Wednesday, 5 January 2022

Tugasan Baru

 aku baru jadi io /pegawai penyiasat

ganti kawan aku hanis yang kena tukaq pi Puspen Serdang

aku tak suka tau buat reja ni

seriusly tak suka, nyampahhhhhh

sebab aku tak suka masukkan orang dalam pusat ka dalam penjara ka

tapiiii kalau waris yang mintak aku ok, kalau sebab dia besalah tapi keluarga buat bodo

ni aku tak suka bab nak masukkan org ke dalam

tapi, apakan daya, dah namanya reja, kena la buat

setakat hari ni, aku baru tuduh 3

tapiiiii..semuaaaa tak masuk ke dalam

ada yang aku minta OTP/waran, tapi mahkamah reject

ada yang OTP on, parol plak minta hold sebab klien aku dalam parol

ada yang aku tuduh, OKP tak ngaku salah

hampehhhhh

bila nak bagi masuk penjara ni?

aku kesian sikit sebab PO mai dari Alor Setar

bila nak jalan kes tak lancar plak kes tu

tapiiiii..aku learn benda baru

aku belajar jumpa DPP

aku belajar bab ekehakiman utk tuduh langgar syarat

ada la ilmu baru yang aku belajaq

dalam hati aku masih la harap dapat tukaq

tapi, melihat pada keadaan sekarang

rasanya alu lebih sesuai di sini

dekat dengan rumah, apa apa hal blh lari sat balik rumah

Allah knows the best for me

😘😘😘😘😘😘

Tuesday, 4 January 2022

Apa Aktiviti Hampa?

 5.1.2022 - Rabu

hari ni first time pi gym.

sejam rm6.. boleh la kan

first time pi bukan nak guna semua alatan yang ada, belajaq guna yang asas ja dulu

macam aku pi hari ni, aku pi dengan kawan aku, dia biasa pi gym

dia la jadi coach hari ni

weiii.. nasib aku tak bayaq dia, suruh buat tu suruh buat ni

adeiiiii..aku nak buat suka suka ja. dia tak bagi

mana boleh kak, kena buat betui2 kak

baru nampak hasil

deyyyy..nak suka suka ja

sejam jugak la aku kat situ

lepas pi gym, burn kalori banyak dah

time balik, lalu mc donalds, apa lagiiii

rasa teringin plak...hancus senaman ku hari ni

😆😆😆😅😅😅😅