Saturday, 19 May 2018

Aktiviti Hari Ini

20.5.2018.. pergh, hari ni sehari aku keja transfer gambaq dengan delete ganbaq yang tak perlu ja. punya la banyak. bayangkanlah berapa tahun dah beli tab ni. ni baru nak bg clear apa yang tak perlu.gambaq program pun banyak. belum setal bab gambaq tu, ada plak aduan mai. budak bawah umur. elokkkk ja mai keja hari ni, ada plak memo br sampai. kemasukan klien secara sukarela dihentikan. haru. esok baru la boleh confirm dengan negeri apa maksud memo tu sebab ramai nak masuk secara sukarela ni, bukan nak masuk, dipaksa masuk. ok..letih gak becakap banyak ni. ni baru selesai bercakap di phone pasai kes sukarela jugak...adoiii lenguh mulut bercakap.

Selamat Berpuasa

selamat berpuasa semua.....
hari ni hari keempat berpuasa. bagi yang keja di kedah, first ramadan is an off day. sebab kita tak amik cuti tahun baru. so, cuti deret 3 hari. perghhh cemuih dok rumah tak buat apa. posa plak tu. menu berbuka? aku simple ja. masak ja sendiri. hari pertama, spageti, har kedua ,bihun tomyam, hari ketiga , bihun hailam, hari keempat, nampak gayanya nasi goreng bodo campur daging masak merah. 
hari pertama puasa:
mohsin puasa penuh. senang nak kejut bangun sahur, ain pun sama. sebelum tidoq, niat posa sama sama. baguih.
ain sekerat hari. pukul 10 lebih dah mintak susu. dia ni dengan susu memang teruk, suka sangat minum susu.
hari kedua :
mohsin ok. ain memang tak posa, aku tak kejut sahur pun.hari kedua kami balik pdg ubi. aku buat bihun tomyam. bawa balik, makan kat sana. mohsin tak mau balik. ikut suka. aku balik dengan ain dan muklis. mukhlis soooo good, dok kat depan diam diam. lega aku , senang nak bawa keta.
hari ketiga :
bawa mukhlis pi klinik sebab bila dia batuk, dia muntah. kahak la tu. jahat kahak ni.kena rm28. aku pi klinik sathiam sebab memang rega murah, ubat pun ok. ain tak puasa dan sebelum balik taman selasih, singgah rumah abah din depa. bila dah singgah, ain tak mau balik la.memang macam tu pun selalu. kebetulan depa ada jemputan berbuka di rumah cinapati. ain mesti depa nak bawa. ok, aku balik dengan mukhlis ja. sebelum balik lagi, mohsin dah tepon nak buka posa. makan sikit sangat katanya pagi tu.otw nak bali, si kecik tu tidoq. aku pun teruih call cu, jom pi beli bekas plastik nak isi kuih raya yang org order. masa ni mohsin belum buka posa. balik dr kedai, hmmm jalan, buka pukui 2 petang. menu berbuka, aku buat hailam sebab nak habiskan bihun yang kemarin tak habis tu. mak mertua buat cucuq udang. ok cantik la tu.
hari keempat: 
bersahur aku goreng udang sebab mohsin suka udang. so,aku suruh dia makan banyak nasi sebab hari ni ada kafa lagi. sat lagi tak larat. aku sahur dengan bihun hailam yang tak habis tu la. tu pun, ada lagi. kena perabihkan la hr ni. hari ni start keja bulan posa. apa crita di tempat keja? menu berbuka la. 

baiiiii

Tuesday, 8 May 2018

Mari Mengundi

esok dah nak mengundi. 9.5.2018 hari rabu adalah hari mengundi. hampa pangkah sapa? tu hampa punya suka. aku ada calon pilihan aku. tapi, besa la, kerja gomen ni, bila nak mengundi ni tak boleh lari la dari terlibat dengan orang politik. aku buat program hari tu, orang politik mai, nak mai, mai la, sapa kisah, nak cakap pasai undilah saya, aku keja gomen, yang bercakap tu calon kerajaan, silakanlah. no hal. yang aku sukanya, calon ni sedia sedia ada di kawasan kulim,padang serai. macam tu la calon yang kita mau. ada sedia sedia di sini. bukan dok di kl ka oversea ka. kat sekolah aku jumpa dia, kat tempat awam aku jumpa dia. haaa macam ni la yang kita mau. bukan kita nak jumpa PA. nak jumpa yb. semoga dia berjaya jadi yb. yang bertanding adun pun aku kenai. breakfast semeja. orang sini jugak. calon orang sini, berkhidmat untuk orang sini, baru betui. ni calon orang mana hala mai, camna nak paham susah senang orang tempatan. calon parti lain, ada yang aku kenai, ada yang dak. lantak la. yang pasti, aku baca satu mesej, cari pemimpin yang memimpin kita ke jalan Allah. haa pegang yang tu.
calon dun lunas tu, memang aku kenai, dia memang dah kaya dan memang sedia sedia tolong orang dah. jadinya, kalau dia jadi yb memang sifat tolong tu dah sebati. jangan bimbang. dia dah kaya, bukan jadi yb baru kaya. haa ni yang kita nak. jadinya, kawan kawan, selamat mengundi dan selamat memangkah esok hari. pilih pilih, tenung tenungkan. undi adalah hak anda. 

Puding Jagung Tak Jadi & Almond London

cerita dimulakan dengan crita aku buat puding jagung tak jadi. aku dah google resepi. aku amik dr blogger femes. masalahnya bukan resepi tu salah, tapi aku yang memandai mandai. aku dah masak cantik punya, pekat dan berkilat tapi aku pi tambah dengan agar agar. konon kononnya nak bagi keras sikit la puding tu. mcm agar agar, senang nak potong, licin elok ja. tapi yang jadi, lembik. first jadi lembik sangat, aku masak lagi sekali, tambah lagi agar-agar, rupanya lagi la tak jadi. aku simpan 2 hari dalam peti ais, lastly, aku buang ja sebelum laki aku tanya apa benda ni? baik aku buang. rasa rugi jugak sebab setin jagung dengan setin susu cair. kos mahai tu. gula takpa la, sekerat cawan ja. adoiii apa kan daya. dulu dulu, aku pandai buat puding jagung ni, tapi dah lama tinggai, lupa dah. sama macam jeli kelapa. dulu aku buat juai tau. sekarang? lupa dah sukatan dia. kena praktis lain kalau nak juai balik.
opsss aku dah berangan nak juai almond london untuk raya ni. tahun lepas memang aku buat sendiri, tp tahun ni nak buat juai. kat kawan kawan ja. kan senang sangat nak buat biskut tu. aku nak juai 50 biji rm20 kalau guna balang sendiri. kalau guna balang aku rm22. dua hengget tu beda beli balang ja sebab balang plastik mahai. resepi dah ada, cuma nak buat ja. oo modai belum ada. tunggu jap. dekat nak posa ni, aku nak beli barang pastu buat. perghhh angan angan tu.
apasal orang pangge almond london? sebab guna badam ka? aku guna badam sebiji tau. bukan sebelah. sekilo badam rm40 lebih atau rm50 lebih rasanya. yang tu ja yang mahai. lain lain bahan, murah ja. ok, doakan aku berjaya. pembeli pertama dah ada. ok, caucincau