Thursday 31 July 2014

Crita TNB dan SADA

aiseyyyy  raya tahun ni memang leceh la. ada ka hari raya elektrik takdak, air pun takdak. cuaca panas plak tu. stat dari pukoi 10 pagi sampai ke pukoi 3 petang elektrik dengan air takdak. geram sungguh la. tapi aku tau bukan TNB sengaja. benda nak rosak. ada kerosakan dekat pencawang berhampiran. aku tepon repot, depa kata ada overflow. orang guna lektri lebih kot. kan time raya. mesti penggunaan elektrik akan bertambah berkali ganda. yang aku geram tu, aku tepon buat repot selepas 5 minit elektrik takdak, kan kalau kita buat repot depa tau dah alamat rumah, nombor telefon semua sebab depa bleh trace kan? tapi bila abang ipar aku repot sekali lagi dalam pukoi 1 camtu depa kata tak ada laporan kerosakan. aihhh yang aku tepon repot, depa amik nama semua tu benda apa? nak kena TNB nih.
main-main haaa.
 tapi aku tak tau apa masalah dengan air. mungkin yang dok gerak mesin pam air tu pun berhenti sebab elektrik takdak la kot. tapi dulu-dulu kalau elektri takdak, air ok ja. yang geram tu bukan hari pertama saja, hari raya kedua pun jadi benda yang sama, elektrik dengan air takdak jugak. bertimbun pinggan mangkuk kat dalam sinki, tak bleh nak basuh. air tada maaa..
awat la jadi camni, tang mana la silapnya..hmmm kena buat post mortem nih. yang air pulak, raya kedua, paip tepi jalan pecah, pagi tadi aku nak reja, paip air pecah lagi. aku rasa paip air tu dah lama tak bertukaq kot.tu yang pecah tu. barang dah lamakan?FYI , SADA tu maknanya syrikat air darul aman. di kedah air bawah SADA bukan JKR. rasanya depa kena tukaq paip mair berperingkat nih. taman yang aku dok tu umuq dia dah 20 tahun lebih, rasanya tak tukaq lagi pa paip air. tu yang pecah kot. aliran kuat, paip lama kan. mana nak tahan. cam kereta la jugak, kereta lama, naik pecut sampai tak hingga, mau la rosak dak?
anyway, selamat hari raya kawan2..banyak memberi duit raya?kalau dapat, tak dapat dah duit raya tera/baya umuq kita ni kan?hehhehe memberi la plak.

Wednesday 30 July 2014

Ini Kisah Benar..serius

apa yang aku nak tulis ni bukan nak aibkan sesiapa. cuma untuk makluman, ada manusia yang berperangai macam ni. jadikan ia sebagai satu iktibar untuk kita semua.
ada sorang orang tu ni, adik beradik dengan mak mertua aku. aku tak berani boh nama, satgi kot nak cucu dia baca blog ni naya aku. ada yang tau aku ada blog.  dia ada ramai anak, anak-anak dia semua berjaya, kerja gomen la. berpangkat, bukan kerja biasa-biasa cam aku la. anak sulung dia, bekas sarjan askar, berpencen, tapi dah anak ramai, bini tak kerja, dia kerja guard kilang. anak dia ni kira yang paling leceh sekali kerja la. yang lain cikgu, doktor, ramai anak dia cikgu, menantu pun semua bekerja. rasanya menantu sulung ja tak kerja. anak dia sakit, kanser paru-paru. yang sedihnya, anak ni terpinggir, sapa pun tak amik tau pasai dia. adik beradik yang lain tak pernah sebut pasai dia. dia pun jarang balik rumah mak dia sebab mungkin dia kecik hati, mak dia ni punya perangai, hampa tak beli baju raya takpa, tapi duit bulan2 mau bagi.kedekut dan sangat berkira. dia beli gula sekilo pun claim balik duit kat laki dia.
3 hari sebelum raya, anak yang sulung ni meninggal. yang sedihnya, adik beradik dia tak tau rumah dia kat mana. aku rasa apa la punya adik beradik, sampai rumah abang sendiri pun hampa tak tau, abang hampa bukan orang lain, yang hampa pun sebelum ni balik kampung mai la jenguk dia dah tau dia susah, dia sakit. sapa pun tak mai.ada dak hampa tanya anak2 dia belajaq camna, sihat ka, haram tak amik tau. ish ish yang mak dia pun gamak tak amik kisah pasai anak dia. mak dia pernah kata, eleh bagi duit raya rm10 kat aku.dah anak tu susah, nak bagi banyak camna, lain la yang reja doktor, bleh la bagi sebulan rm400, duit raya beratus2..awat la gamak mak kata camtu. kecik hati anak. tu pencen askar tu, kalau reja kilang tak tau.
hari raya, menantu sulung tepon kata, kami nak balik kampung, adik beradik dia kata, tak payah balik, kami nak pi rumah arwah. tapi sampai aku balik kampung petang tu, sapa pun tak sampai lagi. pukoi berapa depa nak mai. mai malam ka? dah la menantu tu sedih, sunyi, laki baru takdak. mai la bagi meriah sikit rumah depa tu kan. mai tengok cucu-cucu dia yang baru kehilangan ayah. anak-anak tak rapat la dengan mak2 menakan belah laki dia dah depa tak peduli kat anak-anak arwah sebelum nih. yang mak dia dok sebut, anak2 orang yang senang tu ja la.
kita ni sebagai mak ayah, ingat la, anak kita susah ka senang ka, itu tetap anak kita, belum tentu yang senang tu akan senang selamanya dan yang susah akan susah selamanya. yang senang akan jaga kita masa kita tua tak larat nak mandi, basuh berak sendiri, haaa ingat selalu dok jadi yang susah tu la akan kerja tu. yang senang tengok saja.
 
