Monday, 3 November 2014

Mencari Kasih Yang Hilang

kawan aku, lelaki, kemarin kena mai alor setaq sebab dia bahagian teknikal utk program. sambil mai untuk tugas yang diamanahkan, dia juga datang untuk mencari ayah kandungnya yang tak pernah dia jumpa sejak mak dia mengandungkan adik dia. ayah dia menghilangkan diri tanpa sebab yang diketahui. masa tu mak dia tengah mengandung berapa bulan ntah. aku dah lupa crita tu. katanya, ayah dia berniaga di pantai johor. aku tau cita ni masa mula-mula dapat keja nih. dia crita kat aku yang dia tengah cari ayah dia. dari dia tak kawin sampai la anak dah 3, baru kemarin dia dapat pi cari. tapi tak pasti jumpa atau tak. dia tau pun dari adik dia berlainan mak yang kerja polis di Sabah. cari cari dan cari jumpa juga dengan adik beradik yang lain. dulu, dia nak bawa wife, anak -anak dia mai jumpa, tapi masalah kesihatan anak dia plak yang tak mengizinkan. semoga kali ni, dia berjaya. selamat berusaha..

1 comment:

Kakcik Nur said...

Semoga Allah SWT mempermudahkan usahanya...