Tuesday, 21 May 2013

Jom Beli Borong

aku saja amik cuti hari isnin lepas sebab nak ikut kawan aku pi memborong tudung dan kain pasang di Parit Buntar. hari Isnin dengan Jumaat, tepi jalan dekat nak masuk Sek Keb Permatang Tok Mihat tu meeeeemang ramai orang berniaga. semuanya rega borong. Tudung 3 layer, sehelai baru rm20.size s dan m. ikut kedai ler. yang kawan aku beli tu 3 layer jenama haziq scarf sehelai baru rm26. beli sekodi 20 helai baru ler rm 520.00. biasa-biasa orang akan juai sehelai rm45.sebab kawan aku beli kat pekan Ahad Baling selai rm45. so, rega bila juai cam gitu la. kawan aku sorang lagi plak, beli telekung, tudung polka dot. aku yang memang berazam tak nak beli pun dah terbeli 5 pasang kain.caaaantik coraknya. dan aku dah bagi kat tailor.so, tak dan la nak snap.over excited sangat.haaa amik kau, dok kata, tak dak baju sangat, beli sekali 5 pasang. aku dah janji dengan tailor, sebulan mau selai baju siap. 5 bulan la aku pakai baju baru saja saja. jenuh la plak nak membayar upahnya.hehehehe  actually, beli 10 bahagi dua dengan kawan aku fiza tu, amik la sorang 5. tudung yang dia beli aku beli la plak kat dia selai.cantik gak.kalau korang nak berniaga, pi la beli kat Parit Buntar. harga memang superb, kain elok. yang dok juai kat kedai pun mai amik kat situ la. bila dah masuk kedai, susun elok-elok, iron bagi hilang kedut, jadi la selai tudung rm40 ke rm50. sebenarnya depa up sekali harga lagi..ye la, beda pi pilih, sewa kedai lagi, normal la tuh..nak untung kan niaga, sapa nak rugi. aku sebab dah serik berniaga baju siap, jadi, beli pakai sendiri la saja. kena tipu satu hal, tak laku satu hal. kalau beli kain pasang, ke tudung ke, tak habis juai, kita bleh le pakai, kalau baju siap, size kecik, kita ni size besar, nak pakai camna? nak sedekah, jenuh le nak sedekah dah beli pun mahai kan?



ini Fiza, tengah membelek tudung yang dia blei. kot ada yang rosak ke. nak mai tukaq bukan senang. dari Baling nak ke Parit Buntar, baik check siap-siap.


seronok la tu, dapat tudung yang dia nak. helo geng Baling, kalu hampa tengok dia pakai tudung baru sedia, maknanya, dia mai beli dengan aku le tu.


dok tawar menawar dengan penjuai..singgit pun tak bagi kurang. konon dah murah giler 
dah dia bagi.


rambang mata ooo kalau dok bergantung camni. tu la orang tua-tua kata, bila balik rumah baru nampak cantik. kat kedai sebab banyak sangat, jadi tak ketahuan nak pilih. yuppp i agreee.


ish kalau habis semua nih, kaya orang tu.


tudung-tudung bergayutan. tunggu orang nak pilih amik bawa balik jer.


comey tak kak tun???comey ler cam patung tu.

note: aku mai sekali dengan ayu n family. tapi dah terpisah sebab masing-masing nak beli barang, tak dan nak snap gambar dia membeli sakan.

orang tempatan pangge pasar Kemboja sebab yang juai ni orang Kemboja. depa memang femes bab berniaga kain baju. Pakistan pun ada gak kat situ.

4 comments:

Unknown said...

situ memang tudung banyak..yam dah besa p..memang giler..tudung macam2..murah lak 2..nak pergi lagi la sebelum posa ni..huhu

aishahafiz said...

bestnya tengok tudung2 bergayutan... kat mana ni??? boleh bagi plan?

Anonymous said...

Pakistan..kt mna2 pun ada..myibuk..terus semak jer masuk geng depa..kita nk kekalkan originality mercu pasar tu..pasar kemboja..lama2 jd pasar pakistan.....yg benar:pk cik yg xnk bg kurang hrga

Anonymous said...

Beli juga baru2 nie..rupanya diaorg ambik kat kl jalan TAR..baik cari kat sana.hehe..dah blk kpg g la jln2 cuci2 mate..hehe
..