Tuesday, 5 April 2016

Rezki

bercakap bab rezki..rezki datang dalam pelbagai bentuk.
rezki bukan takat wang dan kemewahan.
rezki bukan tengok pada orang yang banyak duit, kereta besaq, rumah besaq, silap2 badan pun besaq.
biasanya itulah gambaran kita bila sebut rezki..rezki dia..
kesihatan yang baik juga rezki
anak2 yang sihat juga rezki
takdak masalah hutang juga rezki
anak2 pandai jugak rezki
isteri yang baik..rezki
suami yang baik...rezki
mertua, ipar duai yang baik...rezki
kereta tak rosak atau jarang rosak..rezki
rumah tak pernah ada kerosakan yang besaq..rezki
semua itu adalah rezki tapi mungkin kita yang tak perasan atau tak teringat yang itu juga dipangge rezki..
aku bagi contoh..diri sendiri
aku kawin, duduk dengan mertua. 
mak mertua aku ,bagi aku amat la baik walaupun mulut dia bising..rezki tu..walaupun kadang2 malaih nak melayan
dia cakap sebab selalu ulang..
rezki aku, kawin dengan anak bongsu. abang ipaq aku yang dua teratas, agak senang kewangannya.
barang2 dapuq, aku tak yah pikiaq. apa yang takdak, 
aku tulis ja. listing ja apa yang dah habis, beras, kicap, sos, kordial, air kotak, nugget, drummet, ais krim, tisu dapuq, pencuci lantai, pencuci pinggan, susu tin, milo, teh, 
nescafe, apa saja barang kegunaan harian, abang ipaq aku yang no 2 akan beli. bil2 api, air, telefon, astro, 
abang no 2 yang bayaq. jadi rezki aku jugak la sebab aku tak kena kuaq duit untuk semua tu.
semua abang ipaq sponsor..sebab aku stay dengan mil. aku cuma kuaqkan apa yang aku nak beli ja. cth, lampin anak, susu anak. tu yang sendiri punya la.
cuci atau bersih rumah pun aku tak buat sebab abang ipaq aku yg no 3 akan buat. biasanya kalau dia mai, dia akan mop, cuci kipas, cuci cermin. aku sapu sampah sikit2 ja. major cleaning dia akan buat.servis ekon? abang no 2 yang buat. kalau tak sejuk atau lama tak servis, asben aku akan bgtau ja abang dia..rezki aku tak yah pikiaq semua tu.ikan, sotong, semua, mil yang beli. aku top up ja la sikit2..
asben aku keja kat pahang. masa mula2 dulu berulang dengan keta, sekarang, abang dia dah beli moto..versys 650. senang nak berulang. asben aku guna ja motor tu. bulan2 abang dia bayaq. rezki laki aku. sebab dok berangan nak pakai moto besaq, abang dia yang beli, dia pakai, abang dia bayaq. servis?asben aku kuaq duit sikit ja. lain semua abang dia bayaq. rezki rezki..
rezki kita memang tak sama. laki aku bukan keja besaq.tapi aku tumpang rezki orang lain. bersyukur lah.walaupun kadang2 aku merepek jugak nak dok rumah sendiri. dah beli rumah tapi sewakan pada kawan seopis. murah ja aku sewa. rumah kos rendah kat taman aku sewa lagi mahai dari rumah aku. takpa la, rezki kawan aku. aku sewakan murah.janji ada orang duduk dan jaga elok elok. makan kat luaq? kadang2 kami laki bini yang kuaq duit. tapi rezki kadang2 atau aku kata selalu la, abang ipaq yang selalu belanja. aku pi makan ja.rezki rezki.
rezki kawan2 boleh dok rumah sendiri, aku kena stay dengan mil sebab mil aku takut nak dok sorang. asben aku pun, nak jaga mak dia. telan air liur tengok kwn aku hias rumah cantik2 ikut citarasa sendiri, aku?ikut ja la apa yang ada dalam rumah tu. nak beli apa lagi, tak muat nak letak dah.untungnya aku, cadar, sarung kusyen, alas kaki semua tak pyh beli sebab mil pun jenis membeli.guna ja la..
banyaknya rezki yang aku dapat..tanpa aku sedari. tapi lumrah manusia, akan ada rasa tak puas hati. mendidik hati supaya sentiasa bersyukur bukan mudah. tapi kena usahakan juga sebab lumrah manusia sentiasa diuji..
sekian, bebelan aku..