 

Raya Raya Raya 2014

raya tahun ni, aku yang jadi masterchef. mak mertua aku tak larat nak buat apa. bila abang ipar offer nak beli tulang lembu, aku ok ja. bleh la buat bihun sup.cadangnya nak buat spageti tapi rasa cam biasa ja buat.bihun sup lah. 2 kilo tulang campur dengan lemak2 daging, ha seperiuk besaq kau aku buat. malam raya aku dah stat rebus tulang. pagi raya tak la kalut sangat. aku ja sorang yang nak buat kerja nih. mana ada orang lain. malam raya jugak aku balut ketupat. mak mertua aku tolong la sikit2. dia pun gagah/kuatkan diri ja nak buat tu, kenangkan anak2 suka ketupat. aku sebelum ni tak pandai balut tapi bila dah kawin, belajar la jugak. lagi pun laki aku kaki ketupat.
aku sebenarnya tak la kisah sangat buat makan-makan ni tapi yang aku geram bila yang dok dekat-dekat tak mai nolong. harap nak makan ja. tu yang aku geram tu. aku kan ada biras yang aku anti sikit. ishhh bulan baik pun nak geram kat orang kan?takpa, tinggai ja crita tu.raya tahu ni, baju raya tak ada. pakai ja yang mana ada. masalahnya pakaian yang mana  ada semua dah pakai pergi kerja. siankan.huhuhu bukan tak sempat beli, tapi duit yang tak sempat. huhuhu
kos aku beli biskut tahun ni cuma rm87 je. suka hati aku sebab sikit ja aku berbelanja untuk biskut. aku beli biskut oat badam 2 bekas, eslilin 1 bekas, buah pinggang 1 bekas, tat nenas 1 bekas, semperit susu 1 bekas dengan 1 lagi biskut aku lupa nama, 1 bekas. tahun ni aku tolong kawan aku juai biskut raya, dapat la komisen dan dapat la diskaun. tu yang aku belanja tak banyak untuk biskut raya tuuuu.. jimat duit.
hampa camna raya tahun ni, pi bejalan kat mana? bulan posa tahun ni memang lain betoi. salah satu sebab aku fully masak. sahur dan berbuka. rasa best plak masak memasak ni walaupun aku tak la hebat bab masak memasak ni. heee
yang penting kita kena cuba kan?
 

Monday 21 July 2014

Hati Manusia

perlu diakui, kita mungkin berkawan dengan seseorang itu, tapi belum pasti kita kenal hati budi orang tu. tak kira la lama mana kita berkawan. sebab ada yang pakai topeng. bukan kita tau apa belakang topeng tu kan?bahaya kawan jenis nih,yang kita harap bantu kita mungkin dia la yang paling banyak menikam kita.yang kita benci, mungkin dia yang akan bantu kita satu hari nanti.hati manusia sapa yang tahu. hmmm hati, jadilah insan ini orang yang baik..

Saturday 19 July 2014

Dah Setel Sikit..

baju raya anak dah setel, tinggai kasut ja. yang pompuan tu aku tak belikan dia pun kasut sebab baru ja beli kasut.yang lelaki tu ja nak ekna cari kasut baru sebab dah lama kasut yang dia pakai tu.baju dah dapat sorang 2 pasang untuk raya. mak dia dengan abah dia ja takdak apa lagi. ishhh betoi2 takdak mood sungguh nak raya kali ni. aku tunggu ja sepupu mail mai rumah bawa baju kurung yang siap dah sebab aku cadang nak amik kat dia ja, tapi sampai la ni tak mai lagi. tudung pun aku nak amik kat dia gak. kasut, aku buang tebiat tahun ni, beli kasut tinggi 3 inci. huiiii gila ko, nak pakai pi mana?eksyen kat pejabat dah la kot. beda pi ceramah ka, meting ka, nak pakai berjalan jauh, tidak le kawanku. mau tertonggeng satg. dengan nak dukung anak apa semua, abaikan lah. baju suar asben cadang nak pi cari di jusco ja, kot ada offer gempaq sebab tempat tu baru bukak ja setelah tempat lama di tutup sebab keretakan yang agak serius. hmmm seminggu lagikan. dan la nak beli apa yang patut. tapi duit raya confirm takdak yang new note. does not matter sebab nilai sama duit lama atau baru.hehehhe ayat orang malaih nak pi cari duit baru dah. kat bank pun confirm takdak dah punya.

PC Dah Ok...yeayyyy

dah laaaaama sangat rasanya aku kena pinjam tempat orang beserta dengan pc untuk nak buat kerja. leceeeeeeh ja rasa. sat dok kat meja zu, sat dok kat meja zahir sat dok kat meja mera. nasib baik la masa pc aku kong hari tu, zu cuti bersalin 3 bulan, jadi aku dok tmepat dia, tapi tak berapa best sebab tempat tu belaaaaakang sangat. sejuk plak tu. ekon punya la kuat. aku pi tempat Zahir sebab dia dengan Mera masuk usm, sambung study.ok la, sebab tak la terperosok sangat tempat tu. kalut la aku buat kerja. yela, dah nanti depa balik kerja mesti nak guna tempat dan pc masing-masing kan?sekarang pc aku dah ok, lega sangat. bleh la aku dok kat tempat aku, buat apa yang patut supaya kerja yang dok tangguh tangguh tu bleh setel dalam bulan posa nih. ada sikit leceh juga, bulan posa ni dah berapa kali aku kena pi alor setar. pi awaaaaai sangat, baliknya lewat sangat. dah keja, terima ja la.

bosannnn

aku paling benci paling tak suka bila kena mai mahkamah.bukan pasaipa,pasai kena tunggu lama.lama gila.bayangkan aku mai dari pukoi 10 pagi sampai koi 11 lebih tak jalan kes lagi...adoiiii leceh la dok tunggu tercangok camni.satgi mai lambat,tuan majistret free mai awai kena tunggu plak.banyak betoi kes kat daerah aku nih.tapi aku puji gak majistret ni sebab dia amat teliti.satu2 benda tu dia tengok betoi2..kerja camtu la yang kita mau kan?dah tugas,tunggu pun tunggu la.nak buat camna.hampa kalau mai mahkmah ada kes kena berhati2 gak sebab kat mahkamah ada ulat loyer.depa jadi broker.agak macam orang tu tak reti sikit,tengok cam takut sikit,depa pi la himpit.pekenai loyer ni bleh setel kes ni dengan loyer ni, macam2 la..ada jugak yang dok sibuk dengan kes kita. macam la depa boleh setel sangat. kadang2 tu nak komisen ja dari loyer, lastly, tak jadi pa jugak kes tu. orang yang percaya tu rugi duit, kes tak jalan. so, berhati2 la kalau pi mahkamah, rujuk pada yang berkenaan saja. apa yang aku tau, ada gak, loyer yang kena gantung lesen, depa jadi la ulat mahkamah. 

BONUSSSS

tahniah kepada semua kawan2 aku yang buat HLA sebab hampa dapat bonus kan?ada yang dapat belasan ribu,ada yang dapat puluhan ribu,ada yang dapat ribu2 ja...cukup2 ja dengan target..tapi itu semua hasil titik peluh kita kan?bersyukurlah...ada yang keja penat siang mlam,dapat gaji ja.bonus apa takdak.ada yang kena tipu lagi.tokey lari.haaaa lagi kesian...dah dapat bonus,kerjalah dengan sepenuh hati.cara nak bagi rezeki lebih berkat dan bermakna,kena la banyakkan bersedekah.chewahhh pandai aku ngajaq orang. sedekah la ikut yang kita mampu.takat mana lepas. jangan plak satgi, nak bersedekah lastly duit kat tangan tak ada.ha, kan haru. jadi berpada pada lah yer. jangan plak, bersedekah sebab orang lain buat. kita tiru depa. tak ikhlas namanya tu. kan kan kan...

