aduhhhh sedap la nasi ni. time rehat kalau nak pi makan, kedai dia jauh dari opis. kalau area kulim boleh pi cari di Nasi Ayam Periuk Besar dekat jalan nak pi Lunas. nasi ayam tu memang dah femes seantaro Kulim, nasi kambing ni tambahan menu kat situ. sedapppp sangat. aku plak memang suka kambing. aduiii memang kena la. sepinggan rm 11 kalau tak silap. bila makan ni kan, rasa, eh nak buat sendiri la. kalau rajin, memang jadi, tapi ni asyik dok bertangguh ja ni, camna..highly recommended
Saturday, 30 September 2017
TB
gambar gambar ni adalah gambar masa aku pi Hari Kecemerlangan sebuah sekolah di Kulim. Jabatan aku dijemput untuk sebagai ucapan terima kasih kerana datang ke sekolah untuk ceramah, pameran dsb. aku rasa, sepanjang aku pi ke sekolah sekolah di sini, ni ler first time dijamu dengan makanan barat. chicken chop gitu. adoiiii sedap weh. ada cream puf, apom polka dot, roti, ada buah cam kata tas tu yang dicelup dengan coklat, ada puding. actually, itu mungkin kali terakhir aku pi sekolah tu sebab sekolah tu akan ditutup. mungkin tahun ni yang terakhir sebab sekolah tu dibina atas tanah persendirian dan gereja. dulu, tok tok tok moyang dia bagi untuk buat sekolah but now, cucu cicit depa nak balik la. value tinggi tu tanah tu sebab tengah pekan Kulim dan tepi jalan sangat. pemilikan tu ada satu lagi dengan gereja. jadinya, sekolah perlu ditutup dan pelajar akan di transfer ke sekolah lain. same goes to the teachers.
anyway, what to do, tanah orang lain punya. rasanya sekolah tu dah wujud more than 50 years kat situ. tu sekolah asben aku dulu. so, tinggai kenangan ja la nanti.
Monday, 25 September 2017
Nasi Briani Nasmir
Restoran Nasi Kandar Nasmir Kulim baru ja introduce makanan baru di restoran depa. nasi briani dan seangkatan dengannya yang originally from India. so, aku try la nasi briani kat situ. huihhh banyak uuu nasi dia. aku order nasi briani kambing. kambing 3 ketui, nasi dengan lauk boh dalam periuk tu. perghhh puas makan, kalau orang kecik dan perut pun kecik boleh la share dengan kawan. kalau kuat makan macam aku ni, elokla tak yah share. dia punya gulai ka kuah tu ada sampai 3 jenis. aku tak sentuh pun sebab aku makan nasi dengan lauk tu pun dah ok. kalau di Kulim, bahagian nasi ni di bahagian yang berecon. ok lah, rm11 dapat sepinggan ni. mai la try, kot kena dengan tekak hampa.
Macam Macam Dengan Mi Segera
ada banyak kali aku dengaq , orang kata makan mi segera boleh botak kepala, senang dapat penyakit, apa lagi, banyak la. mi segera tu ada sejenis lilin yang salut dia sebab tu la dia keras lepas tu bila kita bagi dia lembut, elokkkk ja mi tu, tak relai ka apa. ntah la betui ka dak? fakta atau auta..
ok, apa orang kata, kat rumah aku memang ada la stok mi segera ni. cintan ka, maggi ka, mi sedap ka, ikutlah time tu nak beli mi segera jenama apa. janji mi segera, cepat dimasak, sedap dimakan.
gambaq atas ni, mi segera yang kawan aku masak kat opis hari tu. dia rebus mi tu, dalam 10 peket,dia buat kuah, ala ala hailam gitu. sayuq, udang,ayam suma kasi taruk dalam. boh perencah dia sikit. aiseyyy who saya mi segera tak elok dimakan? tengok la mi ni..sedap ooo.. actually, bagus ka, punca penyakit ka sebenaqnya mai dari kita. hang makan nasi dengan lauk goreng pun boleh dapat penyakit. kalau kita makan berlebihan. cara kita mengolah makanan tu yang penting. banykkan sayur sayuran, boh ayam, sedap dan lazat dan berkhasiat aihhhh.. kalau mi segera punca penyakit, dah lama mi ni kena ban dari di jual kan?
so, pandai pandai lah kita mencipta resepi dari makanan yang kita ada.. tima kasih..
