada anak kecik dan cuaca panas sangat. kat mana nak duduk. rumah kalut dengan kenduri. so, larilah kita berteduh di rumah tam.

sempat lagi anak dara aku berposing kat pelamin. menjadi satu kenangan yang sedih jugak ni sebab arwah abang ipaq aku yang patut incas kenduri ni. tapikan, dia macam dah tau yang dia akan pi, sebab bila ndak tanya dia pasai kenduri ni, dia akan kata, saya takdak hari tu, saya takdak. kami macam heran la, apasai dok kata dia takdak hari tu, rupanya tanda dia dah tau yang dia akan meninggalkan kami semua. dia meninggal sebulan sebelum kenduri. 

anak aku yang kecik bersama dengan mama ain dia. ni snap sebelum makan, lepas soru, teruih kami pi rumah tam. kat sana, jenuh la aku dok jaga anak aku yang capai tu capai ni. huihhh cabaran sungguh. dalam pukui 5 ptg camtu, kami pun balik ke kulim. setel satu urusan. lega pi