Wednesday, 8 May 2013

aku merepek dah...

bersyukur aku sebab dah ada fb..kalau tak mesti aku tak kan jumpa dengan kawan-kawan sekolah dulu.maklum ler, masa dulu bukan ada hset pun, lain ler budak zaman sekarang, sekolah rendah dah ada hset..kadang2 canggih dari kita yang dah kerja nih..tengok anak sedara ku tu, baru umur 10 tahun dah pakai samsung s3..aku pun pakai nokis pekak jer..bila dah contact, jumpa balik, kenai balik, aku dapat rasakan la, masing-masing dah ada feel sendiri, dah ada sikap yang dulu tak ada masa kita berkawan. mungkin disebabkan faktor usia yang meningkat, faktor persekitaran, maksudnya dia stay kat bandar, aku kat kampung, dia belajar sampai U, aku takat itm jer, dia kerja besar,aku kerja kecik,gaya cakap pun dah berubah..sebelum jumpa aku beranggapan dia sama macam dulu, tapi totally different ma..yang buat aku sentap, bila aku tanya, dah daftar ngundi ker?dia jawap tak pun..napa tak daftar, nanti tak bleh ngundi..dia jawab, kalau semua nak balik kg ngundi, sapa nak kerja?aikk..tak penting ker ngundi pada dia?undi  walaupun satu akan pastikan seseorang tu kalah atau menangkan?takperla..dia dok bandar, kerja besar..diam je laa....

1 comment:

Kakzakie said...

Sedihnya kakak bila ada manusia yg begini. Ingatlah pangkat atau apa juga yg kita ada sekadar pinjaman Allah. Bila-bila masa kalau Allah nak tarik hilang semuanya..

Sabarkan hati sarah, jgn rasa apa-apa. Moga kita muhasabah melihat ini sebagai panduan jgn jadi seperti itu..