Tuesday, 11 October 2011

AWAS...DEMAM DENGGI...

petang kelmarin ada van jabtn kesihatan daerah dengan speakernya bagi amaran kat penduduk taman aku..perhatian semua...sila jaga kebersihan di kawasan sekitar rumah anda kerana kawasan anda adalah kawasan denggi...sila jaga kebersihan dan pantau kesihatan anda..jika ada simptom2 demam denggi sila segera ke hospital..
simptom2 demam denggi :
Simptom-simptom demam denggi ialah:
-         demam kuat secara mengejut.
-         demam berterusan
-         sakit teruk pada tulang tulang, otot, sendi, mata
-         ruam atau bintik merah di kulit
-         pendarahan di bawah kulit, hidung serta gusi
-         pesakit juga akan mengalami sakit kepala
-         hilang selera makan
-         muntah-muntah dan sakit perut.

Ia kemudian diikuti dengan denyutan nadi yang lemah, tekanan darah rendah (hipotensi), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan. Dalam sesetengan keadaan tertentu, jika rawatan tidak diberikan dengan segera pesakit mungkin akan meninggal dunia dalam tempoh 12 – 24 jam

jadi jangan ambil mudah jika anda atau ahli keluarga anda ada simptom kat ats ni...beware...

**info ni aku amik dari satu laman web kesihatan...

No comments: