Hati aku bertanya..
Masihkah ada cinta padanya
Masihkah ada harapan padanya
Masihkah kau percaya pada kata-kata dan janjinya
Setulus manakah sayang dan cintamu padanya..
Hati aku juga berkata
Tidak pasti lagi sedalam mana sayang dan cintaku padanya
Kerna bukan sekali dia membohongi mu
Bukan sekali dia menyatakan kesalnya
Bukan sekali dia mengabaikan mu
Ramai yang mengatakan aku orang yang kental
Aku orang yang kuat
Tapi,
Hakikatnya hanya aku yang ketahui
Betapa pedih, sakit hati dan sedihnya
Bila insan yang aku sayang
Mengkhianati kepercayaan dan cinta ku
Ini peluang yang aku beri
Jika berlaku lagi, engkau bukan lagi cintaku
Pada waktu ini pun, hanya separuh cinta sahaja yang tinggal
Separuh lagi hancur akibat perbuatanmu, suamiku...
No comments:
Post a Comment