Wednesday, 20 September 2017
Jaga Adab dan Tingkah Laku
as salam kawan kawan...
kebanyakan kita semua bekerja. ye lah, kalau tak kerja tak cukup plak nak buat belanja. kos hidup semakin meningkat. kalau sorang saja kerja mana nak cukup dengan segala galanya kena beli nih. memang sakit sangat.
bila dah bekerja, off course la dalam opis kita ada laki dan pompuan. ada yang dah kawin, ada dah tunang dan ada yang single mingle. it is ok. dah jodoh, ada yang kawin, belum, kawin awai, kawin lmbt. itu takdak masalah. yang jadi masalah bila kita bekerja, bercampur dalam opis laki dan pompuan dan kita tidak menjada adab dalam pergaulan berlainan jantina. itu bahaya sebab boleh menimbulkan fitnah. itu adalah kebatilan yang perlu kita jauhi.
walaupun sporting tera mana si asben atau si isteri, kena teguq suami atau isteri supaya menjaga batas pergaulan. jangan sampai suami tu jatuh tahap dayus apabila si isteri pegang tangan, bertepuk tampaq dengan laki lain. walaupun laki tu dah kawin, pompuan dah kawin. awat, orang dah kawin tak boleh curang ka? tak boleh jatuh hati ka? kalau bujang, dok bertepuk tampaq, dok dekat dekat, bisik bisik, senang ja. pi kawin cepat cepat. tapi kalau dah kawin, bahaya. ini yang kawan kawan bekerja perlu elakkan. memang kita reja satu opis, satu unit, tapi pergaulan kena jaga. tiket kita kuaq bekerja adalah untuk mencari rezki buat keluarga bukan kuaq untuk suka suka nak lupa masalah rumahtangga. kalau ada masalah rumah tangga, pi setel dengan cara yang betoi. pi crita kat yang lain jantina buat apa? mana boleh. aku tau, aku bertukaq tempat reja banyak kali dah. ada ja masalah cmni di mana mana pun. punca bukan dari kerja tapi dari pekerja.
wahai kawan kawan ku, kalau kita ada masalah tera mana sekalipun, jgan kita memburukkan pasangan kita. nak crita buruk pasangan pi la kat orang yang sepatutnya. kaunselor ka, orang tua ka..jangan dok pi canang kat kawan kawan. cacat cela bini asben kita, kita yang tau dan kita yang perlu baikinya. masa meluat memang la semua tak kena, masa suka semuanya indah belaka. awat, kita tu elok tera mana sangat? cuab chek balik diri kita. jagalah adab supaya ruamh tangga selamat, rezki berkat.
Bukit Bendera, Pulau Pinang
lama sangat aku tak pi sana. seingat aku, first time pi sana masa sek men dl.lepas tu ms bercinta dengan x bf.lepastu dah tak penah pi dah. apa yang aku ingat kat atas tu cuma anginnya yang amat nyamannn sekali. kali ni, aku bawa anak anak aku pi plus dengan anak sedara sorang. perubahannya ialah, train dah berekon, tempat parking dah ada bertingakt lagi uu..dulu dulu kalau nak pi jenuh la nak cari parking. rodok la rata dekat flat dekat situ. kesian kan, tempat menarik untuk orang ramai nak melawat, tapi tempat parking plak slack. sekarang dah ok, mungkin depa baru nampak kepentingan tempat parking kot. tak pun dulu depa ingat orang tak kisah parking merata rata.
harga tiket, kalau nak murah silalah bawa ic..kalau tak memang kau kena bayaq mahai. aku bayaq rm 33. 2 dewasa, sorang budak sekolah,2 kanak kanak. ada jugak fast lane utk orang yang tak nak beratuq panjang. tapi kalau kau fast pun tapi train sama gak nak berebutnya, tak payah la. masa naik, aku tak dapat tempat duduk. kena berdiri. masa turun ok, aku dapat tempat duduk.kat depan sekali. sayangnya, video aku tak amik. lupa plus segan..
