aku memang hantu laksa..
kalau nampak laksa tu ..alahai..nak ja menerai
laksa ni pun ada macam2 jenis..
ada yang bersantan..tu laksa terengganu
tapi aku boleh ja makan..
paap beza laksa penang dengan laksa kedah?
aku pun tak tahu.
aku tibai ja makan
kelmarin aku buat laksa
sekarang dah ada laksa yang halus
senang dan cepat sikit nak masak
tak payah rendam lama,
rebus pun tak payah lama-lama
15 minit ja dah lembut dah laksa tu
aku buat 2 peket laksa
pagi2 sebelum pi senamrobik
aku pi fish mart
beli ikan sardin
aku suka buat laksa guna ikan sardin
aku beli dalam sekilo lebih
fish mart ni kena pi awai2 sebab ikan baru
kalau pi lewat sikit, dapat ikan bekas orang pilih ler
aku beli bunga kantan..sekuntum rm2
mahai gila..kat kg boleh dapat free kot
masalahnya tak dok kampung
dok taman, mana nak dapat
beli daun kesum..nasib seikat 3 kupang ja
tu pun kalau pi beli kat market dekat opis aku nih
mau la seikat 5 kupang..tu pun ciputttt ja
kat market kulim seikat singgit
ish rasa cam nak tanam la
banyak benda nak kena tanam
tapiiii tanahnya kat mana nak cari
rumah taman la katakan
dah beli aku hantaq balik rumah
mak aku cuci, rebuih siap2
balik nanti senang sikit reja aku
aku pi senamrobik dulu sebelum tu
ishhh i kan nak badan sihat
walaupun badan tak juga turun berat
selesai senamrobik jam 9 pagi
pecut balik ke rumah
nasib bik biras i ada kat rumah
dia tolong mandikan anak2
sampai rumah tak masak lagi
bersiap nak pi meting hla lak
hari ini ada training produk baru
setel meting jam 12 tghr
cepat2 balik rumah
nak masak laksa k
setel meting, sampai rumah, bersiap sedia untuk masak
pukoi 12 lebih start
pukoi 2 baru siap..siap2 ja, 2 mangkuk aku balun
huihhhhh sedap gak laksa aku ni
auwwwww puji diri sendiri k
ada aku kisahhhh
ni resepi laksa aku buat
penang ka kedah ka aku tarak kisah
tapi inilah caranya
bahan2nya :
untuk kuah :
ikan sardin..lagi banyak ekoq lagi sedap dan pekat
cabai kering *
belacan *
bawang merah - boh banyak sikit *
bawang putih seulas dah la *
blender yang bertanda *
blender isi ikan
blender tulang2 ikan yang dah lembu tu (kan dah direbus)
pastu, masak cabai yang diblender
masak sehingga masak cabai tu..satgi sakit perut
masukkan daun kesum
masukkan bunga kantan
bila cabai dah masak
masukkan isi ikan yang diblender dan
air tulang ikan tu
boh asam keping
boh garam secukup rasa
setel..tunggu mendidih..
dah siap la
bahan hiasan:
teluq, daun salad, cabai merah, cabai melaka
bawang..cukup dah tu
laksa halus sepeket - rebus dalam 15 minit
pagi tadi aku perangat kuah tu..tinggai sikit ja
kalau mil tak makan, ada la rezeki aku petang nih
Saturday, 22 August 2015
Wednesday, 19 August 2015
Hari Sukan Litlle Caliphs
sabtu, 15 ogos 2015
LC tmn kemuning buat annual sport day
hmmm nama gah
tapi aturcara..tak bleh blah
sebelum ni mohsin belajaq di eduwis
bukan nak puji tapi cara organise tu memang superb
yang aku pi ni, games mcm zaman kita sekolah tadika dulu
isi air dalam botol
tu tadika kemas pun tak buat gamaknya
year 5 & 6 gabung
main game leret bola dengan gelung rotan
masa mohsin kat eduwis
year 4 ada 2 games dan nama pun mengancam
depa ajaq main dalam pasukan
nampaq benor teraturnya
yang ni, dah nampak banyak games utk parents plak
then, bukan aku saja komplen,
orang lain pun sama, pengetua dia payah nak jumpa
kalau dulu, pengetua sentiasa ada kat depan pintu
meet the parents..ni takde
botol susu anak, tak berbasuh
yang ada sorang mak tu komplen
puting botol samapi berkulat
ini cerita lama, baru ja aku highlight
sibuk benor ke?
reading, anak shikin dari bulan 4 tak berubah
bila aku tanya, ada reading?
hmm sibuk dengan buat folio
aktiviti aku pun tak pasti kurang atau tak
sebab kalau dulu, mohsin ada fruit party
singing competition, story telling competition
ni? nando setakat ni
hmmm...takkan nak tukaq sekolah lgi?
tak tau la LC tempat lain cmna..
now, semua crita tanpa gambaq sebab kamera rosak. takdak duit nak beli kamera baru.
