Sunday, 29 May 2016

Sushi

pernah makan sushi? aku rasa ramai yang pernah makan dari tak pernah. aku baru minggu lepas try makan sushi.exact date 19.5.2016 (khamis) tu pun 4 ketul ja. rega rm7.40. nak beli banyak takut tak habis makan. nak amik yang mana pun tak tau sebab tak pernah makan. yang aku pilih sushi dengan chicken flos 2 ketul. salmon roll 2 ketul dan pencicah sweet soyu. aku beli kat mydin bukit mertajam. outlet empire sushi. eh eh, aku boleh makan la. asben aku tak lalu. dia kata ada bau. tapi bau rumpai laut tu. sebab nasi tu dibalut dengan rumpai laut dan diletakkan chicken flos atas dia. cicah dengan sweet soyu. kalau macam ni, aku bleh la beli lagi. tapi ada satu makanan, jepun jugak rasanya yang bulat2 dan ada kepala sotong dalam dia. haaaa yang tu aku memang tak bleh makan sebab aku geli tengok kepala sotong dan tentakelnya. lagipun, kalau sotong, memang aku tak makan kepala, aku makan badan saja. aku rasa takut nak makan kepala sotong. 
kawan aku uli ada crita, anak dia dok bunyi nak makan sushi. bleh la dia try beli. mesti anak dia suka. anak aku senang ja. kfc ja yang dia tau. kfc kfc kfc..aku sampai muak nak makan. kalau aku pi kfc aku makan yang wrapped tu ja. jemu sungguh dengan ayam. kawan aku nama apit, dia pun kaki makan ayam jugak. masa kami ada program di kem plkn hari tu, ayam goreng yang depa serve tu memang nampak sedap sangat tapi tawaq hebiaq, dia boleh makan sampai 3 ketui..dasat betui dia ni makan ayam.. aku tak bleh la..muak..apa2 pun tu selera masing2..

Kesian

this is a true story. jadi kat mak sedara asben aku. kesian sangat. kesian pada mak sedara dia la. pak sedara dengan anak tiri dia lantak pi la. mak sedara mail ni kami pangge cu biah.anak tiri dia ni katanya kena bomoh dengan awek dia. sebelum depa kawin lagi dah kena bomoh. betoi atau tak, meh aku crita.jadikan ni pengajaran. masa bercinta, anak tiri dia ada buat pinjaman. tak pasti peribadi atau refinance rumah. dalam rm30k..tu sebelum kawin, bila dah kawin, hutang tu tak berbayar sampaiiii la minggu lepas bank tepon bgtau nak sita rumah sebab loan dah lamaaaa sangat tak bayaq. bank hntq surat buat tak peduli, tepon pun buat tak peduli jugak. daripada rm30 jadi rm90k. mana nak cari duit? memang laki dia dapat epf masa vukup umur 55 thn. tapi duit tu jugak la buat kenduri anak dia, hantaran, beli cincin mak nenek semua. semua pakai duit pak dia. cu ada bagitau, pinjam rm30 dalam seminggu tinggai rm300 lebih ja. ikut ja cakap bini dia. beli kat mak mertua mesin basuh, peti ais. macam2 la..pi bejalan sana sini, masa buat loan kerja posmen, lastly berenti. juai burger ja malam2..nak dapat banyak mana? berapa ramai orang juai burger kat taman aku nih?duit api ayaq, mintak kat ayah. yang ayah pun turutttttt. tak kata apa kat anak tu. keluarga sebelah mak dia, ada bagi tanah, bahagian mak dia la, dah mak dia arwah. juai tanah tu, beli alza baru, boh nama isteri dia.juai tanah rm30k, bayaq deposit alza, bulan2? ayah dia yang bayaq..tak dengaq crita apa, hai apa, last last bercerai. dah bercerai, abang bekas bini dia mai amik alza tu senang2 ja..sebab, keta nama adik dia..sapa yang kuaq duit deposit dengan bulan2 sebelum ni? ayah dia yang bayaq..putih mata la, keta orang amik..continue bayaq bulan ja..nasib la..bila bank tepon nak sita, mana nak duduk?nasib la rumah chik ilah,mak menakan asben aku yang sorang lagi baru habis renovate..elok2 siap ja. tumpang la letak barang kat situ, sebab nak pelari dari kena sita barang yang boleh alih. mcm mesin air coway yang baru guna tak sampai sebulan tu. motor dah simpan kat rumah aku.barang kemas, abang ipaq aku dah amik simpan. ok lah nak tumpang tu cu dgn laki dia, yang anak tu, pi la dok tang mana2..biaq dia rasa. bodoh sangat. semayang dak, posa dak, apa nak jadi. la ni, rumah tergadai, harta apa pun takdak. bekas bini dia, anak jiran aku bgtau, dok ngorat member sekilang dengan dia yang baru dpt claim insuran beratus ribu. ada jugak manusia hodoh perangai camni kat dunia. reja nak kikis duit orang ja..mak aku crita, sebelum anak tiri cu aku ni, dia bercinta dengan orang satu lorong dengan rumah cu, tapi clash..bila clash, mak laki tu buat kenduri sebab depa putuih..kak ipaq aku kan dok selorong dengan laki tu, dia pun crita benda yang sama kat aku..betul atau tak, tak tau la..tapi aku memang percaya ada manusia yang jenis suka mandrem orang ni.

