Tuesday, 20 August 2019

Aku dan Mahkamah

masa dulukan, tengok mahkamah pun takut. rasa ,eeee nak pi mahkamah. teringat lokap,polis dan penjara. tapiiii bila dah keja ni, mahkamah tu memang la tempat yang wajib kena pi. sebab? nak mohon reman - mahkamah. nak jatuh hukum masuk pusat atau pengawasan -  mahkamah, nak jamin - mahkamah, nak batalkan reman - mahkamah. pendek kata, sana la tempat yang kena pi.
luckily..aku dok unit yang tak terlibat sangat dengan mahkamah. jarang aku pi kecuali ganti kawan kawan yang tak sempat nak pi. contohnya.. hari ni aku kena pi untuk dapatkan reman. kena pi mahkamah untuk mohon perintah masuk pusat pemulihan. aku..palinggg tak suka kalau pi mahkamah, pastu nak minta perintah masuk pusat atau reman. dia jadi takut, pikaiq macam macam. kalau surh ceramah ok, suruh pi mahkamah, blh jadi tak lena tidoq ooo. punyala teringat.
apa pun ni tugas, redah ja la. sedangkan ramai yang tak dak kerja, aku masih ada kerja. alhamdulillah

Lama Cuti

bukan cuti dari kerja..tapi cuti menulis kat sini. apa nak crita ye? kita crita bab raya korban. tahun ni aku tak buat korban sebab rasa macam duit kurengggg sangat. padahai bukan banyak mana pun. tapi tu la, satu mesej kat ig tu menyebabkan aku rasa, ehhhh lalainyaaaaa, berkiranyaaaa. sebab korban yang aku nak amik tu bukan beribu pun. ratuih ja. tapi rasa beratkan? sedangkan keta yang dok guna, beli hari tu banyak lagi banyak dari harga korban. papppp..kena setepek. takpa, tahun depan la aku amik. kali ni bayaq awai. bila bayaq lambat, macam tu la jadinya.
alkisah, aku amik korban ni dari sorang ustaz. dia selalu buat kat India. bukan takat korban dan akikah, tapi juga telaga, yang ada pam tu. untuk bekalkan air bersih pada orang di sana. la kan, orang dok pi buat korban di Kemboja la, Palestin dan sbagainya. ikutlah nak buat di mana pun. asaikan yang buat tu memang sah dia buat dan betui caranya. jangan pakai hentam saja. naya kita yang berharap korban dah buat tapi tak diterima Allah. 
sama la macam kes Badal Haji. bila kita tak pilih company yang betui, yang amik duit kita tu, upah ja sapa sapa yang depa nak. kadang tu depa pun tak pi haji dan syarat syarat pun tak tau. naya ja duit kita, badal haji pas ke mana. sangat rugi. so, nak buat korban ka, akikah ka, badal haji ka, carilah company atau orang yang boleh percaya.
berbalik pada korban baru ni, aku dapat la daging dalam 4 kilo gak. dannnnn aku memang suka makan daging. aduiiii memang suka gila. kalau ada lauk daging memang yang tu aku amik walaupunnnnn daging ni bahaya sebab lambat proses penghadamannya. kalau tak silap la. 
kenduri korban pun ada la satu dua. yang dekat aku pi la. yang jauh aku tak pi dah. payah dengan si aktif ni. kalau mama ain depa, memang suka makan kenduri. rasanya, tahun ni aku paling banyak amik cuti sebab pengasuh nak pi makan kenduri. imagine..aku pun suka sebenarnya, tapi apa kan daya, anak pun tak berapa nak cerdik lagi.
anyway..selamat membaca..malaih dah nak tulis. 
baiiii

Monday, 5 August 2019

Saya & Angan-angan

wauuuu.. tajuk....macam buku cerita budak budak je kau jah. banyak angan - angan aku nih. tu la, wawa kata, penuh dah kat ataih pala kak awan awan tu. perli kau...memang la orang kata kejayaan start dari angan-angan. tapi, kalau angan - angan ja usahanya tarak, apa cita. aku le tu. aku angan-angan nak buat biskut juai. orang nak tolong juai dah ada, tapi barangnya takdak. adoiiii tengok orang berniaga sana sini, seronokkkk ja tengok. kita yang tengok memang best tapi kita belum tau lagi usaha depa tera mana. tengok ja la aliff syukri tu. dia memang kaya, tapi nak jadi kaya melana macam dia tu, tengok la lama mn nak capai dan betapa strugglenya untuk berjaya.
haaa aku ni, asyik berangan ja. nak bela ayam kg la, nak juai biskut la, nak buat puding la. nak masak makan untuk family pun berangan. angan ja banyak, usaha tarak. semalam, baru aku buat roti chicken floss. tu cara mudah pun amik masa berminggu-minggu. dah terbayang dah ni camna nak juai biskut tu, tapi tu la..usahanya takdak..bahan pun blum beli lagi.doakan ayu berjaya beb..kalau dah buat, aku update sini.

Waktu Flexi Untuk Kakitangan Kerajaan

dulu dulukan, orang keja gomen ni ada gak waktu anjal. tapi dihadkan. contohnya masuk pukui 8 pg , balik pukui 5. masuk pukui 8.30 pg, balik pukui 5.30 petang. ada jugak yang masuk lagi awai. tapi pej aku amik dua masa tu ja. sekarangggggggg...ada waktu lagi flexi dan lagiiiii best. sebab, staf boleh masuk mana mana waktu antara 7.30 pagi hingga 8.30 pagi dan balik start 4.30 petang. kalau masuk keja jam 8.31, dikira lewat. haaaa lebih menyenangkan staf la. macam aku, aku masuk pukui 7.30 pagi, aku blik 4.30 petang. kalau la hari tu aku lewat, aku masuk jam 8.20 pagi, aku balik la 5.20 petang. asalkannnnn..masuk keja jangan lebih dari 8.30 pagi dan balik jangan awai dari 4.30 petang. 
tujuannya, nak kurangkan sesak di jalanraya dan di lif dan sebagainya. sebabnya, ikutkan kajian yang dilakukan, jalan kurang sesak sebab pengguna keluaq awai dari rumah, kat lif pun tak la semua orang tertumpu kat situ ja satu satu masa. 
bagi aku yang pi keja jalan tak jem, tempat kerja takdak lif, tak rasa la. tapi yang kerja mengalami situasi macam tu, ini satu kelebihan kat depa. yang penting kerja mesti cukup 9 jam. itu point dia. tapi tak semua jabatan buat, ada yang tak bleh nak buat sebab kekangan perkhidmatan. contohnya , hospital. depa ikut masa 8-5.bomba pun sama rasanya. yang kritikal ni tak la ikut flexi macam ni. apa apa pun yang penting kerja jalan. berkhidmat untuk negara gitu.