Tuesday, 10 February 2015

al kisah

well well well...zaman orang pakat dok berniaga. termasuk la aku. dah tulis dah dalam ni. my new plan, nak buat sandwich dan nak letak rempeyek sebab rempeyek ni memang la sedap bangat. sandwich aku nak letak kat kedai makan kuey teow th'ng..kedai ni walaupun baru tapi ramai orang sebab kuey teow dia memang sedap. alkisahnya, dia ni berniaga tumpang kedai orang, tapi tuan punya kedai ada dengki dalam hati. depa suruh dia pi cari tempat lain..yang kawan ni pun berganjak la ke kedai yang nombor 6 di tempat yang sama. bila dia dah berubah ke kedai lain, customer pun beralih ke kedai tu. dah ramai customer, yang tak pahamnya, tokey tu nak buat sendiri plak kuey teow, char koey teow dan sebagainya. sian depa, tak dak tempat nak berniaga...mai la berniaga di tempat aku sat..dalam 3 hari ja, pastu stop sebab tempat kecik, nak bergoreng jadi payah. aku sebenarnya tak pernah makan pun kuey teow th'ng tu. dengaq nama ja. tapi abang ipaq aku selalu pi makan.regular customer la kiranya. dia la yang dok crita ada kedai baru bukak, nak cari orang untuk letak makanan, sebab kedai dia kosong ja. so, aku pun apa lagi pi la makan pastu buat2 tanya nak letak jeli kelapa.ceh ceh ceh...ada can ada can..aku letak la jeli kat situ. 2 hari sekali aku top up la.sebab tak la habis semua dalam masa 1 hari. tapi takpa la kan..ada juga duit sampingan. dan aku pun tak la ralat sangat sebab on the way nak pi hantaq anak , hantaq sekali dengan jeli..satu jalan ja..alhamdulillah..rezeki ada di situ. yang penting adalah usaha dan tawakal. kalau tak usaha mana nak dapat hasilnya kan???? semoag yang berusaha akan berjaya

2 comments:

mardiana abu darin said...

Setuju sangat...yg penting usaha...tawakal...pasti ada rezeki. Pasti blh bubuh mcm2 lagi. Peluang jgn dilepaskan...hihihii

Irfa said...

bagus tu, niaga makanan ada duit hari2