Saturday, 28 May 2016

Mistik

terpulang samada nak percaya atau tidak.tapi benda2 ghaib ni memang ada. yang terkini, ain, anak aku, kerap sangat kena ganggu. budah dah 4 tahun. dia dah pandai bgtau. aku kesian sungguh kat dia. tiap2 pagi kena ganggu. sampai nangis. last aku ikhtiar, aku pi jumpa sorang orang tua, aku pangge pakndak. dia pun naik heran, pakndak dah iktiar apa yang pak ndak tau, tapi benda ni masih dok kacau jugak. anak aku describe, benda tu mata merah, badan besar, hitam, kaki pun hitam. apa yang pak ndak tolong aku, dia nak mandikan ain..dia suruh aku cari 7 jenis bunga kaler putih. jemmm..mana nak cari bunga kaler putih? jarang jumpa bunga kaler tu, kalau warna warni, berapa jenis pun bleh cari. hari pertama aku cari, aku bagtau, tak jumpa. aku bleh cari sintok dan limau purut ja. limau purut pun ada harga tau..sebiji singgit. ingat murah..
lastly, pak ndak bgtau, bunga dia tolong cari.aku bawa kat dia limau dan sintok. lepas asar aku pi rumah dia, dia pun ada la baca2 sikit. masa dia duduk nak baca tu, dia bgtau aku, ishhh benda ni kacau pakndak. lagi satu dia kata, anak sedara dia boleh scan. apa masalah sebenarnya. aku bagi nama anak aku, nama aku sekali aku bagi. tolong tengok kot2 ada masalah kat aku ka? dan alamat rumah sekali.
rupanya, anak sedara dia bgtau, masalah di rumah. ada orang hantaq jin kat rumah aku dok la ni. orang dekat ja tapi tak tau apa motif. patutla anak aku selalu kena. dia attack yang paling kecik. celaka..sapa yang hati busuk tu.berkawan dengan setan depa nih. aku mandikan anak aku dengan bunga tu, tepat pukul 12 tengah hari, hari selasa. alhamdulillah, anak aku tidoq lena. lepas tu, asben aku pi jumpa dengan anak sedara pak ndak, bawa barang yang dia suruh beli, ada kesilapan sikit,benda yang dia suruh sedia tu tak complete. pak ndak silap bgtau. tapi takpa, asben aku pi sekali lagi. yang tak bestnya, ustaz tu tak mau bgtau sapa yang hantaq.cuma dia pesan, maafkan jiran2 kalau ada buat salah. dia akan usaha supaya semuanya selamat. ok lah, dia mai rumah,mai baca apa yang patut.2,3 hari ni anak aku ok lah. tapi, aku takut jugak sebab kalau orang hantaq, dia akan hantaq lagi kalau dia sakit hati kan? tu yang aku risau. memang celaka betul jiran aku tu. aku syak somebody sebab dia memang pernah buat hal sebelum ni, dan pakcik din kat rumah aku pun bgtau, kat lorong rumah kita ada yang menuntut ilmu songsang. dan benda tu baru nak tunjuk rupa..memang celaka orang tu. geram geram geram

Sunday, 22 May 2016

Claim...Sungguh Payah

susah sungguh nak claim duit sendiri pun..banyak plak songehnya. lambat hantaq, kalau nak claim kena bawa claim jumpa pengarah sendiri.. dah la claim OT duit dah habis, tunggu ada bajet baru bleh dapat. bulan 7 ni la baru dapat,kalau ada duit lah critanya. yang perjalanan, hari tu dah habis, turun plak yang baru. ko lambat hantaq, bw claim jumpa pengarah. masalahnya, aku dah la sarat, nak kena pi Alor Setar sebab nak bw claim ja. tak kena tak berbaloi..agak2 la nak buat peraturan pun. yang lambat bukan sebab apa, sebab dok ligan nak setel program. aiseyyy menyusahkan sungguh.

