Tuesday, 11 October 2011

KLINIK CURE & CARE 1MALAYSIA


KAMI PRIHATIN, KAMI SEDIA MEMBANTU

apa benda la klinik cure & care ni, biasa dengar klinik 1Malaysia jer...
ok, ni adalah klinik rawatan dan pemulihan untuk penagih dadah atau untuk pengguna bahan terlarang..cthnya, hidu gam..

Klinik ini adalah di bawah AADK atau agensi antidadah kebangsaan..aku rasa korang mesti pernah dengar nama jabatan ni..jabatan yang sinonim dengan penagih, pusat serenti pun di bawah jbtn ni ler..

kaedah open access services diperkenalkan bagi mendekati masyarakat yang mempunyai permasalahan dadah :

*tidak kira siapa anda..tua atau muda
*pergi ke klinik ini secara sukarela
*tidak melibatkan tindakan undang2..bukan ditgkp polis ler maksudnyer..
*boleh memilih pakej perkhidmatan yg disediakan..
*perkhidmatan 24 jam setiap hari walaupun cuti hujung minggu..

jika anak anda, sedara anda, rakan anda atau jiran anda ada yang terlibat dgn dadah. silalah bantu mereka dengan membawa mereka ke klinik Cure & Care ini..bantu mereka sebelum terlambat...

Klinik ini ada di sg besi k.l, bukit mertajam, tampoi, papar, pengkalan chepa, dan kuching..

perkhidmatan adalah FOC..

DADAH MUSUH UTAMA NEGARA

No comments: