hari ni ketika memandu nak mai keja seperti biasa aku on ikim.fm..aku pun mendengar ler tazkirah pagi..
tazkirah pada pagi ni ialah, perlunya kita bertafakur sebentar memikirkan :
** ketaatan
kita sebagai makhlukNya perlu memikirkan apakah tahap ketaatan kita kepd Allah..taatkah kita kepada suruhanNya..iaitu sembahyg 5 kali sehari, puasa penuh di bulan Ramadan, byr zakat dan sebagainya..tidak perlu kita tgk skop yg luas, tumpukan pd sembahyang shj..cukuplah sembahyg kita sehari2..
** maksiat..maksud maksiat di sini bkn hanya zina tetapi maksiat mata, apabila melihat perepuan mendedahkan aurat, melihat gbr2 lucah..maksiat telinga, mendengar org mengumpat,caci maki, amksiat mulut, mengata, mencaci org, berckp benda2 yg tidak berfaedah..banyak lagi maksiat yg kita lakukan samada sedar atau tidak...
** memikirkan apa yg kita lakukan semalam dan apa akn kita lakukan hr ini..cubalah renungkan aktiviti kita semalam dan manfaat drnya..jika tiada manfaat cuba kita tanamkan azam untuk tidak melakukannya di hr ini.. ingatkan diri kita spy tidak melakukan benda yg tidak berfaedah di hari ini...
jadi, marilah kita berfikir perkara kebaikan yg boleh kita lakukan supaya dpt menjadi bekal kita di akhirat kelak..
renung2kn selamat beramal...
No comments:
Post a Comment