kat atas, sampai ja dah terasa sejuknya tiupan angin. sekarang dah ada tempat untuk nak view penang. depa buat deck gitu. aku tiba tiba rasa geli tapak kaki la plak. aku ni kalau naik tempat tinggi tinggi memang tapak kaki akan rasa geli. semulajadi camtu.huihhhhh bestnya kena tiup angin camtu..sejukkkkk ja. amik gambaq sekeping dua, aku pi jalan jalan dengan anak anak aku. antara yang korang bleh pi melawat kat atas tu , yang sempat aku ingat ialah :
**owl museum.. bayaran masuk rm12 utk dewasa kanak kanak ada caj jugak rsnya.
**padlock apa ntah..ala mcm kat luar negara tu, ada jambatan, kau beli padlock, tulis tulis sikit, lock la kat jambatan tu..rega aku tak tau berapa sebab aku tak naik pun. malaih aih
**simulasi ribut dan taufan..rm 36 seorang.. kat atas tu rate pelancong dan rkyt malaysia sama ja.
**buggy ride - rm30 satu buggy. pusing 2km pi dan 2 km balik. ok la sebab kalau nak jalan letihkan, lalu kot rumah orang putih yang dulu dulu yang sekarang orang malaysia yang kaya melana dah beli. yang aku tau,satu rumah sugar king, anak raja perlis, jutawan melayu, jutawan india dan rumah ketua menteri penang yang pertama ada kat atas tu. depa tak dok situ pun. aset saja, mai sekali sekala ja.
**the habitat - rm50.ada skywalk. tapi dengaq critanya jauh nak bejalan tu. kalau rs ada kudrat masuk la, boleh tengok binatang dan alam semulajadi yang amat la cantik. save our earth.
**laluan cinta. kena bayaq berapa tak pasti tapi kalu masuk, kau boleh bergambaq kat laluan tu, siap dengan nama kau tulis kat atas tu.
**gambaq kenang kenangan -sebelum naik train, depa akan amik gambaq, naik atas claim la gambaq kita tu.sebelum depa print, tengok la dulu, kalau ok, print bayaq, kalau tak abaikan. aku tengok pun dak.
kalau nak naik buggy tu, baik tanya dulu, ni hotel punya atau persendirian punya sebab kalau naik yang hotel punya, depa akan bawa slowww je. kalau yang persendirian, depa akan bawa laju sebab ligan trip.
makanan kat atas ni, bagi aku mahainya. nasi goreng rm8 sepinggan. perghhh mencekik betul. baik bawa bekal dari bawah. mesti hampa terpikiaq kan? camna orang kaya yang ada rumah kat atas ni naik bukit bendera. takkan depa nak berhimpit dalam train?actually, ada satu laluan lagi iaitu dari kebun bunga. boleh naik ke atas ni. guna 4x4 la.camtu la geng jutawan ni mai bukit bendera. kalau la aku boleh tengok rumah tu kat bahagian dalam, mesti best kan? tapi sapa nak bagi tengok...
kalau nak naik buggy tu, baik tanya dulu, ni hotel punya atau persendirian punya sebab kalau naik yang hotel punya, depa akan bawa slowww je. kalau yang persendirian, depa akan bawa laju sebab ligan trip.
makanan kat atas ni, bagi aku mahainya. nasi goreng rm8 sepinggan. perghhh mencekik betul. baik bawa bekal dari bawah. mesti hampa terpikiaq kan? camna orang kaya yang ada rumah kat atas ni naik bukit bendera. takkan depa nak berhimpit dalam train?actually, ada satu laluan lagi iaitu dari kebun bunga. boleh naik ke atas ni. guna 4x4 la.camtu la geng jutawan ni mai bukit bendera. kalau la aku boleh tengok rumah tu kat bahagian dalam, mesti best kan? tapi sapa nak bagi tengok...
