Monday, 11 May 2020

Cemuih

adoi laaaa.. tak tau nak habaq la cemuihnya rasa pkp ni. lanjut plak dah sampai 9 jun. memang dok agak sambung punya sebab dok ada lagi penyakit ni. kalau takdak langsung kot buleh stop pkp. dalam dok ada ni pun, ramai dah bederu pi supemaket, bawa anak bini pa semua. aku dak lagi la. raya ka dak ka sama ja aku rasa sebab tak bleh nak pi kemana. dok dalam rumah saja. tak kalut la aku dengan baju raya kasut raya apa bagai. rasa nak kalut sikit sebab nak buat biskut raya sejenih dua ja. yang mudah mudah dah la. dok ada dalam kepala ni mazola, almond, semperit susu dengan cornflakes madu. yang dok rasa nak laku keras almond tu. tengok , dalam tak kalut nak raya pun 4 jenis nak buat. tat nenas order kat kak norma kat kg nu. dia tu pun dalam tak mau buat tak mau buat. piii..3 ribu lebih gak la order masuk. rezkiiiii..buat pi lah. dapat gak duit raya.
ketupat? rancang nak buat sendiri tahun ni. dah 40 tahun dah umuq aku belum pernah aku buat sendiri ketupat dari a sampai z. plan la nak buat. sekali laki aku kata, tak payah. order ja. ok. lagi senang crita. rendang aku pandai buat dah oiii. masa pkp ni la aku belajaq buat. tanya en google. banyak resepi, pilih la mana yang nak. serunding aku ada dah sekilo setengah. kampung laut oiii. femes tu. sekilo aku beli, setengah kilo laki aku beli. nanti kita try.reja dah kena mai hari hari. bila nak stat buat biskut raya pun tak tau la. masalah utama la ni, nak beli almond kena pi beratuq di kedai kek nu. yang ni yang lemah. malaih laaaa nak beratuq. ada la kedai kek kat sebelah opis ni tapi kaaaa rega mahai sikit. tu yang leceh tu. kalau beza sekupang dua takpa la.tapi beringgit beza..habis camno? hmmm redha ja la.

No comments: