Tuesday, 11 August 2015

True Stories

aku nak share kisah benar yang berlaku akibat penagihan dadah atau deal dengan orang yang bermasalah..aku dah kerja dalam bidang ni dah bertahun2 cuma aku tak pernah kerja di pusat pemulihan ja. dan aku rasa, aku pun tak berminat nak kerja di sana walaupun ada yang kata kerja di sana lebih mudah, sebab kita deal dengan penagih2 dalam kawasan tu ja. tp aku rasa tak berminat lagi nak kerja di sana. so, tak yah mintak masuk sana.

kisah 1 : masa aku kerja di kuala muda dulu, ada satu klien masuk. masa tu, aku baru kerja , jadi aku tak berapa kenal klien2 aku. klien tu india, tangan sebelah kudung. aku ingatkan nak mai intak sedekah. dalam hati, aku dah kata, ish dah tulis dah kat depan tu, peminta sedekah tak dibenarkan masuk, masuk jugak depa nih. aku dok perati tangan dia yang sebelah lagi dok terkial-kial nak amik sesuatu dekat sebelah tangan dia yang kudung tu, sebab dia sangkut satu botol plastik yang dipotong, dan bahagian yang bawah botol tu diikat dengan tali plastik dan disangkut di bahu..can imagine that? rupanya, dia nak kuarkan buku lapor diri dia..laaaa klien aku ka mamat nih. dah cacat pun amik dadah jugak?aku rasa kerja dia kutip sampah kot. aku pernah nampak dia merayau2 kat stesen bas sg petani selepas tu. 

kisah 2 : mcm dalam drama, bila ada orang crita, makan nasi dengan teluq goreng ja, makan nasi dengan kicap, tidoq dalam kaunter bas yang usang sebab dah tak guna kaunter tu. mandi di surau. itulah yang terjadi pada sorang waris bila anak dia jadi penagih. merayu-rayu mintak anak dia tak masuk pusat tapi apakan daya, anak dai terlibat dengan jenayah plak. 

kisah 3 : kami pernah buat kem untuk budak2 nakal nih. ada satu junior aku ni, anak orang kaya. baru ja kerja, datang kerja naik toyota wish uuuu.. so, masa g program tu dia bawa la keta tu. yang nakal2 ni student pompuan la. kat buku urusetia tu, kami tulis la nama urusetia dengan no telefon sebab nanti depa nak tanya apa2 bleh call. kot2 kecemasan bleh ja call urusetia. mudah la sikit. junior aku ni, kena ngorat dengan depa la sepanjang prog nih. dah nama pun budak nakal2 tau saja la. dengan rambut berwarna, tindik hidung, tindik telinga sampai takdak ruang nak tindik, haihhh macam2 la. nak control punya la susah. bab masa, bab hormat orang..hancusss..critanya, lepas program depa dok contact junior aku ni tak kira masa, pagi, awai pagi, tengah malam. dan yang paling teruknya budak2 nih, ada sorang pompuan tu hantaq gambaq kat junior aku. gambaq pertama berkebaya, dia amik gambaq paras pinggang ke atas. gambaq kedua, dia hantaq gambaq dia pakai bra saja. junior aku sampai stop line phone dia sebab terlaluuuuu ramai yang kacau. satu, mungkin hang handsome, satu lagi, mungkin sebab hang kaya..hahahaha nasib le

No comments: