Tuesday, 27 June 2017

Family Day Cucu Cicit Tok Derih


hari raya kedua..26.7.2017, ahli keluarga idris atau tok derih berkumpul for the first time. lokasi, rumah arwah yang sekarang ni pak tih hadi dok. so, semua turun sana. dalam family laki aku, yang tak join , asben aku dan abg ipaq aku ja. anak anak aku pi sebab ikut abah din dia. aku tak pi pun. sebab asben takdak, baik aku balik kg aku ja. makanan amik katering. banyak jugak menunya. yang mil aku bawa balik cuma laksa dan bihun goreng ja. kambing golek pun ada. 2 ekoq depa golekkan.

ni baju anak aku yang jugak dijahit oleh uli. sorry, kasut takdak. pakai sandal ja. nanti la kita beli.anak aku ni suka mekap. suka la dia kalau mak ain dia mekapkan. nak pakai krim safi aku sebab nak cerah. ish merepek betui budak ni. kecik kecik dah nak pakai mekap. nanti rosak kulit. tgk mak dia, tak mekap pun sebab malas..hahhahha

Monday, 26 June 2017

Ain Tak Sekolah


seminggu sebelum raya, aku tak hantaq ain pi tadika. sebabnya dia tak mau pi. selalunya memang awai pagi aku akan ada masalah dengan dia. dia malas bangun, selalu buat perangai. aku ingtkan sebab memang perangai dia, rupanya tadika dia memang tak best. cikgu garang. selalu cubit dia, pukul dia. mungkin sebab dia lambat baca. actually, anak kawan aku pun kena. tapi sekarang dia dah darjah satu. kawan aku pernah bgtau, anak dia nak tambah, cikgu tak bagi. anak aku pun pernah kena. anak di cikgu selalu cubit sebab lambat baca. anak aku pun kena. anak dia pernah bgtau, cikgu kata dia bodoh, haaa yang ni anak aku tak pernah kena. melampau gak cikgu nih. rasa rugi gak sebab tukaq sekolah dia dulu. tapi nak buat cmna, ingat nak bagi dia education yang islamic. jadi cmni plak. so, lastly, aku decide, bagi dia masuk tuisyen ja..dengan sekarang ni tengah dok cari kelas cepat membaca..aku dok nampak iklan tu. tp lupa dah kat mn tpt tu dengan no phone tpt tu..kena rajin tengok la nanti bila jalan jalan kat kulim ni..yang cikgu pun awat la layan budak cmtu...

Gambar Raya..Ada Ke?


haaaa..ni la gambaq raya yang ada untuk tahun 2017 nih..aku memang tak suka bergambaq. gambaq anak anak aku lagi banyak kat hset mak menakan depa dari hset aku..even , time besday pun aku mintak depa send gbq mai kat aku. sebab depa memang suka bergambaq. ni aku saja ja amik sebelum depa pi beraya di kg..ala..pi dua buah rumah ja sebab rumah kat kg aku tu jauh jauh..ni dua buah rumah tu kira yang paling dekat la tu.
adik aku tema kaler hijau. aku? no theme..bantai ja kaler apa pun. baju yang ain pakai tu dijahit oleh uli, kawan opis aku. pg jumaat baru pi amik. dia kalut takdan nak jahit. tidak setel awal lagi. baju raya aku pun tak berjahit. dah 2 tahun takdak baju raya. thun lepas sebab dalam pantang, thun ni sebab tailor tak dan nak buat. kesian pulak nak desak dia, tak payah la jahit. jahit baju anak aku dengan baju mak aku sudah. siap la baju ain selai, patut 2 lai.. jadi la dari takdak.bunga putih tu aku tampal di rumah uli sebab nak tunggu dia gosok baju mak aku. dari buang masa, baik aku tampal ja bunga tu. some more, free..tak kira caj.
tahun ni baju raya hijau, cat pun kaler hijau. nasib kusyen sarung dia tak hijau dan tikaq getah tak kaler hijau. tidak tak tau beza mana orang mana langsir.hahaha..anyway, kredits to my broher yang buat semua ni. aku balik sekali sekala ja...
"selamat hari raya"

Selamat Hari Raya Semua !!!!

wauuu dah hari raya.. raya ketiga aku dah keja. apa kan daya, kedah cuti raya 2 hari, penang dapat la 3 hari sebab ahad memang dah cuit, jadinya anjak lah ke hari selasa. best ke raya? aku rasa biasa ja sebab dah tua dah kot. baju raya pun takdak. kesian kan? anak anak ada la. tapi kasut raya depa ja tak beli. aku bab ready barang nak raya ni memang fail. sebab dari kecik tak ready apa apa sngat time raya. maklumlah dulu hidup kais pagi makan pagi ja.
raya tahun ni aku balik kg mak aku awai sebab laki aku masuk hutan. jaga pos. hari jumaat aku dah cau balik kg. keta kecik, barang banyak. penuh sebijik keta dengan kuih, tepung nak buat kuih, dengan kain bajunya. haihhh jenuh sumbat aku dalam keta. nasib kg dekat. pukui 1.30 , aku dah betolak balik. syiok pun ada gak. dapat balik kg rumah mak awai. biasanya balik hri raya pertama. tapi yang lecehnya, rumah belum berkemas. adik aku tak sempat nak kemas. aku nak buat yang kecik ni tak mau kat tok dia. payah nak buat keja. leceh betul bila rumah tak kemas lagi ni. geram pun ada gak kat adik aku nih. aku memang pantang kalau lantai tak sapu sebab anak aku nanti suka mengutip. 
aku sapu mana yang dan ja, sebabnya nanti depa nak tukaq tikaq getah la plak. nak buang sofa buruk, nak ganti dengan kusyen yang adik aku baru beli.. patut la tak nak sapu, kemas rumah awai awai. kalau tak nak kemas beria pun, sapu la lantai bagi bersih. ni berjalan pun rasa berpasiaq, camna? 
takpa aku buat. nanti hampa sapu la lain. janji anak aku tak mengutip yang atas lantai tu. haihhh ni yang aku fedup..tapi nak buat cmna, aku balik sekali sekala, depa yang dok situ. kang bising, kecik hati plak..sabar ja la.