LC tmn kemuning buat annual sport day
hmmm nama gah
tapi aturcara..tak bleh blah
sebelum ni mohsin belajaq di eduwis
bukan nak puji tapi cara organise tu memang superb
yang aku pi ni, games mcm zaman kita sekolah tadika dulu
isi air dalam botol
tu tadika kemas pun tak buat gamaknya
year 5 & 6 gabung
main game leret bola dengan gelung rotan
masa mohsin kat eduwis
year 4 ada 2 games dan nama pun mengancam
depa ajaq main dalam pasukan
nampaq benor teraturnya
yang ni, dah nampak banyak games utk parents plak
then, bukan aku saja komplen,
orang lain pun sama, pengetua dia payah nak jumpa
kalau dulu, pengetua sentiasa ada kat depan pintu
meet the parents..ni takde
botol susu anak, tak berbasuh
yang ada sorang mak tu komplen
puting botol samapi berkulat
ini cerita lama, baru ja aku highlight
sibuk benor ke?
reading, anak shikin dari bulan 4 tak berubah
bila aku tanya, ada reading?
hmm sibuk dengan buat folio
aktiviti aku pun tak pasti kurang atau tak
sebab kalau dulu, mohsin ada fruit party
singing competition, story telling competition
ni? nando setakat ni
hmmm...takkan nak tukaq sekolah lgi?
tak tau la LC tempat lain cmna..
now, semua crita tanpa gambaq sebab kamera rosak. takdak duit nak beli kamera baru.
Tuesday, 18 August 2015
Bawa Bekal
bawa bekal? napa? ingat takdak duit ka?
bawa bekal, sebenarnya lebih untung
makanan kita masak
kita tahu kebersihannya, tahap gulanya
kalau beli, confirm banyak guna pak aji
korang masak guna pak aji?
aku tak, mak aku pun tak
rasanya tak guna pak aji pun sedap
bayangkan untuk sepinggan nasi goreng
banyak mana pak aji yang depa guna
bayangkan semangkuk tomyam rega 5
banyak mana bahan, banyak mana bawang
ayam ada seketul dua, yang banyak serai,
bawang, bahan utama yillek
kan puas masak sendiri, bawa bekal
jimat duit, kebersihan terjaga
silap haribulan, laki sekali bleh bawa
kalau orang kata kau kedekut..lantak ke dia
janji perut kenyang, poket pun lambat la nipisnya
betul tak???
bawa bekal, sebenarnya lebih untung
makanan kita masak
kita tahu kebersihannya, tahap gulanya
kalau beli, confirm banyak guna pak aji
korang masak guna pak aji?
aku tak, mak aku pun tak
rasanya tak guna pak aji pun sedap
bayangkan untuk sepinggan nasi goreng
banyak mana pak aji yang depa guna
bayangkan semangkuk tomyam rega 5
banyak mana bahan, banyak mana bawang
ayam ada seketul dua, yang banyak serai,
bawang, bahan utama yillek
kan puas masak sendiri, bawa bekal
jimat duit, kebersihan terjaga
silap haribulan, laki sekali bleh bawa
kalau orang kata kau kedekut..lantak ke dia
janji perut kenyang, poket pun lambat la nipisnya
betul tak???
Tuesday, 11 August 2015
True Stories
aku nak share kisah benar yang berlaku akibat penagihan dadah atau deal dengan orang yang bermasalah..aku dah kerja dalam bidang ni dah bertahun2 cuma aku tak pernah kerja di pusat pemulihan ja. dan aku rasa, aku pun tak berminat nak kerja di sana walaupun ada yang kata kerja di sana lebih mudah, sebab kita deal dengan penagih2 dalam kawasan tu ja. tp aku rasa tak berminat lagi nak kerja di sana. so, tak yah mintak masuk sana.
kisah 1 : masa aku kerja di kuala muda dulu, ada satu klien masuk. masa tu, aku baru kerja , jadi aku tak berapa kenal klien2 aku. klien tu india, tangan sebelah kudung. aku ingatkan nak mai intak sedekah. dalam hati, aku dah kata, ish dah tulis dah kat depan tu, peminta sedekah tak dibenarkan masuk, masuk jugak depa nih. aku dok perati tangan dia yang sebelah lagi dok terkial-kial nak amik sesuatu dekat sebelah tangan dia yang kudung tu, sebab dia sangkut satu botol plastik yang dipotong, dan bahagian yang bawah botol tu diikat dengan tali plastik dan disangkut di bahu..can imagine that? rupanya, dia nak kuarkan buku lapor diri dia..laaaa klien aku ka mamat nih. dah cacat pun amik dadah jugak?aku rasa kerja dia kutip sampah kot. aku pernah nampak dia merayau2 kat stesen bas sg petani selepas tu.
