Wednesday, 16 July 2014

Bersyukurlah

satu hari, masa aku tengah drive nak masuk highway, aku ternampak sorang lelaki, bawa motor slow jer. rupa-rupanya, dia bawa anak dia, dalam umur 5 tahun camtu. patutla dia bawa motor slow sebab sebelah tangan pegang anak, sebelah tangan lagi pegang handle motor. anak dia tidor. sian aku tengok, walaupun petang tapi cuaca kan masih panas. letih puasa gamaknya, panas pun anak dia boleh tidoq. tu la, kalau direnungkan balik, bersyukur aku, walaupun ada kereta kecik tapi anak aku tak kena panas, tak kena hujan. kalau yang tak dak kereta tu, terpaksa la naik motor dah itu ja kenderaan yang depa ada. hujan panas redah ja la. aku pernah tengok suami isteri , dalam panas tengah hari, bawa anak kecik, naik motor. anak tu mak dia letak bawah tudung, lindung dari kena panas. sian budak tu. takpa la, macam aku jugak, masa kecik, naik teksi ja. tu pun kalau nak pi pekan Kulim,kalau tak, tak merasa la naik keta. asik-asik naik basikal ja.pi Pekan Labu, kayuh basikal, pi Pekan Malau kayuh basikal. orang lain pi dengan mak ayah, vroooommm naik motor, aku kayuh la basikal.
aku rasa dulu, keta, benda yang mahaiiii sangat. ish mana mampu aku nak beli. naik teksi pun dah kira rahmat sangat.hmmm tu la kisah aku dulu. kalau tengok orang naik keta proton tu kira hebat dah la kat kampung aku tu.

3 comments:

Irfa said...

ayah akak beli keta masa tu akak dah form 5, itu pun kete second hand. so sblom tu nak kemana2 bonceng moto dgn ayah, igt lagi pepagi bonceng moto dlm kabus tebal gi buat ic masa umo 12 tahun.huhu

Rai Ourkizuna said...

bila kita banyak pandang keliling.. kita akan lagi banyak syukur dengan apa yg kita ada..

Eye_nee said...

Teringat pengalaman akk dulu2 sis...anak pertama motorsikal jer lah kenderaan yg kami ada..sehingga satu hari waktu hujan lebat akk naik motor 3 beranak..tak silap masa tu anak akk 3 thn..masa nak cari tempat berteduh kat satu bustop...ada lori pasir langgar lopak air tepi motor akk...basah kuyup akk 3 beranak...sian ank akk..sejak tu nekad kumpul duit..dpt lah beli kete...Syukur sgt...