Kenangan
ni semua gambaq kenangan besday mohsin. rasanya yang ke 4.baju yang dia pakai tu masih lagi boleh pakai sebab badan dia tak besaq. alhamdulillah.. anak aku ni sorang yang nampak tokoh abang abang sebab dia ada dua adik lagi. bertanggungjawab, rajin tolong aku.alhamdulillah
Apa Aku Nak Buat
heloooo..lama tak update. niat di hati nak menaip tiap tiap hari. jadikan blog sebagai diari tapi apakan daya. malas melanda. hingga membantutkan cita cita murni ku ini. aku ada satu masalah. bukan masalah sangat tapi aku dok pikiaq apa cara aku nak bagitau hal ni pada depa. begini kisahnya, dia pejabat aku ni ada aku rasakan kemurungan. sebab ada yang bermasam muka. tak berteguq sapa. aku tau pasai pa tapi nak teguq suruh berbaik tu payah. sebab dua dua kita kawan baik. tapi, aku rasa aku bukan la baik mana dengan depa yang berkrisis tu sebab ada banyak hai yang terjadi aku tak tau. tak kisah la. tp ni dah banyak hari tak berteguq sapa. makan asing asing. dulu sebiji keta kami ja. ni pasai keja la ni. pasai sorang kata dia ja dok buat reja. yang sorang lagi kata dah dia tak boleh. ada plak kawan yang pi teguq direct. jadinya, masing masing tak beralah, tak bercakap la sampai la ni. mendung ja opis aku nih.
itu la, orang tua kata, buat baik berpada pada. kawan ni, kadang baik tera mana pun, nanti ada krisis jugak. nak plak sampai bab mengungkit. aku pernah hadiah hang ni, bagi hang tu. woiii kalau sampai camtu jem ooo.. payah sebenarnya berkawan nih. sebab sedara pun kita bleh bergaduh, apa tah lagi kawan kawan kan?
Wednesday, 13 September 2017
Set Goal
ni bukan pasai nak score bola tapi pasai nak set goal untuk diri sendiri. aku nak perbaiki apa yang kurang dan sememangnya banyak kekurangan aku sebagai hambaNya. lalai dalam solat, kurang bersedekah, solat sunat tak buat, surah amalan pun tak buat tapi selepas abang ipaq aku meninggal secara mengejut aku rasa ya Allah, apa amalan aku nak bawa kalau aku mati. jadinya selagi ada masa, aku cuba untuk memperbaiki diri supaya aku boleh melakukan sesuatu bagi menambahkan amalan aku. sebenarnya, Allah dah bagi banyak cara untuk kita nak jadikan bekal. cuma kita ja yang tak buat. dalam satu ceramah yang aku dengaq, ada satu selawat yang elok diamalkan sebab jika diamalkan, dosa kita akan diampunkan selama 80 tahun. jadinya bayangkan lah hidup kita pun tak panjang tapi dah diampunkan dosa selama 80 tahun. apa kata kita amalkan supaya menjadi amalan harian. ada juga uztaz kata, surah al mulk akan membantu kita sewaktu di alam kubur, jadinya marilah kita amalkan supaya dapat mambantu kita ketika di alam sana.
Hilang
sedih mengenangkan takdak rezki aku. aku pun tak tau awat la pagi 11hb september tu aku tak simpan gold bar tu kat rumah. sedangkan aku dapat dah lama dari hanis. aku boh ja dalam beg. ingat nak jadikan semangat, rupanya semangat nak hilang. aku beli masa tu rm 202. gold bar amenthyes. entah betoi ka dak spelling dia pun tak tau. pagi aku nak mai reja ada dalam beg aku, masa nak blik baru aku perasan, gold bar tu dah takdak. kawan aku suruh aku baca yassin, tapi aku baca satu amalan yang aku google, aku try buat yang tu. cuba pi la kot kot berjaya. kalau ada rezki aku, jumpa balik, kalau dak, bukan rezki aku..Allah bagi pinjam sat ja..
hmmm reda ja..
Subscribe to:
Posts (Atom)