Friday 18 July 2014

Raya Dah Dekat

raya dah dekat, tinggal beberapa hari lagi nak raya. aku tak la excited sangat sebab dah besaq kan, kalau budak sekolah tu kot la. puasa tahun ni rasa jumat sikit sebab, kebanyakan aku masak sendiri, beli kuih pun takat singgit dua ja.beli murtabk sebijik, kuih singgit, dapat 3 bijik. nasi, lauk, semua masak. cuma  2,3 kali ja terpaksa beli sebab aku kena pi Alor Setar, balik lambat, tak dan nak masak. sampai rumah dah 6 lebih, apa nak masak, tak sempat, beli ja la. beli pun takat nasi ayam ja untuk aku, laki aku dengan mak mertua aku. anak-anak aku selalunya dah makan kat rumah pengasuh sebab petang-petang depa ikut abah din pi pasar ramadan. duit raya pun tak tukaq.biar la..note baru ka lama sama ja nilainya. petang ni aku ada jamuan berbuka dengan tadarus. belia bagi sumbangan, kami yang run majlis tu. tak berbuka dengan keluarga la aku. minggu depan ja last, pastu nak raya, program pun dah tak banyak. baju raya anak, baru pi tengok tadi.tengok rega dulu.cadang nak nak pi beli di Billion Seberang Jaya. mak ain kata murah sikit. tapi murah murah pun aku tengok dah less pun rm40, rm 50..betoi ka ada less ka saja buat tipu ja.  kan ada peniaga yang buat camtukan?nak untung lebih.baju raya kat aku pun takdak lagi.heeee tahun ni rasa sempoi sungguh la. cam takdak mood ja. posa pun rasa cool ja. tak la rasa nak makan tu, nak makan ni..sempoi plak rasanya..heee..hampa camna?

Thursday 17 July 2014

Tak Faham...

adoiiiiii aku mai nak dengaq crita pasai produk baru hla,tapi tak paham plak aku apa yang depa crita.heeeee takpa,nanti tanya manager.mai bagi cukup hour training ja.niat tak ikhlas.heee hati dok tingat rumah nih.petang ni nak pi beli baju raya anak2...kemarin dah pi beli baju utk pakai hari2 sebab baju yang depa ada dah kecik.siannnn pakai baju ketat.mak dia tak berapa berduit.kemarin dpt la sorang 2 pasang.hr ni nak cari seorang sepasang buat pakai hari raya pertama.hari kedua ketiga bleh pakai yang aku beli kemarin.belasah ja baju tu,ya tak ya baju raya pun nanti pakai hari2 gak.kalau tak rugi,dah ketat tak bleh pakai.berbuka posa di luar hari ni.yuhuuuuu

Wednesday 16 July 2014

Bersyukurlah

satu hari, masa aku tengah drive nak masuk highway, aku ternampak sorang lelaki, bawa motor slow jer. rupa-rupanya, dia bawa anak dia, dalam umur 5 tahun camtu. patutla dia bawa motor slow sebab sebelah tangan pegang anak, sebelah tangan lagi pegang handle motor. anak dia tidor. sian aku tengok, walaupun petang tapi cuaca kan masih panas. letih puasa gamaknya, panas pun anak dia boleh tidoq. tu la, kalau direnungkan balik, bersyukur aku, walaupun ada kereta kecik tapi anak aku tak kena panas, tak kena hujan. kalau yang tak dak kereta tu, terpaksa la naik motor dah itu ja kenderaan yang depa ada. hujan panas redah ja la. aku pernah tengok suami isteri , dalam panas tengah hari, bawa anak kecik, naik motor. anak tu mak dia letak bawah tudung, lindung dari kena panas. sian budak tu. takpa la, macam aku jugak, masa kecik, naik teksi ja. tu pun kalau nak pi pekan Kulim,kalau tak, tak merasa la naik keta. asik-asik naik basikal ja.pi Pekan Labu, kayuh basikal, pi Pekan Malau kayuh basikal. orang lain pi dengan mak ayah, vroooommm naik motor, aku kayuh la basikal.
aku rasa dulu, keta, benda yang mahaiiii sangat. ish mana mampu aku nak beli. naik teksi pun dah kira rahmat sangat.hmmm tu la kisah aku dulu. kalau tengok orang naik keta proton tu kira hebat dah la kat kampung aku tu.

Sunday 13 July 2014

Dugaan...

cuaca agak panas sekarang nih..tapi kita belum kena el nino lagikan?ni baru angin angin elnino ja.dugaan betul bila time posa nih kena batuk dgn selesema plak.kering sangat kerongkong nih.nak telan air liur pun takut.pedih ja rasanya.kita yang dewasa pun tak tahan pedih,tambah la anak2 kecik yang baru belajar berposa tu,lagila sian.time panas2 ni minuman sejuk kena elakkan la.

DOAKAN UNTUK GAZA

hati ni amat tersentuh sangat bila baca paper bab Gaza ni.betapa kejamnya israel laknatullah.anak kecik yang belum kenal dunia,mati dgn tragis sekali.isteri kehilangan suami,suami kehilangan isteri,anak2 kehilangan ibu dan ayah...yahudi memang bangsa yang laknat.kawan2,jgn lupakan saudara kita di Gaza.tolong doakan supaya mereka selamat dan dapat menghadapi bangsa laknat ini.ketahuilah,palestin akan mnang juga akhirnya.ketika itu kita harus ingat,kiamat makin hampir...please pray for them...