Wednesday, 8 January 2020

Sejarah Kereta Aku

teringinnya nak pakai kereta mahai. mewah la mksdnya. contohnya vios ka, honda ka. tu kira mahai dah tu bagi aku. bagi hampa aku tak tau la. sejarah kereta yang aku beli bermula dengan :
kancil gemilang blue PGM 7564. kancil ni yang meter dok di tengah senget mai ke drebar tu. kancil 850. bayaran bulanan 350. loan dengan Public Bank. aku beli tahun 2005. masa tu keja di CIMB Bank. jadi kerani. aku beli duit tu hasil dari juai saham yang CIMB bagi kat staf. aku dikira amat laaaaa beruntung sebab masuk kerja tahun 2002, dah dapat saham. sedangkan yang kerja berpuluh tahun pun dapat saham sama macam aku. jumlah unit yang sama cuma beza harga saja. aku dapat seunit rm4.15..depa dapat rm 3.30. camtu la. jadinya aku juai buat deposit beli keta. yang juai nama rudi. bini dia pun keja perodua services. until now. dia dah buat benda lain. tak juai kereta dah. masa nak buat loan tu, aku punya la takut nak call bank , jadinya aku srh kak normi yang call. bukan ada apa pun. depa srh bayaq deposit lebih. takut sampai mcm tu, adoiii.. takut la bab bab bank ni.
masa dapat keta tu, salesman tu mai parking depan bank. chewahhh seronok gila. dia boh minyak sikitttt ja. kak siti la yang tolong pi tunjuk cara nak boh minyak. dia escot aku sampai hi tech. pastu aku bawa la sendiri sorg sorg. aku ni, dapat lesen dah setahun, baru beli keta. aku belajaq manual dulu ni, beli keta pun manual. apa aku buat?aku ingat balik ja cara nak bawa keta. mula2 tekan cluth, lepas pelan pelan, masuk gear 1, jalan sikit gear 2, pastu 3,4 ikut kelajuan. 
seronoknya ada keta, bawa mak pi makan nasi ayam periuk besaq setiap minggu. masa tu depa juai, nasi rm3, ayaq apa pun  singgit ja. dua orang makan baru rm8. best sangat.. time balik lalu kot batu puteh, kena tahan dengan polis sebab tak pakai tali pinggang, kena tahan ja, saman dak. keta tu  jugak lah anak lembu melompat naik kat bahagian depan keta aku. latah plak lembu tu. senget sekejap. dengan keta tu la, aku bawa arwah makcik cah pi rumah besan dia kat bukit teh. malam. aku stop enjin tak ttp lampu. aku ingat enjin tutup, lampu pun padam. rupanya dak. lawak betui..dengan keta tu la aku drive pi lapor diri di AADK Negeri Kedah. weiii tu paling jauh aku penah bawak k. sorang sorang. nasib sampai. masa tu mana ada google maps waze bagai. harap kawan aku crita satu satu kedai sepanjang jalan tu, haa sampai jugak dengan jayanya.
pi exam jabatan di Sek Men Hutan Kampung. 110 aku bawa. laju gila. ketaq stereng stereng time tu. masalah aku, bila kat tol ja rasa takut. takut apa ntah. bila atas highway seronokkkk ja. sebab jalan ok kan? aku ni jenis gelabah sikit kalau guna jalan baru, mksd aku baru lalu. kalau jalan yang aku besa lalu, aku ok. kereta tu memang best. itu la keta impian aku masa form 3. rasa mahai sungguhla kancil tu. orang kampung yang miskin macam aku, tu dah rasa mahai ya rabbi. orang lain berangan nak pakai volvo ka merc ka, aku ? kancil. keta tu aku tolak ke orang sambung bayaq sebb aku amik myvi lepas tu. sedih sebenaqnya nak tolak ke orang, tapi tu la. aku tak berapa setuju tapi bila ada orang yang suka masuk campuq, ada plak yang suka ikut cakap orang. macam tu la jadinya. ada benda yang aku terkilan masa tolak kancil tu. nnti aku tulis, aku pakai kancil tu dalam 4 tahun ja. pas kat orang sambung bayaq pun macam harey. bank selalu call aku sebab payment lambat. kadang melarat sampai 3 bulan. sakit ja hati aku. tapi, lastly habis jugak. setel azab aku bank dok call selalu tidak ni. loan 9 tahun, nak tunggu lagi 5 tahun tu , adoiii parah.

No comments: