korang ada menyimpan dengan ptptn tak? under sspn i plus. bagus gak kalau hampa menabung kat sini sebab pembayar akan dapat perlindungan insuran. not bad la coverage dia, walaupun seciput ja kita sumbangkan. aku baru bukak untuk anak sulung, yang no dua dengan tiga belum lagi. min simpanan sebulan rm30. dalam rm30 tu, rm10 adalah untuk takaful. kiranya, banyak mana kau simpan, rm10 tetap ditolak untuk takaful. apa yang dicover ialah pampasan untuk kematian, hilang upaya, sakit kritikal dan elaun spital. elaun spital ni sikit ja.rm20 semalam. macam takdak apa kan, tapi ok la sebab rm10 ja yang disumbangkan untuk takaful. kalau nak banyak dapat pampasan, sila la hubungi aku, amik insuran dengan aku. yang tu kau boleh dapat elaun spital rm 100 paling sikit. nak banyak lagi pun boleh tapi premium mau tinggi la. sebenarnya, matlamat ptptn ni nak galakkan tabungan, nanti nak belajaq tak la pening pala nak cekau duit kan?aku pun peminjam ptptn. aku bayaq bulan, potong gaji. gatai aku ni, dulu kalau aku bayaq sikit2 pun tak kena buat potongan gaji tapi dah dasar pemalas, aku sat bayaq sat dak, lepas tu hujung tahun lepas, bila ptptn nak buat potongan ikut suka baru la terhegeh hegeh isi borang. ha amik kau, baru kelam kabut. kalau tak isi borang depa akan potong ikut suka hati. kawan aku kata, kawan dia kena sampai rm400.nak makan apa kalau kena potong sebulan banyak tu. so, baik la simpan sikit sikit. campuq dengan simpanan yang berinsuran kalau sapa yang amik, boleh la cover cover sikit. ke depan kedepan ni, kos akan lagi tinggi, sekarang pun dah tinggi, apatah lagi tahun tahun akan datang. meh la nyimpan dari membazir..tapi kalau dah nak simpan pun takdak celah dah, apakan daya.. itu lain crita..
Sunday, 19 March 2017
Musim Hujan
sekarang dah start musim hujan nih. bayangkan, kemarin tengah hari dari panas lit lit, tiba tiba hujan dengan lebatnya. phewww lebat sungguh. pagi ni pun dah mendung dah ni. baju banyak tak basuh ni. tepi opis aku kedai dobi layan diri. aku pernah try basuh sekali.. memang syiok sebab mesin besaq, 14 kilo, spin 16 kilo. pergh best betul guna. bila dah setel basuh, dengan wanginya dengan panasnya kain tu. syiokkkk sangat. hampaq ja kain baju tu sat, lepaih tu boleh lipat dah. aku pernah try satu kedai dobi layan diri dulu, tapi servis dia tak best. bila spin, kain tak kering pun. bila basuh, kain tak wangi pun. kedai ni, wangiiii ja tahan berhari hari. kemarin, kat tengah pekan kulim, hujan punya lebat, mai kat opis aku, jalan pun tak basah..tak hujan sebelah sini..tu diaaaa, kuasa Allah, sana hujan, sini dak. masa aku belajaq kat uitm dulu la, pensyarah aku crita klia tu punya la besaq, bayangkan side sana hujan sebelah sini dak..huiyooo kagum seketika. tapi bila ingat balik, itu kuasa Tuhan, tiada apa yang mustahil.
Kereta Baru
secara rasminya, chewah, aku beli proton ertiga, bukan aku, asben aku. keta ni gunanya bila nak kuaq dengan anak anak.selesa sikit sebab kalau depa nak tidoq, boleh amik sorang satu row, sebab ertiga kan mpv ,6 seaters, amik la yang belakang ka tengah ka. kalau harian, pakai kancil ja..yang aku crit 3 kali dah aku kena tu. nak beli honda brv, avanza tak mampu, mampu tengok ja. telan air liuq aku tengok orang pakai keta camtu,berapa la bulanan depa bayaq?berapa la gaji depa. aku ni teringin nak pakai keta import, hmmm teringin ja la, keta tempatan gak la yang mampu. dari perodua ke proton. tapi, aku heran la, napa la int keta tempatan tinggi berbanding keta import. kesian kami yang susah ni, dah la nak beli keta pun susah, kena bayaq mahai plak. tapi, bersyukur lah, ada rezki Allah bagi untuk aku pakai keta baru. bab maintenance tu, crita nanti lah pulak. tak berjalan jauh lagi pun keta tu. dekat dekat ja. nak berjalan mana, semuanya mahai, tak tau nak pi mana. nak pi penang, adoiii tempat semua mahai, nak pi zoo, tiket dah mahai, binatang macam sama ja. tak menarik pun. aku rasa amat sempit bila rega minyak mahai..bayangkan, nak makan, jenuh cari tempat murah, nak murah tera mana lagi. orang meniaga nak untung, nak juai murah camna..nasib la aku golongan marhain yang gaji kecik..nam tampung hidup. habis jimat dah ni... macam tak kena tajuknya, tapi lantaklah..