Hari Yang Tragis

pertama kali dalam sejarah aku drive 22.5.2016, bateri kong. aku drive start 2005 sampai la ni, ni la first terjadi. nasib aku baik sebab, walaupun hari ahad, kedai bateri bukak. kedai ni dekat sangat dengan tempat kejadian. kalau tak bukak, jenuh aku nak mencari satu kawasan pekan Kulim. silap hb pi sampai Kilang Lama. sebab kat sini, ada kedai buka ahad, ada tutup hr ahad. lagi satu, kejadian berlaku kat kawasan redup sebab masa tu aku pi beli susu kambing ori. untuk elakkan jaundis. petua orang bagi. ikut ja la. lagipun susu kambing kan baik untuk kesihatan. minuman sunnah nabi some more.sebotol 500 ml rm10. aku beli 2 botol. masuk dalam keta, start sekali, tak bleh, sampai 5 kali, confirm bateri kong..huwaaaaaaa.....bateri ni pun tunggu la hari gaji nak kong pun. actually, dia dah bagi warning dah. 2,3 hari sebelum tu, aku kena start 3 kali baru ok.masa tu kat rumah bg din. nasib ok, guna la sampai kemarin. so, kemarin lah hayatnya yang terakhir. 
aku masuk dlaam whatsap group opis aku. untungnya, kawan2 aku ni rajin nak menolong. en shidi, masa tu baru balik dari bandar Baharu, dia singgah semayang di Masjid Kulim, bila baca mesej, masjid dengan tempat aku dekat, dia mai teruih. aku ikut dia pi cari kedai bateri, aku pinjam duit dia la bayaq. kat opis, hanis dengan en zamal dah nak mai dah. tapi sebab aku dah nak setel dah, tak payah mai la. trima kasih sebab nak membantu. bateri kering rega rm195..tolak bateri lama rm 10 jadi la rm 185..caj pasang tak kena sebab dekat. aku tak kira la berapa rega, janji setel, keta aku bleh jalan. kalau la jadi masa anak2 ada, haru sangat. atau jadi waktu malam. haru sungguh. lega, jadi waktu yang senang nak mintak pertolongan.. pengalaman pertama dan terima kasih pada kawan2 yang membantu. 

Nasib Ada Do Re Mi

oh do re mi, kaulah penyelamat ku..kalau lah kau tiada, aku tiada tempat nak di tuju. kau dambaan anak anak ku..menjadi sebutan setiap masa. walaupun kadang-kadang aku malaih nak pi sebab macam tiada beza, tapi demi anak-anak aku turutkan jua..
nasib laaaaa kat tempat aku ada kedai barang rm2 nama do re mi. kedai ni juai buku mewarna, sepit rambut, cekak rambut, minuman ringan dan macam2 lagi la. anak aku suka beli buku mewarna kat sini, aku pun suka sebab murah..sebuah baru rm1..kalau elok sikit kertas dia rm2..tapi ye la tak bleh la lawan buku mewarna yang juai kat kedai buku macam mph ka popular.. tu tahap brand punya. ni anak aku bukan kaler betul pun. yang ain tu conteng ja lebih. beli hari ni esok dah habis kn conteng. kalau yang abang tu, memang dia kaler la elok2..tu yang aku suka pi kedai tu. seminggu 2 buah buku, baruuuu rm2 atau rm4 la paling mahai pun..makanan ringan pun ada depa juai. tapi aku tak beli sebab aku tak penah tgk brand yang ada di kedai tu. takut plak nak makan. mana mai ntah benda makan tu..takat buku dengan kaler ka sepit ka barang yang tak melibatkan makanan aku ok la. air minuman pun aku tengok jugak, kalau brand yang aku pernah tengok macam yeo's , ok la. kalau brand tak pernah tengok, soriiii la. kedai ni memang dambaan kawan2 aku jugak sebab barang murah. jimat la duit kan? kalau buku kaler kat kedai biasa, cikai2 pun rm3,4 gak. ni save la. time gaji baru la bleh beli yang mahai sikit. standard laaaaa..kita kan gaji kecikkkkk...pelikkan, nama cam crita p ramlee..mana la tokey tu dapat ilham boh nama tu. tapi kedai ni memangggg ramai orang. barang murah kan??