Wednesday, 27 August 2014

Darah Tinggi

dalam sejarah, seminggu ni aku pi klinik tiap2 pagi untuk amik tekanan bp. jeng jeng jeng..suspect aku kena darah tinggi. bacaan aku pun ada ok ada dak. yang bawah doktor kata ok, yang atas tak berapa ok. doktor kata mungkin sebab tak cukup tidoq ka, stress ka, terkejut ka. kalau stress memang ada.sebab aku pernah cita dulu sikit kat sini. tak cukup tidoq pun ada sebab anak aku yang kecik tu asyik jaga 1,2 kali semalam. ngingau pun kuat gak. la ni jadi apa pun tak tau anak aku yang sulung kerap kencing malam. minggu ni ja dah 2 kali kencing tilam, dah la musim hujan ni. tiap2 hari hujan.tension gak aku sebab kena bangun pukoi 2, 3 pagi. tu belum dengaq mak mertua aku dok bunyi lagi. ha tu la bagi minum botoi lagi dah besaq2 pun. bosan-bosan.
hari ni last aku pi,jumpa doktor, doktor kata kawal makan, exerecise, mai check seminggu sekali dulu, pastu sebulan sekali. orait doktor. yang paling best, berat badan aku turun dari 79.9 kg ke 76.6 kg dalam masa seminggu. memang aku dah niat lepas jamuan raya aku nak diet sebab baju banyak dah ketat, hahahah kena teruskan pemakanan sihat aku nih.doakan aku dapat berat yang ideal yer...

Emosi

bila baca paper pasai MH17, especially masa ketibaan jenazah tu, adoiiii emosi sungguh aku. masa kes Lahad Datu dulu aku tak la sangat tapi yang ni memang la. masa tu aku hantaq kereta aku pi cuci, ada la paper Metro, meleleh air mata aku masa baca crita pasal MH17, hehehehe tak leh control air mata kuaq. nak buat macam mana, rasa seeeedih sangat. bayangkan lah adik beradik depa, anak-anak, bini, mak pak macam mana rasanya. kita yang bukan saudara pun boleh meleleh air mata, tambah la sedara depa kan?ajal, maut di tangan Tuhan, kita sebagai hamba, harus redha. al-fatihah penumpang MH17

Sunday, 17 August 2014

Perlindungan Insuran itu Penting

aku tertarik dengan entri en eyriqaz pasai perlindungan insuran tu. dulu aku tak berapa amik tau pasai insuran. yang aku tau, kalau meninggal ka kemalangan ka bleh claim dengan insuran. bila xciden, orang akan kata, claim insuran. tapi , bila aku sendiri dah jadi ejen, baru aku tau, ada baaaaaanyak yang insuran bleh bagi kepada kita. bukan saja meninggal atau kemalangan bleh claim, MC akibat kemalangan pun bleh, bil klinik swasta pun bleh claim.bukan itu saja, buat simpanan dengan insuran pun ada. malahan leeeeebih untung lagi dari simpan di bank. aku juga tau, apa makna comprehensive personal xciden (CPA) dengan personal xciden (PA). ada kawan2 aku yang amik PA sebenarnya. maksudnya, pampasan akan dibayar jika orang yang amik insuran tu meninggal atau hilang upaya kekal saja. kalau xciden, pastu masuk wad, tak bleh la nak claim apa2. ada jugak kawan2 aku yang tak faham plan apa yang depa amik. bila nak claim baru tau, eh, tak bleh claim la. plan ni tak cover, plan tu tak cover. kalau tak kritikal sakit tu ok la. kalau tak, hmmm tak dak apa yang bleh ditolong. ada juga yang amik plan yang tak ada simpanan. memang la pampasan cuuuuukup tinggi tapi bayaq hangus la. rugi jugak kalau pikiaq2 balik. sebab kalau yang ada simpanan, nanti boleh la amik, kalau takada, bila stop insuran tu, tak dapat apa la.haaa baik amik yang ada simpanan. aku selalu galakkan klien supaya amik plan perlindungan, walaupun coverage sikit, janji ada dari tak ada langsung. contoh, bayar sebulan rm100, banyak mana pampasan atau coverage yang boleh kita bagi, tapi ada juga dari takada. kalau orang lain masuk spital, dapat gak claim semalam rm100, kalau tak ada, apa pun tak dapat. haaa rugi tak?
MC contohnya, orang lain mc dapat claim min seminggu rm250, kita yang tak amik, xciden, apa pun tak dapat. tapiiiiiii, aku amat tidak menggalakkan claim tipu. ada jadi kat kawan aku, mc sehari, bila pi klinik, tepon agen, dia bleh dapat 14 hari mc. tak tau apa yang doktor tu kelentong kat company, apa yang agen bagitau kat klinik tu tapi dapat la 14 hari mc. bleh la claim dengan company. tepuk dada tanya la iman kalu nak buat claim tipu.. hmmm stop dulu la, nanti aku crita lain bab insuran ni yer.. 

Monday, 4 August 2014

Taktik Peniaga

orang berniaga ni otak memang bergeliga. bab nak dapat untung lebih ni depa cukup cekap punya. contohnya, supermarket kat tempat aku nih. aku pi hari tu, saja jalan-jalan cuci mata, dok perati la apa yang berkenan. takat sepuluh dua tu bleh la sambaq blaus ka t shirt ka selai kan. masa aku pi kat satu section tu, aku sembang la dengan salesgirl tu, banyak offer bulan posa nih?banyak kak tapi kalau time hari cuti lagi offer banyak. yang less 50% tu depa turunkan sampai 70%.patut la aku perasan pakaian dekat rak tu, masa hari selasa hari tu less 50%, mai hari jumaat jadi 70% plak. ooo taktik depa la nih. sapa beli time hari kerja rugi la, mai time cuti untung la. nasib aku mai time cuti. kelebet pi kelebet mai, aku rembat la 3 helai blaus. gila murah. yang rega asai 79.90 jadi rm 21 rm. murah tuuuu...hahaha terasa saya seorang yang bijak berbelanja.kawan-kawan, lain kali kalu nak borong apa2 tengok sama offer yer..aku dah tau dah taktik supermarket nih, lain kali kena rajin bertanya dekat salesgirl tu..tu pun kalu depa nak bagitau kan?kalau depa pun dok senyap, nasib den la.tu belum kira lagi yang depa kata offer, padahai rega sama ja macam tak offer, atau pun kurang singgit dua dari rega asai. camna aku tau?aku pernah beli baju, pastu aku nampak depa tindih rega baru dekat rega lama. aku koyak elok2 nampak la rega yang asai. alaaaa beza 2,3 ringgit ja pun, tapi kata offer. bohong betoi la peniaga nih.akai panjang nak menipu tuh. ada juga, yang kita pi beli hari ni offer,pi esok tak offer dah. balik ke rega asai. aku dok ingat kalau yang offer tu, barang lama nak perabih stok, rupanya dak jugak. cam biras ku pi beli tuudng dekat satu kedai berjenama. hari ni pi selai jadi rm15, pi esok nak tukaq sebab saiz tak kena naik balik rega asal, rm59 kot. laaaa sehari ja dah naik. ingat nak habiskan stok ka apa. heeee nasib le.