Sunday, 14 March 2021

White Challenge HADAK 2021



sebagai nak memenuhi kriteria pertandingan ja ni. aku amik sat anak anak aku dengan anak jiran depan rumah, suruh depa pakai baju putih, aku bawa mai amik gambar kat taman permainan. mai pun dah dekat tengah hari. mata pun tertutup la panaih. tapi aku hentam saja la. janji ada penyertaan. alkisahnya, jabatan aku buat White Challenge. aku ni terlepas keretapi ka apa tak tau, aku tak tau pun yang ni buat pertandingan. kalau aku tau, aku boleh set dah siap siap baru la gambaq cantik sikit. makluman yang aku dapat, jabatan aku pun last minit decide nak jadikan pertandingan. tapi, kami menang jugak, kategori komuniti. tempat ke-3.alhamdulillah. jadi la kan?menang jugak. tema sambutan tahun ni Lebih Baik Cegah. bab dadah ni, tak tau la nak buat lagu mana dah. berbuih mulut bagi ceramah, habis tenaga tangkap sana sini. tinggai anak anak nak hantaq depa masuk pusat. tapiiiii.. belum nampak kesudahannya lagi. lagi kita rancak tangkap, lagiii ramai kes baru yang terlibat dengan dadah. yang ramai, anak bangsa aku. 

 

Kita Bantu Orang, Orang Bantu Kita

alkisahnya, pada suatu hari, aku BDR (bekerja dari rumah). sebab covid covid ni, bil staf kena kurang untuk nak kurangkan risiko jangkitan. waktu aku tengah semangat mop lantai, kawan aku call. kak kat mana? kat rumah la tengah mop lantai. hari tu plak aku posa sunat Rejab. ganti dah setel, buat la sunat pulak. kawan kau cakap, kak boleh tolong dak bawa kes hari ni. sorang pegawai tu tak mau bawak sebab peminta urin tu nama dia. sebenaqnya takdak masalah pun peminta urin tu sapa. bukannya dia jadi I O. tapi takpalah, kalau kak tak bawa sapa nak bawa? hanis la kena bawa. laa I O kena bawa kes plak. sebab dia bukan I O utk kes ni tapi nanti kalau nak tuduh langgar syarat ka apa, dia tak boleh la nak handle. takkan aku? aku tak reti bab IO ni. jemmmm

hmmm takpa la, aku la bawa kes ni. masa dah pukui 8.30 pagi. nasib dah mandi. tukaq baju, pakai baju hitam dengan tudung hitam tu la, aku pi la opis amik dokumen apa yang patut, amik kot. pi mahkamah. daftar kes pun dah lambat, harusla kes aku sebut lambat. bayangkan dari pukui 9 kat sana, pukui 3,15 baru sebut kes aku. hadoiii betapa stressnya tunggu kat sana. hari tu pulak, kes penjara punya la ramai nak mampus. nasib la time aku ada kawan kat mahkamah, boleh la sembang sembang dengan dia sat sat. kalau sembang lama lama ganggu dia reja plak.

yang si hanis tu rasa besalah la sebab aku bdr, posa lagi dok tercangok di sana. sebagai balasan, dia lanje aku kek mamasab..☺☺☺i is happy. bukan nak balasan pun, dah dia nak belanja. aku trima ja. yang saja nak buat susah tu, biaq la kat dia. konon konon keja ikut sop la. bukannya aku tak tau keja dia tera mana. tapi , abaikanlah. aku tolong la setakat mn boleh tolong. kejadian berlaku 22 februari 2021. Kita Tolong Orang, Orang Tolong Kita.

Saturday, 13 March 2021

Bersawang..

 lama dah tak berblog. password pun dah lupa. reset la balik. earning yang dulu ada 2,3 rm pun dah hilang. zaman blog ni ramai dah slow. lebih kepada ig dan twitter ka dah ke tik tok agaknya. dulu , sapa sangka intenet boleh bagi pendapatan. sekarang, berebut orang nak jadi influencer sebb dari situ boleh dapat beribu beratus ribu rm. bergantung kepada usaha dan rezki masing masing. aku? fb pun jarang berupdate. whatsap status pun jarang update. tapi ada la jugak buat sales sikit sikit. kadang laku,kadang takdak langsung.

anyway, tahun ni aku da 41. tahun 2020 bagi aku tahun yang paling slow. dengan covidnya, dengan sek buka sat, tutup plak. dengan pkpb,pkpp, pkp. aku sampai confius, apa aku boleh buat dengan dak time pkp ni. ada pencapaian? ada. aku buat rumah sendiri tahun lepas. nnti aku crita pasai rumah ni. ni rasa nak menulis balik ni. harap ada la orang baca. banyak blogger yang dulu aku selalu baca dah slow. slowwww sangat. depa banyak ke ig dah. takpa la, aku tulis balik untuk catatan hidup. lebih macam diari online ja la.