pejabat aku dekat dengan market. pagi2 ada orang mai juai macam2 kat market tu. ada yang tetap ada yang mai ikut hari. contohnya, hari rabu ada uncle tu mai juai alatulis, beg, barang perhiasan dan macam2 lagi la. nak sebut pun tak tau. aku suka beli kat uncle ni sebab buku mewarna, alatulis murah2. pemadam faber castel yang kita beli di supermarket rega singit, kat dia kupang2 ja. buku mewarna ka buku untuk kanak2 baru satu singgit. dia ada juai jugak benda2 kreatif ni. contohnya, lukisan tu kita kena tonyoh atau tenyeh dengan lidi, baru ada kaler. hampa paham dak aku cita nih? tak paham pun buat2 la paham.
yang aku nak crita nih,hari tu aku pi makan kat gerai mamak nih. ada sorang peniaga melayu, muda lagi,bawa anak 2 orang. anak dia umur 3,4,5 thun camtu la.mungkin sorang 4, sorang 3. dia beniaga bedak, minyak wangi, pakaian dalam yang orang dok juai kat intenet tu la,pekasam daging, ada lagi la satu 2 barang. yang aku kesian tu, anak dia tak mau duduk. dok buat perangai. masa tu matahari dah naik, dah stat panas. payung tak dak. yang sorang dok bunyi, yang sorang nak berdukung.kesiannnnn la aku tengok. kesian kat dia, nak cari rezeki. dia hampaq tikaq kat belakang meja yang dia dok menjuai tu, anak dia dok la baring kat situ. sat nak susu plak. berenti sat bancuh susu. ishhh sedihnya tengok. dia ni ibu tunggal ka? awat tak tinggai anak kat laki ka pengasuh ka? bila aku tengok dia aku teringat sorang peniaga kat up town perda. dia bawa anak2 mai meniaga. anak2 dok dalam van. dia beniaga la. van tu kan van beniaga tengok dalam tu selerak la, mainla depa dalam tu.tu la, susahnya nak cari duit bagi anak makan. kalau yang senang tu, mudah ja nak beli apa pun kan? naik keta besaq, nak apa amik ja. kalau la aku kena buat camtu untuk nak cari duit??? apa aku nak buat. alhamdulillah la, ada rezeki untuk anak2..tak payah berusung depa pi sana sini nak cari duit.
aku pun rasa kesian kat orang tu, beli la sebotoi bedak. rega rm8.90. wangi bedak tu. ada bacaan kursi dengan apa ntah. macam yang la ni dok femes la. kismis dengan bacaan surah tertentu. bedak tu pun sama la. takpa la, beli la satu, dapat gak duit kat dia hari tu. bukan nak sangat bedak tu, tapi untuk membantu.
No comments:
Post a Comment