Tuesday, 5 April 2016

Rezki

bercakap bab rezki..rezki datang dalam pelbagai bentuk.
rezki bukan takat wang dan kemewahan.
rezki bukan tengok pada orang yang banyak duit, kereta besaq, rumah besaq, silap2 badan pun besaq.
biasanya itulah gambaran kita bila sebut rezki..rezki dia..
kesihatan yang baik juga rezki
anak2 yang sihat juga rezki
takdak masalah hutang juga rezki
anak2 pandai jugak rezki
isteri yang baik..rezki
suami yang baik...rezki
mertua, ipar duai yang baik...rezki
kereta tak rosak atau jarang rosak..rezki
rumah tak pernah ada kerosakan yang besaq..rezki
semua itu adalah rezki tapi mungkin kita yang tak perasan atau tak teringat yang itu juga dipangge rezki..
aku bagi contoh..diri sendiri
aku kawin, duduk dengan mertua. 
mak mertua aku ,bagi aku amat la baik walaupun mulut dia bising..rezki tu..walaupun kadang2 malaih nak melayan
dia cakap sebab selalu ulang..
rezki aku, kawin dengan anak bongsu. abang ipaq aku yang dua teratas, agak senang kewangannya.
barang2 dapuq, aku tak yah pikiaq. apa yang takdak, 
aku tulis ja. listing ja apa yang dah habis, beras, kicap, sos, kordial, air kotak, nugget, drummet, ais krim, tisu dapuq, pencuci lantai, pencuci pinggan, susu tin, milo, teh, 
nescafe, apa saja barang kegunaan harian, abang ipaq aku yang no 2 akan beli. bil2 api, air, telefon, astro, 
abang no 2 yang bayaq. jadi rezki aku jugak la sebab aku tak kena kuaq duit untuk semua tu.
semua abang ipaq sponsor..sebab aku stay dengan mil. aku cuma kuaqkan apa yang aku nak beli ja. cth, lampin anak, susu anak. tu yang sendiri punya la.
cuci atau bersih rumah pun aku tak buat sebab abang ipaq aku yg no 3 akan buat. biasanya kalau dia mai, dia akan mop, cuci kipas, cuci cermin. aku sapu sampah sikit2 ja. major cleaning dia akan buat.servis ekon? abang no 2 yang buat. kalau tak sejuk atau lama tak servis, asben aku akan bgtau ja abang dia..rezki aku tak yah pikiaq semua tu.ikan, sotong, semua, mil yang beli. aku top up ja la sikit2..
asben aku keja kat pahang. masa mula2 dulu berulang dengan keta, sekarang, abang dia dah beli moto..versys 650. senang nak berulang. asben aku guna ja motor tu. bulan2 abang dia bayaq. rezki laki aku. sebab dok berangan nak pakai moto besaq, abang dia yang beli, dia pakai, abang dia bayaq. servis?asben aku kuaq duit sikit ja. lain semua abang dia bayaq. rezki rezki..
rezki kita memang tak sama. laki aku bukan keja besaq.tapi aku tumpang rezki orang lain. bersyukur lah.walaupun kadang2 aku merepek jugak nak dok rumah sendiri. dah beli rumah tapi sewakan pada kawan seopis. murah ja aku sewa. rumah kos rendah kat taman aku sewa lagi mahai dari rumah aku. takpa la, rezki kawan aku. aku sewakan murah.janji ada orang duduk dan jaga elok elok. makan kat luaq? kadang2 kami laki bini yang kuaq duit. tapi rezki kadang2 atau aku kata selalu la, abang ipaq yang selalu belanja. aku pi makan ja.rezki rezki.
rezki kawan2 boleh dok rumah sendiri, aku kena stay dengan mil sebab mil aku takut nak dok sorang. asben aku pun, nak jaga mak dia. telan air liur tengok kwn aku hias rumah cantik2 ikut citarasa sendiri, aku?ikut ja la apa yang ada dalam rumah tu. nak beli apa lagi, tak muat nak letak dah.untungnya aku, cadar, sarung kusyen, alas kaki semua tak pyh beli sebab mil pun jenis membeli.guna ja la..
banyaknya rezki yang aku dapat..tanpa aku sedari. tapi lumrah manusia, akan ada rasa tak puas hati. mendidik hati supaya sentiasa bersyukur bukan mudah. tapi kena usahakan juga sebab lumrah manusia sentiasa diuji..
sekian, bebelan aku..

No comments: