Monday, 28 May 2012

Aku Belajar Buat Mi Kuning..senang jer

aku dah lupa tarikh aku buat program belajar buat me kuning nih. tujuan aku buat program tuh sebab nak meriahkan rumah komuniti AADK yang macam suram sikit sebulan 2 nih. yang 3 orang tu adalah dari kolej komuniti. aku jemput untuk ajar peserta buat mi kuning. asalnya nak belajar buat fishball tapi tak jadi..buat le mi kuning je..tak kisah la, janji dapat ilmu..yang perempuan tu pensyarah, yang 2 lelaki tu, anak buah dia..depa mai ramai tapi yang terlibat ngajar, 3 ni jer..
ni, peserta yang aku import dari Perkep dan juga orang kampung dekat situ yang aku roger2 suruh mai..ramai plak yang mai.lega alhamdulillah..orang ramai, rumah kecik, jadi panas sikit ler..takde aircon, ada aircon, lain le sikit..berpeluh le cikgu nak ngajar, anak murid pun berpeluh sama ler..apa nak buat..

ha...ni peserta yang tengah try gelek adunan mi..sebenarnya, mesin tu kalu kat kolej besar le tapi dah yang portable punya..kecik ni ja la..pakat le pegang sorang sikit sebab mesin ni senang bergerak.payah le nak gelek adunan tu.
ni le hasilnya setelah habis sekilo tepung digelek oleh pensyarah dan peserta. pakat tolong sorang sikit..
ni plak, bila dah siap gelek, mi tu kena le direbus sekejap.bila mi tu timbul, masak le maksudnya.ala macam kita buat buah melaka tu, kan kita gentel2kan bulat, pastu kita masukkan dalam air panas, bila timbul, kita angkat, sama le konsepnya..bila dah angkat, gaulkan dengan minyak supaya tak melekat.
bila mi dah siap, pensyarah tu dengan baik hatinya, gorengkan sekali untuk peserta kita makan..hmm..boleh tahan jugak, walaupun dala keadaan tempat yang tidak begitu selesa...peserta pun nampak hepi, aku lagi ler hepi sebab orang ramai..

nak resepi mi?? gini cara nak buatnya: sekilo tepung gandum diayak, garam dan sodium bikarbonat dicampur dengan air hingga larut,gaulkan tepung gandum dengan larutan tadi hingga adunan jadi sebati.adunan dinipiskan dan digelek dengan penggelek hingga nipis dan masukkan ke mesin pemotong mi..rebus air hingga mendidih dan masukkan mi, bila mi dah terapung, angkat dan tos dan gaulkan dengan minyak masak, supaya ,mi tak melekat. 

1 comment:

Farhana said...

waduh kan mudah je. mesin motong mi tu la takde.. huhuhu