Kereta Lama Buat Hal
aku sebenarnya dah juai keta myvi aku. aku beli kancil lama, tahun 1996. keta tu kuaq masa aku tingkatan 4. lama dah kan, sekarang aku dah 37 tahun. keta tu semuanya lama stail. ye la, tengok tahun kuaq la kan. tingkap kena pusing, sensor reverse takdak, kalau tak tutup lampu pun takdak signal bunyi. semuanya la old style. mula2 aku beli, aku ingat meter minyak rosak sebab boh rm10 meter tak gerak, adoiii jem..camna nak trace minyak kurang nih. padahai aku lupa minyak seliter rm2.30. bukannya rega minyak masa aku beli kancil tahun 2006 hari tu, seliter baru singgit lebih.
alkisah yang pertama, aku boh rm10, aku naik keta, hantaq anak pi rumah pengasuh, pi balik 16km, dari rumah pi srinpek, aku rasa dalam 15 km pi balik, pi cch, pi srinpek lagi amik anak tuisyen, pi taman tiram amik anak, lastly, keta stop depan cmart dekat mcdonald kulim.berpanas aku dalam keta tu dengan mohsin dan anak yang kecik. bikin aku panas. cut it short, sebab minyak. so, salah aku sebab dengan km yang lebih dari 50km, aku harap rm20 minyak mampu aku bawa keta untuk 2 hari,hahahaha padan muka aku.
alkisah yang kedua, aku start keta, awat keta aku gegaq teruk sangat. punya kuat gegaq, especially bila aku nak reverse. mula2 aku ingat biasa, rupanya masa otw nak ke rumah pengasuh aikkkk dah lain macam..tekan minyak macam tak masuk ja minyak tu. kebetulan, minyak dah E..eh nak habis minyak kot jadi camni. aku singgah stesen minyak. ngam ngam berenti dekat pam, enjin mati sendiri. 3 kali jadi camtu, kalau aku stop kat trafik light, gegaq lagi kuat. cut it short, tak bleh on econ, boleh bagi mati enjin..aku bawa keta tanpa econ baru tak gegaq dan tak mati enjin. bawa pi kedai yang selalau aku pi, dia tukaq cable denganmacam penapis tu.kena rm55. baru ok...
alkisah yang ketiga..aku pi pekan kulim, nak tukaq barang kemas, rantai tangan aku yang kecik dan kosong tu,aku pi kedai yang selalu aku pi, kedai emas delima. aku amik rantai tangan baru, moden sikit patennya. rm 1388.. tolak rantai tangan yang kosong tu dapat rn 1378..aku tambah rm10 ja la. berat rantai tangan ni 6.22 gm dengan harga emas rm181.campur upah dengan gst dapat la rega cam kat atas tu.
setel kat kedai, nak start enjin keta, senyap sunyi keta aku.adoiii apa hal plak nih..dah la kering. rupanya, bateri kong. tepon la kawan2 opis, mai la en mi dan ad..depa pi cr kedai bateri. nak dijadikan lebih tragis, hujan turun dengan lebat. hahahaha lawak.. depa pun tukaq bateri dalam hujan dengan aku pi pinjam payung dari kedai emas tu la. kena bayaq rm 140..harga asal rm160 tolak bateri lama rm20. alhamdulillah, kawan kawan membantu. setakat ni, apa yang terjadi memang kawan2 la yang tolong. syukur, ada kawan2 yang baik camni walaupun ada gak tak semua camtu..banyak yang elok dari tak elok, so, pejam mata terima saja.
hari ni, keta ku berbateri baru dan aku ber rantai tangan baru..
Hati
aku nak sentuh sikit bab hati ni. sebab manusia ni rambut sama hitam, hati lain lain, aku heran sungguh kalau manusia yang hati busuk ni. nak cari salah orang ja. nak cucuk orang ja supaya timbui masalah. heran aku. apa pekdah yang dia dapat.? berkira keja, suka ja cari salah orang. yang jadi lalang lagi la hampeh.ssat dia sokong orang tu, sat dia sokong orang ni. kalau ada kepentingan pada dia, on la, kalau tak dia pangkah besaq besaq. apa buruk perangai sangat. umuq dah tua, tunjuk la teladan kat orang muda. buruk perangai camtu. tak malu ka, isu kecik diperbesar besarkan..macam takdak penyelesaian..padahai benda boleh setel on the spot. orang macam ni memang tak patut wujud di dunia ni. haru biru tempat kerja kita. jenis manis di depan, di belakang macam apa lagi mulut. ada yang stail apa apa sikit post kat fb. bila kawan teguq, sentap, boh kat fb.konon fb aku punya, aku punya suka la..memang la fb hang, hang punya suka tapi kawan2 bukan bodoh, dia tau la hang jenis mcm mana, jenis nak tunjuk hang baik,dekat kawan hang boleh la hang kelentong, dengan kawan sekerja hang boleh kelentong ka perangai buruk tu. dak la kan? yang menyucuk ni kadang2 yang jantan lagi teruk dari yang betina. punya busuk hati tu, tak tau nak cakap la..renti kanlah buat benda tu. kita nak kerja lama bukan sat ja. kalau dah tak suka, isi borang pi pindah mana suka. tapi kalau di mana pun dok buat perangai sama gak, sapa yang suka. dok la hang sorang sorang macam kera.
Adab Menyewa
menyewa ni bukannya mudah. sebab kita duduk di rumah orang, guna harta orang. dari rumah hingga ke bil, semuanya kita sewa. jadinya bila kita dah tak sewa di tempat tu, langsaikanlah semua yang kita guna tu, jangan la ditinggalkan pada tuan rumah. sebab tuan rumah dah bagi sewa, rega murah dah kira baik dah tu. ni kalau rumah yang ditinggalkan tak terurus, tinggalkan bil bil lagi..adoiii letih rasanya. penyewa baru memang la tak berbunyi tapi bila bil sampai dia akan forward ja bil tu..dah kau kena bayarkan dulu..adoiii lain kali ken beringatla bila penyewa nak blah. jangan amik mudah sewa yang tertunggak, bil yang tak langsai.. beringatlah
Subscribe to:
Posts (Atom)