Tuesday, 19 January 2016

Sombongnya Manusia

aku ada terdengar ceramah ustaz di radio. masa otw nak amik anak kat rumah pengasuh. ustaz tu kata, manusia ni sombong. Allah bgtau dah petua2 supaya kita selamat di akhirat sana. tapi kita buat derkkkk saja. contohnya, sural al-Mulk.. surah tu sepatutnya dijadikan bacaan harian kita sebagai umat Islam sebab surah tu akan menjaga kita masa di akhirat nanti. sewaktu malaikat mai nak tanya kita di alam kubur, surah tu yang akan menghalang malaikat. sebab Allah dah berjanji sesiapa yang rajin baca surah tu, akan selamat dari siksa kubur..surah al waqiah, kalau diamalkan akan murah rezeki sebab nabi pernah kata, sapa yang baca surah ini tidak akan miskin selama-lamanya.
macam tu jugak la dengan selawat ke atas nabi. ada satu selawat tu, jika diamalkan, dosa kita akan diampunkan selama 80 tahun. ada ka umuq kita sampai 80 tahun. belum tentukan? tapi, Allah dah ampunkan dosa kita jika diamalkan..
begitu jugak la jika kita bertasbih, berzikir..semua tu akan membantu kita di akhirat nanti..jadinya, jadikanlah amalan hidup kita. aku bukan kata kat hampa, tapi lebih kepada diri sendiri...semoga kita akan berada di dalam rahmatnya.. aminnnn

Sunday, 17 January 2016

Adik Ain

Ain :
 * sampai sekarang masih pakai pampers. walaupun dia buang masa nak kencing. kalau yang besar tu still nak pakai pampers.
* suka sepahkan mainan. walaupun barang yang dia nak tu sebenarnya, boleh ja amik dalam bakul, tak payah sepah.
*kalau nak suruh kemas barang yang dia sepahkan, adoiii jenuh la suruh. dia amik satu dua ja, lepas tu dia akan kata, adik penat la.
* sebelum tadika, suka tidoq lambat. aku pun risau, camna naik pi tadika ni. tapi alhamdulillah, sekrg senang dah. tidoq awai, bangun pun senang.
*cakap tak berapa teruih lagi. certain words dia masih lagi tak jelas perkataannya..cth, susu jadi uchu.
*fav words..adik dak ayang mama, adik gelam kat mama (gelam= geram)
* kuat mebai (berangin). ikut aku kot.
*protective..sapa buat(pukul) abang dia, siap la..dia akan balas balik.

Wednesday, 6 January 2016

Gotong-Royong

rasanya, nilah kali pertama opis aku buat gotong-royong bersih dan ceriakan pejabat dalam tempoh yang lamaaaaa. amik masa 3 hari kot. start dari hari selasa sampai khamis.tp jangan ingat keja hakiki tak buat plak. ada yang buat kerja ada yang buat gotong-royong. gilir2 la. dan dah 2 hari la makan tengah hari ditaja. hari pertama makan laksa rm1.50..kat tempat ko ada? kat kulim ada lagi orang juai laksa singgit sepinggan. kuantitinya macam laksa rm3. kalau pi yang laksa rm1.50 semangkuk tu. lagiii banyak. gila, aku yang kuat makan pun rasa..alahaiii banyaknya nak habis. hari kedua, makan nasi goreng ayam. nasi dah la banyak, ada telur dadar lagi. memang banyak dan mengenyangkan. hari ketiga tak tau nak makan apa dah. depa bleum cakap lagi. aku on ja apa yang depa nak makan. amik ja la duit yang ada tu. pi beli. janji kerja jalan, pejabat cantikkkk.

Tuesday, 5 January 2016

Ekzos

kemarin, 5.1.2016, mohsin kena ekzos motor. ha tu la, mak ain suruh main dalam kawasan rumah nak main kat luaq, dah dapat sakit. dah kena ekzos. balik rumah semalam, menyebek ja muka, dah la mohsin ni manja kemain. kena sikit pun dah macam kena teruk. adik dia lagi tahan sakit dari dia. critanya, dia dengan fizi nak main bola, mak ain suruh main dalam kawasan rumah yang berpagar tu, dia nak main dengan anak jiran dia. pi la main kat luaq kawasan..kat luaq tu ada motor kawan2 ilya..sepupu dia la jugak.main punya main, lari2 kena la ekzos.haaa dapat dah la habuan.. mak ain dia pun cepat2 la sapu kicap. katanya supaya tak mengelembung. hari ni, baru nak bawa pi klinik.. aku rasa dapat la krim sapu kot. takpa, kot tak bawa pi klinik, melarat plak luka tu. takkan nak sapu gamat ja kan? hmmm ponteng la sekolah satu hari..

Hari Pertama

tahun ni ain dah 4 tahun..by year la, by month blum lagi.aku registerkan dia kat tadika Gemilang Ria, Taman Makmur, Lunas.dekat sikit dengan rumah mak ain dia. bab pi tadika, balik semua mak ain dia yang uruskan. pagi2 aku pi hantaq cam biasa la. pukoi 6.30 pagi dah pi hantaq.balik uruskan abang dia plak. aku pilih tadika tu sebab anak kawan aku ada pi situ. dia kata ok, jadi aku ok lah. takut jugak nak hantaq pi tadika yang kita tak tau servis dia macam mana. first day, aku pi hantaq. dok sat ja, lepas dia masuk kawasan sekolah, aku teruih balik. masa tu aku tengok dia tercangak-cangak gak cari aku. aku nyorok belakang sorang lelaki tu. dia pun tunggu anak dia jugak. lepas tu, aku pelan2 cabut. tapi takpa, abah din dia ada tunggu. hari pertama, class sampai 9.30 pagi ja. nak bagi biasa dengan tadika, bagi kenai kawan sikit2..abah din dia la tunggu sampai habis kelas.
hari kedua, ok dah. cuma masa dia naik keta cikgu yang amik dia nak pi tadika ja, dia nangis sikit. tapi cikgu tu kata, biaq ja..nanti ok. yang abah din dia risau takut dia melarat nangis, pi ikut sampai kat tadika..tengok ok ja. dok main basikal la, main kuda la dengan kawan2 dia. pandai plak tu menjawab bila abah dan tanya dia, adik ok ka?tak teriak ka?adik ok la..adik ada ramai kawan..good..
hari ni, hari ketiga..mintak2 ok la sampai seterusnya. memang mak tok dia kata, tak payah hantaq lagi tadika tapi bagi aku, 4 tahun tu dah comey dah untuk ke tadika. hantaq ja la. tu yang aku cari sampai pukoi 12 tghr ja. tahun depa kena la cari yang sampai petang..
aku memang risau ain ni sebab dia bangun tidoq lambat. pukoi 11 baru nak bangun. aku risau dia tak mau bangun tidoq ja. tapi alhamdulillah la, ok ja dia bangun nak pi tadika.lagi satu, ain ni cakap tak teruih lagi. ada certain words dia ok, certain words dia tak lepas cakap. contohnya, susu jadi uchu. dia ni kuat mebai sikit. ikut aku gamaknya. tu yang risau tu, satgi mak ain dia kejut suruh bangun dia mebai amik la masa sejam.. hahaha tapi so, far ok..lega aku.