kisah 2 : mcm dalam drama, bila ada orang crita, makan nasi dengan teluq goreng ja, makan nasi dengan kicap, tidoq dalam kaunter bas yang usang sebab dah tak guna kaunter tu. mandi di surau. itulah yang terjadi pada sorang waris bila anak dia jadi penagih. merayu-rayu mintak anak dia tak masuk pusat tapi apakan daya, anak dai terlibat dengan jenayah plak.
kisah 3 : kami pernah buat kem untuk budak2 nakal nih. ada satu junior aku ni, anak orang kaya. baru ja kerja, datang kerja naik toyota wish uuuu.. so, masa g program tu dia bawa la keta tu. yang nakal2 ni student pompuan la. kat buku urusetia tu, kami tulis la nama urusetia dengan no telefon sebab nanti depa nak tanya apa2 bleh call. kot2 kecemasan bleh ja call urusetia. mudah la sikit. junior aku ni, kena ngorat dengan depa la sepanjang prog nih. dah nama pun budak nakal2 tau saja la. dengan rambut berwarna, tindik hidung, tindik telinga sampai takdak ruang nak tindik, haihhh macam2 la. nak control punya la susah. bab masa, bab hormat orang..hancusss..critanya, lepas program depa dok contact junior aku ni tak kira masa, pagi, awai pagi, tengah malam. dan yang paling teruknya budak2 nih, ada sorang pompuan tu hantaq gambaq kat junior aku. gambaq pertama berkebaya, dia amik gambaq paras pinggang ke atas. gambaq kedua, dia hantaq gambaq dia pakai bra saja. junior aku sampai stop line phone dia sebab terlaluuuuu ramai yang kacau. satu, mungkin hang handsome, satu lagi, mungkin sebab hang kaya..hahahaha nasib le
Sunday, 9 August 2015
Bahaya Dadah
rasanya ni la first time aku menulis pasai kerja aku. kalau crita bab dadah ni, memang menyesakkan nafas sebab ramaiiii yang terlibat adalah melayu.tanyalah statistik mana2 negeri pun..melayu yang no 1.bukan takat dadah, masalah sosial yang lain pun sama. mengandung luar nikah, melayu, lumba haram, melayu, lari dari rumah, melayu, ponteng dan buli, melayu, ramai masuk penjara, melayu, ramai masuk pusat serenti, melayu. ramai jadi doktor, cina, ramai jadi lawyer, india..yang negatif semua melayu..dah bagi contoh hidup penagih yang macam sampah, hidup penagih yang memang hancur, tak berguna, takdak tanggungjawab..kenapa tak amik berat, awat yang dok gatai pi cari lagi dadah yang sial nih. tengok, berapa kerat artis yang jahanam karier sebab dadah?yang mati sebab dadah? takkan lah pelajar melayu, orang melayu takdak impian nak jadi kaya, berjaya, hidup senang. ada pelajar yang cukup amik mudah..dah positif urin masa kita pi urin depa di sekolah, tak serik jugak. depa ingat undang2 ni ringan. bodoh la. nak jamin beribu rm habis.nama blacklisted. jangan hang mimpi nama ada dalam rekod polis, rekod aadk hampa bleh reja dengan jabatan yang beruniform, silap hari bulan, jadi guard pun tak lepas k.guard cek oiiii. tak lepas. yang mak pak, cari duit, reja siang malam, pastu anak terabai. lantak hang nak pi mana, nak berkawan dengan sapa..ni bukan cakap kosong tapi kawan anak sedara aku, mak pak tak kisah anak dia pi mana, hang pi melepak ka, pi meronda sampai malam ka, yang penting, malam tidoq di rumah, duit makan aku bagi tiap2 hari. ada jugak mak pak macam nih. anak2 bila dah lepaih dari sangkaq, tak dak pedoman, tak dak panduan, berkawan dengan taik pit. hisap dadah. kalau yang pompuan, silap hari bulan, jadi pelacur muda. pelanggan boyfriend tolong cari. dapat duit beli syabu. ini bukan rekaan tapi pengalaman aku buat program dengan budak pompuan yang memang ketegaq, memang bermasalah di sekolah. dia jadi pelacur, boleh layan 14 orang sehari. pelanggan, boyfriend tolong cari.. adoiiii sakit hati, geram, sedih dengan apa yang berlaku pada pelajar dan orang melayu yang jadi hamba dadah.. sayanglah diri, jangan amik dadah. bila amik dadah ni, mampuih laaa susah nak berenti. susahhhh sangat. kalau senang dah lama malaysia ni bebas dadah. sebab susahhhhh lah ramai lagi melayu yang jadi penagih dadah
Subscribe to:
Posts (Atom)