Monday, 4 April 2016

Panas

di sebelah utara, panaih sungguh la, la ni. kat negeri lain pun sama gak panaih. tapi tak tau la, utara lagi teruk kot. Kosmo kemarin kata, negara kita akan jadi suhu macam padang pasir. ya Allah..takutnya. tu baru panaih dunia, akhirat belum tahu la tera mana panaihnya. bayangkan lah, air paip, boleh rendam teh rasanya. punya panaih. nak amik ayaq semayang pun, tahan ja la. punya panaih. berpeluh ni toksah crita la. lenjun dengan peluh. aku kemarin sampai tukaq baju la. pi spital pakai baju lain, lepas tu nak pi aloq setaq, ish tak gamak nak pakai baju yang sama. ketiak rasa belengas ja. bau pun ada sama nih. rambut ni, tiap2 hari kena cuci. peluh dari kepala sampai ke kaki. aku hari tu, rasa nak demam sebab pi 2 buah sekolah. buat dalam dewan talk tu, tapi peluh, jangan tanya. habis mekap2. habis kat sekolah tu, pi sekolah satu lagi, dalam dewan jugak. pun sama, kipas angin pun tak berjaya sejukkan manusia dah. sebab suhu yang terlalu tinggi. kat spital kemarin, bukan takdak ekon tapi orang dah ramai, jadi panas jugak. parking kat luaq kawasan spital. berjalan pi kantin, pastu pi parking pun dah berpeluh sakan. balik rumah,mandi, tukaq baju, baru pi aloq setaq. tidak naya ja. bau yang kurang enak. malu weh.malam2, pun sama, basah baju disebabkab peluh. kat rumah memang ada ekon tapi nak on lama2 pun segan sebab bil mil yang bayaq. buka pun sekejap2 ja.. dah sejuk, of, time tidoq nak on lama2, anak aku jenis tidoq tak pakai baju. depa pun pandai bgtau panaih. petang2 budak2 pun tak main kat luaq. takut satg jadi strok haba ka apa. sekolah kat kedah dan perlis dah 2 kali dapat cuti. rasa macam best tapi program yang kita dah plan la plak kena kansel habis. kalau tidak, urin pelajar aku dah lama setel. ada satuuuuu ja lagi sekolah nak kena pi. sabar la. dugaan. 2,3 hari ni kat kulim baru ada hujan. tak lebat sangat. tapi ada juga.alhamdulillah ada hujan dari takdak.Kosmo tulis, badan manusia boleh bertahan suhu pada 39.5 oC saja. salah satu sebabnya yang berlaku ialah kurangnya tumbuh2an hjau yang memayungi dan menjadi kanopi semulajadi.. itu, manusia yang punya sebabkan. akibat perbuatan manusia, manusia dan makhluk sekelilingnya yang menerima kesan. nak wat gena..?salah sapa?

Kenangan

kenangan masa stay kat Copthorne Hotel Penang. kecik plak gambaq ni. aku edit kat pixels. masa tu, aku pun belum ngandung lagi. sekarang ni dah 7 bulan, nak berjalan pun tak larat tapi kena gagah jugak la sebab nak kena keja, uruskan anak lagi. dok memikir, kalau bersalin nanti, camna anak aku nak pi sekolah. sapa nak hantaq. dah la depa tak sedia transport. hmmm camna yer..asben kalau boleh cuti lama ok la. kalau tak, kena la mintak tolong sapa2 sat. sementara nak habis pantang.






sebelum balik rumah, singgah sunway carnival. main games kat sini sat. tak plan nak stop sini. nak masuk kena beli stokin. rega dah lupa. tapi lepas Maghrib, caj lebih murah. nak tunggu Maghrib jenuh la. bantai ja la. sekarang kat tesco kulim pun dah ada benda lebih kurang camni. tapi caj masuk mahai nak mampus. pikiaq 4 kali pun tak habis lagi, nak masuk, tak, nak masuk, tak.



Nasi Kandaq

actually, crita ni dah lama. baru nak tulis dalam blog. ada satu hari tu, aku tingin sangat nak makan gulai sotong. mamak punya stail. aku pun pi la cari kat satu kedai nasi kandaq yang agak femes dan ramai orang kat sini. aku beli sotong gulai, ayam dan nasi. kena la dalam belas2 gitu rm. balik rumah dengan penuh semangat dan teruja, aku pun bukak semua makanan yang aku beli tu. tengah dok sedap kayuh masuk mulut, aiseyyyy ternampak la satu benda dalam gulai sotong tu. aku rasa cam serangga. takkan anak sotong. laaa potong stim nak makan. nak buang sayang la plak ke makanan nih. korang nampak tak yang hujung pinggan tu. aku tak pasti benda apa. tapi aku amik buang ja. nak buang semua gulai sayang. tapi aku tak bagi la anak aku makan gulai tu. takut sakit perut ka apa. cadangnya nak komplen ja kat dalam web depa. tapi, malaih la plak. biaq ja la. boikot ja la diam2..nanti jangan makan kat sini. dah la mahal siot..