Tuesday, 3 June 2014

Sarah Yang Rajin....

aku, kalau mai angin rajin jangan dok buat pasai. sapu sampah 3 4 kali sehari, mop lantai lagi, sapu sampah kat tempat letak keta lagi.kalau rajin sangat bleh mop lagi parking keta tu..kauu jangan buat main..kalau rajin la..
Jumaat lepas, angin rajin aku menyerang. lepas aku hantaq anak aku g rumah mak ain dia, aku terus balik rumah.sarapan apa pun tak beli. pukoi 6 pagi tu, masa bangun mandi dengan semayang, aku dah bawa kuaq ayam yang dalam peti sejuk.bagi dia lembut.so, balik dari ngantar anak tu, ayam dah lembut, boh dalam periuk, rebuih.haaa aku nak buat nasi ayam. resepi aku dah amik dari satu blogger yang memang rajin masak nasi ayam.tumbuk halia, tumbuk tu tumbuk ni.makcik sebelah rumah dah heran, awainya memasak, dia ingat mak mertua aku.tapi aku yang dok akt dapuq. masa tu anak yang kecik pun tak bangun lagi.canteeeekk la sangat. senang kerja aku.
ayam dah elok rebuih, amik ayaq ayam, letak nasi pulak. ayam dah perap cantik punya.potong tomato, timun semua.tengok-tengok jam, aku setel buat semua dlaam pukoi 9.30 pagi..fuiyoooo cepatnya.aku kata kat mak mertua aku, ni la sarapan sekali dengan makan tengah hari kita.ok dak mak?ok ka dak ka nak kata pa kan..bantai ja la..cehhh rasa bangganya..nasi ayam siap awai..first time aku masak nasi ayam nih..kira ok la..
mai tengah hari, aku dah tak tau nak buat apa.nasi kan dah masak awai..ok, dok pikiaq apa nak buat plak petang satgi.jeng jeng jeng...idea ada dah..petang tu aku buat kuih cara plak. aku boh coklat rice dalam dia.ada yang aku boh gula, ada yang coklat rice..waaaaa kreatif plak aku rasa.hahahaha sarah yang rajin.mesti mak mertua aku teruja..

1 comment:

Daddy Ziyyad said...

Haha..kalau lantai parking kereta pun dimop,itu sah sah kena rasuk hantu rajin...:)

Mesti bangga mak mertua dpt menantu rajin & pandai masak...:)...pagi pagi lagi dah dpt sarapan nasik ayam :)