Tuesday, 19 December 2017

Bekal

wah wah wah..rajinnya aku rasa sekarang nih. rajin bebeno bawa bekai pi kerja. contoh..baru ni aku kena pi kursus di Penang. selalunya aku akan makan di Tesco Penang tu. kadang mc d, kadang pizza. selalunya pizza. rasa cam kaya bebeno makan pizza nih. tapi, kali ni aku bawa bekal. makan nasi goreng dengan lauk sardin. sardin tu sardin semalam. aku masak siap siap. senang, jimat masa aku pagi tu, cuma goreng nasi ja. aku dulu, goreng nasi pun tak tau. la ni, alhamdulillah la. dah besaq, beranak pinak ni kena la belajaq masak jugak sikit sebanyakkan. boleh la beda anak anak nak makan, mak, adik,laki, abang ipaq semua. merasa la ayaq tangan aku nih. goreng nasi ni dulunya , aku anggap macam susahhhhhh sangat. senang ja rupanya. itu la, praktis make perfect kan? 
aku tak pakai perencah nasi goreng adabi tau. apa perencah pun aku tak pakai. aku tumis bawang, boh cili blender, kicap kipas udang, apa ramuan nak masuk,aku masukkan ja. udang ka, sayuq campuq ka, masuk ja. boh cukup rasa sikit. cukup rasa ni, aku baru guna. sebelum ni, ajinomoto pun tak guna. pakai garam dengan gula ja. la ceredik sikti dah. pakai cukup rasa. tapi kalau iklan kata boh secubit tu, mohong la, boh secubit nak rasa apa. apa tak rasa aih.


goreng pi goreng mai, siap la nasi goren tu. hiris la timun la tomato ka sebagai hiasan dan ulam ulaman. haaa kan sihat tu. hari kedua kusus, nasi goreng juga tapi dengan salad aku bawa. sos dia, thousand island. dengan botol sos aku bawa sekali. boh bekai dalam beg kain hitam tu. setel. time rehat, aku makan kat surau sorang sorang.

 rasa syhadu ja. imagine..kalau aku dok situ dengan anak anak..aku selalu bayangkan crita sedih. aku hidup terbuang, menumpang di surau dengan anak anak, bila orang nak kunci surau, aku dengan anak anak kn menyorok belakang pintu ka apa ka..haihh sedih rasanya. tu la makan sorang sorang, macam macam la pikiaq. kalau makan ramai ramai, lupa sat kat anak tu. kira sembang, makan, sembang, makan. hmmm dari buang ja nasi tu baik dibuat nasi goreng. heiii chef wan pun makan lauk perangat tau. tambah kita yang tak semewah dia tu kan. jangan membazir. ingat la orang lain yang lapaq nak makan, benda nak makan takdak. kita, sampai buang makanan. alasan? kenyang, tak lalu, ,macam macam alasan kita bagi. sebelum ditarik nikmat, baik kita hargai.

Sunday, 3 December 2017

Berkawanlah Dengan Orang Yang Baik Baik

Betul la kata orang dulu dulu..kalau berkawan dengan org juai minyak wangi kita akan dapat bau wanginya jugak,kalau bekawan dengan orang yang sebaliknya,dapat la yang sebaliknya tu..kawan ni penting.aku ada contoh yang aku alami sendiri.masa aku kat uitm,aku bekawan dengan budak tudung labuh.depa ni,time gap class akan pi surau.semayang dhuha.aku pun ikut sekali buat dhuha.bila lama lama jadi satu habit.free ja buat dhuha.di asrama pun sama,buat bila free.tazkirah aku selalu pi..itu masa sem tu.bila sem depannya,aku dah lain kelas dan aku dah tak join depa sangat.masa tu aku dah tak buat.sekarang pun dah jarang.baru nak start balik nak buat.kenapa ye?
Sebab masa tu sekeliling aku environmentnya bagus.bila sem lain,aku bekwan dengan group lain..bukan jahat cuma tak buat yang sunat ja.buat yg perlu ja...hmmm rasa amat rugi sebab tak buat yang sunat dan sewaktu dengannya yang mana telah dijanjikan ganjaran pahala.bila umuq dah meningkat,dengaq ceramah baru la sedaq,ooo amalan blum ada nak di bawa ke sana.
Bukan budak kecik ja kena pandai pilih kawan kita yang besaq pun sama jugak..cth,kalau kita dok bekwn dengan orang yang kuat complain sana sini,kuat mengata,ada ja idea nak mengata kat orang.itu bahaya.sebab kita ni manusia.bila ada ja point kita akan rs amat la teruja nak becakap sama.masa tu diungkitnya kisah yang dulu dulu.yg dulunya orang tak tau jd tau. Kalau kita bekwan dengan org yang sentiasa berfikiran positif,maka positif lah kita..pandai pandai la na memilih kawan untuk hidup.
Kadang kadang aku rasa mcm menyesai plak bila menyampuk bila orang lain bersembang.macam menggalakkan plak.rasa besalah plak.sempena nak habis tahun ni,aku nak ubah la sikit perangai yang buruk buruk tu..cuba la jadi lebih baik dr sebelum ni.antaranya aurat,cara becakap,solat yg penting dan sedekah jariah..bagus jugak ada whatsap whatsap ni sebabnya ada meseg bagus yang dihantar.bukan tak baca,baca,tapi tak lekat di hati.aku bg contoh bab sedekah.banyak mesej bab sedekah tapi hanya dibaca sepintas lalu..ada sekali tu aku baca,barulah masuk ke hati.allahhu  akbar..teruknya aku rasa.betulla hidayah itu milik Allah...bila kita nak sedaq belum tau...